Showing posts with label Terima Kasih Teman. Show all posts
Showing posts with label Terima Kasih Teman. Show all posts

Wednesday, December 26, 2012

Sampai Syurga

Assalamualaikum...

Musim-musim Year End Sale (YES) di mana-mana...
Musim most of gedung pakaian dipenuhi ibu-bapa dan kanak-kanak yang riang-ria tak sabar-sabar nak masuk sekolah dengan pakaian baru.
Musim hujan yang sudah hampir kepada penghujung.
Musim walimah yang makin bertambah-tambah.
Musim durian pun dah tinggal hujung-hujung,habis dah luruh semua buah.

Tapi...
Ada satu musim yang kekal hidup dalam mode:
warm-comfort-happy-bittersweet...
Musim bersama sahabat sejati...
Mengenal dia kerana kebaikan,keramahan dan kerana sama-sama mencari kasih sayang Tuhan...
susah-senang-tawa-tangis-duka-gembira...
semua di adun dalam satu cawan yang sama...
sudah sangat serasi dalam kebersamaan...
moga-moga ikatan ini akan kekal sampai ke Jannah Allah...

mungkin ada ketikanya dia akan terasa terasing...
walaupun tidak dengan niat yang sengaja...
tapi saya menyedarinya...

"Sahabat...kamu anugerah dari Allah buat saya, saya ingin duduk tinggal bersama kamu bukan sahaja di dunia,tapi juga di akhirat sana. Mungkin akan tiba masa kita punya jarak sedikit dari sebelumnya,tapi dalam hati saya kamu tetap yang teristimewa. Walau saya tiada di hadapan mata,namun saya akan cuba sentiasa bersedia untuk panggilan s.o.s dari kamu. Kamu sahabat saya sampai syurga"


I wish nothing but the best for you too...


Monday, October 15, 2012

Yipputta (baca : Comelnyeee)

Assalamualaikum....

Just recieve this lovely owl pillows for my kereta kecil warna merah. Terima kasih untuk tukang jahit merangkap tuan kedai Kaytieze Craft iaitu Kak Tie yang kiut miut tu. Not just recieve this lovely pillows but also a special give and a love letter..hik..hik...


Bantal nie best,sebab Kak Tie tak jahit bantal nie terus dengan kekabu tapi di asingkan bantal dengan sarungnya. Maksudnya,boleh buka sarung dan basuh. Kalau beli bantal yang ready-made biasanya bantal tu sekali dengan sarung,kalo nak basuh kena basuh dengan kekabunya sekali, so..sometimes kekabunya akan berketul-ketul after basuh. This one worthy to by la kiranya.

Untuk tempahan boleh jenguk-jenguk ke FB Kedai Kaytieze Craft atau ke blog Kak Tie.

Ini complete set untuk kereta kita...kiut kan..Yipputta!!!
suka sangatttt..hehe..

Kamsahanmida  Kak Tie (^_^)

Sunday, September 30, 2012

Sedap lagi menyelerakan :)

Assalamualaikum w.t.b...

Mode:
Post Mengarut,layan perut..
= P

Thursday @ Khamis
laparrrr...masa nie tahap cipan...boleh order 2 air, dengan 2 main course...
kawan yang tolong order..kelip2 mata..err...
saya : senyum jer...
(^___^)

ok layan jer...budak kurus banyak makan nih

sedap..sedap..boleh datang lagi len kali..


Friday @ Jumaat...
yey!!! my dear friend birthday's....
dah janji nak celebrate...
kerjanya makan sampai pening...
yang kami makan nie adalah second round..
sebelum tu dah ngap Shimino sorang satu...
nyum-nyum..
sedap sangat..sampai termimpi-mimpi lagi meatball tuh...


Saturday @ Sabtu
saya tidur kat umah kawan saya...
tengah nak memikirkan menu apa nak masak untuk makan tengahari...
saya ajak dia jalan-jalan..
serasa dah lama tak jalan-jalan untuk meng'happy'kan diri sendiri...
sebelum nie,banyak gak jalan..tapi sebab nak uruskan orang lain...
lepas zohor..makan tengahari...
(siap-siap makan..tapi dalam kepala dok fikir..nak makan lagik)
pastu kami menuju ke Wangsa Walk...
dan...

taraaaa...
makan lagi...sedaaaappppp....
jeruk tu beli sebab terliur tengak ada orang jenjalan sambil makan...
pastu duduk dalam subway tu sambil makan..sambil skodeng orang lalu-lalang...
hehehehe...
happy!!!!


Nota Hati:
"Maka nikmat Tuhanmu yang manakan yang kamu dustakan??"
~surah ar-Rahman~

Terima kasih Allah,
beri saya nikmat yang sangat banyak...
beri saya peluang merasa manisnya kehidupan...
moga-moga Engkau memelihara kami dalam kemanisan dan keteguhan iman...
Alhamdulillah...
Amin..Allhumma amin...

Tuesday, August 7, 2012

^ selamat hari lahir ^

Seorang sahabat guru (boleh panggil ayah jugak!) post lagu nie kat FB kita...lagu oldskull zaman kanak2 rebina..titibe terasa muda belia walaupun kedutan di wajah MUNGKIN telah bertambah ^_^

Monday, July 30, 2012

my PRECIOUS S.A.H.A.B.A.T


SAHABAT- Najwa Latif/Syamkamarul/Sleeq



[Najwa Latif]

Kau ada dikala ku suka

Dikala ku duka
Setiap tangisan dan juga ketawa
Kau ada dikala ku perlu
Setia menemaniku
Pegang erat tanganku bila aku jatuh

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

[Syamkamarul]
Kau ada di kala ku jatuh
Di setiap bangunku
Terus menemaniku
Tanpa rasa jemu

Kau ada di setiap tawa
Di kala bahagia
Kau menjadi sahabatku
Selamanya

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

[Sleeq] RAP
Yeah sahabatku
Tetap bersamamu jika kau perlukanku
Dan ku tak kaku tak kekok
Kalau sampai buntu kita belok yok (yok)
Berjangkit sesama seperti mengusik si melatar
Kau kau jangan kau melampau
Dan kalau siapa mengusik Najwa
Tolong bagitau aku tapau

[Najwa Latif dan Syamkamarul]
Ku tahu ku kan selalu ada
Pada dirimu
Dan ku harap kau juga rasa begitu
Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Sahabatku
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Just love to hear this song...
A very wonderful lyrics...
and i'm very thankful for all of my SAHABAT that Allah send to me in my entire life...
I'm not a fan of Najwa Latif...
but she got a talent..
and this song is 'something'...
it's mean a lot for a person that call SAHABAT..

Tuesday, July 3, 2012

Rezeki jangan ditolak (^_~)

Assalamualaikum...

It's Sya'aban everyone..
Sekejap je lagi dah nak puasa...
Alhamdulillah allah masih bagi nikmat untuk terus hidup menghirup udara dan memperbaiki kekhilafan diri.

Semalam,saya cuti..hehehe...sebab sekolah buat sukan tahunan hari sabtu dan ahad,jadi dapatlah cuti sehari after working for 7 days. Ok lah tu..syukur..syukur.

So,cerita semalam..saya temankan seorang kawan yang serabut sebab perlu menguruskan perkahwinan adik dia. Memandangkan adiknya seorang doktor,jadi si adik sangatlah busy sehingga tidak ada masa nak shopping segala persiapan menjelang hari bahagianya. Nak kata jodoh tu kalau datang memang la on the dot. Majlis merisik kalau tak silap pada 16 Jun 2012 baru nie,bincang punya bincang terus tetapkan tarikh kahwin 25 Ogos 2012 (hari raya ke-5). Bayangkan masa yang ada cuma lebih kurang 2 bulan je. Jadi sebagai kawan yang baik,saya pun offer la diri untuk tolong apa-apa yang patut. Makanya kawan saya ni minta tolong carikan barang-barang untuk hantaran. 

Saya cadangkan cari di sogo jer,sebab sekarang pun tengah sogo sale. Selesailah segala barang yang dicari,dari handbeg,perfume dan kasut hingga ke alas dulang hantaran kira settle semua. Tinggal beberapa barang 'gedik-gedik' untuk hiasan hantaran saja lagi. InsyaAllah dalam minggu nie saya bawa kawan saya ni pergi shopping sekali barang tu dengan adik saya,yang kebetulan nak kahwin juga bulan 9 nie.

Sebelum bertolak nak ke sogo semalam,mak saya dah buat pesanan penaja "pergi tu jangan kamu pulak yang sibuk membeli skali,almari tu dah penuh dah tu"...hehe..biasa la,ibu kan memang begitu tugasnya. Dalam mengiyakan kata-kata ibu saya tu,dalam hati ada gak berkata-kata "nak tengok-tengok kasut lah..kot2 ada yang berkenan..". Niat keluar nak tengok kasut memang betul dah,tapi yang bestnya kerana niat nak tengok kasut tu saya dapat hadiah kasut dari kawan saya kerana jasa yang tak seberapa saya nie. Sekadar tolong pilih dan bagi pendapat pun boleh dapat hadiah tau. Dia cakap dari belanja makan sekejap je kenyangnye,kalau aku bagi hadiah at least,lama sikitlah kekalnya. Weeee...



Thank you my dear friend... muahh!!

Wednesday, May 30, 2012

~Cinta hati adalah sahabat sejati~

Cuti sekolah bermula!!!
Yeah..menghabiskan hari terakhir sekolah dengan membawa bekalan kerja untuk cuti sekolah. Apa tidaknya,kertas peperiksaan subjek yang saya ajar berlangsung pada hari jumaat terakhir sekolah. Tahun ini punya jadual peperiksaan memang lain dari tahun sebelum-sebelumnya. Kalau dulu,subjek Pendidikan Islam mesti hari pertama,sekarang diletakkan pada hari terakhir...hurmmm...agak mengecewakan,sebab masa tu budak-budak dah tak fikir nak baca buku. Dalam fikiran dorang dah rangka macam-macam aktiviti untuk bercuti. Dah tak sabar-sabar nak cuti. Dunia globalisasi sekarang,semuanya nak kejar pencapaian terbaik dalam subjek-subjek peperiksaan besar. Bila Pendidikan Islam tidak termasuk dalam list peperiksaan besar,maka dengan itu ianya dipandang enteng sahaja. Sebelah mata pun kadang-kadang mereka tak pandang. Sedangkan itu ilmu FARDHU AIN....wajib di sisi Allah. Subjek-subjek yang FARDHU KIFAYAH pula yang nak dikejar-kejarkan,yang nak dinaikkan peratusnya. Itulah hakikat dunia. Akhirat selalu dilupa.

OK.stop pasal sekolah dan masalahnya sekejap. Last sunday,adik saya bertunang. Busylah saya menyediakan segala macam perkara,terutama bab-bab barang hantaran. 4 hari before the engagement day,baru saya gubah. Sebab balas 7 dulang jer dan 5 daripadanya adalah makanan. Terima kasih pada sahabat sejati saya, Wan Haninah sebab sudi berkampung 2 hari menolong kami sekeluarga berkenduri. Almaklum,semua buat sendiri dari hantaran,sampai bab masak-memasak. Kakak sulong saya tak dapat bersama kerana tuntutan kerja dia dan suami serta anaknya yang menghadiri perkhemahan sekolah. Bila ada Haninah,dapatlah mengisi ruang kerja yang ada.Thanks darling!! Juga buat sahabat comel,cantik menawan Fadhilah yang berlapang dada nak tolong make-up kan adik saya. Saya memang fail bab make-up ke touch-up ke...memang tak reti,muka sendiri pun tampal bedak baby jer..hehe..love both of u friends! 

Lepas settle hal kenduri,saya settlekan kertas-kertas peperiksaan. Alhamdulillah dua hari menanda kertas,maka siaplah semua kerja termasuk key-in markah secara online. Bab key-in markah nie,kalau boleh nak siap cepat jer,sebab saya malas hutang lama-lama dengan orang yang nak menguruskan markah peperiksaan sekolah nie,sesak nafas bila fikir!done everything.

Pastu masa untuk menghilangkan rindu pada kengkawan tempat kerja lama di Tanjung Karang. So, buat reservation awal-awal dengan dorang untuk keluar berbowling dan bertukar-tukar cerita. Kami janji jumpa hari rabu(hari inilah). Bangun pagi tadi,hujan lebat pulak. Tapi sebab dah lama sangat tak jumpa,maka hujan pun saya redah juga. Sampai kat Kuala Selangor lebih kurang pukul 11,main bowling 3 games pastu makan kat KFC. Makan kejap jer,tapi berlepaking lama jugaklah,sebab nak recall macam-macam story yang dah tertinggal hampir 2 bulan. Bila dah jumpa kawan-kawan nie,masa berlalu pun tak terasa. Sebab itu,saya cakap mereka adalah cinta hati saya. Sayang sangat dengan dorang sebab always be by my side. Terima kasih sahabat!

Minggu pertama cuti setakat ini alhamdulillah berjalan dengan sangat lancar. Tak sabar nak tunggu hari jumaat,tak sabar nak pergi Majlis Ta'lim pulak. Rindu sangat-sangat!!!dikelilingi oleh orang-orang yang bercahaya adalah sesuatu yang sangat istimewa :)

Thank you Allah!!!

Thursday, December 22, 2011

Gold Cost...bukan Australia :)

Hari yang indah kawan-kawan...
Hari saya indah hari ini,dan semoga hari anda juga indah seperti hari saya.

Semalam saya pergi bercuti ke Gold Cost Morib. Hotel baru yang ada mini waterpark kat situ. Sesuailah kalau nak bawak budak-budak kecik bergumbira berendam dalam air dengan riang-rianya. Nak pergi cuti jauh-jauh banyak budgetnye dan kena prepare lebih awal lagi. Saya pergi bersama 3 orang anak buah, mak saya dan juga nenek saya. Pergi nie pun sebab ada kawan sekolah ajak bercuti bersama-sama,kebetulan suami dia ambil cuti tahunan yang tingal saki-baki sebelum habis tahun nie...apa lagi,dari duduk rumah jer,skali-skala dapat bercuti seronok jugak. 

Here is some fun and beautiful moment...love it!

 Pemandangan waterpark dari balkoni bilik kami di tingkat 3...sangat mengujakan kanak2 riang tu yer...


seronok dapat main air...

here is my mom and my granny...dalam bilik kami..

Sebelum balik 'klik-klik' dulu kat tepi pantai...

inilah rombongan kami..thanks to kak umi and abang mie sebab ajak pergi sini (^_^)

last but not least..part paling best skali tentulah.....
ber'jakuzi' dalam bilik...best wooo!!!

(^____^)v

Monday, June 28, 2010

....talk to me......

cakap...atau tulis...?oh..bukan jugak..lebih sesuai dikatakan taip.
Eh..'kata'? kalau kata = cakap... berkata-kata = bercakap.
so..lebih betul bercakap...
tapi...kalau bercakap,kena ada suara...kalau tade suara?boleh kira bercakap ke?
bercakap tanpa suara..
boleh la..
saya bercakap..dalam hati..
suara saya jejari yang menaip maka menghasilkan perkataan di skrin...
bila ada yang membaca tulisan saya...
bermakna ada orang yang mendengar kata-kata saya...
sepertinya saya sedang berkomunikasi...
walaupun tanpa suara...
tidak bertemu muka...
masih...
terasa keakrabannya...
betul kan....?

Sunday, December 13, 2009

Teman Teristimewa

teman...
bila rasa ingin menangis..hubungilah aku..
bukan aku nak suruh kau berhenti menangis...
tapi mungkin aku boleh menangis bersamamu...

teman...
jika terasa tiba2 nak melarikan diri...jauh dari masalah...hubungilah
aku...aku takkan suruh kau berhenti..tapi..mungkin aku akan berlari
bersama kau agar masalah kau boleh selesai...

teman..
jika tiba2 kau ditinggalkan kekasih
kau..beritahulah aku..aku tidak akan memaki
hamun x-makwe/x-pakwe kau..
tapi..aku akan cuba buat kau
cintai diri kau sendiri...

teman..
jika kau kecewa keluargamu tak
bahagia..beritahulah aku..aku takkan buat kau
benci kepada ibu bapa kau..tapi..terimalah segala
ketentuan Allah...

teman..
jika kau kecewa dengan perkahwinan kau suatu
hari nanti...ceritalah pada aku..aku takkan sebut
nama perempuan/lelaki itu...
tetapi..
cubalah jadi lelaki /wanita
yang lebih soleh/solehah...

tetapi teman...
jika suatu hari aku berdiam diri..
aku tidak membalas messagemu..
aku tidak angkat panggilan darimu...
hubungilah aku segera...
sebab waktu itu aku..
aku perlukan kau...
untuk mendoakan kesejahteraan aku..

sumber:
inbox email saya...



extra:


to all my blogger friends...this is for u guys..



Wednesday, October 21, 2009

Sekapur Sireh

salam semua,

Dah lama sangat rasanya saya tak berkongsi sesuatu. Kekangan waktu ditambah dengan tugas2 seharian menyebabkan masa saya amat2 terhad untuk bercanda dengan blog sendiri.

Maaf lah,blog kawan2 pun saya tak sempat nak menjengah. InsyaAllah satu dua hari lagi saya akan cuba meluangkan masa saya bersama anda semua.

Terima kasih kepada yang masih sudi membuat lawatan muhibah ke blog yang bersawang dan out of date nie.

Saya sedang kumpul tenaga untuk terus bersama-sama korang semua. Rindu saat2 menulis sesuatu...

Friday, February 20, 2009

Balasan Surat Cinta :)

LOL…cepat tak beta menyambut cabaran nie..hehehe..panjang perjalanan nak habiskan tag nie..so..layan jelah yer jawapan beta nie…

TANDA-TANDA:

1. TANDA2 KAMU BAD MOOD.
**dah kata pun bad mood..confirm la membisu seribu bahasa..even saya Cuma tahu 2-3 bahasa jer yang ada kat dunia nie yang selebihnya saya tak blajar lagik..hehehe

2. TANDA2 KAMU MARAH.
**baik diam jugak..kalau bercakap kang termenangis plak..tu kalau dah marah tahap gaban la..
**kalau marah ngan budak2 kat sekolah..maka mereka kena la mendengar ceramah umum dari saya..berjela2..sayu2 lagi…selalunya siap bergenang air mata..hahaha..betul..tak tipu punya..tapi jarang-jarang marah..kecuali kenakalan tahap melampau.

3. TANDA2 KAMU SINTING.
**erm..ilang ingatan..bila ilang ingatan maka tersinting la seketika..pastu ketawa.(eii..confirm sinting budak nih..)

4. TANDA2 KAMU MALU.
**malu kerana tersilap baut sesuatu..alamak malunye..cepat2 nyorokkan muka
**malu dengan si dia..(jeng..jeng..jeng.)tersipu2 gitew
**malu kerana terjatuh longkang…buat don’t know.. “ish..bila plak longkang nie ada kat sini..selalunya tak ada plak..” cover..cover..

5. TANDA2 KAMU SEDANG CEMBURU.
**apa yer…buat2 macam tak cemburu..tapi espresi wajah sudah menceritakan segala2nya..

6. TANDA2 KAMU SEDANG SEDIH.
**Dok dalam bilik..tak kuar2…buat2 tido…

7. TANDA2 KAMU TENGAH GUMBIRA.
**bergelak ketawa bersama kawan2…senang hati..sentiasa murah dengan senyuman..:)

APA?

1. APA WARNA BAJU YANG KAMU PAKAI SEKARANG?

**Pink ada bunga merah

2. APAKAH KAMU TERMASUK ORANG YANG SUKA SHOPPING?
**Suka…tapi berpada-pada..bukan tiap2 bulan..Cuma kalau dah lama tak bershopping..sekali dah kuar..sakan lah…

3. APAKAH KAMU PERCAYA LOVE AT FIRST SIGHT?
**Sangat percaya…

4. APAKAH YANG INGIN KAMU LAKUKAN SEKARANG?
**Nak masuk tido..tapi baju tak iron lagi..sok kena gi sekolah..:( tapi kena siapkan tag nie dulu…)

5. APAKAH RASA DI HATI KAMU SAAT INI?
**bila..rasaku ini rasa mu..sanggupkah engkau menahan sakitnya..terkhianati cinta yang kau jaga…..(titibe rasa nak nyanyi..)ngee…

BILA

1. BILA PERTAMA KALI KAMU DILAHIRKAN KE DUNIA?
**Eh..ada banyak kali ker lahir kat dunia nie?sekali jer la..beberapa puluh tahun yang lalu..lagi sekali kalau dibangkitkan semula tu kat padang mahsyar nanti…takutttnyee..

2. BILA SAAT TERINDAH DALAM HIDUPMU?
**Sekarang nie..rasa masa belajar kat KISDAR n USIM dulu..sebab leh bagun lewat sket…pastu tido lambat sebab bergossip dgn kawan2…bila bersama kawan2 terasa indah jer hidup..hehehe..bila dah kerja..komitmen..komitmen..komitmen…tapi ada indahnye lagi..bak kata fazemy..Hidup Ini Indah.

3. BILA KALI TERAKHIR DIMARAHI IBUBAPA?
**Tadi..mak tegur sebab lambat masak lauk makan malam..bukan lah marah sgt pun..(sebuk berinternet jer..)huhuhu

4. BILA KALI TERAKHIR EHEM EHEM EHEM?
**eh…soalan ape nie..tapi sakang saya sakit sedang selesema,sakit tekak dan batuk2..jadi banyak kali la gak berd’ehem’

5. BILA KAMU AKAN MARRIED?
**No comment! (konon2 artist la nie..huhuhu)

BAGAIMANA

1. BAGAIMANA JIKA ADA ORANG YANG BUAT KAMU SAKIT HATI?
**Namanya pun sakit hati..so dalam hati jer la membebel..GERAM..GERAM..GERAM…

2. BAGAIMANA KALAU ADA ORANG CAKAP KAMU LAWA/HENSEM?
** “Ya Allah,tak de la biase jer…”
** sajer la org tu..tau la aku tak lawa..sweet jer..HAHAHAHAHAHA(gelak besar)

3. BAGAIMANA JIKA ADA TEMAN KAMU MENINGGALKAN KAMU?
**Kalau teman baik…sedeyyyyyyyy…I love them all
**Kalau teman yang merosakkan.. “good bye..thank you..”

4. BAGAIMANA JIKA ADA ORANG YANG TIDAK SUKA SAMA KAMU?
** erm..nak buat ape..biar jer la…dah dia tak suka..mane leh pakse2 suh org suka kat kita kan…

5. BAGAIMANA KALAU KETIKA KAMU BANGUN, KAMU DIKELILINGI API?
** Tergamam seketika…berlari keluar..sambil berteriak.. “Mak!!!api….Mak!!api..”
**agaknye la..taktau la pe yang berlaku kalau betul2..

6. BAGAIMANA JIKA KAMU KESEORANGAN.
**reading..reading..reading…
**Bis baca buku..tengok TV..boring tengok TV..baca buku lagi..

Eh…dah habis ker?takmo tanya lagi?tengah syok2 jawab soalan..dah habis rupanya..rasa macam artis la pulak…banyak soalan nak kena jawab..hehehe..best gak yer kena tanya macam2 soalan nie..

Skang nie..dah hampir tengah malam,saya nak tido..tak larat dah nak fikir nak memanjangkan tag nie..saya berhenikan ia di sini sahaja…wah..baiknya hati saya nie kan..(memang pun..baru tau??)hehehe..

Hoorayyy!!boleh tidur dengan lena nya..Gud Nite!v(-0-)v

Teristimewa...

Semalam saya telah berjaya melangsaikan hutang membuat soalan ujian untuk bulan Februari. Rasa lega sangat. Minggu depan dah boleh jalan la ujiannya. Oleh kerana ini ujian pertama untuk sesi persekolahan 2009 di sekolah saya, jadi soalan tak boleh terlalu mencabar daya pemikiran murid-murid..kena buat soalan aras sederhana.

Semalam juga seorang rakan berjumpa dengan saya kerana dia agak curiuos dengan internet di rumah saya. Sebab saya dah lama tak fowardkan e-mail2 yang berbentuk tazkirah atau sekadar cerita2 menarik ke dalam yahoo group sekolah. Alamak...saya telah berhutang ilmu dengan mereka...internet rumah saya ok jer(tapi malam semalam tak ok..ntah apa masalahnye..lambat sangat,dan banyak laman web yang tak boleh dibuka). Dalam bulan nie,saya punya jadual packed..kalau saya online pun saya cuma sempat mengepos entry dan melawat kawan2 sekejap2 jer. Email2 yang diterima saya K.I.V dulu(kecuali yang penting2 saya buka la..). Rasa bersalah pulak,sebab tanpa saya sedar,ada orang yang menanti2 email ilmiah dari saya.

Cerita semalam juga,selepas siap soalan ujian yang saya buat dan hantar kepada ketua panatia untuk dinilai(dan lulus segera) saya balik kerumah dan mengexplore folder2 yang ada. Secara tak sengaja saya telah mereka cipta satu award untuk rakan2 blogger saya(sebagai penghargaan kerana sudi menjadi rakan saya,berkongsi cerita dengan saya dan sudi membaca celoteh saya yang tak seberapa nie). Sebenarnya dah lama nak bagi award nie kat kawan2,tapi saya kurang kreatif dalam bab2 edit-mengedit nie jadi award ini sangat simple.

Kepada semua rakan2 blog yang dikasihi,semoga persahabatan kita abadi...

*LotOfLove-Pearls*Tirana*Pusat*Fazemy*Kujie*
*KuTakSempurna*Wanie*Manje*Put3Kirana*Tie*
*Puspawangi*~Mrs Azmi~*Munira*datoksir*en_me*AyKay*
*LYNN*El^Deena*Hafizan*Ct*~~Ms.LuVLyHoNeY~~ *nahmy*


juga kepada sesiapa yang follow this blog silently,reading this blog at this moment u're welcome to take this simple present...

Wednesday, February 18, 2009

Tag Bergambar Dari Kak Tirana

Dapat tag dari Kak Tirana yang anggun. Terima kasih kak, kerana sudi meng’tag’ saya yang tak seberapa nie.

Tagnya berbunyi....
Instructions:
->Go to your photos folder in your computer.
->Go to the 6th folder of photos.
->Go to the 6th picture in that folder.
->Put the picture on your blog and description of it.
->Invite six friends to join the challenge.
->Link them in your blog and let them know they have been challenged.

Bila dapat jer tag tu terus pergi selongkar folder gambar yang ada(saya ada banyak folder gambar..macam2 gambar..dari zaman belajar lagi..tak termasuk gambar2 walpaper,kartun dll..)

Mula2 pergi selongkar kat ‘my picture’,tengok anak folder ke-6..gambar2 masa belajar kat maktab..kira gambar yang ke-6..alamak..gambar masa tengah makan2 ngan kawan2..macam tak best jer..sebab tak banyak benda nak citer..(tipu jer..actually saya tak berapa gemar gambar itu..sebab gambar saya tak cun!hahahaha..so tak best la nak citer benda yang kita tak suka nak citer..)

Then,saya pun pergi ke my computer..bukak file D,dalam tu pun ada banyak folder gambar. Saya pilih satu folder yang bertulis nama saya…pilih anak folder yang ke-6..kira plak susunan gambar yang ke-6..YES!!gambar candid masa family day sekolah kat ‘Golden Beach resort’. So,inilah gambarnya….

Gambar ni saya ambil masa remang2 senja selepas buat sukaneka. Ramailah ahli2 keluarga yang menghabiskan masa bersama anak2 bermain pasir..(konon2 nak bina istana pasir lah tu..). dan aktiviti paling best ialah mencari ale-ale di gigi2 air..memang lumayanlah..ramai la para2 guru senior yang berpasangan berdua2an mengorek2 pasir mencari ale-ale tu..so sweet..(petang tu saya tak join org cari ale-ale tu..sebab teruja nak terjun kolam..ngee..ngee..ngeee..tapi pagi esok nye..saya la org yang paling lama dok tepi pantai tu mengutip ale-ale..pengalaman pertama…tu yang over exited tu…hahahaha..dapat la semangkuk..pastu kitorang-saya dan kengkawan bujang yang lain- merebus ale-ale tu..sedapppp..sebab fresh giler..susah nak dapat tu..)

Petang tu kan saya gi terjun kolam..pastu siap masuk dalam sauna…memanja-manjakan diri bersama kawan-kawan..besttttt sangat..bukan dapat buat selalu..sekali-sekala jer..tapi memang seronok.

Tu jer la cerita di sebalik gambar yang terpilih. Perlukah tag ini dipanjangkan…macam best gak kan?so kepada penama-penama dibawah..silalah mengambil tag ini..anda adalah 6 orang yang terpilih…

1. ku tak sempurna

2. fazemy

3. kujie

4. LotOfLove-Pearls

5. Tie

6. Pusat

Sudi-sudilah kiranya mengambil tag ini :)

Monday, February 16, 2009

a gift...



HAPPY VALENTINES DAY
HAPPY VALENTINES DAY
HAPPY VALENTINES DAY
HAPPY VALENTINES DAY

HAPPY VALENTINES DAY

Ini adalah tanda kasih LotOfLove-Pearls@LOL kepada rakan2 blognye…
“kepada sesiapa sahaja yang membaca ucapan valentines ini dititahkan untuk mengambilnya dan menempekkannya dimana2 tempat yang dirasakan sesuai di dalam blog masing2”Lebih kurang macam tu la ayat LOL…
Thanks LOL,walaupun saya tidak menyambut hari yang diangap istemewa ini…(pada sesetengah agama dan kepercayaan) tapi sebagai tanda persahabatan saya sangat2 menghargainya…

THANKS LOL-PEARLS

Thursday, February 12, 2009

Tag from LotsOfLove-Pearls

Tag dari LotsOfLove-Pearls..sepatutnya saya menulis tag nie dari awal bulan hari tu lagi..akan tetapi kerana saya nie agak kurang alert…maka saya tak perasan bahawa diri ini telah di tag..hahahaha..
Bila dah ambil tang nie plak..saya agak kesebukkan..dan sengaja menyibukkkan diri sehingga tertangguh2 untuk menjawab tag ini…kwang…kwang…kwang…
So skang nie to LotsOflove-Pearls…thanks for tagging…dan as LOL said..for knowing each other better ….

5 FAKTA TENTANG DIRI:
** Macam pendiam..tapi…sebenarnya…hahaha
** Suka makan..banyak2…
** Gila Novel…kalau dah start baca..tak ingat dunia…
** listener..
** Cikgu…..

5 PERKARA PALING MENAKUTKAN DALAM DUNIA:
** gejala2 jenayah dimana2..takut nak keluar rumah sorang2…
** Kena culik..arghhhh…takutnyer..pastu diapa2kan..ya Allah jauhkan lah..
** Tinggal sorang2..takde sesape…tak mo…
** WAR…kekalkanlah kesejahteraan dan keamanan di Malaysia..
** Muflis di akhirat

5 LAGU BUAT MASA SEKARANG
** Anuar Zain- Teman Terulung
** Krispatih- Bila rasaku ini rasamu
** Jason Mraz-I’m yours
** Rossa-Ayat2 cinta
** Faizal Tahir- Cuba

5 PERKARA YANG SELALU DISEBUT
** Ye ke?
** mana org tau…
** O.K
** erk….
** a’ah
** assalamualaikum

5 PERKARA YG AMAT BERNILAI
** Keluarga dunia-akhiratku…
** my friends is my best thing I ever had
** my self…
** my money….
** my job…

5 PERTAMA KALI DALAM HIDUPKU
** Jatuh Cinta..umo 14 taun..gatal budak nih!hehehe
** Beli keta sendiri…last year..pencapaian terbesar setakat nie..hahahha
** Jadi debater kat U..inter faculty..my group jadi naib johan…terror gak tuh.
** pakai jubah graduation masa berumur 21…
** buat blog sendiri..last year…and kenal korang summer

Wah..susah tul nak menilai diri sendiri..and kena refresh plak certain things..but..rasanye inilah saya..dan tag ini saya rasa ingin kongsikan bersama2 dengan…
@teacher munira
@Wanie

Sesiapa yang rasa macam best jer nak jawab tag nie..dipersilakan dengan segala hormatnya…hehe..
Sekian terima kasih..
Lots Of Love-Izzah

Monday, February 2, 2009

Award dari Kak Tie...


Ini award dari kak tie...cute kan..thans a lot kak Tie...

Poem nie plak untuk semua sahabat-sahabat yang sudi membaca,bertukar2 pandangan dan pendapat,tak dilupakan sesiapa yang sudi menziarahi saya. Unik persahabatan kita..even kita tak pernah jumpa..tapi rasa macam kita saling mengenali..kan..Friends Forever...

"A FOREVER FRIEND"

Suzin Polish Schwartz or LaurieAnn Kelly (unclear who was original author)

Sometimes in life,
you find a special friend;
Someone who changes your life
just by being part of it.
Someone who makes you laugh
until you can't stop;
Someone who makes you believe
that there really is good in the world.
Someone who convinces you
that there really is an unlocked door
just waiting for you to open it.
This is Forever Friendship.
When you're down,
and the world seems dark and empty,
Your forever friend lifts you up in spirit
and makes that dark and empty world
suddenly seem bright and full.
Your forever friend gets you through
the hard times, the sad times,
and the confused times.
If you turn and walk away,
your forever friend follows.
If you lose your way,
your forever friend guides you
and cheers you on.
Your forever friend holds your hand
and tells you that
everything is going to be okay.
And if you find such a friend,
you feel happy and complete,
because you need not worry.
You have a forever friend for life,
and forever has no end.


Poems ini dari :www.friendship.com.eu