Sunday, June 10, 2012

Bila Hidayah Menemuimu

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...
~Sedikit perkongsian dari Program 'A Moment To Remember With Oki And Wardina'~

Mendengar kisah-kisah mereka yang dipilih Allah untuk kembali kepada fitrah sangat mengujakan hati saya. Saya sering rasa iri dengan mereka kerana telah di pilih Allah untuk merasa betapa manisnya hidayah. Betapa besarnya harga sebuah hidayah itu hanya mereka yang tahu. Betapa indahnya hidayah itu hanya mereka yang rasa. Hidayah itu datang dengan cara-cara yang berbeza,tapi impak rasanya ya Allah...sangat hebat!! Saya yakin sangat hebat. Kerana Allah tidak memberi hidayah kepada semua orang,sebaliknya Allah memilih beberapa orang hambanya untuk diberi hidayah.

Seperti yang dikongsikan oleh Oki Setiana Dewi, hidayah itu bila diberi oleh Allah kita perlu hargai. Hidayah itu perlu dijaga. Bila Allah telah memberi,Allah juga akan menguji. Ujian Allah sangat hebat. Andai saja hati itu tidak tetap,mudah saja hamba itu berpaling dari Allah. Hidayah itu butuh usaha untuk mengekalkannya. Hidayah perlu dicari,bukan datang dengan sendiri. Hidayah tidak akan datang pada orang yang bersenang-senang tanpa bangun,berjalan dan mencarinya. Hidayah itu perlu di isi dengan ilmu. Kerana tanpa ilmu,ianya tidak akan jadi sesuatu yang berharga. Ilmu itu perlu dicari. Maka,mulalah berdamping rapat dengan insan-insan soleh dan rasalah betapa cemburunya bila melihat para soleh-solehah ini beribadah semata-mata untuk mendapat redha dari Allah. Bila kita mula iri dengan ibadah-ibadah mereka,pasti kita akan berusaha untuk memperbaiki ibadah dan ilmu kita supaya kita akan benar-benar rasa ibadah yang kita lakukan adalah untuk mencari redha Allah semata-mata. 

Selepas diberi hidayah,dia mencari hidayah dan mengajak orang lain merasa indahnya hidup dalam lembayung hidayah Allah. Dia menjadi seorang muslimah yang menjadikan sesiapa pun sebagai teman,supaya dia boleh mengenal dunia dari pelbagai sudut yang berbeza. Mendekati anak-anak kecil, merapati orang-orang jalanan dan mendekati banduan-banduan di penjara. Dari mereka dia belajar untuk hidup dengan lebih baik. Dari mereka dia belajar bahawa kepelbagaian itu adalah keindahan yang diberi Allah untuk kita cari tahu apa hikmahnya. Beliau mengajar banduan-banduan di penjara untuk mengenal al-Quran bersama peminat-peminatnya yang digelar 'Sahabat Oki Setiana Dewi'. Dari buah fikirannya sendiri,kerana dia merasakan orang-orang yang meminati beliau itu tidak perlu disia-siakan, maka dia mengajak mereka melakukan kebaikan yang pahalanya mengalir dan dikongsi bersama. Ya,mengajar orang lain ilmu yang bermanfaat dan ilmu itu berguna serta disampaikan kepada orang lain,itu adalah saham akhirat yang diambil Oki sebagai satu usaha yang sangat baik.

Saat mendengar setiap tutur kata mbak Oki dan caranya menampilkan dirinya saya jadi cemburu. Saya benar-benar cemburu dengan kemuslimahan beliau. Betapa dia solehah dari tutur katanya serta akhlak dan adabnya. Kebanggaannya adalah menunjukkan imej muslimah yang berprestasi. Seorang muslimah yang kuat,yang boleh berjaya dengan imej muslimahnya. Seorang muslimah yang boleh memberi kesan kepada orang lain kerana akhlak islamnya. Seorang muslimah yang mengekalkan perintah Allah sebagai keutamaan dan redha Allah sebagai matlamatnya. Siapa yang tidak cemburu dengan muslimah hebat begitu. Dia lembut,sopan dan sangat santun,tapi sangat berinspirasi.

Terlalu banyak yang saya peroleh dari beliau. Ya,saya sangat terinspirasi dengan Oki Setiana Dewi. Banyak perkara yang beliau lakukan adalah secara bersama. Kebersamaan itu yang menjadikan beliau unik di mata saya. Saya sangat menyarankan andai satu hari nanti kalian berkesempatan untuk menemui beliau,lakukanlah...kerana terlalu banyak kebaikan yang akan kalian perolehi. Beliau mengingatkan saya kepada satu hadis Nabi s.a.w "Sebaik-baik manusia itu adalah yang paling banyak manfaatnya kepada orang lain"-hadis riwayat al-bukhari-

Nota Hati:
Moga saja saya bisa menjadi orang yang bisa memberi manfaat kepada orang lain.
Menjadi orang yang sentiasa berusaha menjadi hamba Allah yang baik.
Menjadi orang yang sabar dan redha dengan ujian-Nya.
Menjadi orang yang selalu mencintai orang-orang yang beriman dan beramal soleh.


2 comments:

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Moga sihat hendaknya..

Segala sesuatu yang menghambat antara dia dengan Allah akan hilang sehingga timbullah hubungan yang suci, yang penuh dengan rasa cinta dan asyik, petunjuk dan hidayah antara dia sebagai hamba Allah dengan Allah SWT.

Anonymous said...

Assalamu'alaikum Wrwb

Oki memang hebat,contoh muslimah sekaligus artis yang patut jadi teladan.
Ohya..Salut buat Oki-dkk yang tergabung dalam Program ODOJ=Oneday-oneJuz.Bertilawah 1 juz perhari secara rutin. artis-artis yang merasa AlQur'an adalah penting sebagai pedoman hidup.

Untuk Ikhwan di malaysia-Indonesia yang berminat gabung dengan Program Oneday-oneJuz silahkan SMS ke nmr WA +6281255769135 Abu Majid

Wassalam