Saturday, July 16, 2011

Sekuat kerikil

Jumaat lepas seorang kawan saya kehilangan ibu tercinta, ketika dia baru sahaja ditinggalkan oleh sang suami yang berubah hati kepada wanita lain. Di hadapan saya,dia kelihatan sangat tabah,masih tersenyum dan kekadang berjenaka. Dia menzahirkan apa yang bukan dalam hatinya. Cuba berlagak selamba,namun hatinya sangat terluka. Ketika dia perlukan pelukan seorang ibu...Allah menduganya dengan menjemput ibunya kembali. Tentu...peritnya sangat dalam sehingga saya tak mampu untuk terus menduga.

Diakhir pertemuan,saya mengucapkan takziah dan mendoakan dia terus tabah. Saya cuba memberi dorongan dan kekuatan "duhai sahabat,Allah mendugamu dengan dugaanNya,kerana Dia tahu kau mampu menghadapinya..bersabarlah...percaya,kau boleh hadapi semua ini.." dia tersenyum sambil berkata "tolong berikan aku hati yang baru..sesungguhnya aku sangat memerlukan hati yang baru...."

Sayunya ucapan itu ditelinga saya,tergambar dibenak fikiran saya,betapa ketika itu hatinya sangat parah terluka. Saya tak mampu membalas kata-katanya...namun saya tetap mendoakan yang berbaik untuknya... 

"ya Allah berilah kekuatan kepadanya..tabahkanlah dia..dan kau kabulkanlah permintaannya..amin ya rabbal alamin.."

Monday, June 27, 2011

Kerana saya seorang manusia....

Serasa hebatnya menjadi lautan...
dilanda taufan,ribut dan badai...
masih kental ia menghadapinya...

Serasa kentalnya menjadi pantai...
menderu ombak bergulung-gulung...
masih dia di situ tegar menerimanya...

Seakan indahnya jika menjadi laut dan pantainya...
dihujani tsunami sedahsyat-dahsyatnya...
ia masih lagi laut dan pantai..
masih lagi tegar dan kuat menghadapi segala kesakitan...

Ada ketikanya ia bergelora...
meruntun rasa takutnya makhluk...
ada ketika dia menerima taufan,badai ,mahupun tsunami...
menelan segala kesakitan...
namun akhirnya..
ia bisa tenang...setenang-tenangnya..
menggamit hati melihat luasnya keindahan...
bagaimana indahnya laut yang tenang...
walaupun sejurus badai melanda....

Sunday, June 12, 2011

Lemau

Dah macam biskut pun ada kot...bayangkan kalau biskut lemau..mesti dah tak best nak makan..cicah ngan air pun tak sedap jugak kan?? ahahaha..macam tulah gak rasanya saya sekarang nie...penangan cuti skolah la nie..kan dah jadik malas tahap dewa dah nak gi skolah esok..siap kira-kira dalam hati (betul ke esok skolah???) macam budak-budak jer...rasanya sama macam dah cuti lama kat umah pastu nak kena balik hostel..adoooiiii..

Dalam malas-malas tuh..baju tuk pakai seminggu dah siap iron~ahaks~ada rajin nye jugak kan (^__^)
Gambate!!!

Saturday, June 11, 2011

Jom beramal!!!

Kepada rakan-rakan yang ada kelapangan boleh join showcase malam nie. Berhibur sambil beramal sambil juga mendidik hati sambil juga mengingatkan diri,dalam kita bergembira,berbahagia, ada insan-insan lain yang memerlukan bantuan kita. Semoga dengan bantuan kita yang sedikit,akan menjadi penyelamat kita di akhirat sana, insya-Allah. Masuk adalah percuma!! (^__^)

Friday, June 10, 2011

Bila Allah Menduga

Selalu kita merasakan,apabila ditimpa musibah,kita adalah manusia yang paling malang ketika itu. Sering kita memandang ringan semua pendapat dan pandangan orang sekeliling. Kerana kita tidak mampu untuk berfikir dengan rasional dan sukar untuk bertenang. Kadang-kala kita rasa bangun duduk kita pun tak selesa, semuanya serba tak kena.

Orang sekeliling selalunya hanya mampu menyuruh kita bersabar atau paling tidak memberi pandangan yang kadang-kala kita rasa langsung tidak membina. Mulalah kita berfikir, "bolehlah dorang cakap begitu-begini sebab dorang tak berada ditempat aku...."
Sepatutnya bukan itu yang kita fikirkan, pandanglah kepada mereka-mereka yang punya musibah,masalah dan dugaan yang lebih besar dari kita. Jangan bandingkan masalah kita dengan masalah yang lebih ringan,tapi lihatlah masalah orang lain yang lebih besar dari kita. Betapa ramai orang yang diduga Allah dengan dugaan yang mungkin bila kita menghadapinya kita tak mampu untuk bertahan lagi.

Setiap masalah dan musibah yang menimpa adalah dugaan Allah buat kita. Setiap dugaan itu kita akan rasa berat yang teramat, sedangkan kita perlu ingat "sesungguhnya Allah tidak akan mendatangkan kesusahan dan dugaan yang tidak mampu dipikul oleh hamba-Nya". Sehebat manapun dugaan yang kita hadapi,yakinlah kita mampu menghadapinya.

Allah menduga kerana Allah menunjukkan kasih sayang-Nya. Allah memberi ujian kerana Allah memilih kita. Bila Allah memilih kita,bermakna Allah INGAT pada kita...beruntunglah bagi insan-insan yang diduga Allah..bersyukurlah kerana menjadi hamba-Nya yang terpilih untuk diduga,mudah-mudahan dugaan itu akan mematangkan kita,menjadikan kita lebih dewasa, memberi pengajaran yyang cukup bermakan dan yang lebih penting moga-moga dugaan itu akan menjadi tanda Allah memberi kita masa untuk mengingati-Nya dan satu jalan untuk kita mendekati-Nya.

Fitrah manusia..hanya mengingati Allah apabila mereka berada dalam kesusahan.

Friday, April 1, 2011

dan bila esok...

Apa akan jadi hari esok? kalau perancangan biasa,esok hari cuti yang akan dihabiskan dengan duduk dirumah dari bangun pagi sampai tidur malam. Hari cuti,hari duduk di rumah,hari kerja pun lebih kurang jer...almaklumlah dah sememangnye nak keluar rumah tu agaklah payahnye...

Esok...dengan tiva-tiba saya telah dirancangkan oleh my ketua panatia untuk menghantar budak yang masuk competition tilawah al-Quran..sebab saya cikgu bujang yang terdekat ~~cikgu bujang selalu jadi 'intan terpilih' tau~~ saya sorang-sorang jer,sebab budak yang nak dihantar pun sorang jugak. 2-3 hari dok pikir..mesti bosan tahan gaban kalau saya sorang-sorang kat sana..dah lah saya baru di daerah nie..of coz lah saya tak kenal dengan cikgu-cikgu sekolah lain...nanti saya jadi ala-ala melukut ditepian gantang plak kan..selepas jenuh berfikir..akhirnya saya dapat idea yang sangat bernas!hehehe...saya nak angkut anak buah saya teman kan saya..hehehe..jadi saya akan ada kawan untuk bersembang dan ada orang yang saya kena jaga dan perhatikan...jadi saya tak lah jadi kera sumbang...hehehe..brilliant kan...

Tuesday, March 29, 2011

Kakak Rebina ~ terkena sudah~

Kamu...kamu..kamu....
Nak story sikit...
Sikit jer...
kisah dibuli oleh kanak-kanak rebina...
saya adalah kakak rebina...

Kamu...kamu..kamu...
mesti pernah tengok iklan nescafe kan...????
ala...
yang Harith Iskandar model dia...
ala...
Harith Iskandar yang kengkonon kelakar tuh....
ala...
yang dia ada sebut perkataan...
"HALUSSSSSSS"
pernah???pernah????pernah????

iklan tu biasa-biasa jer pada saya...
tapi perkataan "HALUSSSSSS" tu sangat lah fofulernye dikalangan kanak-kanak rebina nie...
tak tau la apa yang bestnye...
tak best pun...
saya tak gemar pun tengok iklan tu...
biase jer...
wek!

Dan yang lebih buat saya rasa tak suka adalah kerana peristiwa ini:-

di suatu hari yang biasa-biasa,saya seperti biasa masuk ke kelas,mengajar macam biasa dan memberi latihan kepada kanak-kanak rebina ini seperti biasanya. Tiba-tiba seorang kanak-kanak datang menghantar buku kerjanya untuk disemak oleh saya. Dengan muka innocentnya dia memberitahu saya:

"ustazah...atas tudung ustazah ada habuk...."

Saya sepertinya sedikit confius lalu saya membalas kata-katanya:-

"ye ke??tipuuuuu..."
(ayak!ustazah nie...cakap pun macam budak2 tu lah jadik kakak rebina)

maka kanak-kanak tu dengan muka penuh confident berkata lagi:-

"betulllll....cuba ustazah pegang atas kepala ustazah...."

saya dengan innocentnya tanpa berfikir panjang lalu menyapu atas kepala saya dengan gaya nak membuang habuk di atas kepala....dan serentak dengan itu kanak-kanak itu pun berkata:-

"HALUSSSSSSSS......"

eerrrrrkkkkkkk????????
alamak!!!!!terkena sudah!!!!!
suka-suki jer kan kanak-kanak rebina tu mengena kan saya yang tulus mulus nie....
ustazah pun dorang buli jugak tau!
pada ketika itu saya nak marah pun tak jadi marah...
dalam hati nak tergelak pun ada...
eiiiii....
tak suka!tak suka!
macamana nak jadi ustazah garang nih!!!!!!
huhuhu...

Monday, March 28, 2011

Mahu privacy sikit jer!!

Aduh...
kenapalah tak mahu dengar cakap???
berapa kali nak saya bagitau...
lebih 10 kali dah diedit..
masih lagi sama macam dulu...
macam dah kena gam dengan gam gajah gamaknye...
apa lagi nak kena buat nie...
pening kepala saya...
saya mahu sedikit privacy..
tulung..tulung...

Alkisahnya,saya nak hide kan address blog saya kat fesbuk...dah banyak kali saya delete,save change tapi masih jugak keluar alamat blog tuh...buat jadi private pun dia tak private jugak...pening lah saya dengan fesbuk nie...fening...fening...