Wednesday, April 7, 2010

Sepenuh Hati

Bila agaknya, kita melakukan sesuatu dengan penuh kerelaan dan keikhlasan. Bila masanya kita rasa senang hati dan tenang selepas kita buat sesuatu? bila pula masanya kita rasa penat,tertekan dan sesak bila berdepan dengan pelbagai perkara.


Melakukan sesuatu dengan seikhlas hati...mendatangkan keseronokkan yang tiada bandingannya, tapi dah lama saya tidak merasainya. Adakah kerana saya tidak ikhlas melakukannya. Atau mungkin saya tidak menerima ianya dengan ikhlas. Sukar rasanya memberi sesuatu dengan seikhlas hati. Sesukar mencari rasa khusyuk dalam solat...begitu mungkin gambarannya.


Mencari kegembiraan dan keseronokkan adalah terpulang kepada individu itu sendiri. Mungkin beribu alasan boleh direka....diungkap...dilepaskan, namun adakah alasan itu benar-benar menjadi sebab musabab...dalam hati...mungkin ya...mungkin tidak. Mungkin hanya ucapan akal untuk melepaskan beban dan keluhan.
Sampai bila pun..andai begini keadaannya...dimana-manapun...tidak mungkin akan ada rasa kepuasan dalam tindakan. Melakukan sesuatu sepenuh hati...hanya pada perkara yang benar-benar menerbitkan bahagia di hati....





:{
Anda faham????
saya pun masih kurang pasti...?

3 comments:

Abd Razak said...

Salam...

Saya mungkin faham sikit..

Lalu...di manakah kebahagiaan yang hakiki, di dunia atau Akhirat? Kebahagiaan yang hakiki lagi sejati adalah setelah kita beriman kepada Allah dan Rasul serta melaksanakan apa yang diwajibkan dan meninggalkan apa yang dilarang dengan sepenuh hati dan ikhlas.

Anonymous said...

memberikan keinsafan dalam hati~

salam kenal izzah!

=)

nahmy said...

pencarian...adalah perjuangan yg belum atau tidak akan selesai..