Showing posts with label Kisah dan Tauladan. Show all posts
Showing posts with label Kisah dan Tauladan. Show all posts

Thursday, December 1, 2011

Kisah Hati

Mungkin apa yang ingin saya kongsikan ini sudah acapkali dibincangkan oleh banyak orang. Tapi saya rasa terpanggil untuk memperkatakannya kerana hanya di sini saya boleh mengatakannya dan berkongsi apa yang saya rasa.

Semalam seorang kawan saya (yang dah agak lama lost-contact dengan saya) tiba-tiba menghubungi saya. Menceritakan kisah hatinya yang sangat terluka. Saya tidak tahu keseluruhan cerita kisah hatinya ketika ianya sedang berbunga,tapi saya menjadi tempat dia bercerita ketika kisah itu dilanda ribut,taufan dan akhirnya kemarau yang berpanjangan.

Di kala usianya kini menjangkau satu tahap yang agak lewat,dia telah ditinggalkan oleh lelaki itu,yang dulu sanggup bersama-sama mengharungi pelbagai onak duri selama 11 tahun (mak aiiii...lamanye bercinta). Kisahnya,percintaan mereka dihalang oleh keluarga perempuan ini yang mengharapkan dia akan bertemu seorang lelaki yang paling tidak pun,mempunyai pekerjaan tetap untuk menyara kehidupan si gadis di masa-masa akan datang. Namun kerana ketika itu hati masing-masing sedang berbunga,mereka sanggup menunggu sampai ketikanya keluarga gadis ini memberi restu dan keizinan.....

Nak dipendekkan cerita,bila saat keluarga ini sudah boleh menerima dan memberi restu mereka (mungkin memikirkan betapa degilnya anak gadis mereka untuk tetap mengahwini si pujaan hati,kalau tidak katanya dia taknak kahwin dengan sesiapa pun...dahsyat penangan cinta dia nie) Si jejaka yang dulunya sanggup menanti,rupanya telah berubah hatinya. Hatinya tiba-tiba tertawan dengan seorang wanita yang selama ini menjadi tempat dia mencurah rasa (aduhai...klise sungguh..tapi itulah kenyataannya...mana bisa lelaki menjadikan perempuan sebagai tempat untuk mengadu segala masalah hati...tentulah akhirnya mereka berkongsi hati itu..adeeehhhhhh)

Kiranya sekarang ini,kawan saya sedang merana ditinggal kekasih hati,yang dulunya berjanji untuk setia menanti. Dia meratapi nasib diri yang ditinggal pergi. Apalah yang mampu saya perkatakan..saya tidak punya pengalaman,bukan juga penasihat terbaik untuknya. Meminjamkan telinga buat dia meluahkan rasa mungkin itu yang terbaik saya mampu lakukan. Paling tidakpun saya menasihatkan....dia bukan jodoh yang Allah janjikan untuknya,pasti Allah telah sediakan seorang yang jauh lebih baik dan lebih setia daripadanya... Yakin dengan janji Allah..Allah tidak akan pernah menguji kita di luar kemampuan diri kita.....

Persoalannya... salahkah jika seseorang itu bergelar andartu? Salah diakah sekiranya jodoh itu masih belum sampai kepadanya? Salahkah sekiranya dia masih tidak berkahwin? Adakah menjadi orang bujang pada usia yang melebihi 30-an menjadi satu dosa?

Saya faham kesulitan yang dihadapinya...berdepan keluarga yang sering bertanya,rakan sekerja yang terlalu asyik dengan soalan-soalan lazimnya...anggapan masyarakat yang menuduh dia terlalu memilih dan pelbagai bentuk persoalan serta pandangan yang dia tak mampu untuk jawab semuanya....

Apa yang saya mampu katakan padanya...sabarlah dan jadilah orang yang redha atas setiap ketentuan Allah, Allah sentiasa sayangkan kita...dan saya hanya mampu mendoakan dia agar segera dipertemukan jodoh yang baik,yang akan menjadi penenang hatinya~sebab dia sangat stress dengan masalah ini~ apalah daya saya???

Kata Hati Saya
"kalau aku lelaki...aku pinang jugak dia nie...huhuhu"

Thursday, July 22, 2010

Jangan Jatuh Bertimpa-timpa!

"Blogger tido!" memang sesuai sangat dengan posisi saya seminggu-dua yang lalu. Harap maaf kepada pengunjung-pengunjung, ada aral melintang di tengah jalan. Perlu saya alihkan dahulu. Bukankah perkara yang penting perlu di dahulukan? maka saya dahulukan yang wajib. Selesai perkara yang perlu didahulukan itu,saya kembali di sini.

Saya memang tidak ada menyinggah ke mana-mana blog untuk tempoh masa itu,banyak cerita saya dah tertinggal. Kena buat lawatan sambil makan jemput-jemput pisang nanti,insyaAllah... =)

Dalam masa 'tido' tu..ada perkara-perkara persekitaran yang menjadikan saya kalut dan hanyut dengan situasi semasa seketika. Sibuk tolong fikirkan masalah orang lain...(taknak fikirkan pun..terfikir juga bila orang bertanya) sampai pening kepala. Kasihan dengan nasib orang yang sudahlah jatuh...bertimpa-timpa pula dengan tangga. 

Orang kata jangan cakap atau komen lebih-lebih,sebab bukan kita yang alami...tapi,kadang-kadang terkomen juga untuk mencari logiknya sebuah cerita. Mintak simpang jauh-jauh,malapetaka atau nasib buruk dalam hidup. Saya bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan hari ini pada saya, walaupun tidaklah sempurna,tapi setakat ini tiada apa-apa yang perlu disesalkan. Semoga Allah memelihara kehidupan saya di masa-masa mendatang dengan memberkatinya dengan kebaikan. Begitu juga dengan insan-insan di sekeliling saya,rakan-rakan saya (termasuk anda semua) serta mereka yang percaya kepada kebesaranNya. Syukurilah dengan apa yang kita ada dengan merasa cukup dengan nikmatnya!

Tuesday, November 10, 2009

Kenapa Perlunya Neraka?

Saya hanya mahu berkongsi apa yang saya baca hari ini :

Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu beragama Islam, tetapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar ‘Membangun Bersama Islam‘, kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.Saya tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la…setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, “..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peraturan ini bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintah-Nya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintah-Nya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka…”

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak “Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?” Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia.

Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab:”Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga… Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?”

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan: “perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik dan orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan ‘lulus’ percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu ‘baik’. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?”; tanya ustaz.

“Ah…mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je..” rungut si gadis.Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: “Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?”Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya:”Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hamba-Nya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan oleh-Nya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintah-Nya, untuk kebaikan diri kita jugak.
artikel ini dari:
Semoga sama-sama kita mendapat kebaikan darinya :)

Friday, October 23, 2009

Ini Tidak Adil!!

Semalaman Pak Seman bertungkus lumus menyiapkan kertas kerja yang di berikan oleh tuan director. Pak Seman bersengkang mata, tidak menghiraukan makan minumnya. Dalam fikirannya hanya memikirkan untuk menyiapkan paper work tu selewat-lewatnya pagi ini.

Jam sudah menunjukkan pukul 6 pagi. Pak Seman bangun dari kerusi yang telah didudukinya sejak malam tadi. Menuju ke bilik air, mandi seterusnya bersolat. Kemudian dia kembali mengadap kerjanya untuk beberapa ketika. Selepas rasa betul-betul berpuas hati, dia lalu mencetak kertas kerjanya, memasukkan ke dalam sebuah fail dan meletakkannya berhampiran dengan beg kerjanya.

Pak Seman menuju ke almari pakaiannya pula, memilih sehelai baju yang paling menarik dalam koleksinya, memakai pakaiannya dan memperkemaskan penampilannya dengan tali leher dan sehelai kot.

Hatinya lega kerana dia akhirnya berjaya menyiapkan kerja yang di pertanggungjawabkan kepadanya. Walaupun belum pasti lagi penerimaan tuan directornya nanti bagaimana. Yang penting, dia telah berusaha ke tahap maksima dan melakukan apa yang terbaik untuk projek kali ini.

Setiba di pejabat, dia memasuki ruang mesyuarat untuk persediaan awal. Selepas hampir satu jam berada di situ, kerusi-kerusi di ruangan itu mulai penuh dan tuan director pun masuk dengan wajah gah seperti selalunya.

Pak Seman menarik nafas dalam-dalam, membaca bismillah dan al-Fatehah seterusnya membentangkan kertas kerjanya dengan bersungguh-sungguh. Selepas selesai pembentangan, dia memalingkan wajahnya ke arah tuan director dan mengharapkan penerimaan baik dari tuan directornya.

“Seman!!!ini awak kata kertas kerja????kalau macam nie,budak darjah 5 pun lebih pandai buat dari awak…buat semula,saya nak lusa dah siap!!”

Sambil melempar fail ke tengah meja lalu berlalu meninggalkan ruangan mesyuarat itu. Berbaloi ke?

Wednesday, October 7, 2009

Kerana dia yang melahirkan.

Pernah tak berjumpa dengan seorang anak yang perangainya dah macam si Tanggang yang menderhaka? Walaupun tidaklah sampai tahap menidakkan kewujudan ibunya tapi dia sangup mengeluarkan kata-kata yang sangat mengguris hati seorang ibu.

Saya pernah terfikir,macamana seorang anak sampai sanggup melukakan hati seorang ibu dengan keadaan sedar dan sengaja melakukannya. Saya selalu beranggapan perkara itu sesuatu yang pelik dan tidak boleh di terima akal. Mana mungkin orang yang paling hampir dalam hidup kita dan paling kita sayang akan kita sakiti. Tak mungkin kita akan benci kepada seorang ibu yang sangat banyak berkorban untuk kebahagiaan kita. Mustahil kita akan membuang ibu yang melahirkan kita hanya kerana dia memberi pendapat yang bertentangan dengan pendapat kita.

Tapi yang mustahil dan yang tidak boleh di terima akal itu memang berlaku. Itu realiti yang terjadi. Tentu luluh hati seorang ibu bila anak tidak memahami kebaikan yang ingin disampaikannya. Kalaulah si anak itu hidup masa zaman Nabi Khaidir..tentu masa kecil2 lagi dia dah di bunuh..sebab bila dah besar dia jadi anak derhaka..derhaka yang sangat-sangat pulak tu..

Bukannya si anak tu tak boleh fikir mana yang baik mana yang buruk..ikutkan sangat darah muda,akal pun macam tak boleh nak fikir dengan betul...kalau yang datang pada dia tu memang nampak indah dan cantik..boleh lah jugak diterima...ini yang dia nak ikut-ikutkan sangat tu memang dah sah-sah tengok sebelah mata pun orang boleh tahu mafia tahap gaban yang datang..nak jugak di ikut buat apa..tak ke namanye mencari bala yang tak di undang?tak faham betul...

Jangan sampai nanti masa menyesal semua dah terlambat..masa tu keluar air mata darah pun tak guna...mohon2 moga Allah ampunkan dosa2 yang dah di lakukankan..dan harap2nya pintu taubat masih terbuka...kalau tak..harap maaf..anda dilarang menghidu bau syurga...

Saturday, June 27, 2009

LAPORAN.....

Wah..dah macam LOL la pulak. Nak buat laporan ape nih? Laporan polis ker???huhuhu...Bukan sama sekali. Saya cuma nak melaporkan supaya anda semua supaya berhati-hati apabila anda makan di restoran fast-food yang menu utamanya ayam goreng paling fofuler seantero dunia (dapat teka tak?????). Peringatan ini adalah menjadi keutamaan bagi mereka-mereka yang tinggal di sekitar Kuala Selangor.

Kenapa yerk???? Di restoran itu berkemungkinan besar ada pencopet yang bekerja sebagai pelayan sambil tangannya begitu pantas mengutip harta benda berharga para pelanggan. Yang menjadikan bertambah bahayanya,perbuatan pekerja itu disembunyikan oleh rakan-rakan termasuk pekerjanya.

Ada bukti ker????erm...saya bukan mahu menuduh atau menjatuhkan kesalahan kepada mereka, cuma memungkinkan bahawa keadaan ini besar kemungkinannya memang seperti yang disangka.

Khamis lepas, seorang rakan saya Ms. L telah bershoping di sebuah pasaraya haarga murah yang baru dibuka sekitar awal tahun ini di Kuala Selangor tu. Selepas habis shopping, Ms. L bersama seorang lagi rakannya menjamu selera di restoran itu. Dia menceritakan bahawa selepas membuat pesanan, dia dan rakannya memilih meja yang paling hampir dengan kaunter untuk menjamu selera. Rakannya membawa dulang makanan,sementara Ms. L mengendong dua buah handbeg di kedua-dua belah tangannya.

Selepas selesai menjamu selera, mereka terus beredar. Belum sempat keluar ke pintu utama, Ms. L terperasan bahawa handbegnya tertinggal,lantas berpatah balik ke meja makannya. Malangnya hand beng yang tertinggal tak sampai 3 minit itu telah tiada. Mejanya pun telah dikemas bersih.

Lalu Ms. L menuju ke kaunter dan bertanya kepada petugas di kaunter (memandangkan tempat duduknya paling hampir dengan kaunter). Malangnya,petugas kaunter itu menyatakan dia tak nampak sesiapa yang mengambil beg di situ selain pelayan yang membersihkan meja mereka. (bukankah selalunya barang2 yang tertinggal akan di simpan dan akan dipulangkan kepada pemiliknya apabila di tuntut. itu prosedur biasa. Di mana2 kedai pun).Lalu Ms. L memanggil pengurus untuk memohon melihat CCTV. Pengurus restoran menyatakan bahawa CCTV tidak boleh dilihat sesuka hati oleh orang awam tanpa membuat laporan polos jika berkaitan dengan kes2 kecurian. Lalu Ms. L bersetuju untuk membuat laporan polis di ibu pejabat polis yang kebetulan berdekatan dengan pasaraya itu.

Setelah selesai membuat laporan polis, Ms. L kembali ke restoran itu dan menunjukkan laporan polis yang di buat. Malangnya, pengurus itu tidak mahu bekerjasama dengan memberi alasan bahawa CCTV tidak boleh ditonton oleh sebarang orang tanpa kawalan polis,dan menyatakan perlukan kehadiran dua orang pegawai polis bagi tujuan keselamatan.

Sekali lagi Ms. L ke Ibu Pejabat Polis berkenaan, dan meminta dua orang pegawai polis datang bersama-samanya menyelesaikan kemelutnya itu. Selepas sampai ke balai polis, bersama laporan dan dua orang anggota polis, si pengurus masih tidak memberi kebenaran untuk melihat CCTV dengan alasan CCTV hanya boleh dilihat di HQ sambil di perhatikan oleh pegawai-pegawai di HQ. Bayankkannye prosedur.....alasan demi alsan masih di berikan.

Ms. L jadi marah kerana dia dari awal mengesyaki seorang pekerja yang berkelakuan aneh semenjak dari awal kejadian. Dia pada awalnya memohon secara baik, agar di pulangkan segala dokumen-dokumen dan barang2 penting yang terdapat di dalam handbegnya. Ambillah duit kalau nak duit sangat, tapi semua dokumen penting tu pulangkanlah. Pekerja itu tidak bekerja sama dengan baik,sebaliknya melarikan diri ke dalam. Bila Ms. L ingin berjumpa dan bercakap lagi dengan pekerja itu, dia refuse.

Tindakan pengurus itu mungkin untuk menjaga reputasi restoran mereka yang fofuler tu. Tapi adalah tidak wajar untuk menutup kesilapan berkaitan kes curi begini. Sebaliknya sikap mereka menyebabkan kepercayaan pelanggan kepada mereka semakin berkurang. mereka seakan2 menegakkan benag yang basah dan ingin menutup bangkai gajah. Sekiranya mereka yakin bahawa mereka tidak melakukan apa2 kesalahan dan pekerja mereka sememangnya clean, mereka tentu akan bekerja sama dengan baik dan membenarkan CCTV itu ditonton oleh pelanggan yang inginkan haknya di bela. Berani kerana benar,takut kerana salah.

Akhirnya Ms. L hanya berpesan kepada pengurus itu, supaya bersikap profesional. Tak ada faedahnya melindungi pekerja yang melakukan kesalahan. Sebagai ketua dia seharusnya bertegas, bukan beralasan.

Fikir-fikirlah..dan renungkan..

(^_^)v
PEACE NO WAR

Wednesday, June 10, 2009

Satu Kisah...

Suatu kisah di musim yang lalu...tika itu matahari terik memancar-mancarkan cahaya..
Achik : "Achik selalu rasa sakit kepala..kadang2 kalau time sakit tu..nak je hantukkan kepada kat dinding.."

Mama : "biasalah..musim2 panas nie..memang ramai orang sakit kepala...panas sangat agaknye.."

Achik :"tapi ma..bukan time panas je..achik memang selalu sakit kepala...achik rasaachik nak jumpa doktor la ma..nak scan tengok..kot2 ada sakit lain ker.."

Angah :"alah..achik tu fikir yang bukan2..mula la nak imagine sakit cancer lah tu..ingat ni cerita cereka rama ker?angah selalu gak sakit kepala..tak bising pun.."


Achik :"bukan achik wat cerekarama la ngah..memang achik serius nie..."

(tak nak percaya sudah...orang boleh gi jumpa doktor sendiri : omelan achik dalam hatinya sendiri)




Satu kisah di sebuah hospital. Tika itu cuaca indah..angin sepoi-sepoi bahasa.
Doktor : Dah berapa lama Cik Mia rasa sakit kepala ni?

Cik Mila : Rasanya sejak tahun lepas lagi saya rasa sakit kepala...tapi sekarang nie lebih kerap pulak sakitnya...sebab tu saya datang nak chek..kalau2 ada yang tak kena.

Doktor : Kalau tengok pada x-ray nie..memang ada something yang mencurigakan..pernah tak Cik Mila jatuh atau terhantu di kepala dalam tempoh 2 tahun nie?

Cik Mila : seingat saya kalau jatuh atau terhantuk teruk tu tak de...kalau terhantuk sikit2 tu ada lah...kenapa yer doktor?

Doktor : kalau macam tu saya akan aturkan apoinment dengan pakar,supaya kita boleh kenalpasti samaada objek hitam ini adalah ketumbuhan atau pendarahan..erm..esok Cik Mila datang semula. kita buat CT scan untuk kepastian. Mungkin takde apa2..

Cik Mila : Terima kasih doktor..





Satu Kisah di musim tengkujuh. Tika itu hujan turun membasahi bumi...
Mama : Kenapa Achik tak nak bagitau mama achik sakit???dah teruk macam nie..baru achik nak cerita??? kenapa chik..kenapa..

Achik : Mama..jangan lah nangis...achik taknak susahkan mama..achik mampu uruskan diri achik..dah takdir achik macamnie..achik redha..mama pun kena redha..sekurang2nya Allah beri achik masa untuk bertaubat..kalau achik mati accident..lagi sedih kan..mengejut je matinya..Allah bagi achik sakit..supaya achik beringat..achik sempat bertaubat...

Mama : Mama salah..sebab taknak dengar cakap achik...achik pernah bagitau mama..tapi...mama tak pernah nak usahakan sesuatu...mama yang salah....maafkan mama sayang..

Achik : Taklah mama...mama tak salah..memang achik tak nak susahkan mama...achik yang patut mintak maaf...maafkan achik yer ma...halalkan semua makan minum achik..ampunkan dosa achik pada mama...

Angah : Achik...angah mintak maaf...angah yang tak pernah dengar cerita achik...angah selalu tak percaya cerita achik..angah ingat..achik main2 jer...

Achik : Alah angah nie..kenapa sedih2 nie..dah macam cerekarama pulak rasanya...tak per..achik pun memang suka main2 dengan angah...dah takdir ngah...achik redha...





Satu Kisah di pagi yang hening...

Mama : mama ampun kan semua kesalahan achik..mama halalkan makan minum achik...achik anak yang baik...semoga Allah tempatkan achik bersama orang2 yang beriman...tenang lah sayang...selamat tinggal...

Angah :.....Semoga Allah merahmatimu dik...angah doakan kesejahteraanmu di sana...

dan...bunga kemboja putih itu pun berguguran....

Friday, June 5, 2009

Kita Insan Terpilih

Semasa orang lain berlari menyelamatkan diri..
Bersembunyi di sebalik runtuhan batu...
Di serang tanpa henti..
Kita??
Alhamdulillah..
Sedang duduk dengan aman..
Membalas senyuman rakan..
Hidup dengan bebas..
Kita terpilih untuk merasa keamanan..

Semasa orang lain menadah tangan...
Meminta simpati dan ihsan..
Untuk sesuap makanan..
Bagi meneruskan kehidupan...
Untuk anak-anak yang menangis kelaparan..
Kita???
Alhamdulillah...
Sedang menadah tangan..
Membaca doa kesyukuran..
Di atas rezeki dari Mu tuhan..
Kita terpilih untuk merasa nikmat kekenyangan...

Semasa orang lain sedang terlantar kesakitan..
Merasakan hidup seakan satu penyiksaan..
Mengharapkan nyawa segera melayang...
Kita???
Sedang enak bergembira..
Menikmati seluruh kehidupan..
Tanpa memikirkan rasa keperitan..
Syukurlah..
Kita masih dipilih untuk segala kesenangan..
Yang sekadar hanya pinjaman...
Mungkin esok lusa..
Rasa itu tiba-tiba terbang..
Mungkin juga sedetik nanti...
Segalanya hilang...


Friday, April 3, 2009

Dengki VS Dendam

Berdepan dengan gelagat manusia yang pelbagai membuatkan kita kadang kala pening kepala. Walau sebaik manapun kita menjaga tingkah-laku,menjaga perkataan dan menjaga hati insan-insan disekeliling kita, kita tak mungkin akan terlepas dari prasangka buruk manusia-manusia yang sangat suka mengamalkan sikap dengki-mendengki. Kadang-kala tanpa sebab musabab kita menjadi mangsa. Perkara yang sebesar kuman membesar menjadi seekor gajah. Kenapa manusia suka mendengki? hebatkah kita bila kita berjaya membuat orang yang berkasih sayang jadi benci membenci? seronokkah kita bila cerita rekaan yang ditokok tambah disampai-sampaikan kepada orang lain? sukar untuk difahami. Apa hendaknya mereka? Apa salahnya kita?

Kita disemai dengan sifat-sifat mulia. Kita dibesarkan dengan amalan yang tua dihormati,yang muda disayangi. Kita diajar berbuat baik sesama manusia, sehingga kita terbiasa dengan perkara-perkara positif begini. Jangan menyakiti hati orang lain. Amalkan sikap saling bermaafan. Jangan suka berdendam. Bukan itukah perkara yang kita warisi dan kemudiannya kita akan wariskan kepada generasi akan datang? Tapi kenapa kita tidak amalkannya? Mungkin kadang-kala kita tergelincir dari landasan santun itu,tapi bukan selalu. Kalaupun kita tergelincir, kita seharusnya naik semula ke landasan itu, jangan biarkan kita tergelincir lagi.

Mungkin mereka tidak kisah kerana mereka terbiasa berdengki. Kerana mereka kebal,mereka orang-orang hebat. Sedangkan kami hanya kerikil,ikan bilis dan jari kelingkin yang tidak memberi apa-apa makna pun pada mereka. Tapi kami ada hati dan perasaan. Kenapa hati mereka kami perlu jaga,sedangkan hati kami mereka goreskan berkali-kali? Kami bukan ada apa-apa yang nak di dengkikan. Kami bukan siapa-siapa yang boleh menimbukan rasa cemburu mereka.

Sesetengah kami mungkin hanya membiarkan perkara itu. Biarkan angin lalu membawa luka hati kami pergi bersama hembusannya. Kami hanya mendoakan yang terbaik buat mereka. Semoga kesalahan mereka diampunkan Allah. Semoga Allah melimpahkan hidayah di hati mereka. Semoga mereka akan sedar apa yang mereka lakukan itu bukan sesuatu yang baik, mereka tersilap dan mereka akan membetulkan kesilapan. Kami tidak meminta mereka memohon kemaafan. Kerana kami bersedia memaafkan. Tapi itu hanya sebahagian dari kami.

Sesetengah kami pula sangat lantang suaranya. Sangat tajam kata-katanya. Sangat keras hatinya untuk memaafkan. Mereka tidak teragak-agak untuk menempelak. Mereka tidak berfikir dua kali untuk membalas tikaman. Mereka bukan orang yang mudah memaafkan. Mereka mungkin juga berdendam.

Jadi kami takut,andai satu hari nanti pendengki itu menerkam pendendam. Tidak dapat kami bayangkan. Harap-harapnya tidak meletuslah perang saudara. Semoga Allah memelihara mereka dan memberi mereka ketenangan jiwa.

“Kita ingin segalanya indah
Sebersih pasir pantai memutih
Seindah dan secerah pewarna
Berseri ukhwah dipupuk kasih.”

Monday, March 23, 2009

Takdir itu datang tidak bersyarat.

Bukan salah dia. Bukan salah sesiapa. Sudah takdir,tiba ajalnya. Mana mungkin ajal itu bisa ditangguh-tangguh. Izrail telah menjalankan tugas yang diperintahkan oleh-Nya. Mengapa mereka terus mempersoalkan?mengapa mereka terus bertanya-tanya? Kasihanilah dia. Dia tak pernah mahu semua ini terjadi. Dia tak pernah minta dia yang dia menjadi penyebab kepada sebuah kedukaan.


“kalau dia hati-hati tentu benda ni tak jadi!mesti pakcik tu hidup lagi saat ini!”

Lantangnya kata-kata itu. Diakah yang menentukan hidup mati seseorang? Di tangan dia jugakah ajal maut itu dipertanggungjawabkan?

Seorang encik berkata:
“salah budak tu!aku tak tau pulak pak cik tu orang kampong aku. Kalau aku tau,aku memang belasah budak tu cukup-cukup!nasib baik la aku kena ambik anak aku petang tu..kalau tak…nahas dia!”

Seorang cik membalas:
“encik ada ke kat tempat kejadian?encik nampak ke apa yang berlaku?encik saksikan sendiri kemalangan tu?”

Encik itu membela diri:
“memang aku tak nampak!tapi aku tau budak tu salah!”

Tak nampak,tapi berapi-api dia mengatakan salah orang itu. Just like he has a sixth sense. Dia memang macam tu. Semua orang kenal dia. Suka berapi-api. Tapi sebenarnya hampeh!

Sejak kejadian tu,macam- macam versi orang bercerita. Nak tambah jadikan sedap. Sampaikan jauh benar dari reality sebenar. Cakap-cakap orang…kalau tak di tokok tambah,tak best la pulak,tak de thrill. Tak de jugak suspennye.

“dengar-dengar orang cakap,budak tu tengah frust bercinta,sebab tu dia tak concentrate masa drive sampai dia melanggar orang”

Nonsense! Budak tu dalam emosi yang sangat stabil. Tak de masalah cinta. Bakal suami pun sangat baik dengan dia. Mereka yang bercerita tu kenal ke dengan budak yang diorang dok cerita tu? Tak kenal kan? So…buat ape susah2 nak create cerita..saje suka-suka tambah dosa. Dosa yang ada tak cukup banyak la tu. Dan correction yer! Dia tak langgar pak cik tu,tapi pak cik tu yang langgar belakang kereta dia. Dan pak cik itu meninggal kerana pendarahan yang banyak di kepala kerana terhantuk pada jalan.

Dia sendiri sangat trauma,terkejut dan murung selepas kejadian. Dia tak pernah nak jadi pembunuh. Kebetulan Allah meletakkan dia di tempat itu. Dia sudah berhati-hati. Takdir Allah menulis pak cik itu akan melanggar belakang keretanya pada hari itu. Dia tidak memandu dengan laju. Sudah Qada’ dan qadar Allah ajal pak cik itu tiba.

“tak pe la kak…kami redha,akak jangan salahkan diri sendiri. Memang dah ajal ayah kami. Kalau bukan accident dengan akak pun,mungkin dengan orang lain. Kalau bukan sebab accident pun,kalau dah ajal tak boleh nak kata apa”


Itu kata-kata seorang anak yang redha dengan takdir-Nya. Itu kata-kata seorang muslim yang beriman dengan qada’ dan qadar Allah. Itulah kata-kata yang sangat tulus dari seorang insan yang punya rasa kemanusian. Kerana dia tahu takdir Allah itu pasti.

Morale of the story; Hidup itu pasti. Mati itu juga pasti. Tiada siapa yang boleh melewatkan walau sesaat pun waktu kematian yang telah Allah janjikan. Seorang muslim perlu ingat,setiap kejadian adalah dalam perancangan Allah. Kita boleh berusaha,kita boleh berikhtiar, kita boleh selalu ingat-mengingati, kita juga boleh berputus asa. Tapi Allah yang Maha Berkuasa. Kita bertawakkal, yakni berserah diri kepada Allah selepas kita berusaha dan ikhtiar. Berimanlah kepada Allah semaksima mungkin. Kita takkan jadi hamba-Nya yang berputus asa.

Friday, February 27, 2009

Kisah kakak itu...

Dua hari lepas seorang rakan mintak tolong saya keluarkan duit dia di bank kerana katanya suaminya telah bank-in kan duit untuk beli susu kerana bekalan susu anaknya yang kecil dah habis. Saya dengan senang hati dan tanpa berfikir panjang terus bersetuju,lagipun kakak tu tak de kenderaan untuk ke bandar. Kebetulan pula,saya memang nak ke bandar untuk urusan kerja. Semasa sampai di mesin ATM bank berkenaan saya pun cucukkan kad, memasukka no pin dan menekan amount yang di pesan untuk dikeluarkan. Kemudia keluar paparan di skrin "harap maaf, baki anda tidak mencukupi,cuba lagi". Lalu saya gatal tangan tengok la baki yang ada, sebab saya berfikir,mungkin saya boleh keluarkan baki yang ada. Terkejut saya bila melihat jumlah bakinya adalah jumlah baki yang wajib ada untuk akaun (rm 10.00).

Balik dari bandar saya pun serahkan kad ATM kakak tu semula dan katakan pada dia,"kak,duitnya takde.." kakak tu dengan perasaan hampa(itu yang saya rasa bila melihat wajahnya) mengambil semula kad bank nya. Mulanya saya takut nak tanya banyak...sebab saya takut nak masuk campur urusan rumah tangga orang..lagi2lah saya takde pengalaman berumah tangga. Tapi saya tiba-tiba teringatkan anak-anak kakak tu yang bersekolah dan susu anak yang dah nak habis..lalu ringan jer mulut saya bertanya "anak2 akak pergi sekolah ada duit belanja tak?susu anak akak ada lagi?"..bila dah terlepas tanya baru saya rasa..patut ke aku tanya nie? kakak tu cuma senyum kelat(sangat2 kelat..dan nampak kesayuan di wajahnya..) "susu tu ada lagi sikit,cukup kot lagi..budak2 tu..ada la sikit duit belanjanya." Dia kemudian ucapkan terima kasih kerana bersusah-payah pergi bank untuk dia,tapi hasilnya takde. Saya bukan kisah pun..saya faham,kakak tu takkan nak tinggal kan anak dia semata2 nak ke bank..tentu dia akan lebih hampa kalau dia sendiri yang mencucuk kad dan melihat duitnya takde. Kisah itu berakhir di situ. Tapi pemikiran saya masih ligat berfikir..kenapa husband dia tak bank-in duit..kalaupun outstation,ingat2 la gak anak bini kat umah nak makan.

Semalam..saya menegur kakak itu "hai kak...!awal hari nie.."sapa saya penuh ceria. Nak bagi mood pagi saya ceria..dan saya harap kakak tu pun akan terseyum mendengar sapaan saya (dan begitulah selalunya..). Tapi hari ini dia jauh berbeza...dia nampak sangat suram...matanya berkaca...dia kemudiannya datang ke tempat saya. "dia selalu buat akak macam nie zah...akak sabar nie,sebab mengenangkan anak2 jer..kalau tak mengenang kan anak2..akak dah mintak cerai!" terpana saya seketika...apa yang saya dengar pagi2 nie..sangat mendebarkan..memang berdebar hati saya bila dengar apa yang kakak tu cakap,lalu saya dengan selembut mungkin mula cuba menenagkannya "kenapa kak?akak,kalau nak mintak tolong dengan saya..akak cakap je la...kalau saya mampu tolong,saya tolong..". Kakak tu diam mendengar kata-kata saya..tapi matanya memandang tepat ke arah anak mata saya...sebenarnya saya menahan air mata. Tidak lama kemudia dia menyambung.."sebenarnya munggu lepas akak masih ada duit simpanan yang akak dah budgetkan untuk belanja mingu nie,tapi suami akak mintak,katanya nak buat duit minyak nak ke JB..dia janji hari rabu dia akan bank in balik duit. Dia tau susu dah susut..dah tinggal sikit..anak2 nak belanja sekolah..akak nie pun..tiap2 hari makan nasik goreng semata2 nak jimatkan duit..tak payah beli lauk...entahlah..akak penat!" panjang lebar penerangan dia pada saya. Saya hilang kata2...saya tahu tentu payah berada ditempat kakak ini. Dia sedang praktikum, elaunnya belum masuk lagi, mungkin pertengahan bulan 3 baru masuk. Bila praktikum,banyak belanja kena pakai nak buat BBM..fotostat itu ini, beli barang untuk set induksi dan macam2 lagi. Tak termasuk belanja rumah, belanja anak2,duit pengasuh, sewa rumah dan macam2 lagi. Dengan elaun RM 1300 sebulan....semua benda dia kena tanggung..memang perit. Saya yang single nie pun masa praktikum dulu semput nak tanggung diri. Inikan dia nak tanggung 2org anak yang bersekolah dan seorang bayi. Saya bagai dapat bayangkan kesulitan itu..sangat sulit...

Saya mengenali kakak itu agak rapat...dia peramah,selalunya ceria...tapi sebenarnya dia sengsara. Derita dengan sifat suami yang selalu buat tak endah. Suaminya bekerja sendiri...selalu berulang-alik dari sini ke JB. boleh dikatakan,rumah hanya persinggahan. Dua minggu sekali baru balik. Hal di rumah semua kakak tu yang uruskan. Duit perbelanjaan pun kakak tu guna duit elaunnya.

"akak telefon dia tak angkat,sms pun tak balas...lantak dia lah.."kakak itu seakan membentak. Tapi,saya mengandaikan...itu kata-katanya ketika sedang marah...tapi saya sangat kesian mengenagkan nasib dia.

Saya masih ingat dia pernah bercerita bagaimana dia bertemu jodoh dengan suaminya. Ketika itu saya bertanya, macamana nak tahu lelaki itu lelaki yang tepat untuk kita? ceritanya, dia menerima suaminya itu kerana suaminya beriya2 inginkan dia. Walaupun ketika itu kakak tu tak berapa suka sangat. Tapi mengenangkan kesungguhan si suami. Hatinya menjadi lembut. Dia tak mengira pangkat,kerjaya atau harta. Dia terima seadanya. Walupun kakak tu berkelulusan universiti,tapi baginya itu bukan ukuran. Pada perkiraanya, lebih baik menerima orang yang benar2 menyayanginya. Tapi akhirnya begini juga. (jadi kata-kata orang bahawa terimalah orang yang menyanyangi diri kita pun..perlu diraguilah kan.....????)

Hari ini, saya memasukkan sejumlah duit ke dalam sampul surat. Saya letak di atas meja kakak itu. Semoga dengan jumlah yang tak seberapa itu..anak2nya akan ada belanja sekolah...makan mereka akan ada berlauk..dan si baby akan dapat bekalan susu dan pempers secukupnya.

**macam2 asam garam rumah tangga..takutnya kalau jodoh dengan orang yang merumitkan..tu la saya sering berfikir..bagaimana nak tahu jodoh kita yang tepat???**

Sunday, February 1, 2009

Kisah seorang Isteri....

"Ummi..abang nak tanya,boleh tak Ummi terima Kak Sha sebagai madu Umie?abang tanya nak minta izin dari Ummi" Zatul hanya terkedu selepas mendengar pertanyaan dari suaminya. Inai dijari masih merah. Usia perkahwinan masih terlalu mentah.Belum pun sampai sebulan ikatan perkahwinan ini dibina.Ujian apakah ini?Ya Allah..kuatkanlah hati hambaMu ini. Kalau yang ingin dijadikan maduku itu anak dara yang tidak berpunya,mungkin aku dapat menerimanya.Ataupun seorang janda yang memerlukan pembelaan,dengan hati terbuka aku meredhainya.Tapi,yang suamiku gila-gilakan ini adalah perempuan yang masih isteri orang.

Memang dah ramai yang menasihatinya sebelum dia menerima Hazim sebagai suami "Zatul...betul ke kau nak terima Hazim?dah fikir panjang?kau tau tak..dia ada affair dengan kak Sha.." Ramai kawan-kawan sepejabat yang memberi amaran."Entahlah kak..Mak ayah saya berkenan sangat dengan dia,dia pun nampak bersungguh-sungguh mengambil hati mak dengan ayah..saya rasa inilah yang terbaik..Mak saya cakap dia baik,saya percaya dengan pilihan Mak..restu ibu-bapa itukan yang utama" itulah jawapan yang aku berikan setiap kali Kak Ani bertanya.

Bukan aku tak pernah bertanya sejauh mana hubungan Hazim dengan Kak Sha,tapi jawapannya tetap sama "Zatul dengar sangat cakap-cakap orang..abang dengan kak Sha takde apa-apa..kalau abang jumpa dia pun untuk urusan kerja...Zatul pun tau kan..abang dengan dia satu departmen..memang selalu lah kena jumpa nak uruskan macam-macam benda.Zatul..percayalah cakap abang,abang sungguh-sungguh nak Zatul jadi isteri abang..abang percaya Zatul tentu boleh mendidik abang..Zatul orang baik-baik..abang sayangkan Zatul". Dia memang pandai bermain dengan kata-kata,sampaikan Mak yang tegas tu pun 'cair' dengan kata-kata dan tingkah lakunya.

Aku tak boleh lemah..aku mesti kuat,aku mesti tunjukkan pada mak pilihannya betul.Aku taknak Mak susah hati,dengan keadaan kesihatan Ayah yang semakin hari semakin merisaukan,aku tidak mungkin tegar menambah beban dibahunya. Selagi Kak Sha masih bergelar isteri orang,Hazim tak mungkin dapat menikahinya. Aku akan berusaha mengambil hati suamiku dan menjadi isteri yang terbaik untuknya.Ya Allah..bantulah aku.



Bagi isteri-isteri yang membaca kisah nie..ape perasaan anda seandainya anda yang berdepan dengan situasi ini? Memang pada asalnya Zatul(bukan nama sebenar) menerima Hazim(bukan nama sebenar) sebagai suami dengan tekad,dia mampu mengubah cara hidup lelaki itu yang bermain cinta dengan isteri orang dan suka permainkan perempuan. Perempuan selalu beranggapan dia ingin mengubah lelaki yang disayangi untuk menjadi baik.tapi..akhirnya..dia yang merana,makan hati berulam jantung. Ini kisah benar,memang betul2 berlaku kepada kawan pada kawan saya (maksudnya kawan saya punya kawan) Saya memang tak suka dengan lelaki tuh..sebab dah dua orang perempuan yang saya kenal dipermainkan oleh lelaki nie..entahlah..jodoh si Zatul tu kot..dia memang baik sangat...lemah lembut..sangat bersopan santun..macam perempuan melayu terakhirlah kiranya. kalau ikut penilaian saya,she deserve the best!patutnya jodoh dia dengan lelaki baik-baik...

Saya ada tengok talk show 'Fitrah Kasih' kat TV1..Dr Tuah Iskandar antara tetamunya dia ada menyatakan:

Perempuan selalu berimpian untuk mengubah perangai lelaki yang dicintainya selepas berkahwin. Dari seorang yang baran jadi seorang yang lebih sabar,dari kaki rokok boleh berhenti merokok dan sebagainya. Tapi impian wanita-wanita ini memang sangat sukar untuk direalisasikan kerana hakikatnya lelaki mempunyai ego yang sangat tinggi. Lebih-lebih lagi selepas bergelar suami,sebab mereka akan merasakan kuasa mereka sebagai suami lebih besar lebih power berbanding masa bercinta. Itulah sebabnya akhirnya wanita itu akan patah hati sendirian.

Erm..saya belum bergelar isteri even kekasih..jadi kisah nie mungkin boleh jadi guide untuk saya. Mesti sangat sedihkan kalau berada ditempat Zatul tu..Ya Allah jauhkanlah...

Thursday, January 15, 2009

Anak Kecil dan Seketul Batu

Kisah ini saya kutip hasil menggodek2 mailbox yang sudah seminggu tak bersentuh..elok juga untuk buat santapan jiwa...

Seorang Executive muda yang berjaya sedang memandu
disebuah perkampungan di pinggir Bandar. Ia memandu
agak laju dengan sebuah kereta WAJA yang berprestasi
tinggi yang baru sahaja dibelinya. Sambil ia memandu
perlahan-lahan ia sedang memerhatikan seorang anak
kecil dicelah-celah kereta yang diletakkan ditepi
jalan , ia memperlahankan keretanya untuk melihat
sesuatu yang difikirkannya.

Seelok-elok sahaja kereta Waja tersebut melintasi
kawasan tersebut ; anak kecil tidak kelihatan tetapi
seketul batu dilontarkan tepat mengena pintu disebelah
kanan kereta Waja tersebut.

Apalagi Executive muda tersebut menekan brek sekuat
hatinya dan berundur ke tempat dimana Anak kecil tadi
berdiri. Dengan marahnya dia keluar dari kereta terus
meluru ke arah Anak kecil , menarik tangan anak kecil
dan menghempasnya ke kereta yang terletak ditepi jalan
dan terus memarahi Anak kecil tadi :

" Apa ni ? Siapa awak ? dan apa ke jadahnya awak
berada disini ? Itu kereta baru , mahal dan susah nak
baiki ? Awak tau tak ? Kenapa awak buat ini semua ?
jerit Executive tersebut.
Anak kecil itu tunduk sedih , sayu dan memohon maaf ;

" Saya meminta maaf Pakcik, Saya tak tahu apa patut
saya buat , ia merayu . Saya melontar batu kerana tak
ada orang yang berhenti disini apabila saya panggil".

Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut
yang tidak jauh dari situ. "Itu abang saya , ia jatuh
dari kerusi roda dari tebing disebelah dan tak ada
orang yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak
Pakcik menolong saya , ia cedera dan ia terlalu berat
untuk saya.

Dengan rasa terharu,Executive muda tersebut melepaskan
anak kecil tersebut dan terus mengangkat abangnya dan
meletakkannya kembali ke kerusi roda.
Terima kasih , pakcik, Saya doakan pakcik selamat
dunia dan akhirat.

Tak dapat digambarkan dengan perkataan , Executive
muda hanya melihat dengan sayu, Anak kecil tersebut
menyorong abangnya yang cacat dan cedera pulang menuju
ke rumahnya. Anak sekecil itu boleh mendoakannya akan
kesejahteraan hidupnya.

Executive muda tersebut berjalan perlahan ke arah
kereta , WAJA kemek teruk tetapi ia membiarkan saja
tanpa dibaiki. Ia mengigatkannya bahawa kita tidak
perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakan
seseorang melontar batu hanya kerana hendakkan
perhatian .

Pengajaran

Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah,
bersuka-ria tanpa kesedihan, Panas tanpa hujan tetapi
ia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasa
kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya.
Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara.
Morale of the story: Perhatikan sekeliling kita,masih terlalu ramai insan yang memerlukan perhatian dan pembelaan dari kita,mungkin dengan pertolongan yang sekecil kerikil mampu memberi kebaikan sebesar gunung.

Wednesday, December 24, 2008

"Ayah...pulangkan balik tangan Ita..."

Ini sebuah kisah yang bisa mengundang air mata siapa sahaja yang membacanya. Kisah ini saya dapat dari seorang rakan melalui e-mail. Setiap kali membaca kisah nie mesti bergenang air mata. Walaupu manusia memang sering melakukan kesilapan...mungkin ada kesilapan yang dilakukan boleh di maafkan atau diperbetulkan semula..dan mungkin juga ada kesilapan yang dilakukan bakal mengundang kekesalan yang tidak berpenghujungnya. Kerana itu Allah telah memberi akal kepada setiap manusia supaya boleh menilai menimbang dan berfikir sebaik-baiknya dalam melakukan sesuatu samada baik atau sebaliknya..terlajak perahu boleh diundur..terlajak perbuatan..sesal selamanya...


Kisah Si Kecil Ita...

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya....kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik.

Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, 'Siapa punya kerja ni?' Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. .Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.

Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan 'Tak tahu... !''Saya tak tahu Tuan..!

''Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?' herdik siisteri lagi.

Bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata 'Ita buat ayahhh.. cantik kan !' katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.

Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.

Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.

Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia sangat takut .

Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Pembantu rumah segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik.

Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.Menangis teresak-esak keduanya, dalam bilik.Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air.

Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.

Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak. Pembantu rumah mengadu. 'Sapukan minyak gamat tu!' balas tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.

Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. 'Ita demam... ' jawap pembantunya ringkas. 'Bagi minum panadol tu,' balas si ibu.

Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. 'Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap' kata majikannya itu.

Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.

'Tiada pilihan..' katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk.

'Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah' kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan.

Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakanhabis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihatkedua- dua tangannya berbalut putih.

Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah.Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata...

'Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama.' katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.

'Ita juga sayang Kak Narti..' katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis.... 'Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,' katanya bertalu-talu.

Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..

"Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang, bukan untuk lepaskan geram & marah anda...." (,")(",)

p/s: Siapa yang harus dipersalahkan?


Si Kecil Ita yang masih tidak mengerti apa2...yang sekadar ingin menghadiahkan sebuah lukisan tanda kasih dan sayangnya...


Atau si pembantu rumah yang sibuk menguruskan rumah,mengemas tanpa menyedari si kecil telah 'melukis' di kereta ayahnya?


Atau si bapa yang tidak mampu menahan amarah melihat kereta kesayangan penuh dengan hasil tangan anaknya?


mungkin kerosakan kereta itu mampu diperbaiki dengan wang ringgit atau diganti baru..namun mampukah tangan si kecil itu diganti dengan tangan yang baru lagi???


betapa mulusnya si kecil ini..sukar sangatkah memberi kemaafan padanya?

Tuesday, December 23, 2008

Kisah Pendayung Sampan..


Ini ada sebuah kisah yang mungkin boleh dijadikan pengajaran dalam kehidupan kita..supaya kita boleh beringat,bahawa setiap manusia itu ada kelebihannya, dan jangan sesekali memeperkecilkan orang lain..


KISAH PENDAYUNG SAMPAN


Suatu hari, seorang Professor yang sedang membuat kajian tentang lautan menumpang sebuah sampan. Pendayung sampan itu seorang tua yang begitu pendiam. Professor memang mencari pendayung sampan yang pendiam agar tidak banyak bertanya ketika dia sedang membuat kajian.


Dengan begitu tekun Professor itu membuat kajian. Diambilnya sedikit air laut dengan tabung uji kemudian digoyang-goyang; selepas itu dia menulis sesuatu di dalam buku. Berjam-jam lamanya Professor itu membuat kajian dengan tekun sekali.


Pendayung sampan itu mendongak ke langit.Berdasarkan pengalamannya dia berkata di dalam hati, "Hmm. Hari nak hujan."


"OK, semua sudah siap, mari kita balik ke darat" kata Professor itu.


Pendayung sampan itu akur dan mula memusingkan sampannya ke arah pantai... Hanya dalam perjalanan pulang itu barulah Professor itu menegur pendayung sampan..


"Kamu dah lama kerja mendayung sampan?" Tanya Professor itu.


"Hampir semur hidup saya." Jawab pendayung sampan itu dgn ringkas.


"Seumur hidup kamu?" Tanya Professor itu lagi.


"Ya".


"Jadi kamu tak tahu perkara-perkara lain selain dari mendayung sampan?" Tanya Professor itu.


Pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepalanya.


Masih tidak berpuas hati, Professor itu bertanya lagi, "Kamu tahu geografi?"


Pendayung sampan itu menggelengkan kepala."Kalau macam ni, kamu dah kehilangan 25 peratus dari usia kamu."


Kata Professor itu lagi, "Kamu tahu biologi?" Pendayung sampan itu menggelengkan kepala.


"Kasihan.Kamu dah kehilangan 50 peratus usia kamu. Kamu tahu fizik?" Professor itu masih lagi bertanya.. Seperti tadi, pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepala.


"Kalau begini, kasihan, kamu sudah kehilangan 75 peratus dari usia kamu.Malang sungguh nasib kamu, semuanya tak tahu.Seluruh usia kamu dihabiskan sebagai pedayung sampan." Kata Professor itu dengan nada mengejek dan angkuh.


Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun.Tiba-tiba saja datang ombak besar. Sampan itu dilambung ombak besar dan terbalik.Professor dan pendayung sampan terpelanting.


Sempat pula pendayung sampan itu bertanya, "Kamu tahu berenang?" Professor itu menggelengkan kepala.


"Kalau macam ini, kamu dah kehilangan 100 peratus nyawa kamu." Kata pendayung sampan itu sambil berenang menuju ke pantai.


Morale of the Story:

Dalam hidup ini IQ yang tinggi belum tentu boleh menjamin kehidupan. Tak guna kita pandai dan tahu banyak perkara jika tak tahu perkara-perkara penting dalam hidup. Adakalanya orang yang kita sangka bodoh itu rupanya lebih berjaya dari kita. Dia mungkin bodoh dalam bidang yang tidak ada kena mengena dengan kerjayanya, tetapi "MASTER" dalam bidang yang diceburi. Hidup ini singkat. Jadi, tanyalah pada diri sendiri,untuk apakah ilmu yg dikumpulkan jika bukan utk digunakan dan boleh digunakan?


Hikmat Inspirasi:

Kepuasan itu terletak pada usaha bukannya pada pencapaian. Usaha sempurna adalah kemenangan ..

P/S: saya pun kena selalu beringat bila berada di sungai@laut@tasik..sebab saya pun tak tahu berenang..:)