Thursday, August 29, 2013

Anugerah Syawal

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Syawal dah nak abis...yes I know...tak terasa pun masih dalam bulan syawal...counting to Zulhijjah actually. Bulan haji...bulan gembira buat para jemaah...doakan moga-moga kita semua berpeluang bergelar jemaah haji,mengerjakan haji dengan aman dan mendapat haji yang mabrur,insyaAllah.

Okeh..nak cerita anugerah syawal. Something yang menggembirakan,yang membahagiakan dan yang memang exited la bila dapat! even anugerah itu bukan untuk saya. But...still i'm happy for those yang dapat anugerah itu.

Here it is!

Baby boy ni anak adik saya yang kawin tahun lepas tu. Jangkaan lahir masa hari raya pertama,tapi dia suka duduk dalam perut ibu dia lama sikit,maka hari raya ketiga barulah dia selamat dilahirkan. walaupun lahir pada bulan Syawal,tapi parents dia tak nak letak nama Syawal ke Aidil ke Fitri ke...so..nama dia secara berdaftarnya adalah Azhad Syafi...yang bestnye dia di tahnik kan oleh Ustaz Dato' Ismail Kamus, yang kebetulan datang merasmikan dan berceramah di Surau baru dekat rumah saya.


Semoga Azhad menjadi anak yang soleh,berbakti kepada agama,ibu bapa,keluarga,masyarakat,ummah dan negara. Semoga Allah melimpahkan kasih sayang,rahmat dan memberkati kehidupannya di dunia dan akhirat. Amin...ya Rabbal alamin...

psssttttt:
Nak baby jugaks!!
(^_~)

Thursday, August 22, 2013

Hidden Me!!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Ok..kita mulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim...dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani...


Ada orang tanya saya "kenapa tak update blog?".

Saya jawab "sebab awak baca..."

Dia tanya "kenapa saya tak boleh baca?"

Saya jawab "sebab awak kenal saya..."

Dia tanya " Abistu orang-orang lain yang baca tu? boleh pulak?"

Saya jawab "sebab orang-orang lain tu..dorang tak kenal saya (secara faca to face)"

hurmmm.... kenapa saya jawab macam tu? erm...sebab bila saya menulis,saya merasakan ada one side of myself yang hidden di alam nyata. That side hanya akan termuncul dalam hasil tulisan saya. Sometimes,ada hasil tulisan itu adalah luahan yang saya tidak kongsikan di alam nyata. Maka dengan itu ada sedikit rasa segan bersarang dihati yang kecil ini bila ada orang yang saya kenali secara lahiriah mengetahui tentang sesuatu itu. Ya...after all ini blog peribadi yang mengongsikan sedikit perjalanan hidup saya, saat terlebih suka atau saat terlalu duka, pandangan saya tentang sesuatu perkara juga kadang-kadang terlebih confident nak menasihati orang lain.

Harapnya...selepas ini akan ada post yang menyusul...alasan tepat yang sebenarnya adalah : MALAS nak update dengan handphone...sebab dah jarang-jarang online dengan lappy...ahaks...

Tuesday, June 18, 2013

KeTIDURan....

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh....

Ada lagi ke orang yang dok singgah menyinggah...
Lama sangat tak meng'update'...
Nanti kita story mory.. catch up balik apa-apa yang tertinggal...
Titibe rasa macam tak tau nak story ape...
idea dan otak dah tumpul tahap kena asah 8 hari 8 malam kot...
Ok..tak tau nak cakap..nanti kita cakap-cakap lain kali ye!
daaa!!









Thursday, February 7, 2013

Labaikallahumma labaik...

BismillahirRahmanirRahim...
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

dear friends...
please pray for my healthy and safely complete my worships towards Allah  properly...



Ya Allah..berikan kekuatan,mudahkan perjalanan dan berkahi ia...
semoga boleh memberi manfaat untuk semua.
 Jadikan ianya pembuka kepada segala pintu kebaikan dan jalan untuk lebih dekat denganMu serta rasulMu.



"inna ma'al 'usri yusra.."
"Robbi yassir wala tu'assir, Robbi tammim bil khair"

Monday, February 4, 2013

entering a new chapter...

Bismillahiraahmanirrahim....
Semoga dalam redha dan dipelihara Allah selalu...
it's start here and hopefully remains until akhirah..


Thursday, January 10, 2013

unHAPPY & unEASY

In the name of Allah the most Mracious the Most Merciful....


people say...
Life is EASY...make it a HAPPY one..

people say...
when you are HAPPY...you will have an EASY life...

but..
sometimes
life
become
UNeasy
.
.
.
and
turn
to
be
UNhappy

some people will say..
"pretend to be happy...when you're in pain is just an example of how storng you are as a person"
yeah..it might be right.


But it's hurts when you know that you are hurting someone heart.


Tuesday, January 1, 2013

a new start..

Bismillahirrahmanirrahim...
(Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

For a new start in this new year...

Semoga Allah memberi segala kebaikan buat semua muslimin dan muslimat.  Semoga Allah menerima setiap doa dan harapan kita untuk masa-masa yang mendatang. Semoga Allah menjadikan setiap rencana kita adalah rencana yang membawa kebaikan untuk kita, juga kebaikan buat mereka-mereka yang berada di sekeliling kita, kebaikan untuk urusan agama kita juga kebaikan untuk urusan akan datang buat kita semua.

Amin...amin...ya Rabbal alamin...


Sunday, December 30, 2012

After A Long-Long Time

Bismillahirahmanirrahim...
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Hari ni nak main cerita-cerita je. Cerita pasal adik saya. Yang seorang itu. Yang satu-satunya adik perempuan saya. Yang kadang-kadang dia punya manja mengada-ngada mengalahkan budak umur 3 tahun. Yang kadang-kadang angin satu badan dia, macam dia je yang boleh berangin. Yang kadang-kadang bila datang meroyan dia kita boleh dengar je apa yang dia cakap,nak bagi nasihat kena pakai saluran yang ke-3,ke-4 dan sebagainya. Yang kadang-kadang bila dia masuk dapur pegang senduk periuk belanga semua orang kena paksa makan walaupun dia tumis sayur macam dia masak sup sayur. 

Yang selalu bila mengemas habis semua barang boleh hilang (ajaib!). Yang selalu bila saya bosan dia yang akan teman saya pergi mana-mana. Yang selalu bila dia bosan saya akan teman dia kemana-mana. Yang selalu saya belikan baju raya untuk dia. Yang selalu dia pau duit saya. Yang selalu kami tidur sama-sama. Yang selalu suka pakai baju-baju saya. Yang selalu tanya " akak..ok tak baju ni..." atau "akak...cantik tak kasut aku...?" atau " akak aku nampak ada beg tu cantik...".

Tapi itu dulu...masa dia single. Masa kami masih jadi anak dara emak dan abah. Masa kami suka-suki nak pergi OneUtama walaupun dah lepas maghrib menjelma. Sekarang dia dah ada Mr.hubby. Sekarang dia bakal jadi Mummy. Sekarang dia tak boleh di kelik saya ke sana-sini. huhuhu...

Setelah beberapa bulan berlalu. Semalam kami boleh hang-out bersama-sama lagi. Pergi berjimba-ramba cari barang itu-ini bersama. Walaupun termasuk dengan ipar-adik-anak buah bersama-sama. Tapi kami tetap bergembira. Macam masa kami masih anak dara mak dan abah. Macam masa kami dulu-dulu. Rasa itu masih sama. Rasa itu masih ada.

Miss our old time together-gather...Lot of Love!



p/s:
ini bukan cerita sedih :')

Wednesday, December 26, 2012

Sampai Syurga

Assalamualaikum...

Musim-musim Year End Sale (YES) di mana-mana...
Musim most of gedung pakaian dipenuhi ibu-bapa dan kanak-kanak yang riang-ria tak sabar-sabar nak masuk sekolah dengan pakaian baru.
Musim hujan yang sudah hampir kepada penghujung.
Musim walimah yang makin bertambah-tambah.
Musim durian pun dah tinggal hujung-hujung,habis dah luruh semua buah.

Tapi...
Ada satu musim yang kekal hidup dalam mode:
warm-comfort-happy-bittersweet...
Musim bersama sahabat sejati...
Mengenal dia kerana kebaikan,keramahan dan kerana sama-sama mencari kasih sayang Tuhan...
susah-senang-tawa-tangis-duka-gembira...
semua di adun dalam satu cawan yang sama...
sudah sangat serasi dalam kebersamaan...
moga-moga ikatan ini akan kekal sampai ke Jannah Allah...

mungkin ada ketikanya dia akan terasa terasing...
walaupun tidak dengan niat yang sengaja...
tapi saya menyedarinya...

"Sahabat...kamu anugerah dari Allah buat saya, saya ingin duduk tinggal bersama kamu bukan sahaja di dunia,tapi juga di akhirat sana. Mungkin akan tiba masa kita punya jarak sedikit dari sebelumnya,tapi dalam hati saya kamu tetap yang teristimewa. Walau saya tiada di hadapan mata,namun saya akan cuba sentiasa bersedia untuk panggilan s.o.s dari kamu. Kamu sahabat saya sampai syurga"


I wish nothing but the best for you too...


Tuesday, December 18, 2012

Hakikat Bahagia

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Hi everyone!! long time no see kan.... 
^_^
Tak nak cerita apa-apa pun. Just wanna share lagu yang saya suka dengar dulu-dulu 
dan sekarang-sekarang pun saya masih suka. Lirik nasyid ini bagus untuk buat kita faham apa itu erti sebuah kebahagiaan.

-HAKIKAT BAHAGIA-

Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi,
Terpendam bagai permata di dasar hati,

Bahagia itu pada hati,
Bertahta di kerajaan diri,
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani,

Bahagia itu ada di jiwa,
Mahkota di singgahsana rasa,
Bahagia itu adalah suatu ketenangan,

Bila Susah tiada gelisah,
Bila miskin syukur pada Tuhan,
Bila sakit tiada resah di jiwa,
Bukankah Tuhan telah berfirman,
Ketahuilah dengan mengingati Allah,
Jiwa akan menjadi tenang

Kebahagiaan itu suatu kesyukuran,
Bila kaya jadi insan pemurah,
Bila berkuasa amanah,
Bila berjaya tidak alpa,
Bila sihat tidak lupakan Tuhan.

Hakikat bahagia itu adalah ketenangan,
Bila hati mengingati Tuhan.
Semua insan akan mengerti,
Maksud tersirat Ilahi,
Itulah zikir yang hakiki.





Thursday, December 6, 2012

Bukan Pungguk Rindukan Bulan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Eh...dah Disember... seriously tak perasan. Cepatnya masa berlalu. Dah sebulan cuti rupanya (apa tah yang dibuatnye..ngeeeee..). Duduk rumah membesarkan diri jer..huwaaaaa.....

Well...it's almost end of the year,almost new year(and become older),back to school,facing a new environment hopefully. HOPEFULLY!! ( i meant it!).

Saya sedang menunggu sesuatu. Bagai pungguk merindu bulan. Tapi pungguk tu tak boleh terbang sampai ke bulan, saya... menunggu sesuatu yang pasti, in syaa Allah boleh di capai dengan tangan dan rasa yang macam nak terbang!Tapi kena sabar. Bukankah sabar itu sebahagian daripada iman (^_^).


Mari tolong doakan yang baik-baik untuk semua urusan dan rencana yang di rancang. Semoga Allah mudahkan jalan yang baik dan memberkati perjalanan hidup kita semua!!!

Thursday, November 29, 2012

li Llahi Ta'ala

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..



Semoga ukhuwah ini terbina kerana Allah, untuk Allah dan terpimpin untuk terus mengenal Allah.
Mohon semoga Allah redha, Allah berkahi dan Allah pelihara dalam lindungan kasih dan sayang-Nya.

Saturday, November 24, 2012

To find my other half...

Bismillahirahmanirrahim...
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

*Tajuk posting yang gediks mengada-ngada*

well having a children is a greatest pleasure of live kan??? Di dunia mereka adalah penyeri, di alam kubur mereka adalah sambungan bekalan yang akanmengirimkan doa buat kita dan di akhirat nanti akan berkumpul bersama-sama mereka yang kita cinta dan kasihi.

Bukankah antara perkara yang kekal sampai kepada kita selepas kita meninggal dunia adalah doa dari anak-anak yang soleh? Betapa beruntungnya...

Lebih-lebih lagi kalau anak-anak itu menjadi anak yang soleh/solehah (memang semua orang pun mengimpikan begini kan). Sejuk hati memandang mereka,biar apa pun nikmat yang kita ada di dunia ini takkan pernah sama dengan nikmat rezeki di kurniakan anak-anak yang baik...

alkisah...


kiut jer anak buah saya nie..hobi dia adalah tulis surat kat umi dia,ingatkan anak-anak Wardina Safiyyah je yang suka mengharukan hati dan perasaan ummi dia,rupanya anak buah saya pun pandai ambil hati ummi ngan abi dia..sweeettttt sangat-sangat!!!
(^_^)

Monday, November 19, 2012

Bicara buat yang syahid di jalan-Nya

Bismillahirahmanirrahim...
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Sayu hati melihat anak-anak kecil ini tidak bernyawa lagi,
Dengan darah merah meliputi tubuh badan,
Dengan pucat wajah yang sangat meruntun perasaan,
Kerana mempertahankan sebuah agama dan negara.

Yahudi Zionist itu bermaharaja lela,
Semakin rakus menyerang dengan pelbagai senjata,
Menghujani Palestin dengan peluru tanpa rasa,
Hanya kerana bongkak dan ingin dilihat ampuh oleh dunia.

Si kecil Palestin itu tetap gagah mempertahankan perjuangan mereka,
Pemuda Palestin itu tegak berdiri melindungi dan memerangi musuh agama mereka,
Menghunus apa jua senjata yang ada demi sebuah keamanan dan kebebasan yang nyata milik mereka,
Lelaki-lelaki itu berjuang mencari syahid di jalan-Nya,
Bersama wanita-wanita yang tidak pernah putus doanya buat kesejahteraan semua.

Mereka berlindung dengan nama Allah yang maha berkuasa,
Mereka dijemput Allah sebagai syahid di jalan-Nya,
Mereka mulia di sisi Allah kerana kentalnya semangat mereka,
Mempertahankan al-Aqsa dengan kalimah syahadah yang mulia.

Sungguh hiba kami yang jauh disini,
Walau hanya dengan mendengar khabarmu dari kejauhan,
Walau hanya menatap gambar bisu yang penuh dengan 1001 kesukaran,
Hanya doa dan harapan yang menggunung tinggi kami panjatkan,
Moga Allah membantu kamu, melemahkan musuh-musuh itu dan memberi kekuatan dalam hati-hati kamu.

Sungguh Palestina,
Kamulah juara kerana kamu mara dengan keberanian,
Sedang musuh Allah itu menyerang kamu kerana penuh dengan ketakutan,



Saturday, November 17, 2012

Jom!! mencari cinta...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. 

Yang memiliki hati-hati kami, dan yang menyebarkan rasa kasih dan sayang dalam diri kami.


Jadikanlah kami orang-orang yang sentiasa mencari cinta-Mu dan cinta kekasih-Mu.
Dekatkanlah kami dengan orang-orang yang mencintai-Mu dan mencintai kekasih-Mu.
Serta kurniakanlah kami dari golongan orang-orang
yang sentiasa mendamba kasih sayang-Mu.



Friday, November 16, 2012

Bukan rezeki saya : Perancangan Allah


Semua perancangan saya untuk satu hari ini tidak menjadi. Satu pun tak ada yang jadi. Ada tiga benda yang saya nak buat hari nie. Dua darinya sepatutnya settle pagi tadi, tapi kerana orang yang berjanji nak teman saya pergi tu,tiba-tiba plak ada meeting dan kena jumpa VVIP after Solat Jumaat, maka terpaksa cancel. Tapi,waktu tu saya masih positif lagi. Lagipun benda ni boleh settle hari lain.

Tapi,bila plan malam saya terpaksa di batalkan (walaupun dah exited iron baju dan sebagainya) saya jadi sedih sangat. Sebab event ini tak ada hari lain lagi. Banyak dah program dan seminar yang saya nak attend dari penganjur ini (Al-Maghrib Institute)  yang saya terpaksa batalkan last minit. Sebab tu saya sangat-sangat teruja bila ada program yang akan berlansung malam ini memandangkan kelas Ta'lim malam ini ditangguhkan ke minggu hadapan. Dengan harapan ada ilmu baru yang akan di perolehi.

Sebab itulah kita ini hanya mampu merancang,tapi rancangan Allah itu tentu lebih baik. Tapi saya tetap sedih. Moga-moga akan ada kesempatan lain untuk saya dan moga-moga Allah akan pilih saya untuk berpeluang hadir dalam majlis ilmu dari mereka insyaAllah. Doakan saya ya!


Bukan rezeki saya hari ini : Mungkin ada ruang yang saya perlu isi. Moga saya jadi orang yang sabar dalam mencari taqwa kepada Allah.

Wednesday, November 14, 2012

Turn to Allah

Bismillahi RahmanirRahim...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Salam Ma'al Hijrah..


Semoga hijrah kita adalah kerana Allah, untuk Allah semata-mata, demi mendapat kasih-sayang serta perhatian dari-Nya, mendekatkan diri kita kepada-Nya dan lebih kenal dengan-Nya serta mendalam rasa cinta kita kepada-Nya. Allahumma ameen...

Kerana,seperti yang kita tahu setiap niat yang baik itu Allah ganjari pahala. Setiap perbuatan baik itu Allah lipat gandakan pahala. Maka hijrah kita yang bermula dengan niat yang baik PASTI Allah akan bantu untuk mudahkan,apatah lagi bila kita mula menggerakkan niat itu menjadi perbuatan,insyaAllah Dia akan bukakan setiap jalan-jalan kebaikan untuk kita.




Monday, November 12, 2012

Kepelikkan Manusia

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Saya memerhati,dan melihat. Mungkin anda juga. Manusia ini memang pelik, terutama pada beberapa perkara ini:

Bila seorang lelaki (suami/abang/ayah/adik/atau mungkin kekasih) menyatakan sayang kepada seorang wanita. Tetapi bangga bila wanita itu menayangkan auratnya. Kembang semangkuk bila wanita itu dipuji dan dipuja kecantikkan mereka.Sayang tahap mana ya rasanya? Kalau sayang kenapa tidak di ajar,untuk menutup apa yang wajib ditutup. Menyimpan apa yang wajib disimpan. Wanita kesayangan anda,bukan bahan tontonan umum. Tak kasihan ke nanti mereka akan dicampak ke neraka kerana tidak menutup aurat mereka? Kalau sayang mestilah nak bawa mereka ke syurga,bukan terang-terang tunjuk jalan ke neraka. Lagi-lagi kalau suami yang suka sangat isteri dia pakai seksi-seksi. Tak faham betul!!


Kemudian, ada pula lelaki-lelaki yang mengaku cinta kepada seorang gadis. Tapi bila disuruh untuk menikahi mereka dengan baik,lelaki-lelaki ini punya bermacam-macam alasan untuk melambat-lambatkan akad. Melengah-lengahkan perkara yang halal buat mereka. Alasan,takut tidak mampu melaksana tanggungjawab lah, tidak bersedialah dan macam-macam lagi alasan sampah yang tidak mampu diterima akal fikiran yang waras. Bertanggungjawab ke kalau kelik anak dara orang kulu-kilir? Mampu ke nak tanggung dosa berdua-duaan dan berkasih-kasihan dengan orang yang tidak halal? Islam tu kan mudah, akad itu kan halal. Kalau rasa tidak mampu, jangan lah di ucap kata cinta sebab itu namanya nak tambah koleksi dosa yang sememangnya dah sedia terbeban di atas bahu kita. Lepas tu ajak pulak si gadis kumpul dosa bersama-sama. Itu bukan cinta sampai syurga. Itu ajak masuk neraka bersama-sama.

Korang rasa pelik tak? pada saya,sangat pelik. Allah dah beri panduan yang baik,tapi kita tolak. Allah suruh buat benda baik,Allah suruh masuk syurga, Allah ajar dengan pelbagai hikmah tapi kita yang refuse. Jangan salahkan Allah bila sampai masanya nanti. Bila dah sampai depan neraka baru nak menyesal. Masa tu dah takde maknanya sayang-sayang. Masa tu,semua dosa nak bagi kat orang.

Let's turn to Allah!!


Sunday, November 11, 2012

Sudah Akhir Tahun : Happy Holiday!

Assalamualaikum...

Mode : cuti sekolah bermula
Perasaan : Eh! dah start cuti ke? tak terasa macam dah cuti pun...

Realitinya :

Mula cuti  bermakna, sudah habis ceritera untuk setahun. Makanya, akan bermula episod tahun baru. Bagi orang-orang seperti saya (sila baca sebagai cikgu-cikgi) ianya bermaksud mula berfikir tentang tahun 2013. Maksudnya lagi,walaupun belum masuk tahun 2013, tapi rasa macam dah letak satu kaki dalam tahun 2013.
Bermakna,tahun 2012 telah pun berlalu. Bermakna,usiapun telah menambah ke satu angka lagi (sila baca : saya sudah tua!). Waahhhh... (blurrr sekejap)

Sekejapnya dah masuk tahun baru, rasa macam baru je mulakan sesi persekolahan. Nak tau tak apa maksudnya lagi? Eheeemmm...Pengakuan separuh ikhlas nih! Maksudnya, serasa seperti saya ini tidak punya sumbangan yang banyak untuk tahun ini. Fikir punya fikir punya fikir...apa ye yang saya dah lakukan untuk sepanjang tahun ini. Macam NULL jer..Notihing at all. Uh..how bad kan..teruknya saya!

Untuk anda semua:

Yang cikgu ke,yang bukan cikgu ke, selamat bercuti (sebab mostly,ramai yang kumpul cuti sampai akhir tahun untuk bawa anak berjalan,melancong dan sebagainya) Rancang percutian dan perjalanan anda dengan baik. Semoga selamat semuanya. 

Saya doakan apa jua hajat dan harapan anda sepanjang tahun ini Allah akan kabulkan, Allah akan mudahkan dan Allah akan memberi yang terbaik buat semua. Kehidupan,rezeki, perjalanan dan harapan yang sentiasa diberi keberkahan dari Allah. 

Selamat menghabiskan sisa-sisa terakhir 2012, semoga kebaikan dari Allah akan berterusan.

Monday, November 5, 2012

Towards The Future a.k.a Mira'e (kiroro)

Assalamualaikum....

Musim-musim hujan nie meh layan sat lagu Jepun zaman hingusan yang sangat best (masa dulu boleh repeat 40-60 kali pon tak boring-boring). Alkisah,masa tengah-tengah drive dalam hujan dengan titibe je cik DJ pasang lagu ni. Terus ternyanyi-nyanyi, pastu terus tergoogle dan terjumpalah di dalam youtube.

Dulu dengar,tapi taktau citer pasal apa. Ingat citer pasal orang putus cinta ke (sebab masa tu tengok video clip dia citer kartun Final Fantasy macam awek-balak nie terhalang cintanya--ceeewahhh--ntahapa-apa!) Rupanya telahanku meleset belaka. Punyalah bagus lirik lagu nie sebenarnya. Kisah nasihat dan kata-kata seorang ibu untuk anaknya yang sedang meningkat dewasa (ayat skema lah pulak..tak tau dah nak olah macamana).



ini lirik bahasa melayu yang telah di'translate' dengan jayanya:

~Menuju Masa Hadapan (Mira'e)~


Lihat! Lihatlah pada langkah kakimu,
Inilah jalan yang ditakdirkan untukmu,
Lihatlah… Cuba lihat ke hadapan,
Itu adalah masa hadapanmu,

Terlalu banyak kelembutan yang ditujukkan oleh ibu,
"hayati kasih sayang dan terus berjalan" kata ibu berulang kali,
Tika itu,aku masih terlalu muda untuk memahami kata-katanya,
Tetapi dia masih tetap kejap memimpin tanganku,
Dan berjalan bersamaku,

Impian-impianku sangat tinggi melangit,
Walaupun aku tidak yakin dapat mencapainya,
Tetapi aku akan berusaha untuk mengejarnya,
Ini adalah kisah hidupku,
Maka aku tidak akan pernah berputus asa,
Saat aku dalam ketakutan,
Ibu memegang tanganku,
Bersama-sama,kami terus berjalan,

Kadang-kala kelembutan ibu itu merimaskan,
Lalu aku melepaskan tangannya dan berlalu pergi,
Tidak mahu lagi mendengar kata-katanya..

“Lihat! Lihatlah pada langkah kakimu,
Inilah jalan yang ditakdirkan untukmu,
Lihatlah… Cuba lihat ke hadapan,
Itu adalah masa hadapanmu”

Lihatlah masa hadapan…
Marilah berjalan ke arahnya selangkah demi selangkah….