Monday, July 16, 2012

up^setting

it's worse when you are crying by yourself ,
and it's even worse when you are crying in front the others...

terkadang saya merasa seperti saya ini tidak ada bezanya dengan remaja yang tidak mampu berfikir apa yang terbaik untuk dirinya. Seperti manusia yang tidak pernah matang melalui kehidupan,dan tidak belajar dari pengalaman. 


Saya ingin menjadi dewasa seiring usia...
grow up!!!!!!!!

Sunday, July 15, 2012

Izinkan by Adeep Nahar

  


Izinkan –Adeep Nahar

Tika terbenam suria,
Berbisik suara,
khayal ku terjaga,
Saatku bermula,
Hingga ku terlupa,
Dimana batasnya…

Baru kini aku sedari,
Hidup yang Kau beri tiada ku penuhi,
Dunia yg kukecapi  bukan firdausi,
Tiada yang kekal abadi…

c/o
Ohoh..Tuhan izinkanlah,
Aku bersujud, memohon rahmat-Mu,
Kau bimbinglah aku,
Terangi hatiku,teguhkan imanku…

Ulang **

Tika terbenam suria,
Berbisik suara,
Khayalku terjaga,
Dunia yang ku kecapi bukan firdausi ,
tiada yang kekal abadi…
Ulang **
______________________________________________________________________________
sedikit info:
Adeep Nahar adalah bekas ahli kumpulan The Fabulous Cats..

Adeep duduk dalam lingkungan kumpulan al-mawlid (belakang Zaff)

Selalu dalam team Qasidah dan Selawat nie,adeep main percussion jer...tak pernah nampak dia berqasidah bersama-sama,tak sangka suara dia sangat sedap didengar kan...

Semoga Allah memeliharanya dan menjadikan dia istiqamah di atas jalan dakwah...
Allahumma amin...

Wednesday, July 11, 2012

Seminggu jer lagi...

Alhamdulillah...
kita masih hidup lagi hari ini....
Allah beri kesempatan untuk kita menilai diri lagi...
kita diberi peluang untuk memperbaiki diri...

Kenapa masih ada hari ini buat kita?
kerana kita punya banyak dosa...
kerana kita diberi masa oleh-Nya...
untuk memohon keampunan dan memperbaiki segala kekurangan...
sebagai tanda Dia menyayangi kita...
diberi peluang sementara pintu taubat itu masih terbuka...

Moga-moga...
kita mendapat keberkatan dalam bulan Sya'aban ini...

Moga-moga...
Allah hidupkan kita sampai ke bulan Ramadhan...
bulan yang digandakan amalan...
bulan diberikan hadiah Lailatul Qadr...
bulan yang penuh keberkahan...
bulan yang penuh kemuliaan...

Ya Allah..
Jadikanlah kami,keluarga kami,sahabat-sahabat kami dan seluruh muslimin dan muslimat...
orang-orang yang memanfaatkan Ramadhan dengan segala kebaikan,menjauhkan kami dari kemungkaran,menjadikan Ramadhan sebagai bulan yang menemukan kami dengan hidayahMu,menjadikan kami kekal tsabit dalam jalanMu,menjadikan kami mencintai bulan ini sebagaimana Rasulullah s.a.w mencintainya dan menjadikan kami orang-orang yang merindui kehadiranNya serta sampaikanlah kami pada Ramadhan yang akan datang dan ganjarilah amalan kami dengan sebaik-baik pahala disisiMu...

Allahumma solli 'ala saiyyidina Muhammad,wa 'ala alihi wasohbihi wasallam...
walhamdulillahi rabbil 'alamin...



Sunday, July 8, 2012

Jangan salah lagi..nilai dengan iman di hati

Assalamualaikum warahmatullah....


Kita berjalan dalam perjalanan hidup yang panjang. Kita tidak pernah tahu apa yang bakal kita temui di hadapan. Bila masanya kita perlu memilih simpang yang betul juga bukan di dalam pengetahuan kita. Namun yang pasti, bila kita memilih dengan ilmu dan iman,insyaAllah yang dipilih itu adalah yang baik buat kita. Andai Allah takdirkan itu bukan pilihan yang tepat, maka itu adalah pengajaran buat kita.

Hidup juga adalah satu tempoh pembelajaran yang tiada kesudahan. Setiap perkara yang berlaku adalah satu ilmu baru dan satu pengalaman yang penuh dengan hikmah tersendiri. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang bersabar dengan setiap ujiannya. Cuma, jangan kita buat lagi kesalahan yang sama. Takut nanti,kita terlalu immune dengan kesalahan itu sehingga kita berulang-ulang melakukannya.

Satu pengajaran hidup yang saya pelajari dalam hidup seperti gambar di atas ialah : "Orang lelaki atau perempuan yang sangat mudah jatuh cinta berkali-kali dalam satu masa adalah orang yang paling lemah hatinya kerana tidak terasuh dengan kuatnya menahan godaan serta hawa nafsu. Mereka yang lemah hatinya kerana perkara begini menampakkan kelemahan imannya. Mereka yang mendidik hatinya dengan iman dan takutkan Allah,akan menjaga matanya dari memandang sesuatu dengan nafsunya,menjaga lidahnya dari merayu dan mengungkapkan yang sia-sia serta menjauhkan dirinya dari cinta dunia yang sia-sia. Mereka menjaga hatinya kerana Allah dan akan hanya memberi hatinya kepada orang-orang yang mencintai Allah sahaja."

Menilailah dengan mata hati yang didalamnya terdapat iman. Berserahlah kepada Allah untuk sebaik-baik pilihan. Bertawakkallah kerana itu cara orang-orang yang bertaqwa kepada Allah.

Kita mungkin salah,tapi kita tidak pernah terlambat untuk membetulkan keadaan. Jangan takut,kerana Allah sentisa bersama kita.

Friday, July 6, 2012

Oh Allah!!

Sungguh, tiada kerugian bagi sesiapapun yang kembali kepada jalan Allah kemudian dia melepaskan segala keinginan dunianya demi mencari keredhaan yang maha Esa.
Just believe in Allah. Believe in yourself. Believe for the good sake. 
Allah knows best. He's always the best!

Thursday, July 5, 2012

Majlis Selawat : Maulid Akbar

Assalamualaikum...
Buat sahabat-sahabat yang dikasihi kerana Allah...
Jemputan ini ikhlas untuk anda semua,supaya kita sama-sama dapat manfaat majlis ini dan syafaat dari Rasulullah s.a.w kerana banyaknya selawat yang kita ucapkan.

Hadirkan rasa rindu dan zahirkan kecintaan dengan menghadiri majlis ilmu ini :



Hari  JUMAAT (6 Julai 2012) bertempat di MASJID MUADZ BIN JABAL,SETIAWANGSA bermula selepas isya' pukul 9PM-11PM.

"Sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat ke atas nabi,wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepada nabi dan ucaplah salam penghormatan kepadanya" (Surah al-Ahzab:ayat 56)

قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ


“Katakanlah (wahai Muhammad SAW) jika kalian mencintai ALLAH, ikutilah aku (Muhammad SAW), kalian akan sampaikepada cinta ALLAH, dan ALLAH ampuni dosa-dosa kalian dan ALLAH SWT itu Maha Mengampuni dan Penyayang” (Ali Imran ; 31)

Cinta Allah Cinta Rasulullah

Wednesday, July 4, 2012

Separuh bulan...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Berkongsi apa yang dikongsikan....Moga-moga kita tidak terlewat untuk memanfaatkan malam yang telah dipilih Allah untuk menjadi antara malam-malam yang Allah kabulkan segala permintaan (doa).

Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w :
"Lima malam doa tidak ditolak; malam pertama bulan Rejab, malan Nisfu Sya'aban,malam Jumaat, malam Aidil Fitri dan malam Aidil Adha" (hadith riwayat al-Baihaqi)

Jadi malam ini adalah malam Nisfu Sya'aban,salah satu malam yang disebut oleh Rasulullah s.a.w dalam hadith baginda. Moga Allah memudahkan kita untuk berjaga pada malam ini,beristighfar dan beribadah sebanyak-banyaknya,moga-moga Allah mengampunkan segala kesilapan kita dan memakbulkan doa-doa yang dipanjatkan serta menjadikan kita manusia yang lebih baik pada hari-hari yang mendatang. Semoga buku amalan baru yang bakal diterima akan banyak mencatit amalan-amalan kebajikan dan mengurangkan amalan-amalan kejahatan. Sesungguhnya kita ini manusia yang memang tidak lari dari kekhilafan.

Sabda Rasulullah s.a.w:
"Apabila tiba malam Nisfu sya'aban maka berjagalah kamu pada malamnya (dengan melakukan ibadah) dan berpuasalah pada siangnya, kerana sesungguhnya allah turun (merahmati hamba-hamba-Nya) pada waktu itu,mulai terbenamnya matahari ke langit dunia" (hadis riwayat Ibn. Majah) 




Tuesday, July 3, 2012

Rezeki jangan ditolak (^_~)

Assalamualaikum...

It's Sya'aban everyone..
Sekejap je lagi dah nak puasa...
Alhamdulillah allah masih bagi nikmat untuk terus hidup menghirup udara dan memperbaiki kekhilafan diri.

Semalam,saya cuti..hehehe...sebab sekolah buat sukan tahunan hari sabtu dan ahad,jadi dapatlah cuti sehari after working for 7 days. Ok lah tu..syukur..syukur.

So,cerita semalam..saya temankan seorang kawan yang serabut sebab perlu menguruskan perkahwinan adik dia. Memandangkan adiknya seorang doktor,jadi si adik sangatlah busy sehingga tidak ada masa nak shopping segala persiapan menjelang hari bahagianya. Nak kata jodoh tu kalau datang memang la on the dot. Majlis merisik kalau tak silap pada 16 Jun 2012 baru nie,bincang punya bincang terus tetapkan tarikh kahwin 25 Ogos 2012 (hari raya ke-5). Bayangkan masa yang ada cuma lebih kurang 2 bulan je. Jadi sebagai kawan yang baik,saya pun offer la diri untuk tolong apa-apa yang patut. Makanya kawan saya ni minta tolong carikan barang-barang untuk hantaran. 

Saya cadangkan cari di sogo jer,sebab sekarang pun tengah sogo sale. Selesailah segala barang yang dicari,dari handbeg,perfume dan kasut hingga ke alas dulang hantaran kira settle semua. Tinggal beberapa barang 'gedik-gedik' untuk hiasan hantaran saja lagi. InsyaAllah dalam minggu nie saya bawa kawan saya ni pergi shopping sekali barang tu dengan adik saya,yang kebetulan nak kahwin juga bulan 9 nie.

Sebelum bertolak nak ke sogo semalam,mak saya dah buat pesanan penaja "pergi tu jangan kamu pulak yang sibuk membeli skali,almari tu dah penuh dah tu"...hehe..biasa la,ibu kan memang begitu tugasnya. Dalam mengiyakan kata-kata ibu saya tu,dalam hati ada gak berkata-kata "nak tengok-tengok kasut lah..kot2 ada yang berkenan..". Niat keluar nak tengok kasut memang betul dah,tapi yang bestnya kerana niat nak tengok kasut tu saya dapat hadiah kasut dari kawan saya kerana jasa yang tak seberapa saya nie. Sekadar tolong pilih dan bagi pendapat pun boleh dapat hadiah tau. Dia cakap dari belanja makan sekejap je kenyangnye,kalau aku bagi hadiah at least,lama sikitlah kekalnya. Weeee...



Thank you my dear friend... muahh!!