Thursday, July 23, 2009

Kekasih Agung

Telah lama saya ingin mencatatkan sesuatu tentangnya. Tentang kehebatannya. Tentang kebaikkannya. Tentang kelembutannya. Tentang keindahan akhlaknya.Dan segala-gala tentangnya. Betapa sempurnanya dia. Betapa kerdilnya saya.


Tika saya menaip ini pun terasa debaran di hati saya. Terasa kecur liur. Terasa kerdilnya diri saya. Terasa seperti saya sangat naif,sangat lemah. Betapa sombongnya saya, betapa jahilnya saya, dan betapa saya seperti debu-debu yang tidak berguna.


Dialah yang membawa cahaya. Dia yang membuka segala pintu kebaikan. Dia mempersaudarakan manusia yang selama ini bermusuh. Dia memberi harapan yang sangat indah kepada sekalian manusia. Harapannya bukan dusta, impiannya bukan palsu asal sahaja kita mengikut segala apa yang diajarkan. Mengggunakan apa yang di wariskan kepada kita sebaik-baiknya. Al-quran dan Sunnahnya adalah sebaik-baik warisan yang ditinggalkan untuk ummatnya yang sangat-sangat disayanginya.


Dialah Muhammad Sallallahualaiwassallam,pesuruh Allah. Dialah Muhammad Sallallahualaihiwassallam, kekasih Allah. Insan agung yang tiada bandingan.

Setiap kali saya membaca buku-buku mengenai baginda Rasulullah,saya tidak pernah rasa puas. Terasa alangkah indahnya jika saya dapat bersama-sama hidup berjuang dengan baginda. Setaip kali juga bila bercerita tentang kepayahan baginda menyebarkan islam, menghadapi musuh-msuh islam dan bermati-matian menegakkan agama Allah perasaan sebak itu tak dapat saya sembunyikan. Tapi saya sedih kerana anak-anak sekarang tidak pernah menghayati sirah baginda. Saya tidak tahu mengapa, terasa mereka seperti sangat jauh dengan insan Agung ini. Ruginya mereka. Namun saya cuba sedaya upaya untuk membantu mereka mendekati baginda.


Apabila sampai kepada kisah kewafatan Baginda. Airmata memang tak dapat disembunyi lagi. Bila membaca khutbah terakhirnya sayu hati saya. Betapa dia mengasihi kita. Betapa dia rela melakukan apa sahaja untuk kebaikan ummatnya. Tapi apa balasan kita? tiada apa-apa. Bahkan kita terang-terangan melakukan kekufuran. Dapatkah kita bayangkan perasaan baginda. Tentu hancur luluh hatinya. Tentu kesedihannya sangat tidak tertanggung. Alangkah teruknya kita,sombong pada Pencipta,sombong pada Rasulullah, sedangkan dialah yan akan menyelamatkan kita nanti.

Sejahat manapun kita. Sekejam manapun kita. Selagi kita seorang muslim,selagi kita berada dalam agama islam ketika matinya kita nanti. Dia tetap akan memberi syafaatnya kepada kita. Dia tetap akan menyelamatkan kita dari terus di siksa di dalam neraka. Dia tidak sanggup melihat ummatnya tersiksa, kalau boleh sakit ummatnya biar dia yang menaggung. Betapa besarnya cinta dan kasih sayangnya kepada kita. Masih lagi kita ingin menyombong diri dan takbur dengan segala kebaikan yang telah baginda beri pada kita? Masih lagi kita sanggup melukakan hati insan yang sangat lemah-lembut dan baik hati ini?? Masih sanggup lagi kah kita?

Align Center

Banyakkahlah selawat ke atas baginda. Semoga baginda akan mensyafaati kita, dan semoga Allah merahmati kita. Allahumma Solli 'ala Muhammad......

Tuesday, July 21, 2009

Ahlan Ya Syaaban.

“Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadan bulan umatku..”

Sempena menyambut bulan Syaaban yang tinggal sehari lagi. Saya ingin kongsikan bersama amalan-amalan apa yang paling disukai oleh Rasulullah S.A.W dalam bulan ini. Bulan yang dikenali sebagai bulan Nabi.

1.Memperbanyakkan puasa sunat.
Saidatina Aisyah berkata:
Aku tidak pernah melihat Rasulullah S.A.W. menyempurnakan puasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat baginda memperbanyakkan berpuasa sepertimana pada bulan Syaaban.

Sebagai persediaan untuk menghidupkan Ramadhan al-Mubarak. Adalah digalakkan kita untuk melatih diri berpuasa di bulan Syaaban. Supaya kita lebih bersedia dan lebih segar bila bertemu Ramadhan. Bukannya menyambut Ramadhan dengan rupa yang layu dan tidak bersemangat.

2. Minghidupkan Malam dengan beribadah,berzikir dan berdoa.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Allah mencurahkan kebajikan pada empat malam iaitu malam Raya Haji, malam Raya Puasa, malam Nisfu Syaaban dan malam Arafah.

Berlumba-lumba untuk mendapat keberkatan sepertiga malam dengan ganjaran yang Allah janjikan. Semoga kita akan tergolong dalam golongan hambaNya yang sentiasa mengingatiNya

Selain daripada itu, pada bulan ini juga ada satu malam yang di kenali sebagai malam . Menjadi salah satu malam yang mana doa-doa akan di kabulkan.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Allah menjenguk datang kepada semua makhlukNya di malam Nisfu Syaaban maka diampunkan dosa sekalian makhlukNya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan.(Riwayat Ibnu Majah, at-Thabrani dan Ibnu Hibban).

Berkata Imam Shafie:
Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: Sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: Pada malam Jumaat, malam Raya Haji, malam Raya Puasa, malam pertama di bulan Rejab dan malam Nisfu Syaaban.

Berkata Imam Ghazali:
Sesungguhnya sunat muakkad (sunat yang amat digalakkan) menghidupkan hari siang dan malam yang mempunyai kelebihan antaranya malam Nisfu Syaban.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Monday, July 20, 2009

Tolong Jangan Melepaskan Batuk Di Tangga

Bila buat sesuatu. Ikhlaskanlah hati.

Buatlah demi mereka. Bukan terpaksa.

Bila disuruh bekerja. Bekerjalah bersama-sama.

Bukan harapkan nama. Hasilnya tidak seberapa.



Bila ingin membantu. Bantulah seboleh-bolehnya.

Bukan membantu kerana dipinta.

Tapi bantulah kerana ianya tanggungjawab kita.

Tidak sesukar mana,selagi masih terdaya, apalah salahnya.



Mereka perlu dibela.

Anak-anak yang kabur masa depannya.

Kita pendidik bangsa.

Kenapa berkira.

Mudah sambil lewa.

Tak guna berkeras kepala.

Bukan dunia tujuan kita.

Berhikmahlah...

Tentu lebih besar ganjarannya.


Saya sangat sedih, bila orang bekerja membantu anak-anak ini hanya kerana wang ringgit. Saya terkilan kerana mereka tidak bersungguh-sungguh memhulurkan bantuan. Kasihan anak-anak ini. Mereka perlu dipimpin untuk menuju jalan yang cerah. Mereka perlu dibawa keluar dari kegelapan. Mereka ada potensi,cuma kita kena tunjukkan jalan yang betul. Tunjukkan cara sebenarnya..kenapa dikekang potensi mereka. Kenapa terlalu berkira. Kalau tak ada bayaran...buat kerja sambil lewa...kalau di bayar baru boleh buat betul-betul. Sedangkan inilah anak-anak kita. Kenapa anak-anak orang kita beria-ia membantu. Kerana habuannya besar? Kenapa anak-anak kita di abaikan. Sebab terpaksa beri yang percuma????tolonglah...buka mata...buka minda...buka hati...jangan buat sesuatu sekadar melepaskan batuk di tangga. Tak akan dapat apa2.


Saya bukan sesiapa. Tapi,sampai bila???kera di hutan di susukan..anak di rumah mati kelaparan...akhirnya,yang buruk itu anak kita...yang cantik itu anak mereka.

Saturday, July 18, 2009

Bunga Tahi Ayam

Titibe citer pasal bunga tahi ayam plak. Kenapa lah bunga yang boleh dikatakan cantik ini dinamakan dengan nama yang tak best??? ‘bunga tahi ayam’..kenapa yer? Nak kata rupanya macam tahi ayam…tidak…bau dia macam tahi ayam…erm…yer ker??? Tak lah kan…takde la busuk macam bau tahi ayam tu. Nak tau nama saintifik dia? Lantana camara…sedap kan…ok jer nama tuh..baru la sesuai. Dan ada satu bunga yang memang sebijik macam bentuk bunga nie dikenali pulak dengan nama bunga ‘Marigold’ Sebab warna dia yang kekuningan tu menyerupai warna ‘gold’ atau emas.

Nama bunga nie khabar-khabarnya akan di tukar kepada nama ‘bunga carnation malaysia’ kerana rupanya yang seakan-akan bunga carnation. Tapi saya sendiri kurang pasti samada sudah diwartakan atau belum nama barunya yang lebih sedap di dengar nie. Saya juga percaya tentu bunga ini tak sabar2 nak menukarkan namanya supaya lebih enak disebut dan didengar.

Kalau anda semua nak tahu bunga nie pun ada kelebihannya juga. Banga ini mempunyai antiseptic yang sangat bagus untuk merawat luka. Lendir yang keluar dari daunnya selepas diramas berfungsi sebagai antiseptic yang akan menghentikan pendarahan, mengelakkan enfeksi dan luka akan lebih cepat sembuh. Selain sebagai antiseptic untuk luka, daunnya juga boleh digunakan untuk rawatan bengkak dan terseliuh pada anggota badan.

Bukan calang-calang rupanya pokok bunga tahi ayam nie. Banyak manfaat yang kita boleh dapat dari tumbuhan nie. Jadi kalau tanam di sekeliling rumah pun berbaloi. Bunganya cantik,daunnye serbaguna, nak jaga pun mudah. Tak salah kalau kita kormesialkan pokok ni. Dulu masa zaman kanak-kanak saya selalu jumpa pokok bunga tahi ayam nie tepi jalan. Tapi sekarang nie dah jarang-jarang nampak. Dah nak pupus jugak ker pokok nih?

The beautiful of Latana Camara

Thanks to KTS..sebab baca teka-teki dia lah saya rasa membuak2 nak tahu apa bestnye bunga tahi ayam ini...('v')

Friday, July 17, 2009

Allah Maha Hebat

Best betul tidur malam tadi sebab hujan lebat. Tarik selimut,berselubung terus. Kipas pun on dengan kelajuan ke-3. Bertambah la sejuknye…bertambahlah syoknye tidur..dan bertambahlah malasnya nak bangun pagi. Azan pertama..bangun tengok jam…debushhhh..baring balik. Azan kedua,Mula mengeliat..duduk dan memandang ke lantai bilik…ada air…alamak..punya sedap tidur sampai tak perasan tempias…huhuhu…

“hujan yang turun bagaikan mutiara….” Lagu sudirman mula terngiang-ngiang berkumandang dalam hati. Bila ujan turun je mesti teringat kat lagu nie. Macam dah satu kewajipan la pulak…

Dua-tiga minggu lepas cuaca panas. Macam dah kemarau. Siap jadi jerebu dan macam2 fenomena alam terjadi. Dan sekarang Allah dah hadiahkan hujan. Cuaca dalam minggu ni pun redup dan sejuk je. Rasa seronok bila keluar rumah. Bila ke padang petang-petang pun tak la terasa bahang panas sangat. Hadiah dari Pencipta. Indah kan….

Fakta mengenai kejadian hujan telah lama tercatat di dalam al-Quran. Sebagaimana firman Allah:

"Dialah Allah Yang mengirimkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang dikehendakiNya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal; lalu kamu lihat air hujan keluar dari celah-celahnya; maka, apabila hujan itu turun mengenai hamba-hambaNya yang dikehendakiNya, tiba-tiba mereka menjadi gembira" (Al Qur'an, ar-Ruum:48)



"Tidaklah kamu melihat bahwa Allah mengarak awan, kemudian mengumpulkan antara (bagian-bagian)nya, kemudian menjadikannya bertindih-tindih, maka kelihatanlah olehmu hujan keluar dari celah-celahnya dan Allah (juga) menurunkan (butiran-butiran) es dari langit, (yaitu) dari (gumpalan- gumpalan awan seperti) gunung-gunung, maka ditimpakan-Nya (butiran-butiran) es itu kepada siapa yang dikehendaki-Nya dan dipalingkan-Nya dari siapa yang dikehendaki-Nya. Kilauan kilat awan itu hampir-hampir menghilangkan penglihatan." (Al Qur'an, an-Nur:43)



Hebat kan Allah…satu-persatu proses kejadian hujan nie tercatat di dalam kitab-Nya. Saya suka pada fakta ini. Sangat tepat..sama macam yang kita belajar dalam sains. Sebab tu lah..siapa nak jadi hebat kena tahu al-Quran. Belajar memahami al-Quran dan banyak ilmu yang kita boleh perolehi darinya.

Yang pasti hujan turun bukan sebab katak yang panggil hujan turun..

“hujan oh hujan..kenapa engkau turun..macam mana aku tak turun…katak panggil aku..katak panggil aku…”





Saturday, July 11, 2009

3 Makhluk Allah

Menilai monolog hati seorang yang bergelar hamba-Nya.Email yang bermakna..dan saya ingin kongsikan bersama teman-teman tersayang.
Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ...
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz
Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan membaca Bismillah...
Syaitan - Ahh, tak payahla... baca baca dah lapar ini !! mmm.. sedapnyaaaa? .makan aje le..
Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!pakai yang terbuka tu..
Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm.. aaahh? suruh si X, punchkanlah?
Manusia - Azan sudah kedengaran.. .
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah.. awal lagi nieii?.jap lagi leeee
Manusia - Eh, eh..... tak boleh tengok ini, berdosa....
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh.... . best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..memang rugi tauuu..
Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? diaaa..
Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah²... pandai2lah?
Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. . Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. .. (kalau sempat la)
Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah,berpalinglah dari jalan itu ....
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu... Jomlahhh?
Manusia - Uuhhh? letihnya arini.. tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu....
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpi lah!) untukmu...
Manusia yang bijak akan menilai dengan akal bukan dengan hawa nafsunya. Pilihlah sesuatu yang tepat dan betul untuk kebaikan. Pilihan ada di tangan kita,manusia,makhluk dan hamba-Nya.

Friday, July 10, 2009

"aku dapat A..."

A

Siapa tak kenal dengan abjad ini? Tentu anda semua sangat familiar dengan huruf ‘A’ kan. Atau mungkin anda tidak suka dengan huruf ini.

A

Huruf yang paling popular dan di sukai oleh ibu-bapa,guru-guru dan student. Kecualilah student yang tidak mempedulikan hati ibu-bapanya,guru-gurunya dan dirinya sendiri. Terkecuali juga kapada student yang keupayaannya terbatas untuk melihat huruf ‘A’ terpampang pada buku tulis, buku rekod dan kertas periksa.

“aku dapat A…” dengan nada bangga kanak-kanak itu menunjukkan buku tulisnya kepasa rakan-rakan. “aku dapat A bintang…lagi best…” seorang lagi menyampuk..taknak kalah.

Saya…
Senang hati melihat gelagat mereka. Senang hati memberi galakan kepada mereka. Dengan satu abjad sahaja, mereka sudah merasa gembira. Mereka sudah merasa puas hati.

Kepada yang tidak mendapat ‘A’ mereka akan berusaha untuk mendapatkan abjad itu. Abjad kemenangan, abjad kegembiraan dan abjad kepuasan.

Hidup ini indah…kepada mereka yang bersyukur dengan kebaikan, dan berfikir bila dalam kesusahan.
Hidup ini mudah...bagi mereka yang tahu menghargainya…dan memperbaikinya..

Tuesday, July 7, 2009

Memakna Bahagia

Bahagia itu dari dalam diri * Kesannya zahir rupanya maknawi * Terpendam bagai permata di dasar hati * Bahagia itu ada pada hati * Bertakhta di kerajaan diri * Terbenam bagai mutiara di lautan nurani * Bahagia itu ada di jiwa * Mahkota di singgahsana rasa * Bahagia itu adalah suatu ketenangan *
Bila susah tiada gelisah * Bila miskin syukur pada Tuhan * Bila sakit tiada resah di jiwa * Bukankah Tuhan telah berfirman * Ketahuilah dengan mengingati Allah * Jiwa kan menjadi tenang *
Kebahagiaan itu suatu kesyukuran * Bila kaya jadi insan pemurah * Bila berkuasa amanah * Bila berjaya tidak alpa * Bila sihat tidak lupakan Tuhan *
Hakikatnya bahagia itu * Adalah ketenangan * Bila hati mengingati Tuhan * Semua insan kan mengerti * Maksud terseni Ilahi * Itulah zikir yang hakiki
(kredit: Kumpulan UNIC)


Saya sangat suka dengan lirik lagu ini. Gambaran sebuah kebahagiaan yang sangat menyenagkan. Hakikat kebahagiaan yang sebenar. Pernah kita mendengar kata-kata :

“Perhubungan itu ibarat sebuah rumah,tak perlu cantik,tak perlu mewah. Yang penting kita bahagia hidup di dalamnya”

Bahagia itu sifatnya seni. Tidak boleh dipegang tapi dapat dirasa. Bahagia itu tidak dapat dinilai tapi sangat dihargai. Ia sukar dimaknakan secara terperinci, kerana setiap manusia akan merasa bahagia yang berbeza-beza.

Ada yang mencari-cari bahagia. Sehingga menjadi lelah kerana tidak pernah berjumpa bahagia. Tapi hakikatnya bahagia itu kadang-kala ada di depan mata, Cuma kita buta untuk mentafsirkannya.

Bukan bahagia dengan wang berjuta. Bukan juga bahagia dengan emas bergunung tinggi. Tiada bahagia dalam keseronokan tidak bertepi, tiada juga bahagia jika berpangkat tinggi. Bahagia akan tiba bila kita mengikhlaskan hati. Tenang dalam budi dan pekerti. Serta menerima segala ketentuan dengan rela hati. Bersyukur kepada Ilahi dan merenung ke dalam diri sendiri.Hidup akan lebih bermakna dan bererti.