Tuesday, May 19, 2009

Betul ker apa yang saya buat nie....

Cerita ahad lepas….

Seorang kawan datang menemui saya. Masa tu petang dah nak masuk ke senja. Tak berapa lama selepas tu azan maghrib berkumandang.

Mata dia merah…tanda2 orang baru lepas menangis. Dia nampak bersahaja..masih cuba bergelak ketawa. Tapi saya dapat mengagak lara di hatinya. Saya membiarkan dia terus cuba bergembira. Saya taknak bertanya apa2 kalau dia belum betul bersedia.

Malam itu selepas solat dan mengaji bersama-sama. Dia datang menghampiri. Wajahnya sudah tiada baying gembira. Dia hanya diam seribu bahasa. Muram diwajahnya menandakan mendung dihatinya semakin kelam. Takungan air mata menunjukkan hujan mungkin akan turun bila-bila masa sahaja.

“kenapa nie?dari tadi lain macam jer..ko nangis kan tadi?ko pergi mana sebenarnya tadi?” Saya mula bersuara. Sebab saya tahu… memang mengharapkan saya memulakan persoalan ini.

“pergi blind date…” jawabnya mendatar. Tapi sangat mengejutkan saya,kerana dia tak pernah bercerita yang dia ada berkawan dengan sesiapa.

“hah!yer ker..patut la comel jer masa nak kuar tadi…so..macamana?”saya cuba bersikap biasa.

“entahlah…kenapa Allah tak tunjukkan seorang yang baik untuk aku…aku tak mintak banyak pun…sekurang2nya akau harapkan orang yang boleh bimbing aku…kalaupun jodoh aku bukan dengan dia yang aku harap2 kan…aku selalu berdoa lelaki yang akan aku kenal selepas dia adalah orang yang akan lebih baik dari dia..atau mungkin punya kualiti 50% seperti yang aku harapkan…tapi aku hampa!” dia mula meluahkan rasa hatinya. Saya faham..sangat memahami…saya tahu apa mahu sahabat saya ini.. sebab kalau tanya saya pun..lelaki bagaimana yang saya harapkan..tentulah seorang lelaki yang terpelihara agamanya..yang boleh memimpin saya terus berjalan di jalan yang benar..

Saya kenal dengan lelaki yang pernah bertahta di hatinya. Memang seorang lelaki yang sangat baik…semua ciri2 lelaki baik ada pada si dia. Tetapi urusan jodoh itu urusan Allah. Kalau tidak tertulis jodoh mereka,sekuat manapun mereka mencuba dan berusaha tetap tidak membawa makna. Dia pasrah tentang suratan itu. Dia tak pernah menyesali putusnya kasih sayang antara mereka.

‘apa yang tak kena dengan mamat yang ko jumpa tadi?” Saya cuba mengorek pertemuan yang dilakukan di luar pengetahuan saya. “ dia…menghampakan…mula2 datang jumpa aku jer..dia pegang kotak rokok..bau rokok pun masih ada. Aku tak suka lelaki perokok. Aku pening bau rokok.”

“dia merokok depan ko ker?” saya masih bertanya. “Takde lah..tapi cuba ko fikir..dia first time nak jumpa aku…patutnya tunjukkanlah peribadi yang baik..aku nampak jer kotak rokok kat tangan dia terus aku down…hilang segala selera..hilang rasa”

Saya diam. Faham maksud yang ingin disampaikan. Saya pun akan rasa perkara yang sama sekiranya saya di tempatnya. Oh lelaki..kenapa selalu memandang enteng pada perkara2 begini.

“takpe lah..at least dapat makan free kan..”aku cuba memeriahkan suasana. “makan free tak la..minum free jer..ko tau tak???boleh mamat tu makan sorang2 tak jemput pun aku..sebal betul!! Dah la tu…boleh kira berapa patah perkataan yang dia cakap dengan aku..aku nak bercakap dengan dia pun susah..sebab dia dok pandang kiri kanan..entahlah..”sesi meluahkan perasaan masih berterusan. Tak sangka aku sebegitu sekali lelaki yang dijumpainya.

“dia segan kot” aku membuat andaian sendiri “dia ada massage ko lepas jumpa?” aku meneruskan penyiasatan.

“itulah masalahnya…aku punyalah berdoa mintak2 dia tak massage aku dan aku harap2 sangat dia tak suka dengan aku…malangnya dia asyk massage je lepas jumpa…aku nak buat macam mana nie????aku tak nak jadi jahat..jahat tak aku kalau aku tak nak layan dia..pastu aku tak leh terima dia…sebab aku memang tak boleh!!!” uishhh..berapi2 minah nie…

“sebelum jumpa korang feeling2 ker?” saya Tanya lagi… “aku nak feeling2????sorry skit..dia tanya aku nak kawan jer..aku pun masa cakap boleh kalau nak kawan..memang tak bermaksud lebih dari kawan…tapi aku risau..kalau dia harapkan lebih dari itu…macamana nie…” oh kawan ku…tentu pening sungguh kepala mu…

Akhirnya saya menyarankan kepada dia “kalau ko rasa memang tak boleh langsung terima dia…tinggal jer la..aku pun ngeri dengar cerita ko nie..tapi terpulanglah..”

Betul ker apa yang saya cakapkan nie..harap2 betul la kan.. nak kawin..nak hidup bersama selamanya..saya rasakan tentu dengan orang yang kita rasa selesa bersama..kalau rasa selesa pun kita tak boleh nak rasa..saya fikir tentu sukar nak bina bahagia. Entahlah….

12 comments:

Kujie said...

Betullah tu..kalau hati ragu². Mengelak sebelum parah. Sedangkan penampilan yg baik2 utk pertama kali pun akhirnya terbongkat juga segala semak samun..inikan kita dah nampak depan mata .

Dia tak jujur kerana berani bukan didepan mata...melalui sms saja. Hanya utk berseronok seorg diri dan berfantasi indah tetapi bila berada dlm realiti, dia takut. Mesti ada sesuatu yang disorokkan...

Dearie Pearls said...

Mornin Dear Izzah..
Jujurlah Izzah cakap cenggitu.
Dan paling BEST ialah lelaki yg dia jumpa tu tunjukkan diri dia yg sebenar. Takde hipokritnya. Maka senanglah teman Izzah tu membuat keputusan..
Dari cara penceritaan, baik juga teman Izzah tu fikirkan balik nak ke tak ngn jejaka tu..

Kahwin is melibatkan masa depan..
For Future..
Life..

Ok Dear..
Cheers!

Izzah said...

@Kujie..
suka dengan akak..saya pun sokong 100%..
tak payah lah kan lelaki cenggitu..
saya tahu..kawan saya insyaAllah akan dapat lelaki yang lebih baik...
(",)

Izzah said...

@LOL-Pearls
lelaki tu tak hipokrit?maybe..
tapi kalau tak menjaga penampilan..
pastu tak pandai nak ambil hati..
erm..better find another man jer la...
betul tak?

pusat said...

now blind date kena hati2 gak... kalau takat sms dan bercyber ni selalunya bukan yg realiti... byk yg diselindung... pas jumpa baru tahu...

kalau dah massage tu memang le baik lari cepat2... pusat tak pernah massage anak dara org... ekekeke.

ermm... hehehehe... pusat tak merokok.... masih bujang 3.... :p..

Dearie Pearls said...

Betul...

Dah tahu awal2 'keburukan' laki tu so, jgn cari penyakit ar..

next...

hehe

Izzah said...

@Pusat
bujang 3???
kami hanya perlukan jejaka2 yang bujang......
4 jer...
hehehe..

Izzah said...

@LOL-Pearls
yes..
next please...
(panjang lagi tak barisan tu??)

nahmy said...

dah nama pun 'blind date'...jd klu dah tak berkenan tu...blindkan je. anggap itu satu antara pengalaman yg 'menarik'...life goes on..

Izzah said...

@nahmy...
life goes on..and on..and on....

maza said...

apo susahkan sangat..

jumpo den ajolah..

tapi dengan syarat. belanjo den makan ayam nara ..

apa macam?


wakakakkka

Izzah said...

@maza
jumpo ekau..
oittt..bahaya..kang ada yang bawak parang panjang serang ko kang...

psstt..ayam nara tu camner ghupenye???
koi tak pernah nampak lah...
huhuhu..