Thursday, April 1, 2010

Dengar Guruh Di Langit

Ini memang logo band hujan yang tengah meletop-letop tuh. Tapi saya bukanlah nak cerita pasal band nie (sebab bukan tau sangat perkembangan semasa kumpulan nie..nanti kalo tersalah cakap kena saman...ish..susah). Saya nak cerita pasal hujan...ya..HUJAN.

Hujan itu anugerah...istimewa. Just a few month ago..cuaca kat Malaysia nie..panas terik...berbahang-bahang...dari pagi sampai malam,rasa bahangnya panas tu tak hilang-hilang. Time tu memang berharap-harap sangat hujan turun...tapi hujan tu mahal sangat...kalau nampak macam mendung-mendung pun..hujan masih tak kunjung tiba..tidur malam pun tak lena, bahang panas tu masih terasa...even dah pasang kipas sampai nak tercabut bilah kipas pun..still rasa panas.



Sekarang...hujan dah turun. tiap-tiap hari hujan..espeacially waktu malam (kat tempat saya la). Rasa nikmatnya lah bila hujan turun. Pagi pun rasa segar, tengahari pulak tak terasa terik sangat mentari...besar kan anugerah tu. Memang tepatlah kalau di katakan hujan itu umpama mutiara...susah nak dapat...tapi bila dah dapat..seronok betul...

Tapi hujan...sikit-sikit..jadi kawan...kalau dah lebat menggila...dialah lawan. That's why..sediakan payung sebelum hujan...bila hujan..sentiasa beringat...bila dapat anugerah kena selalu bersyukur..kalau kita tak bersyukur, nikmat yang kita dapat bertukar menjadi bala yang tak di undang...nauzubillah..




Selamat menikmati hujan dengan nikmat dan beringat-ingat...

Wednesday, March 31, 2010

P.O.N.T.E.N.G ! ! !

Berapa hari saya ponteng berblog??? lama betul...lama sangat... Bukan setakat ponteng berblog, tapi saya juga tidak menjengah ke alam maya ini selama saya memontengkan diri. Not even once.


Bukan sebab saya sibuk...bukan sebab tak ada masa...atau sebab-sebab biasa yang diberi di sini. Alasan saya kali ini adalah...saya memang mahu bercuti. menikmati cuti sekolah dengan sebenar-benarnya, bila dah buka sekolah..penyakit itu berlarutan pula...almaklumlah,walaupun dah mula bersekolah dan bekerja seperti biasa,agenda cuti-cuti masih berlangsung.


Cerita-cerita seterusnya nanti saya story mory lagi yer..nak upload gambar..cuti-cuti melaysia..


da..da... :)

Wednesday, March 3, 2010

Kematu di Hatinya




ada cerita di sebalik gambar...

ada suka di balik tawa...

ada air mata di sebalik bahagia.....


Berkelah dengan kawan-kawan. Memang seronok, sebab dah lama tak menjejakkan kaki ke sungai. Banyak kali merancang,tapi tak pernahnya menjadi. Akhirnya kami sampai juga ke sebatang sungai Kuala Woh,Tapah. Pergi dengan perancangan last minit. Bila rancang last minit,itu pulak yang menjadi.

Kami sebenarnya baru balik dari walimah 'kawan' kepada salah seorang dari kawan kami. Kebetulan dah nak berjalan jauh,makan buat lah perancangan lain...."mandi sungai".
Sebenarnya,tujuan bersuka-suka di sungai tu pun kerana nak mengubat hati orang yang lara...harap-harap dinginnya air sungai boleh menyejukkan hati yang lara.

Bagaimana rasanya bila menghadiri majlis perkahwinan seseorang yang pernah ada 'sesuatu' dengan kita?

hadir pun kerana berkali-kali di suruh untuk muncul...dengan janji manisnya....ada sesuatu yang ingin di berikan....

Tapi bila sampai...alahai dinginnya sambutan...

Saya melihat sekilas wajah sahabat itu...pasti ada luka di hatinya...

"kumbang bukan seekor...yang seekor ini..bukan boleh diharap pun...kalau tak pandai nak hormat dan layan tetamu...lebih baik tak payah di hulur undangan...tak perlu berjanji yang bukan-bukan..."




Monday, March 1, 2010

Stuck in here...adush..dush..dush...

Dah masuk bulan baru..

MAC...

yang dinanti?

yang ditakuti??

yang dibenci???

Apa-apalah...

cepatnya masa berlarian...sikitnya entry yang di buat tahun ini.


Topik paling digemari tika dan saat ini di rumah sewa saya adalah:


PERSIAPAN PERKAHWINAN...

  • "baju macam mana yang cantik..yang macam nie ker yang macam nie?" sambil membelek2 majalah pengantin yang sejak beberapa bulan yang lalu menjadi majalah langganannya...

  • "kalau nak matchkan kaler...kaler apa lagi masuk dengan warna ***** erk....??"

  • "cadar kalau warna terang ke warna lembut?"

  • "kad kawin ko dah tempah? tempah kat mana?bape sen?"

dan....pelbagai persoalan lagi sering berputar-putar di sekeliling mereka...walaupun hari berganti...

Ya,kerja kahwin bukan sikit-sikit punya kerja..perancangan kena teliti...teratur...dan menepati citarasa bakal pengantin serta berpatutan dengan budget yang telah di anggarkan. Banyak kena fikir....sampaikan terpaksa suruh orang lain tolong fikirkan sama.


SAYA???

  • tolong dengar luahan rasa mereka...

  • tolong tengok gambar2 yang mereka tunjukkan...

  • tolong jawab persoalan yang mampu dijawab...kadang2 tak payah jawab..dorang jawab sendiri..

  • tolong fikirkan apa2 yang dorang suruh fikir sama-sama...tapi kadang2 tak berapa nak masuk sangat dalam fikiran saya...

  • tolong temankan jumpa mak andam dan perunding2 perkahwinan....

TOLONG.....

  • jangan suruh saya jadi pengapit lagi...

  • jangan tanya banyak2 sangat..saya pun tak tahu pasal hal2 berkahwin ini....

Aduhai...






Saturday, February 27, 2010

The End of The Story...

Jangan lah suspen sangat. Al kisahnya walaupun telah berterusan dengan agak lama,cerita ini cuma cerita biasa. Bukan cerita luar biasa yang memerlukan dengupan jantung berdegup 8 kali ganda dari biasa. Kisah seperti ini mungkin pernah terjadi pada kamu...kamu...dan kamu. Mungkin juga berkali-kali..berulang-ulang...cuma pada saya,ianya adalah pengalaman pertama. Saya harapkan ianya juga yang terakhir. Tidak terdaya rasanya untuk mengulanginya untuk kali yang kedua,ketiga ataupun kali-kali yang seterusnya. Biarlah ini menjadi kenangan dan
pengalaman terulung...


~pengantin itu memang bukan saya...tukang kipas tu..ye..betul..saya la tuh..~

Penat tuh..kena cover-cover ayu...
(walaupun memang sebenar-benarnya agak ayu dan bersopan santun sedikit...argghhh..tak larat..masuk bakul angkat sendiri...)


Walaupun cuaca panas tak hengat...kena buat-buat macam dok dalam peti sejuk jer...cool gitew..(walaupun hakikatnya peluh dah mencurah-curah..kalau boleh di tadah..penuh la sebaldi..)

buat KTS..don't worry..title kita masih sama.."Cik Adik Manis..."
(...single and available....ahaksss..uhukkkksss..hukks..)



buat yang lain-lain...doa anda semua saya hargai...
(harap-harap cepat sikit lah jodoh tu datang..huhuhu...)



so...end of the story...
and the new chapter begins...



nota beralas kaki:
Sorry lambat post this story..
nak edit gambar tu..lama tuh...
lagipun amukan cuaca panas sekarang nie..tak larat dok depan laptop lelama..


Friday, February 19, 2010

Belum Berakhir Sebuah Cerita

Terima Kasih atas doa dan ucapan dari teman-teman. Secara tiba-tiba dalam hati bermusim bunga (walaupun cuaca sebenarnya tidak menentu...kejap panas terik sangat...kejap kang hujan lebat pulak datang..).

Cerita sebelum ini memang tergantung dan sengaja di gantung. Walaupun ianya seakan digantung tidak bertali,tapi nokhtahnya akan menjelma jua nanti.

Esok masih ada episod yang akan berlaku. Mungkin akan tercetus cerita baru. Hari mendatang jua akan berlaku satu peristiwa baru, jadi belum masanya cerita ini sampai di penghujungnya...

to be continued...

see ya!

Thursday, February 18, 2010

Aku terima....


(hasil amatur menggunakan camera handphone... )
(*v*)
Apa cerita selepas bercuti sempena Tahun Baru Cina....
Ada cerita panas??
sejuk??
atau..
suam-suam kuku jer??
ok..nanti kita sambung citer lagi...
tak boleh lelama..
dah nak masuk maghrib..
(^v^)

Friday, February 12, 2010

Seorang Wanita

"Sesiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, maka janganlah menyakiti jirannya dan hendaklah dia menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana sesungguhnya mereka diciptakan daripada tulang rusuk. Sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok ialah yang paling atas, jika kamu berusaha untuk membetulkannya kamu akan mematahkannya, jika kamu terus biarkan begitu ia akan terus bengkok. Oleh itu terimalah pesanan supaya menjaga wanita-wanita dengan baik." [Hadith riwayat Bukhari]

Wanita adalah insan yang memiliki jiwa yang halus, lemah lembut ,penyayang dan kadangkala sering berubah-ubah dan tidak istiqamah dalam sesuatu perkara. Dalam Islam, wanita sangat dihormati dan diberikan tempat yang tinggi dan mulia, umat Islam diseru untuk melayan kaum wanita dengan baik dan bertimbangsara.. Mereka yang beriman dan memelihara kehormatan diri serta berpegang teguh dengan agama adalah wanita yang disanjung oleh baginda Rasulullah SAW. Hadith diatas cukup sempurna bagi menggambarkan sikap prihatin Rasulullah kepada wanita. Rasulullah berpesan dengan sesungguhnya agar melayani kaum wanita dengan cara yang sesuai dengan individu wanita itu sendiri. Cara menangani hal wanita haruslah penuh dengan kebijaksanaan, hanya lelaki yang bijaksana sahaja yang dapat melaksanakan pesanan Rasulullah ini..

Sumber Pendapatan:
www.iluvislam.com