Wednesday, March 3, 2010

Kematu di Hatinya




ada cerita di sebalik gambar...

ada suka di balik tawa...

ada air mata di sebalik bahagia.....


Berkelah dengan kawan-kawan. Memang seronok, sebab dah lama tak menjejakkan kaki ke sungai. Banyak kali merancang,tapi tak pernahnya menjadi. Akhirnya kami sampai juga ke sebatang sungai Kuala Woh,Tapah. Pergi dengan perancangan last minit. Bila rancang last minit,itu pulak yang menjadi.

Kami sebenarnya baru balik dari walimah 'kawan' kepada salah seorang dari kawan kami. Kebetulan dah nak berjalan jauh,makan buat lah perancangan lain...."mandi sungai".
Sebenarnya,tujuan bersuka-suka di sungai tu pun kerana nak mengubat hati orang yang lara...harap-harap dinginnya air sungai boleh menyejukkan hati yang lara.

Bagaimana rasanya bila menghadiri majlis perkahwinan seseorang yang pernah ada 'sesuatu' dengan kita?

hadir pun kerana berkali-kali di suruh untuk muncul...dengan janji manisnya....ada sesuatu yang ingin di berikan....

Tapi bila sampai...alahai dinginnya sambutan...

Saya melihat sekilas wajah sahabat itu...pasti ada luka di hatinya...

"kumbang bukan seekor...yang seekor ini..bukan boleh diharap pun...kalau tak pandai nak hormat dan layan tetamu...lebih baik tak payah di hulur undangan...tak perlu berjanji yang bukan-bukan..."




14 comments:

SYANI said...

Masing2 akan ade cara tersendiri merawat hati yang kecewa. Paling penting sentiasa dekatkan diri dengan Allah.

Abd Razak said...

Salam...

Jangan pernah ada luka dan kecewa di hati disebabkan seseorang kerana ketentuan itu semuanya datang dari Allah. Jika kita berhajat kepada manusia kita akan merasa hampa dan kecewa jika hajat kita tidak kesampaian, namun jika kita berhajat kepada Allah Azza wa Jalla sesuatu sangat bernilai akan Allah kurniakan iaitu kasih sayang dan tenang dalam hati dan kehidupan.

julietchun said...

kumbang bukan seekor, errr..tapi yg seekor tu yg selalu jadi rebutan,ehehehee. lupakan, bina hidup baru.

tajnur said...

Salam!
Susah juga nak komen perkara ni krn melibatkan tersurat dan tersirat. Tambahan pula melibatkan sesuatu perjanjian tersendiri. Hati manusia mmg macam itulah, bak kata pepatah `kalau takut dilamun ombak, jgn berumah ditepi pantai`. Ngak usah bercerita kalau takut dicerca, ngak usah bercinta kalau takut dikecewa...

Izzah said...

@Aisyah

Ya..Allah lah tempat mengadu yang terbaik..

hope she will be fine..

Izzah said...

@Abd Razak

salam...
manusia mmg sering tertarik dengan apa yang di pandang mata...fitrahnya begitu..

kadang2 terluka...tapi cepat2 ingat dan kembali kepada yang Esa..

Izzah said...

@Juliet

kumbang bukan seekor...yang seekor itu..kalau aku...ku pijak2 sajer..padan muka..
gi tengok kumbang yang lain pula...

Izzah said...

@tajnur

kalau rumah di lambung ombak..bina lah rumah baru...gi jauh sikit dari ombak..kot2 selamat sikit...

kalau kecewa bercinta...kita carik yang lain..yang tidak kecewakan kita..usaha selagi ada jalan bahagia..

hehehehe...

cun09 said...

salam...

hendak semua yg sempurna, tp bila tanya pada diri sendiri sempurnakah kita??

**ingatan utk diri ini juga**

KTS said...

sape yg kematu hatinya ni??? ko ke kawan ko?? baik ko ngaku!! takyah malu2...
.
.
.


.
.


hihihi

nahmy said...

klu dah kematu mula 'berteduh' dihatinya itu...kita cuba-cubalah bantu agar 'kurap' pula tidak singgah dihatinya itu...

. said...

nice blog ^_^

puspawangi said...

Dik Izzah,

Setiap aturan Allah tu memang yang terbaik untuk kita, kita hanya perlu yakin kepadaNya...

Wah, mandi manda air terjun, bestnye!!!!

Dearie Pearls said...

Dear,
Mandi sungai memang best.
Tapi yang sejuk tu yang tak tahan..

*Dinginnya undangan?
Kalau tahu berlaku begitu, pasti tak ku tunjuk muka pown. Huhu..

Papun, you pakai baju merah ar dear.
Lawa..