Hari ini saya masuk kelas berbekalkan sebatang rotan. Kenapa? sebab,saya perlukan bantuan rotan itu untuk pengawalan kelas. Memang besar cabaran menjadi guru yang TIDAK di geruni. Alhamdulillah,rotan itu tak memakan mana-mana punggung atau tapak tangan budak. It's just an action...berlakon pegang rotan...
Saya selalu cakap dekat budak "kalau tak siap kerja hari nie,saya rotan!" itu dah macam ayat wajib supaya kerja mereka beres on time. Tapi saya tak pernah rotan..using the real rotan...selalu pakai pembaris kuning yang panjang tu jer. "Tak sakit ustazah...!" hah! tulah jawapan mereka. Memang saya tau tak sakit...sakit kang report polis...saya gak yang kena masuk lokap. Itu sebagai tanda amaran sahaja, tapi bila bagi amaran kena buat kan???kalu tak mereka mesti akan fikir "alah..ustazah cakap jer...mesti ustazah tak pukul".
Antara sebab saya tayang rotan hari nie adalah kerana mereka pernah juga tanya saya "ustazah cakap nak rotan pakai rotan buluh tuh...tak de pun..." wah...eksen sekali mereka. Jadi hari ni, saya tunjukkan kepada mereka "hah..ini rotan...ingat saya main-main yer...saya cakap sekali jer..kalau tak siap kerja sebab bercakap dan main dengan kawan...saya rotan betul-betul!" serius! jadi kelas hari ini sangat aman damai...except budak nakal hari tuh yang saya citer kat entry lepas.
Saya mengharapkan,mereka bukan gerun dengan saya sebab rotan tu. Saya harap mereka faham kenapa saya beria-ia mahu mereka berkelakuan baik, serius dalam pelajaran, menghormati orang lain dan tahu menghargai. Saya ingin mereka menjadi manusia sebenar,saya tak nak mereka jadi sampah. Saya mahu mereka sedar, untuk menjadi manusia yang berguna,bukan selepas 10 tahun akan datang,atau selepas mereka melakukan kesilapan demi kesilapan. Saya mahu mereka mendidik jiwa mereka menjadi manusia sedari mereka kecil. Saya mahu mereka menanam sikap mahmudah dalam rohani mereka dari sekarang.
Saya melihat mereka, saya takut bila mereka masuk usia remaja,mereka terikut buat sesuatu yang salah. Saya takut mereka terus hanyut dengan keseronokkan yang tiada batasan, saya tak mahu mereka silap memilih kehidupan dan kawan. Saya takut mereka tidak sedar,apa yang mereka buat adalah satu kesalahan. Saya tak mahu satu hari nanti mereka terkenal kerana keruntuhan akhlak dan paling saya takut, mereka jauh dari Allah.
Realitinya,masalah remaja adalah kerana didikan jiwa mereka sangat kurang..bahkan mungkin tiada. Saya selalu ingatkan mereka,apa yang saya bagitahu dan ajarkan,bukan untuk hari ini semata-mata..saya harap mereka akan kekal ingat hingga mereka dewasa. Saya ada memdengar dan membaca satu hadis yang antara lain maksudnya:
"seorang yang melakukan kesalahan atau dosa,tidak akan melakukan kesalahan dan dosa itu sekiranya ada iman di hatinya..."
dan..iman itu,perkara yang dididik dari kecil...dalam hati mereka...