Monday, November 28, 2011

sebuah kisah bermula dengan "Roh binatang....."

Last few days ago,saya tengok satu iklan 'RedBull' terus teringat "roh binatang....." yang Matluthfi90 buat kat vlog dia "mari merungut malaysia"...sambil menyebut "roh binatang...." sambil tergelak sorang-sorang...anak buah saya yang dok menengok saya gelak sorang-sorang,buat muka tak faham dia...pastu saya pun cakap kat dia "ok..nanti cik jah tunjukkan video kat youtube pasal roh binatang nie.."

So..setelah beberapa hari,ada la 2-3 kali iklan redbull tu kuar kat tv,dan setiap kali tu lah anak buah saya dok menuntut...nak tengok apa dia roh binatang tu...(dorang ingat citer hantu...).

Malam semalam lepas Malaysia kalah dengan Bahrain (uhuk..uhuk..uhuk..) saya pun buka laptop..pergi ke youtube...dan tayangkanlah vlog si Matluthfi90 yang sangat awesome (pada saya lah) tu...bila dorang tengok jer..semua pakat dok meniarap atas katil dengan tangan mendagu (anak buah saya bertiga masa tuh) dan menonton vlog Matluthfi90...terkekek-kekek ketawa semua...tak cukup-cukup plak tuh..semua vlog Matluthfi90 dorang layan..tak tau la dorang tidoq pukul berapa..sebab saya dah tak larat nak bukak mata dah...

Ingatkan habis takat tu jer...rupa-rupanya..celik-celik mata pagi nie..dorang request lagi..nak tengok vlog Matluthfi90 lagi...adeh..layan je la korang yer...

http://www.youtube.com/user/matluthfi90#p/u/9/gLibXyr8LgA

Monday, November 21, 2011

Duhai Rindu

Cuti sekolah dah bermula,tapi saya tidak menerima kehadiran cuti ini dengan gembira pun....
sebab...
saya rasa semuanya kosong...
rumah yang kosong...
kehidupan yang kosong...
perasaan yang kosong...

November yang sedang diharungi dengan sangat perlahan....
sangat menyeksakan...
saya rasakan,masa berlalu sangat perlahan...
mungkin lebih perlahan daripada siput....
walaupun hari-hari saya dipenuhi dengan pelbagai aktiviti...
saya masih rasa waktu itu merangkak dengan sangat lambat....

Semua benda yang saya lakukan serba tak kena...
walaupun perkara-perkara yang menjadi kecintaan saya....
saya belek2 buku2 dan novel2 baru..yang koleksinya bertambah...
tapi baru dijengah 2-3 muka surat sahaja...
hilang rasa untuk membaca...
saya beli 3 vcd cerita korea yang selama ini saya sanggup bertahan mata deminya...
tapi satu pun saya tak tonton lagi....
hilang sudah rasa kegilaan saya untuk menyelami cerita-ceritanya...

Hidup saya terasa sangat bosan...
sejak mak dan abah saya pergi menunaikan haji...
rumah ini terasa sangat sepi...
hati saya sangat tidak berisi...
hidup saya tiada lagi bersulam suara yang sering menjadi teman kala suka dan duka...
(walau dulu kadang kala ada juga yang saya tapis dari masuk ke gegendang telinga...kini saya amat merinduinya)
aura rasa berkongsi kasih sayang dalam rumah yang sama terasa bening dan sangat menyesakkan...
mereka adalah penyeri yang tiada tolok ganti...
saya amat-amat merindui mereka....

menghitung hari-hari yang mendatang bagai tak pernah kenal erti sudah....
rasa tak sabar menanti 6 disember  menjelang....
suasana persekitaran yang kacau bilau...
saya tidak hiraukan...
kerana saya hanya mahu menghitung hari itu...
supaya cepat-cepat ia datang....
:(

(~o~)



Thursday, November 17, 2011

L.U.K.A

Saya benci melihat senyuman itu..
kerana saya bukan lagi pencetus senyumannya...
Bukan juga cahaya yang menerbitkan sinar pada senyumannya...

Saya sakit melihat bahagia diwajah itu..
Kerana saya bukan lagi ketenangan buatnya...
Bukan penenag hatinya..
Bukan penyejuk amarahnya..
Bukan juga pemujuk jiwanya...

Saya terluka melihat sinar pada matanya,senyumnya,bahagianya dan tawanya...
Kerana saya tidak lagi menjadi mentari yang menyinari hari-harinya...
Dan saya semakin lelah menghadapinya...

Saturday, July 16, 2011

Sekuat kerikil

Jumaat lepas seorang kawan saya kehilangan ibu tercinta, ketika dia baru sahaja ditinggalkan oleh sang suami yang berubah hati kepada wanita lain. Di hadapan saya,dia kelihatan sangat tabah,masih tersenyum dan kekadang berjenaka. Dia menzahirkan apa yang bukan dalam hatinya. Cuba berlagak selamba,namun hatinya sangat terluka. Ketika dia perlukan pelukan seorang ibu...Allah menduganya dengan menjemput ibunya kembali. Tentu...peritnya sangat dalam sehingga saya tak mampu untuk terus menduga.

Diakhir pertemuan,saya mengucapkan takziah dan mendoakan dia terus tabah. Saya cuba memberi dorongan dan kekuatan "duhai sahabat,Allah mendugamu dengan dugaanNya,kerana Dia tahu kau mampu menghadapinya..bersabarlah...percaya,kau boleh hadapi semua ini.." dia tersenyum sambil berkata "tolong berikan aku hati yang baru..sesungguhnya aku sangat memerlukan hati yang baru...."

Sayunya ucapan itu ditelinga saya,tergambar dibenak fikiran saya,betapa ketika itu hatinya sangat parah terluka. Saya tak mampu membalas kata-katanya...namun saya tetap mendoakan yang berbaik untuknya... 

"ya Allah berilah kekuatan kepadanya..tabahkanlah dia..dan kau kabulkanlah permintaannya..amin ya rabbal alamin.."

Monday, June 27, 2011

Kerana saya seorang manusia....

Serasa hebatnya menjadi lautan...
dilanda taufan,ribut dan badai...
masih kental ia menghadapinya...

Serasa kentalnya menjadi pantai...
menderu ombak bergulung-gulung...
masih dia di situ tegar menerimanya...

Seakan indahnya jika menjadi laut dan pantainya...
dihujani tsunami sedahsyat-dahsyatnya...
ia masih lagi laut dan pantai..
masih lagi tegar dan kuat menghadapi segala kesakitan...

Ada ketikanya ia bergelora...
meruntun rasa takutnya makhluk...
ada ketika dia menerima taufan,badai ,mahupun tsunami...
menelan segala kesakitan...
namun akhirnya..
ia bisa tenang...setenang-tenangnya..
menggamit hati melihat luasnya keindahan...
bagaimana indahnya laut yang tenang...
walaupun sejurus badai melanda....

Sunday, June 12, 2011

Lemau

Dah macam biskut pun ada kot...bayangkan kalau biskut lemau..mesti dah tak best nak makan..cicah ngan air pun tak sedap jugak kan?? ahahaha..macam tulah gak rasanya saya sekarang nie...penangan cuti skolah la nie..kan dah jadik malas tahap dewa dah nak gi skolah esok..siap kira-kira dalam hati (betul ke esok skolah???) macam budak-budak jer...rasanya sama macam dah cuti lama kat umah pastu nak kena balik hostel..adoooiiii..

Dalam malas-malas tuh..baju tuk pakai seminggu dah siap iron~ahaks~ada rajin nye jugak kan (^__^)
Gambate!!!

Saturday, June 11, 2011

Jom beramal!!!

Kepada rakan-rakan yang ada kelapangan boleh join showcase malam nie. Berhibur sambil beramal sambil juga mendidik hati sambil juga mengingatkan diri,dalam kita bergembira,berbahagia, ada insan-insan lain yang memerlukan bantuan kita. Semoga dengan bantuan kita yang sedikit,akan menjadi penyelamat kita di akhirat sana, insya-Allah. Masuk adalah percuma!! (^__^)

Friday, June 10, 2011

Bila Allah Menduga

Selalu kita merasakan,apabila ditimpa musibah,kita adalah manusia yang paling malang ketika itu. Sering kita memandang ringan semua pendapat dan pandangan orang sekeliling. Kerana kita tidak mampu untuk berfikir dengan rasional dan sukar untuk bertenang. Kadang-kala kita rasa bangun duduk kita pun tak selesa, semuanya serba tak kena.

Orang sekeliling selalunya hanya mampu menyuruh kita bersabar atau paling tidak memberi pandangan yang kadang-kala kita rasa langsung tidak membina. Mulalah kita berfikir, "bolehlah dorang cakap begitu-begini sebab dorang tak berada ditempat aku...."
Sepatutnya bukan itu yang kita fikirkan, pandanglah kepada mereka-mereka yang punya musibah,masalah dan dugaan yang lebih besar dari kita. Jangan bandingkan masalah kita dengan masalah yang lebih ringan,tapi lihatlah masalah orang lain yang lebih besar dari kita. Betapa ramai orang yang diduga Allah dengan dugaan yang mungkin bila kita menghadapinya kita tak mampu untuk bertahan lagi.

Setiap masalah dan musibah yang menimpa adalah dugaan Allah buat kita. Setiap dugaan itu kita akan rasa berat yang teramat, sedangkan kita perlu ingat "sesungguhnya Allah tidak akan mendatangkan kesusahan dan dugaan yang tidak mampu dipikul oleh hamba-Nya". Sehebat manapun dugaan yang kita hadapi,yakinlah kita mampu menghadapinya.

Allah menduga kerana Allah menunjukkan kasih sayang-Nya. Allah memberi ujian kerana Allah memilih kita. Bila Allah memilih kita,bermakna Allah INGAT pada kita...beruntunglah bagi insan-insan yang diduga Allah..bersyukurlah kerana menjadi hamba-Nya yang terpilih untuk diduga,mudah-mudahan dugaan itu akan mematangkan kita,menjadikan kita lebih dewasa, memberi pengajaran yyang cukup bermakan dan yang lebih penting moga-moga dugaan itu akan menjadi tanda Allah memberi kita masa untuk mengingati-Nya dan satu jalan untuk kita mendekati-Nya.

Fitrah manusia..hanya mengingati Allah apabila mereka berada dalam kesusahan.