Showing posts with label Bacaan Saya. Show all posts
Showing posts with label Bacaan Saya. Show all posts

Monday, September 3, 2012

Merapu bersama 'Adam & Hawa'


Assalamualaikum...

Mood
~ Dunia Khayalan ~



Malam semalam,sampai dinihari jugaklah melayan balik novel  'Adam & Hawa' nie. Gara-gara melayan drama kat astro mustika HD. Novel  dah berzaman nih,saya beli tahun 2006..lama dah kan.. Tapi ini bukan masterpiece dari Aisya Sofea sebenarnya. Novel dia yang memang best novel pertama dia 'Kau Untukku'. tapi semua novel dia pun best,dan memang haruslah dibeli oleh orang-orang seperti saya. (mak saya cakap...MEMBAZIR...simpan semua duit beli novel,boleh buat banglo sebijik..hahaha).

Nak cerita apa sebenarnye nih?? Hah! sebenarnya nak cakap,drama dia not bad lah...agak banyak persamaan dengan novel yang di tulis. Tidak lah rasa mengarut macam sesetengah drama / movie yang di adaptasi. Macam 'Ombak Rindu' yang sangat mengecewakan tuh..(nasib baik lah tengok kat youtube jer) 'Bicara Hati' pun ke laut bila jadi drama. 

Jadi,kalau rasa free tu boleh la layan cerita nie setiap hari Isnin-Khamis,pukul 10 malam..err..tolong promosi plak, padahal astro dah kaya giller-giller (nampak sangat saya sedang mengarut ntah apa-apa kan :p) 

Okeh mempersembahkan 'Adam & Hawa' versi drama :


Tolong lah saya nih!!lepas-lepas raya nie memang menjadi-jadi kemengarutannya!
maaf yer kawan-kawan..huhuhu..

Thursday, July 26, 2012

Senyum Sampai Langit (^___^)

Mode baru habis khatam novel!muahahah(gelak jahat!)
Haip!Quran tak khatam lagik!duuushhhhh!lempang kuat2 sket...(ABC okeh!) :p

Dunia khayalan:
When life turn to be very easy...
"mak!orang nak kawen.."
tup-tup..dapat husband super ohsem...
udah ler ensem...soleh bak lelaki idaman wanita semesta alam...
engineer lagi okeh...extra mark lagik..sempoi tak hengat...

puurrrffff..
sebab tu la orang kata...
jangan baca novel banyak-banyak..
otak pon tak center sudah...
ade ke citer novel yang tak indah-indah belaka...
memang kena campak laut jer la kan...

If life is easy...it's not even a life right!

Pengajaran:
Jom carik suami ohsem yang penting soleh!

Yang penting lagi:
Use your Ramadhan wisely

(^____^)
"Senyum sampai langit" make me "senyum sorang-sorang"

Sunday, April 29, 2012

Pesta Buku Datang Lagi

Sabtu lepas,masa Kuala Lumpur tengah sangat bz dengan perhimpunan BERSIH,saya dan adik saya pula menyusup masuk ke PWTC. Pukul 10.15 pagi dah sampai,jalan clear jer pagi tu. Nak masuk ke PWTC pun tak de masalah sangat. Pengunjung ramai jugak,cuma tak crowded sangat mungkin sebab masih pagi lagi. Sebulan sebelum pergi tu saya dah buat list buku-buku yang saya nak beli masa KLIBF. Siap sanggup tak membeli apa-apa novel since bulan Februari lagi. Maka haruslah berpuasa membaca novel dan kumpul duit sikit-sikit tuk budget di pesta buku.

Terujanya nak ke pesta buku tu sejak dari awal tahun lagi. Bila sampai hari jumaat 27.4.2012 (first day of KLIBF) dalam hati tak sabar-sabar nak ke sana. Kalau tak difikirkan malam tu saya wajib ke Majlis Ta'lim kat Masjid Mu'az,Setiawangsa, memang saya dah terjah dah pesta buku tu...sorang-sorang pun saya jadi jer. Tapi saya kena sabar,kalau dah ke pesta buku kompem malamnya saya kepenatan,bila dah penat belajarnya ke mana pulak kan.

Nak tahu betapa teruja nya saya membeli maka lihat sajalah yer gambar-gambar bawah ni (^_^)v
 novel2 dari karyaseni 

 novel2 Jemari Seni

 novel2 Si Manis 17 dan JS Adiwarna

 novel2 Kaki Novel

 Buah tangan baru penulis kegemaran saya ustaz Pahrol - Cinta Kerana Allah 

Free gift dari gerai2 yg saya pergi =)


~~ade lagi tak cukup korum tuh~~
nanti nak pergi lagi dengan kawan2 plak...
suka sangat!!!!
ngeeee....

Tuesday, February 7, 2012

Muhammad (pbuh) The Most Lovable Person In The World

Assalamualaikum semua. Dalam indahnya menikmati cuti bersama keluarga, apa kata basahi lidah dengan lafaz selawat dan salam ke atas junjungan Muhammad SAW. Jadikan ia amalan bukan hanya pada Maulidur Rasul. Juga jangan lepaskan peluang mengikuti majlis-majlis Maulid disekitar anda. Ayuh renungi hadis ini :

Rasulullah SAW bersabda:
"Ketika aku di dalam perjalanan di malam hari untuk mi'raj ke langit, aku melihat ada malaikat yang mempunyai seribu tangan, dan di setiap tangannya seribu jari-jemari. Ketika ia sedang menghitung dengan jari-jarinya, aku bertanya kepada Jibril: Siapakah malaikat itu dan apa yang sedang ia hitung? Jibril menjawab: Ia adalah malaikat yang ditugaskan untuk menghitung setiap titisan hujan, ia menghafal dan mengetahui setiap titisan hujan yang telah diturunkan dari langit ke bumi.

Aku bertanya kepada malaikat itu: Apakah kamu mengetahui berapakah jumlah titisan hujan yang diturunkan dari langit ke bumi sejak Allah menciptakan dunia? Ia menjawab: Ya Rasulallah, demi Allah yang telah mengutusmu yang membawa kebenaran kepada makhluk-Nya, aku tidak hanya mengetahui setiap titisan hujan yang turun dari langit ke bumi, tetapi aku juga mengetahui secara tepat berapakah jumlah titisan hujan yang jatuh di lautan, di daratan, di atas bangunan, di kebun-kebun, di daratan yang bergaram, dan di tanah perkuburan.

Rasulullah SAW bersabda: Aku kagum terhadap kemampuan hafalan dan ingatanmu dalam menghitung. Ia berkata: Ya Rasulullah, ada yang tak sanggup aku menghafal dan mengingatnya dengan hitung tangan dan jari-jemariku. Rasulullah SAW bertanya: Menghitung apakah itu? Ia menjawab: Aku tidak mampu menghitung jumlah pahala untuk selawat yang disampaikan oleh sekelompok ummatmu ketika namamu disebut di suatu majlis."

(Al-Mustadrah, Syeikh An-Nuri, 5: 355, hadis ke 72)

Share dari : 30 Minit Ustaz Don

Wednesday, December 21, 2011

Novel Baru & Beg Plastik Bihun Kasar


Semalam saya pergi KL sensorang. Sebab dah lama sangat terperap kat rumah. Alang-alang keluar bayar duit kereta,saya terus memandu sampai ke Jalan TAR. Tak ada apa sangat yang saya nak beli,belek itu...belek ini..takde yang betul-betul berkenan di hati.

Tapi..niat nak ke sana memang nak ke kedai buku Menerva...nak cari novel yang saya tak jumpa masa cari kat Plaza Angsana. Akhirnya 4 buah novel saya beli (itupun ada 1 lagi yang takde..tapi malas pulak nak cari kat pustaka mukmin). Memang dah masuk dalam list la semua novel nie...tapi dalam banyak-banyak tu cuma 1 jer yang memang novel baru "Merahnya Ceri'..yang lain tu lepas baca review pembaca,semua kata best..sebab tu saya beli...

Nak balik dari sana,saya singgah satu kedai pakaian,kat kedai tu ada la gantung2 shawl....dok belek-belek...terpikatlah dengan 2 shawl nie..


yang kelakarnya..ade ke patut..orang kedai tu masukkan tudung tu dalam beg plastik 'Bihun Kasar Cap Ikan Naga Emas' tu...hahaha..saya tak perasan pun..dah sampai rumah baru perasan...aduhai macam-macam lah...

(^__^)

Tuesday, November 29, 2011

~Rugi 20%~

Entry baru-baru nie,saya ada cerita betapa kecintaan dan keobsesan saya kepada novel seakan menghilang, walau saya cuba gali dengan pelbagai cara,namun masih juga saya tidak boleh melekat dengan sebuah novel kerana saya tidak boleh masuk ke dalam cerita yang saya cuba baca.

Tapi hari Rabu lepas,saya perlu menghadirkan diri ke taklimat pilihanraya umum (sebab saya jadi kerani pengundian secara paksa rela) di Rawang,maka berbekalkan sebuah novel karya Aleeya Aneesa saya pergi jugak lah ke taklimat tu (kalau tak nak pergi,kena karang surat tunjuk sebab...malas nak karang...dan nanti pastinya saya akan mencipta alasan palsu sahaja).

Oleh kerana taklimat tu agak membosankan kerana pemberi taklimat tu dok ulang benda yang sama lebih 10 kali kot...maka saya pun membuka novel dan terus membacanya tanpa menghiraukan keadaan sekitar. Mula baca..terus saya terjerumus masuk dalam cerita yang saya baca...makanya,saya dah tak boleh nak berhenti membaca...(oh..rupanya saya masih mempunyai tahap keobsesan yang tinggi terhadap novel melayu)...titibe rasa sangat happy sebab hobi membaca novel nie telah kembali...maka,masa-masa terluang saya boleh gunakan dengan sebaiknya..yippi (^_^)
~inilah novel yang mengembalikan saya kepada dunia khayalan~
hehe..

Petang rabu tu,saya perlu berdesup pergi ke JB...balik rumah kakak saya sebab kat Sg. Buloh tak ada sesapa nak temankan cuti hujung tahun saya (sebab kakak saya pun cikgu..jadi kami sama-sama bercuti panjang). Petang tu saya bawa 2 buah novel bekalan untuk saya baca sepanjang di JB 'M.A.I.D' (novel nie dah lama berada dalam simpanan..sejak book fair bulan 4 hari tuh..lama gillerkan...plastik dia pun saya tak buka lagi tau...betapalah pada masa tu saya sangat tidak boleh masuk dalam dunia khayalan saya kerana sebab-sebab yang saya kurang pasti)dan 'Uda dan Dara'...
~novel nie boleh tahan tebalnya..tapi saya boleh habiskan sehari jer..wahahahaha~
teruja2..best rupanya cerita nie... :)
patutlah orang sanggup beratur panjang tuk dapatkan suri ryana punya signature

 ~novel nie..boleh tahan best la...tapi lama sikit nak habiskan baca...3 hari baru boleh khatam~
Mungkin sebab wataknya sedikit matang...tak berapa nak masuk dengan saya yang ala-ala gila-gila remaja nie..maka lambat sikit nak masuk dalam dunia khayalan tuh...hehe...

Bila dah khatam semua novel...saya rasa nak baca lagi..dan lagi..dan lagi...maka tanpa berkira-kira,saya pun mengajak adik saya menjelajah ke Plaza Angsana untuk mencari bekalan-bekalan novel...bukan 1 bukan 2..tapi saya rembat sampai 4 buah novel..itu pun sebab ada beberapa novel yang saya memang nak,takde plak kat situ..kalau tak mau 7-8 buah jugak yang saya beli.

~Hasil tangkapan di Plaza Angsana JB~

Bila dah bayar..baru terfikir..kalau beli kat Pustaka Minerva Jalan TAR..takde la kena bayor memahal sangat macam nie..sebab ada 20% less untuk semua jenis novel...(tapi sebab masa tu dah nak sangat..maka tak berfikir sangat la) sejak dari zaman berzaman memang beli kat Minerva jer...sangatlah berbaloi2..apa-apa pun rasanya balik KL nie mesti saya akan menjejak kan kaki ke sana..sebab semua buku di atas telah selamat saya khatamkan...semua baca tak sampai sehari dah habis...

weeeee....suka (^__^)

Wednesday, August 4, 2010

Trevelog Syahadah

Semalam saya selesai baca sebuah kisah hidup yang sangat bermakna dan memberi kesan terhadap diri saya yang telah bergelar seorang muslim semenjak dari lahir lagi. Alhamdulillah,saya bersyukur kerana dipilih Allah s.w.t untuk menerima Islam secara keturunan, lahir sebagai Islam,hidup sebagai orang Islam dan moga-moga mati juga dalam Islam.

Membaca kisah pencarian seorang hamba Allah yang lahirnya non-muslim untuk menemui hidayah islam,memang penuh pancaroba. Pelbagai cabaran yang beliau tempuhi untuk benar-benar merasa nikmatnya hidayah Allah terhadapnya. Beliau antara insan terpilih yang dicampakkan hidayah ke dalam hatinya,lalu menerima Islam sebagai pegangan dan cara hidup. Betapa bertuahnya...

Pernah bergaul dengan kumpulan-kempulan atau geng-geng samseng, sering bergaduh, menjadi playboy malaya malahan pernah meringkuk di dalam penjara antara perjalanan hidup yang perlu ditempuhinya. Bangkit dari kesilapan,namun masih belum benar-benar membantu beliau menemui ketenangan dalam hidup. Beberapa kali cuba berubah namun tidak ditemukan dengan jalan penyelesaian. Akhirnya beliau membulatkan tekad untuk berhijrah secara bersendirian tanpa meminta bantuan orang lain. Beliau berkelana sendirian akhirnya membawanya menjadi seorang muslim. Bukan sekadar muslim biasa,tetapi beliau menjadi seorang yang sangat luar biasa.

Kini di kenali sebagai Ustaz Muhammad Rashidi Abdullah, menjadi pendakwah,penceramah dan berjaya juga mengislamkan orang lain. Hebat kan? hanya selepas 7 tahun memeluk Islam,terlalu banyak sumbangannya terhadap agama, kerana beliau dipilih Allah menjadi insan yang tahu menilai harga sebuah hidayah dan dapat menilai betapa indahnya Islam berbanding kita yang lahir sebagai Islam. 

"Jangan ditanya apa sumbangan Islam kepada kita..tanyalah apa sumbangan kita untuk agama tercinta......"
 ~satu pelaburan yang sangat menguntungkan~

Wednesday, December 2, 2009

Lelaki Sejati

Kisah ini terjadi pada zaman Khalifah Umar bin al-khattab Radhiyallahu 'Anhu. Ada seorang pemuda kaya, hendak pergi ke Makkah bagi melaksanakan ibadah umrah. Dia mempersiapkan segala bekalannya,termasuk unta yang akan digunakan sebagai kenderaan. Setelah semua dirasanya cukup siap, dia pun memulakan perjalanan.

Di tengah perjalanan, dia menemui suatu tempat yang ditumbuhi rumput hijau dan segar. Dia berhenti berehat seketika. Pemuda itu duduk di bawah pokok dan akhirnya dia terlelap dan tidur dengan nyenyak sekali.

Ketika dia tidur, tali untanya terlepas, menyebabkan unta itu pergi ke sana ke mari. Akhirnya unta itu masuk ke kebun berhampiran. Unta itu memakan tanam-tanaman dan buah-buahan di dalam kebun itu. Dia juga merosakkan segala yang ada di situ.

Penjaga kebun itu adalah seorang yang sudah tua. Orang tua itu berusaha mengusir unta itu. Namun, dia tidak mampu. Kerana risau unta itu akan merosakkan semua kebunnya, lalu dia membunuh unta itu.

Ketika bangun, pemuda itu mencari untanya. Ternyata, dia mendapati unta itu telah mati dengan leher dikelar di dalam sebuah kebun berhampiran. Pada saat itu, orang tua itu datang, lantas pemuda itu bertanya "siapakah yang membunuh unta ini?"

Orang tua itu menceritakan apa yang telah terjadi keatas kebunnya dan kerana khuatir kebunnya akan musnah semuanya dia telah bertindak membunuh unta tersebut.

Mendengarkan cerita dan pengakuan dari orang tua itu, si pemuda terus naik marah sehingga tidak terkawal kemarahannya. Serta-merta dia memukul orang tua itu sehingga orang tua itu tidak sedarkan diri dan telah meninggal dunia., pemuda itu terkejut,dan menyesal atas apa yang dilakukannya.

Ketika itu, datanglah dua orang anak orang tua tadi. setelah mengetahui ayah mereka sudah meninggal dunia kerana dipukul oleh pemuda itu, lalu mereka menangkap pemuda itu dan menyerahkannya kepada Amirul Mukminin, Khalifah Umar al-Khattab r.a. Mereka menuntut untuk melaksanakan hukiuman qisas.

Saidina Umar r.a bertanya kepada pemuda itu, dan pemuda itu mengaku perbuatannya serta benar-benar menyesal atas apa yang berlaku. Lalu Amirul Mukminin memutuskan "Aku tiada pilihan lain kecuali melaksanakan hukuman Allah.

Pemuda itu meminta agar dia diberi waktu selama dua hari untuk pulang ke kampung halamannya agar dia dapat membayar segala hutang piutangnya.

Umar al-Khattab berkata "hadirkan kepadaku orang yang menjamin bahawa, kau akan kembali lagi ke sini. Jika kau tidak kembali orang itu yang akan di qisaskan sebagai ganti dirimu."

"aku orang asing di negeri ini, aku tidak dapat mendatangkan seorang penjamin" jawab pemuda itu. Abu Zar r.a yang ketika itu hadir di situ berkata "wahai Amirul Mukminin, ini kepalaku...aku akan serahkan kepadamu sekiranya lelaki ini tidak hadir selepas dua hari"

Dengan terkejut Umar al-Khattab berkata "Apakah kau yang akan menjadi penjaminnya wahai sahabat Rasulullah?" ."Benar" jawab Abu Zar.

Pada hari yang telah ditetepkan untuk melaksanakan hukuman, orang ramai menanti kedatangan pemuda itu. Sangat mengejutkan! dari jauh, mereka melihat pemuda itu datang dengan memacu kudanya. Orang ramai memandangnya dengan rasa takjub.

"Mengapa engkau datang ke sini anak muda?padahal kau dapat menyelamatkan diri daripada maut" Umar bertanya kepada pemuda itu.

"Wahai Amirul Mukminin, aku datang ke sini agar orang lain tidak akan berkata - tidak ada lagi orang yang akan menepati janji di kalangan umat Islam, dan tidak ada lagi lelaki sejati yang berani bertanggungjawab atas perbuatannya di kalangan umat Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam."jawab pemuda itu.

Lalu, Umar menghampiri Abu Zar "Dan,kau Abu Zar,bagaiman kau berani menjamin pemuda ini, padahal kau tidak mengenalinya?"

Abu Zar menjawab"Aku lakukan ini agar,orang lain tidak akan mengatakan bahawa tidak ada lagi lelaki sejati yang sedia berkoban untuk saudara seimannyan dalam umat Muhammad Sallallahu Alaihi Wassallam".

Mendengarkan semua itu, kedua anak orang tua yang terbunuh itu berkata "sekarang,tiba giliran kami, wahai Amirul Mukminin. Kami bersaksi di hadapanmu bahawa pemuda ini telah kami maafkan, dan kami tidak meminta apa-apapun daripadanya. Tidak ada yang lebih utama daripada memberi maaf dikala mampu. Ini kami lakukan agar orang tidak akan mengatakan bahawa tidak ada lagi orang yang berjiwa besar, yang mahu memaafkan saudaranya di kalangan umat Muhaammad Sallallahu Alaihi wassallam."


Petikan dari:
Ketika Cinta berbuah Syurga:Habiburrahman El Shirazy

p/s: jom..fikir-fikirkan...

Tuesday, August 11, 2009

KALAU BERANI BUATLAH!!

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham(Aba Ishak).Dia berkata: "Wahai Aba Ishak!Selama ini aku gemar bermaksiat.Tolong berikan aku nasihat."

Setelah mendengar perkataan tersebut Aba Ishak berkata: "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya,maka boleh kamu melakukan maksiat."

Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya, "Apakah syarat-syarat itu,wahai Aba Ishak?"
Ibrahim bin Adham berkata:

SYARAT PERTAMA: "Jika kamu bermaksiat kepada Allah,jangan memakan rezeki-Nya." Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata:




"Dari mana aku mahu makan?Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?"


"Ya!"tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya,masih mahukah memakan rezeki-Nya,sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?" "Apakah syarat keduanya?"soal lelaki tersebut. Lantas Aba Ishak menjawab:


SYARAT KEDUA: "Kalau kamu bermaksiat,jangan tinggal di bumi-Nya."


Syarat ini membuat lelaki itu terkejut separuh mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya:


"Wahai hamba Allah,fikirkanlah,apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya,sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya.?"


"Ya!Anda benar"kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga.Ibrahim menjawab:


SYARAT KETIGA: Kalau kamu masih mahu bermaksiat,carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya.


Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata:


"Wahai Ibrahim,ini nasihat macam mana?mana mungkin Allah tidak melihat kita?"


"Ya ,kalau memang yakin demikian,apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?"kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.Ibrahim melanjutkan:


SYARAT KEEMPAT: "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu,katakanlah kepadanya, "Ketepikan kematianku dulu.Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh".


Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan tersedar dan berkata: "Wahai Ibrahim,mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"


"Wahai Abdullah,kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu,lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"


"Baiklah,apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab:


SYARAT KELIMA: "Kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di Hari Kiamat nanti,jangan engkau ikut bersamanya."


Perkataan tersebut membuatkan lelaki itu insaf.Dia berkata: "Wahai Aba Ishak,sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim.Air matanya bercucuran . "Mulai saat ini aku ingin bertaubat kepada Allah"katanya sambil teresak-esak.
Kredit to:
iluvislam.com




Thursday, August 6, 2009

A Real Love Story

Mungkin kita terlalu biasa dihidangkan dengan kisah-kisah cinta “Romeo n Juliet”, ‘Laila Majnun” “Uda dan Dara” dan macam2 lagi cerita pengorbanan manusia semata-mata kerana cinta yang terlalu mendalam kepada pasangan mereka. Sehingga mengambil tindakan yang tidak rasional akibat mabuk dengan penangan cinta.

Saya bukan ingin mengkritik karya cinta mereka. Sekurang-kurangnya kisah-kisah sebegitu kita jadikan ia sebagai sempadan hidup kita. Jangan sampai kita terjerumus ke sempadan itu.

Sebenarnya banyak juga kisah cinta yang kita boleh jadikan teladan. Seperti kisah cinta Ali bin Abi Talib dengan anakanda kesayangan Rasulullah s.a.w Fatimah az-Zahrah r.a. yang pada pendapat saya kisah cinta yang sangat comel. Kenapa comel?? Kerana permulaan mereka suka sama suka…tapi malu untuk memula bicara. Fatimah pernah disunting oleh ramai di kalangan sahabat2 Rasulullah,sebelum Ali melamar.

Di ceritakan sebab Rasulullah menolak lamaran sahabat2 untuk anakanda kesayangannya adalah semata-mata kerana menunggu pinangan dari Ali. Baginda sememangnya mahu Ali menjadi suami kepada Fatimah. Kedua-dua mereka adalah insan kesayangan baginda. Rasulullah telah membesarkan mereka bersama-sama dan sangat mengenali perwatakan masing-masing.

Akhirnya selepas sekian lama menanti. Rasulullah telah menggesa Abu Bakar as-Siddiq untuk menggerakkan Ali agar meminang Fatimah. Ali dengan rendah hati menemui Rasulullah dan menyatakan hasrat hatinya. Pinangannya diterima dengan senang hati oleh Rasulullah dan mekarlah hati Fatimah kerana jejaka idamannya bakal menjadi suaminya. Dengan mas kahwin sebanyak 400 dirham hasil jualan baju besi Ali,maka perkahwinan antara kedua insan mulia kesayangan Rasulullah ini berlangsung dengan sederhana tetapi meriah.

Jodoh itu kalau Allah telah takdirkan,tak akan kemana. Ali menyintai Fatimah begitu juga sebaliknya. Mereka tidak pernah menyatakan rasa hati. Hanya memendam rasa. Mujur juga,Rasulullah menahami isi hati keduanya. Mereka adalah pasangan yang telah disuratkan oleh Allah untuk hidup bersama. Walaupun pada awalnya sangat sukar Ali untuk menyatakan perasaannya terhadap puteri Rasulullah tetapi kerana takdirnya akhirnya mereka bersatu jua.

Tuesday, August 4, 2009

Hanya Kerana Selembar Bulu Mata




Diceritakan di Hari Pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Ia dituduh bersalah, mensia-siakan umurnya di dunia untuk berbuat maksiat. Tetapi ia berkeras membantah.

"Tidak. Demi langit dan bumi sungguh tidak benar. Saya tidak melakukan semua itu."

"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa," jawab malaikat.
Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu ke segenap penjuru. Tetapi anehnya, ia tidak menjumpai seorang saksi pun yang sedang berdiri. Di situ hanya ada dia sendirian. Makanya ia pun menyanggah,

"Manakah saksi-saksi yang kau maksudkan? Disini tidak ada siapa kecuali aku dan suaramu."

"Inilah saksi-saksi itu," ujar malaikat.

Tiba-tiba mata angkat bicara, "Saya yang memandangi."

Disusuli oleh telinga, "Saya yang mendengarkan. "

Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yang mencium."

Bibir mengaku, "Saya yang merayu."

Lidah menambah, "Saya yang mengisap."

Tangan meneruskan, "Saya yang meraba dan meramas."

Kaki menyusul, "Saya yang dipakai lari ketika ketahuan."

"Nah kalau kubiarkan, seluruh anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu itu", ucap malaikat.

Orang tersebut tidak dapat membuka sanggahannya lagi. Ia putus asa dan amat berduka, sebab sebentar lagi bakal dimasukkan ke dalam jahanam. Padahal rasa-rasanya ia telah terbebas dari tuduhan dosa itu. Tatkala ia sedang dilanda kesedihan itu, sekonyong-konyong terdengar suara yg amat lembut dari selembar bulu matanya:

"Saya pun ingin juga mengangkat sumpah sebagai saksi."

"Silakan", kata malaikat.

"Terus terang saja, menjelang ajalnya, pada suatu tengah malam yg lengang, aku pernah dibasahinya dengan air mata ketika ia sedang menangis menyesali perbuatan buruknya. Bukankah nabinya pernah berjanji, bahawa apabila ada seorang hamba kemudian bertaubat, walaupun selembar bulu matanya saja yang terbasahi air matanya, namun sudah diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka saya, selembar bulu matanya, berani tampil sebagai saksi bahawa ia telah melakukan taubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan."

Dengan kesaksian selembar bulu mata itu, orang tersebut di bebaskan dari neraka dan dihantarkan ke syurga. Sampai terdengar suara bergaung kepada para penghuni syurga:

"Lihatlah, Hamba Tuhan ini masuk syurga karana pertolongan selembar bulu matanya."

Artikel ini di ambil dari iluvislam.com. Semoga dapat manfaat bersama. Pintu taubat Allah sentiasa terbuka.

Wednesday, June 3, 2009

Mr. Right vs Mr. Perfect

Kepada girls yang sedang mencari,tentu ada kateria tertentu yang anda gariskan untuk menjadi mr. Right kan? Saya tiba-tiba terfikirkannya apabila anak buah saya yang berusia 6 tahun mula bersoal jawab tentang lelaki baik kepada saya antara soalan dia adalah:-
  • 1) Kalau lelaki yang tak merokok tu baik kan? tapi kalau dia merokok dia tak baik...merokok tu kan tak baik...
  • 2)Pakcik *** selalu pergi surau. Mesti dia rajin sembahyang kan...Allah suka orang yang rajin sembahyang..kakak pun suka. Macam atuk...
  • 3) Kita tak boleh tipu kan...kadang2 kakak tengok orang suka berlakon jadi baik...tapi bila dia kat tempat lain dia jadi tak baik...mana boleh macam tu kan..
Huhuhu...tengok,kanak-kanak pun pandai menilai which one is good and bad. Jadi saya membuat konklusi perempuan sebenarnya telah menyimpan atau menyenaraikan sifat2 peribadi tertentu terhadap lelaki untuk menjadi lelaki pilihannya. Dan tentulah yang baik-baik semuanya. Cuma bagaimana untuk bertemu dengan lelaki baik itu yang perlu difikirkan caranya.

Saya ada membaca buku 'Trevalog Dakwah:Meniti Hari Esok' karya penulis best-seller yang terkenal Prof. Mohd Kamil Ibrahim. Dah lama saya baca buku ini,dan saya masih sangat takjub dengan peribadi yang ada pada penulis ini. Bagaimana dia perusaha sedaya upaya untuk menjadi hamba Allah yang di rahmati dan menjadi muslim yang sempurna. Dia bermula dengan seorang yang biasa-biasa kemudian diberi hidayah kepada Allah dan dia berusaha mengekalkan hidayah itu dalam seluruh hidupnya. Betapa berbarakahnya hidupnya. Apa yang penting dia berusaha untuk memperbaiki diri dan istiqamah dengan jalan yang dipilihnya. Saya sangat mencemburui sifat2nya itu. Betapa kerdilnya saya bila membaca tulisan beliau.

Dia ada bercerita kisah di bulan ramadhan,apabila dia menjemput seorang ustaz tahfiz untuk sama2 berdamping dengan beliau untuk menghidupkan malam2 ramadhan,malangnya ustaz itu tewas untuk istiqamah menghidupkan malam2 barakah itu,untuk mencari malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Namun beliau cekalkan hati untuk terus bertahan dan melalui malam2 seterusnya dengan hati yang tenang.

Saya berjumpa banyak watak seperti ustaz itu. Dan saya juga satu daripadanya. Saya telah lama dalam bidang pengajian Islam,tapi saya masih lagi tidak sekuat Prof. Mohd Kamil. Saya sangat mengaguminya. Alangkah baiknya jika saya boleh seistiqamah dia. Bukan tidak boleh,yang penting niat dan hati. Seandainya ada kemahuan, carilah jalan yang sebaiknya untuk menjadi baik.

Dan...mengapa saya bercerita tentang peribadi yang dikagumi ini?? Kerana saya rasa sangat susah mencari kualiti lelaki sepertinya. Rasanya 1 dalam sejuta. Kerana dalam ramai2 lelaki yang saya temui,saya belum pernah jumpa yang benar-benar boleh menawan dan menyebabkab saya tertegun dengan peribadi mereka. Sukarnya mencari Mr. Right yang perfect.

Bukanlah bermakna saya inginkan kesempurnaan,kerana saya sangat sedar setiap manusia ada kekurangan. Jarang sangat saya jumpa lelaki bujang,muda,berkeupayaan dan cukup sifatnya rajin mengimarahkan masjid dan surau. Jarang-jarang juga saya lihat lelaki yang istiqamah membaca al-Quran setiap malam. Selalu saya jumpa lelaki yang mencari perempuan yang baik...dengan harapan boleh menjadikan mereka baik...sadisnya. Selalu saya jumpa lelaki yang mencari perempuan yang baik pekerjaannya dengan harapan kewangan mereka akan stabil..sedih sungguh. Selalu juga saya bertemu dengan lelaki sambil lewa hidupnya tetapi mencari perempuan yang sangat stabil dengan harapan perempuan itu akan menstabilkan kehidupannya nanti..betulkah begitu caranya?

Saya bukan prejudis...tapi saya rasa itulah hakikat hari ini...bukan semua lelaki tidak baik, kerana saya percaya masih ada lelaki baik di dunia ini. Permata berharga memang sukar dicari.

Sunday, January 11, 2009

Super Duper Women...

Menjadi manusia luar biasa..hebat..dipandang tinggi oleh semua manusia..extraordinary bunyinya..seakan mustahil untuk digapai.
Namun sebagai seorang manusia biasa mungkin kadang kala kita ingin mencapai sesuatu dalam hidup kita yang akan dapat memberi rasa luar biasa dalam diri.Tidak salah mempunyai impian untuk menjadi luar biasa,itu tanda positif dalam diri untuk jadi lebih baik.

Saya membaca majalah Anis(majalah wajib baca saya) keluaran bulan Januari.Topik bulan ini adalah "Kuasa Hijrah: Jadilah Wanita Luar Biasa". Tengok tajuk jer dah rasa tertarik,bagaimana nak menjadi wanita luar biasa?mungkin tergambar sukar nak capai tahap luar biasa itu,kerana luar biasa bermakna bukan yang biasa-biasa, bermakna perlu melakukan sesuatu yang mungkin tak termampu kita lakukan. Namun realitnya begitu ke?siapakah wanita yang layak digelar luar biasa?sudah tentunya wanita solehah itulah wanita luar biasa.

Apakah ciri-ciri wanita solehah?Firman Allah S.w.t:
"Wanita-wanita yang solehah itu adalah mereka yang taat (kepada Allah) dan menjaga diri ketika(suaminya)tiada kerana Allah telah menjaga mereka" -an-Nisa':34-


Sabda Nabi S.A.W;
"Apabila seorang wanita telah melakukan solat 5 waktu,berpuasa di bulan Ramadhan,menjaga kemaluan (kehormatan diri)nya dan mentaati suaminya,maka dia akan memasuki syurga Tuhannya." -riwayat Ibnu Hibban-


Sedar tak?rupa-rupanya Maha Suci Allah, menjadikan sesuatu itu sangat senang untuk dicapai oleh hambaNya. Tidak perlu berkorban apa-apa untuk menjadi luar biasa tidak juga perlu melakukan perkara pelik-pelik untuk menjadi luar biasa di mataNya. Secara kesimpulannya untuk menjadi luar biasa hanya perlu melakukan 5 perkara mudah:
1. Beriman dan bertaqwa kepada Allah
2. melakukan ibadah yang disuruh
3. Memelihara maruah dan kehormatan diri
4. Taat kepada suami(kepada yang berkahwin)Taat kepada ibu bapa(kepada si gadis)
5. Berpandangan positif untuk sentiasa meningkatkan amalan

Mungkin pada pandangan manusia lain ia bukan sesuatu yang hebat, namun kita tidak perlu manusia sebagai juri yang menilai kita, biar kita kelihatan biasa pada pandangan mereka namun kita disayangi oleh Allah dan kita menjadi hambaNya yang luar biasa mengikut penilaian yang telah digariskanNya.

Tuesday, December 16, 2008

Sebuah buku..satu inspirasi..


Saya baru selesai membaca buku yang banyak mengajar tentang ilmu kehidupan nie...sangat bagus untuk dibaca oleh sesiapa pun..tak semestinya orang yang dah berkahwin..orang bujang macam saya pun sesuai..sebab cerita di dalamnya untuk semua...klasifikasanya 'U'..untuk bacaan umum..heheh..

Saya mungkin orang yang dah telambat membaca buku nie..sebab dah cetakan ke-2 pun..semasa pelancaran buku nie kat pameran buku awal tahun dulu..saya ada kat pesta buku tu..tapi,rasa janggal pulak orang bujang beli buku "aku terima nikahnya.."(sebenarnya saya malu nak beli..sebab saya belum kawin..macam tak sesuai jer..)tapi,baru2 nie saya ke kedai buku..cari punya cari..belek punya belek..tak ada buku yang betul2 menarik perhatian saya..pastu saya capai buku nie..baca sinopsis..kemudian selak satu muka surat...saya suka gaya penulisan Ustaz Hasrizal..jadi saya berkeputusan untuk memiliki buku ini..memang berbaloi..

Buku nie bukan menceritakan tentang cinta..atau alam perkahwinan sahaja..tapi lebuh dari itu..kita rasa terdidik bila membacanye..rasa macam abu saif dan ummi saif ini adalah ibubapa contoh zaman moden ini..Ustaz banyak mengajar pembaca cara mendidik diri,pasangan dan anak2 dengan cara yang lembut dan berhikmah. Di selitkan dengan memori2 zaman kanak2..kadang2 terimbau juga zaman kita semasa kita jadi kanak2. Mengingatkan kita kesilapan yang kita tak perasan kita dah buat dalam kehidupan. Mengajar kita menghargai kasih sayang ibubapa kepada kita, kasih sayang Alah kepada kita, dan cara terbaik memberi kasih sayang kepada insan2 di sekitar kita. Tulisan dan nasihat yang ada dalam buku ini memang boleh dijadikan sebagai pedoman hidup. Jarang2 kita dapat membaca buku yang sangat santai cara penulisannya, seakan2 kita mendengar sebuah cerita yang hebat. memang sangat sesuai dengan mottonya.."erti hidup pada memberi"... memang banyak memberi inspirasi. Thanks Ustaz Hasrizal..Good Job!

Monday, December 1, 2008

Cinta Di Rumah Hassan Al-Banna

Menjadi harapan setiap ibu-bapa agar anak2 yang dilahirkan bakal menjadi anak2 yang pintar..bijak bistari…berjaya..dan ramai juga dikalangan ibu-bapa yang sangat2 mengharapkan anak2 mereka anak2 yang pandai,bijak ditambah lagi dengan soleh/solehah..menjadi anak2 yang akan memberikankan kejayaan kepada agama islam, mempunyai akhlak yang terpuji dan sangat berbakti kepada orang tuanya.

Namun, apakah resipi yang paling berkesan untuk memastikan anak2 kita menjadi anak2 yang berbarakah ini? Tentulah kita perlu melihat contoh teladan dari Rasullullah..para sahabat..salafussolleh…dan tokoh2 islam yang lainnya. Saya pernah membaca bibliografi Imam al-Ghazali..beliau adalah hasil yang dibentuk oleh ayahandanya berpuluh2 tahun sebelum kelahirannya..semasa beliau dalam kandungan ibunya dan selepas kelahirannya…bagaimana membentuk anak sebelum tahu kewujudannya?mudah..dengan doa yang tidak putus2..serta amalan kita seharian..walaupun ada yang menyatakan iman bukan warisan bapa kepada anak..tetapi,semua itu tidak pernah menjadi mustahil.

Apa yang ingin saya kongsikan bersama disini adalah mengenai seorang ayah yang boleh dikatakan dekat..hampir..malahan hidup dalam era modenisasi seperti kita..yang cabarannya lebih besar dari kita.Beliau ialah as-Syahid Imam Hassan al-Banna. Saya sangat tertarik dengan cara beliau mendidik anak2nya dalam kesibukan beliau berdakwah dan membina Ikhwanul Muslimin. Malahan anak2 beliau menggambarkan beliau adalah ayah yang sangat hampir dengan mereka. Tidak pernah mengabaikan mereka walau dalam kesibukan yang sangat besar, dalam tekanan sekeliling, dan dalam kesukaran menjadi seseorang yang diburu kerajaan negara tempat tinggal beliau.

“Cinta di Rumah Hassan al-Banna”(karya Mohammad Lily Nur Aulia) itulah buku yang menceritakan permulaan keluarga al-Banna ini. Bermula bagaimana beliau memilih wanita yang akan menjadi ibu kepada anak2nya sehingga perhatian yang diberikan kepada anak2nya semasa hayat beliau. Bagi memastikan beliau dapat membina sebuah keluarga yang bahagia,sa’adah warahmah..beliau memulakan dengan memilih gadis yang baik akhlak dan agamanya untuk menjadi isteri dan ibu kepada anak2nya(isterinya adalah anak kenalan ayahnya yang sangat menjaga agama). Pentingnya memilih ibu yang baik untuk anak2nya kerana dia mengharapkan wanita ini akan membentuk dan mendidik anak2nya menjadi acuan seperti wanita itu juga. Selepas kelahiran ank2nya, beliau mempunyai carta tentang setiap anak2nya yang mencatatkan tentang tarikh kelahiran, sakit yang dihidapi, masalah anak di sekolah, matapelajaran yang perlu dipertingkatkan,keperluan anak2 dan berbagai2 catatan lagi. Bukankah ini sebagai tanda dia sangat mengambil berat urusan anak2nya walaupun dia adalah seorang pendakwah yang sangat berjaya. Dia memegang prinsip, dakwah itu bermula dengan orang yang paling dekat dengannya. Dan tentulah oranag yang paling hampir itu adalah keluarga sendiri? Di sinilah peranan seorang ketua itu dilihat,mengetuai keluarga dengan sangat baik, tentu dia akan dapat memimpin org2 bawahannya sebaik dia mengemudi keluarga nya. Al-Banna sendiri sentiasa meluangkan masa menghantar anak ke sekolah dan memastikan membeli setiap keperluan rumahnya sendiri. Beliau mendidik anak dengan penuh berhikmah, tidak pernah marah2 malahan pendekatan yang digunakan adalah teguran secara berhikmah supaya anak2nya dapat berfikir. Mungkin aura seorang pemimpin itu sememangnya ada pada beliau. Namun tidak salah rasanya jika kita mengambil sedikit tauladan daripadanya. Semoga kita dapat mendidik anak2 kita berjaya di dunia dan akhirat.


-anak yang mendoakan ibubapanya itulah harapan kita-

Saturday, November 22, 2008

Antara Novel dan Filemnya

Sambil2 saya mengadap pc..saya mendengar hot.fm..radio yang lebih hangat daripada biasa...lagu yang sedang berkumandang sekarang nie..'Ayat-Ayat Cinta' dari Rossa...memang tangkap layan gak lah lagu nie...sambil2 tu juga saya terbayangkan perjalanan ceritanya(melalui filem yang menggunakan title yang sama) yang diadaptasi dari novel 'Ayat-Ayat Cinta'...saya memang jatuh hati dengan novelnya..walaupun pada mulanya saya agak berkira2 untuk membacanya kerana jika menilai dari kulitnya,saya tidak begitu tertarik untuk berilusi dengannya..namun kerana 'godaan' kakak saya yang beriya2 menyuruh saya membacanya dulu sebelum menilainya(kerana saya nie kategori gila novel) maka saya pun membacanya...mula dari muka surat pertama...penilaian saya mula berbeza.."boleh tahan jugak novel nie"..detik saya di dalam hati...maka sehelai demi sehelai..saya berjaya menghabiskannya dan ternyata novel itu bukan takat boleh tahan..tapi memang best!itulah bak kata pepatah omputih 'dont't judge a books by its cover' memang tepat!saya memang terkesan dengan novelnya...kenapa? sebab cerita cinta yang dibawanya adalah cerita cinta yang tidak buta..cinta yang berilmu..dan yang penting mengetengahkan agama sebagai landasan utamanya...sambil membaca..sambil kita mengenali negara mesir yang menjadi latar belakang tempatnya(walau saya tidak pernah walau sekalipun berada di luar negara..inikan pula mesir)dan ilmu2 yang terselit dalam penceritaan novel ini sangat membuka mata...jarang2 saya membaca novel melayu dari malaysia mengandungi unsur2 dakwah yang tidak bosan apabila membacanya...jadi pada perkiraan saya penulis ini memang berjaya menawan hati pembacanya..TAPI..berbeza dengan filemnya...perasaan saya jauh dari apa yang saya alami ketika membaca novelnya...mungkin kerana pemahaman seseorang tentang pembacaan itu berbeza..jadi pembawaan pengarah filem ini adalah menurut pandangannya...pada pendapat saya secara personal...ciri2 seorang aisyah dalam filem dan novel agak jauh berbeza,begitu juga watak fahri yang saya kenali dari novel agak jauh beza dengan filemnya...tapi saya bukan sesiapa untuk membuat penilaian mahupun perbandingan...cuma saya berpendapat untuk menghayati ceritera cinta antara fahri-aisyah dan noura..mungkin dengan membaca novel kita akan berasa lebih dekat dengan mereka..anda cuba..kemudian anda tentukan...