Friday, January 30, 2009

1st Love v(*0*)v


Hari nie nak citer benda2 yang simple and sweet...L.O.V.E..bila menyebutnye jer rasa indah..berbunga2 je perasaan kan..hehehe. Ada ke orang yang tak suka bercinta?mesti takdekan..kalau ada...mesti something wrong somewhere..huhuhu..

Cinta pertama..bila agak2nye saya mengenal cinta pertama..?erm..bila yer..yang saya ingat masa saya darjah 5 hingga darjah 6 saya ada peminat kat sekolah.Saya pun tak menyangka mamat tu meminati saya,sebab kitorg kawan baik..kira satu geng la..main nakal sama2..saya pun brutal gak..main rounders la..galah panjang la..dah mcm budak lelaki jugak. Tu yang macam confius jer bila ada seorg lagi kawan saya (posmen kepada mamat tu) bagitau mamat tu minat kat saya. Tapi saya cover macho jer masa tu..tak mainla cinta2..tak rock la...huahuahua..Sampailah kitorg sama2 naik ke sekolah menengah sama2...dia still suka bagi surat2 cinta..huhuhu..mesti ada lirik2 lagu..tapi masa tu saya sombong...tak layan pun mamat tuh.

Masa masuk ke sekolah menengah,jumpa la banyak kawan2 baru. Kebetulan ada sorg lagi mamat nie..pun minat kat saya..tak sampai seminggu sekolah..kelakar kan!budak2 betul..mamat baru nie bagi saya lirik lagu Rahmat.."siapa sejambak mawar merah..harum dikamar hatimu..hingga diriku dipinggirkan..." (tak ingat tajuk dia..hehehe)...oleh sebab nak melarikan diri dari mamat pertama tu..saya pun berkawan dengan mamat yang baru nie..tapi tak sampai pun sehari...esoknya saya dapat offer masuk sekolah berasrama...dan saya meninggalkan sekolah itu tanpa pesan pun pada sesape...yang terakhir saya dengar ceritanya...sebuk kedua2 mamat tu mencari saya yang telah hilang jejak...hehehe..kelako kan...kenangan zaman kanak2..

Tapi..saya mula meminati seseorang..masa saya di tingkatan 2..tapi saya senyap2 jer('dia' adalah pelajar sekolah tahfiz yang menumpang ambil exam kat sekolah saya..saya form 2 dia form 3)..tak sangka kitorg jumpa balik masa masuk kolej...

So..bila plak korg jumpa 1st love korang..jom sharing2...



Tuesday, January 27, 2009

Sucikan hati..

Berkata Imam Al-Ghazali:
Carilah hatimu di tiga tempat; temui hatimu sewaktu bangun membaca al-Quran,tetapi jika tidak kau temui,carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Andai tidak jua kau temuinya, kau carilah hatimu ketika duduk bertafakur mengingati mati. Jika tidak temui juga,maka berdoalah kepada Allah,pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati


Kata-kata ini saya petik dari tulisan Ustaz Pahrol di dalam majalah Anis keluaran Disember 2008. Betapa,setelah membacanya saya sedar..saya sendiri banyak lalai ketika melakukan ibadah..samada ketika membaca al-Quran,mahupun ketika solat..nikmat khusyu' dalam solat dan membaca al-Quran semakin kurang dirasa jika nak dibandingkan masa zaman belajar dulu.

Selalu saya dengar,sekiranya hati sedang gundah-gulana..bacalah al-Quran.Kerana dengan membaca al-Quran hati akan menjadi tenang.Ini bukan omong kosong. Ini bukan kata-kata dusta. Tapi ini hakikat. Ini kenyataan,percayalah..kalamullah tentu dapat melembutkan hati yang rawan. Mungkin anda juga pernah mendengar,kajian yang menyatakan air yang dibacakan dengan kalamullah akan membentuk cas-sac positif pada air itu. Sebab itu apabila ada majlis-majlis bacaan Yasin,ramai dikalangan kita yang membawa botol air untuk dijadikan air Yasin. Pokok yang ditaman dan diperdengarkan dengan bacaan al-Quran akan tumbuh subur berbanding pokok yang mendengar lagu-lagu rock yang menyesakkan. Inikan pula hati manusia. Yang dimiliki oleh Yang Maha Memiliki. Dia berkuasa Membalikkan hati2 kita jika Dia kehendaki. Berdoalah semoga Allah menetapkan hati2 kita,untuk terus berpegang teguh dengan taliNya..terus berada di jalanNya dan ditetapkan iman kita kepadaNya.

Daripada Abu Hurairah ra berkata: Bersabda Rasulullah saw; Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing), Dan ia akan kembali asing pula. maka beruntanglah orang-orang yang asing - H.R. Muslim


p/s: semoga kita dikalangan orang2 yang beruntung..ameen..

 Image Hosting

Sunday, January 25, 2009

My Precious

Semalam saya ke Keramat rumah mak mertua abang saya@biras mak saya(betul ker?)nak tengok ahli keluarga baru@anak buah saya la..si Ameer Hamzah Bin badrul Hisham.first time saya dapat tengok si kecil ini selepas berusia 11 hari..badannya kecil jer..belum mengembam(tembam) lagi...Next week dia akan duduk umah mak saya sementara kakak ipar masih berpantang.


Ameer Hamzah di atas pangkuan saya..


dengan kakak Ameerah Sofiyyah


Nie plak Kakak2 Ameer..Kakak sulung(baju hijau) Ameerah Syafiqah ngan kak ngah Ameerah Sofiyyah

dan saya ingin meminta pendapat kawan2(tak berkaitan dengan cerita di atas yer..hehehe)patut ke tak patut kita buat something ikut naluri hati..bila kita dah fikir habis2..it's for a good sake..?

Thursday, January 22, 2009

Kelasku..Muridku...

Fuh..sejak merenovate ‘rumah’ saya tek berkesempatan lagi mengepos (ada ke bahasa nie dalam kamus DBP?) entry…ada beberapa perkara yang perlu didahulukan..tanggung jawab yang wajib dilaksanakan…kalau tak buat..tak amanah.

Saya Cuma sempat menyemak aktiviti di blog lebih kurang 5-15 minit sehari,tu pun kadang2 tengok guna enset jer…sambil makan2 kat Kantin Sekolah.

Aktiviti minggu nie memang dah full..membuat jadual itu ini,buat laporan tektikal itu ini…siapkan accessories untuk kelas..meeting sana sini..turun padang..la..bla..bla..(hari nie hingga Sabtu,insyaAllah hari untuk berehat..sambil mewarna,melukis,menaip…Tahun nie tahun keceriaan sekolah..jadi semuanya perlu kelihatan superb dari segi kecantikan dan keceriaannya..tapi bila berkaitan dengan sekolah rendah..semua cikgu yang buat.Dari A sampai Z.

Semalam ada aktiviti Ko-Kurikulum,saya bercadang mengajak beberapa orang murid untuk sama2 membantu mengemas kelas. Adusss…nak tau ape yang jadi??huru-hara kelas jadinya. Daripada tersusun rapi..jadi tunggang langgang…cikgunye yang sibuk memanjant menampal itu ini..murid2 nye ‘mengemas’ benda2 lain…aduh..penatnye saya..dan selepas peristiwa itu,saya berazam untuk melakukan semuanya sendiri. Biarlah murid2 itu hanya menikmati hasil dekorasi cikgu mereka..dengan harapan..mereka akan menjaganya…

Sunday, January 18, 2009

My New Home..

Jangan terkezut..anda memasuki rumah yang betul..tak salah lagi..ini memang rumah Izzah,cuma membuat sedikit pembaharuan.Warghhh..penat juga nak membuat renovation nih..banyak benda kena ubah dan ada yang main lari2 pulak..tak pasal2 saya kena mengejar sidebar yang melarikan diri. Ntahla..ok ker rumah baru saya nie...tak larat dah nak membuat pengubahsuaian..(ala2 interior desingner tak jadik gitu..)dah pukul 1 lebih..tadi mata dah mengantuk..tahan punya tahan..sekarang dah segar bugar..muahahahha..so..what do you think..ok ker rumah baru saya nih?

Friday, January 16, 2009

Ya Allah..Selamatkan mereka..


Pukul 9:43 malam tadi..saya menerima sms dari seorang kawan yang berbunyi:

Malam ini Palestine akan dibom habis-habisan oleh Yahudi termasuk Masjid al-Aqsa.Ini benar,wakil Palestine yang menelefon memberitahu berita ini.Kita diminta membaca surah Yunus:ayat 58-88,dan surah al-Fath ayat 26-27..."


Ini adalah antara rantaian sms yang diterima sejak Palestine diserang oleh Zionist yang tidak berhati perut. Saya juga percaya anda semua juga menerima sms2 memohon agar sama2 mendoakan keselamatan saudara seagama kita disana, terus berdoa agar Islam berjaya, Berdoa agar Allah memberi pertolongan kepada hamba-hambaNya, Harap2nya doa2 dari setiap umat Islam ini akan termakbul, harap2nya semua muslimin dan muslimat akan seikhlas hati menadah tangan memohon dari Satu2nya Yang Maha Kuasa. Semoga kemenangan itu milik kita. Semoga kita akan sama2 menginsafi setiap yang berlaku. Sampai bila kita sanggup mengadap kesengsaraan,melihat kezaliman dan penindasan ke atas yang tidak berdosa...inilah masanya kita hulurkan segala bentuk bantuan,untuk meringankan sedikit dari bebanan2 yang sangat besar dan hebat yang mereka hadapi...

p/s: Salah seorang ahli pasukan Mercy Malaysia yang menghantar bantuan perubatan adalah sahabat saya,semoga Allah melindunginya...

Thursday, January 15, 2009

A Day Without Electricity…



Adusss…tahu tak,sepetang nie,tak de karen(bahasa mak saya) kat umah saya..Dok termenung jer la. Nak dijadikan kebetulan pulak…housemate saya takde kat rumah kena gi meeting untuk pengurusan pertandingan Merentas Desa peringkat Daerah Kuala Selangor. Nak membaca tengah-tengah hari buta dan dalam cuaca panas nie,tak berapa masuk sangat. Maka bersendirianlah saya mengadap Cik acer. Blur punya pasal (kerana bersendirian…huhuhu) saya menggodek2 wireless..apesal taknak ada plak dia hari nih?berapa kali tekan ‘refresh’ dan men‘searching wireless networks in range’ tak berjaya juga. Rupa-rupanye..memang lah takde cik Izzah oii..kan Karen takde..nak hidupkan switch wireless tu macamana?..wakakaka..nasib baik daku tersedar dari mimpi ku yang tak indah itu…Waktu terus belalu..busan sungguh( adala 2 jam dok melangut,lipat baju,makan,kemas dapur,melangut lagi dan lagi dan lagi)..tapi nasib baik di waktu petang ada agenda yang menanti..kena latih budak2 bola jaring. Sekurang2nya ada gak la masa untuk melakukan sesuatu. Tu la baru tau susah dan busannye yer bila bekalan elektrik tergendala..kalau dok zaman batu dulu..apa yer orang2 zaman tu buat? Dorang main batu jer ker erk???

Anak Kecil dan Seketul Batu

Kisah ini saya kutip hasil menggodek2 mailbox yang sudah seminggu tak bersentuh..elok juga untuk buat santapan jiwa...

Seorang Executive muda yang berjaya sedang memandu
disebuah perkampungan di pinggir Bandar. Ia memandu
agak laju dengan sebuah kereta WAJA yang berprestasi
tinggi yang baru sahaja dibelinya. Sambil ia memandu
perlahan-lahan ia sedang memerhatikan seorang anak
kecil dicelah-celah kereta yang diletakkan ditepi
jalan , ia memperlahankan keretanya untuk melihat
sesuatu yang difikirkannya.

Seelok-elok sahaja kereta Waja tersebut melintasi
kawasan tersebut ; anak kecil tidak kelihatan tetapi
seketul batu dilontarkan tepat mengena pintu disebelah
kanan kereta Waja tersebut.

Apalagi Executive muda tersebut menekan brek sekuat
hatinya dan berundur ke tempat dimana Anak kecil tadi
berdiri. Dengan marahnya dia keluar dari kereta terus
meluru ke arah Anak kecil , menarik tangan anak kecil
dan menghempasnya ke kereta yang terletak ditepi jalan
dan terus memarahi Anak kecil tadi :

" Apa ni ? Siapa awak ? dan apa ke jadahnya awak
berada disini ? Itu kereta baru , mahal dan susah nak
baiki ? Awak tau tak ? Kenapa awak buat ini semua ?
jerit Executive tersebut.
Anak kecil itu tunduk sedih , sayu dan memohon maaf ;

" Saya meminta maaf Pakcik, Saya tak tahu apa patut
saya buat , ia merayu . Saya melontar batu kerana tak
ada orang yang berhenti disini apabila saya panggil".

Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut
yang tidak jauh dari situ. "Itu abang saya , ia jatuh
dari kerusi roda dari tebing disebelah dan tak ada
orang yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak
Pakcik menolong saya , ia cedera dan ia terlalu berat
untuk saya.

Dengan rasa terharu,Executive muda tersebut melepaskan
anak kecil tersebut dan terus mengangkat abangnya dan
meletakkannya kembali ke kerusi roda.
Terima kasih , pakcik, Saya doakan pakcik selamat
dunia dan akhirat.

Tak dapat digambarkan dengan perkataan , Executive
muda hanya melihat dengan sayu, Anak kecil tersebut
menyorong abangnya yang cacat dan cedera pulang menuju
ke rumahnya. Anak sekecil itu boleh mendoakannya akan
kesejahteraan hidupnya.

Executive muda tersebut berjalan perlahan ke arah
kereta , WAJA kemek teruk tetapi ia membiarkan saja
tanpa dibaiki. Ia mengigatkannya bahawa kita tidak
perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakan
seseorang melontar batu hanya kerana hendakkan
perhatian .

Pengajaran

Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah,
bersuka-ria tanpa kesedihan, Panas tanpa hujan tetapi
ia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasa
kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya.
Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara.
Morale of the story: Perhatikan sekeliling kita,masih terlalu ramai insan yang memerlukan perhatian dan pembelaan dari kita,mungkin dengan pertolongan yang sekecil kerikil mampu memberi kebaikan sebesar gunung.