Tuesday, February 3, 2009

Jalan2 Hiburkan Hati

-watak kartun kegemaran saya..hehehe-
Hari nie saya ditugaskan untuk menghantar kontijen bola jaring untuk kejohanan sukan peringkat daerah(saya jadi pengurus pasukan).Budak2 memang sangat berkobar2...tapi nasib tak menyebalahi sekolah kami kerana gagal diperingkat saringan kumpulan. Saya pun terpaksa redha dengan keputusan itu,walaupun rasa sangat hampa melihat wajah2 ceria budak2 nie menjadi muram selepas kalah pada set penentuan. Kebetulan juga kami termasuk dalam 'kumpulan maut'(istilah yang diberikan oleh pengadil)sebab semua pasukan dalam kumpulan ini mempunyai kekuatan yang sama...kira kitorg antara pasukan yang digeruni jugak la..kesian kat dorang semua. Jadi untuk menghiburkan hati budak2 nie,kami (saya dan seorang rakan jurulatih)bawa dorang jalan2 kat bukit melawati. Tengok monyet(saya tak pasti la kategorinya monyet ke beruk ke siamang ke)dan alhamdulillah selepas berjalan2 sambil melawat muzium dan bermain dengan monyet2 tu..they looks happy...lega sket hati saya. Ini antara gambar2 kat bukit melawati...
-wajah2 yang kembali ceria-


-Monyet2 yang berjaya menceriakan suasana..thanks monyet-


-Gambar atas tu bangunan muzium bawah nye plak antara meriam yang terdapat kat atas bukit tu-

-Rumah Api di atas Bukit Melawati-

12 comments:

Anonymous said...

tak cerita ke bestnya naik tren

hehehe..dulu abg ipar duduk rumah kerajaan dpn maybank tu, skrg dah pindah rumah sendiri kt Tmn Melawati

Lama dah tak ke Bkt Melawati, ada janji dgn Angah sebenarnya...dia minta sgt nak kesana tapi asik lalu lalang je..tak singgah


p/s....entry dah cun melecun tu..dah justify je

Dearie Pearls said...

bESTnyer main bola jaring..
kalau ada per2 perlawanan 21thn ke atas..
aku sedia kat GA.. huhu..

en_me said...

dah lamer tak gi bukit melawati tewwww..

fazemy said...

Monyet kat bukit melawati tu pantang kan org dtg. mesti dia yg kerumun kita. tak takut dgn orang pulak tu. kita yg lari dari dia. Izzah tulis wajah2 yg ceria..pastu ada gambar monyet. hehe..cerianya monyet tu.

Izzah said...

@Kujie
Skang nie Bukit Melawati under construction..dah siap nanti maybe makin cantik kot..buat masa skang takde pe2 perubahan sangat...

Izzah said...

@LotofLove-Pearls
oh..nak jadik GA yer..pandai score la nih erk...huhuhu..

Izzah said...

@en_me..
mai la dtg sini...seronok juga jenjalan kat sini sekadar menghayati pemandangan...

Izzah said...

@Fazemy
monyet2 tu memang sentiasa ceria..sebab org datang jer bagi dorg makan..kalau orang tak bagi dorg makan..dorang rampas jer makanan org..huhuhu..senang hidup si monyet2 itu..

Tie said...

Oo...kak tie takut kat monyet tu...dia tak gigi orang ke??

Dearie Pearls said...

ble ar..
jom ar test..
hahaha..
aku semput jer nak lari..
hakhak.

Izzah said...

@Tie
setakat saya gi sana...tak penah kena gigit..tapi bila monyet tu dtg sebelah jer saya dah mula menjerit..takutt dia terkam..kuku dia tajam....

Izzah said...

@LotsOfLove-Pearls
ko gi fitness dulu..warming up..n develope stamina..confirm tak semput dah..huhuhu..