Wednesday, June 13, 2012

Seindah Budi pekerti,Secantik Akhlak Terpuji.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Allahumma Solli 'Ala Saiyyidina Muhammad.

Saya mendengar satu kuliah tentang keindahan akhlak Rasulullah. Sememangnya tidak disangkal lagi bahawa sebaik-baik manusia yang dijadikan Allah di muka bumi ini adalah Muhammad S.A.W. Betapa akhlaknya disamakan dengan al-Quran. Setiap kali mendengar kisah-kisah tentang baginda rasul ini, tidak boleh tidak, hati terasa sayu, tersentuh dan rasa sangat ingin bertemu,bertentang mata dan berhadapan dengan insan agung yang dicintai Allah dan seluruh malaikat ini.

Saya mendengar kuliah dari Habib Ali Zaenal Abidin al-Hamid di Majlis Ta'lim ketika maulid bulanan yang lalu. Kali ini,beliau menghuraikan sedikit tentang keindahan akhlak Rasulullah S.A.W. Dalam muqaddimahnya beliau menyebut:
Rasulullah s.a.w adalah seorang yang sangat menakjubkan dari segala segi termasuk akhlaknya. Jika hendak diceritakan tentang keindahan akhlak Rasulullah s.a.w secara keseluruhannya memang tidak akan pernah habis. Sehingga habis semua kata-kata yang baik masih tidak akan habis cerita tentang keindahan akhlak baginda.

Mendengarkannya tergambar di minda dan hati saya betapa beruntungnya para sahabat dan sahabiah yang bisa berkumpul bersama-sama baginda. Bertukar-tukar pendapat,saling melihat antara satu sama lain, menyaksikan betapa indahnya baginda rasul,melihat senyuman baginda,mendengar suara baginda dan menyaksikan perjalanan dakwah dan hidup baginda. Betapa cemburunya saya (T_T).

Bayangkan sahaja, bila kita melihat orang-orang soleh di sekitar kita,yang baik budi pekertinya,yang sopan tingkah lakunya, yang santun tutur katanya,sudah kita rasa terkagum dengan mereka, sudah kita rasa baiknya mereka, sudah kita berkira-kira alangkah baiknya jika aku bisa berkelakuan sepertinya. Bayangkan bagaimana indahnya Rasulullah S.A.W. Kerana mereka ini berusaha untuk mencontohi baginda yang mungkin jika ingin dibuat perbandingan hanya 1/4 sahaja akhlak baginda rasul yang mereka mampu praktikkan,belum sampai keseluruhannya sudah bisa buat kita terkagum,terinspirasi dan terasa takjub. Bayangkan bagaimana tingginya pekerti baginda.Tidak tergambar kan? Aduh...terasa ingin sangat bertemu dengannya.

Moga saja ucapan cinta,kasih dan rindu ini didengari oleh baginda, moga saja kita boleh berkumpul bersama-sama baginda nanti di syurga...ya Allah perkenankanlah.

Mood:
Sangat-sangat rindu ya Rasulullah
:'(


 
 
 

Sunday, June 10, 2012

Bila Hidayah Menemuimu

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...
~Sedikit perkongsian dari Program 'A Moment To Remember With Oki And Wardina'~

Mendengar kisah-kisah mereka yang dipilih Allah untuk kembali kepada fitrah sangat mengujakan hati saya. Saya sering rasa iri dengan mereka kerana telah di pilih Allah untuk merasa betapa manisnya hidayah. Betapa besarnya harga sebuah hidayah itu hanya mereka yang tahu. Betapa indahnya hidayah itu hanya mereka yang rasa. Hidayah itu datang dengan cara-cara yang berbeza,tapi impak rasanya ya Allah...sangat hebat!! Saya yakin sangat hebat. Kerana Allah tidak memberi hidayah kepada semua orang,sebaliknya Allah memilih beberapa orang hambanya untuk diberi hidayah.

Seperti yang dikongsikan oleh Oki Setiana Dewi, hidayah itu bila diberi oleh Allah kita perlu hargai. Hidayah itu perlu dijaga. Bila Allah telah memberi,Allah juga akan menguji. Ujian Allah sangat hebat. Andai saja hati itu tidak tetap,mudah saja hamba itu berpaling dari Allah. Hidayah itu butuh usaha untuk mengekalkannya. Hidayah perlu dicari,bukan datang dengan sendiri. Hidayah tidak akan datang pada orang yang bersenang-senang tanpa bangun,berjalan dan mencarinya. Hidayah itu perlu di isi dengan ilmu. Kerana tanpa ilmu,ianya tidak akan jadi sesuatu yang berharga. Ilmu itu perlu dicari. Maka,mulalah berdamping rapat dengan insan-insan soleh dan rasalah betapa cemburunya bila melihat para soleh-solehah ini beribadah semata-mata untuk mendapat redha dari Allah. Bila kita mula iri dengan ibadah-ibadah mereka,pasti kita akan berusaha untuk memperbaiki ibadah dan ilmu kita supaya kita akan benar-benar rasa ibadah yang kita lakukan adalah untuk mencari redha Allah semata-mata. 

Selepas diberi hidayah,dia mencari hidayah dan mengajak orang lain merasa indahnya hidup dalam lembayung hidayah Allah. Dia menjadi seorang muslimah yang menjadikan sesiapa pun sebagai teman,supaya dia boleh mengenal dunia dari pelbagai sudut yang berbeza. Mendekati anak-anak kecil, merapati orang-orang jalanan dan mendekati banduan-banduan di penjara. Dari mereka dia belajar untuk hidup dengan lebih baik. Dari mereka dia belajar bahawa kepelbagaian itu adalah keindahan yang diberi Allah untuk kita cari tahu apa hikmahnya. Beliau mengajar banduan-banduan di penjara untuk mengenal al-Quran bersama peminat-peminatnya yang digelar 'Sahabat Oki Setiana Dewi'. Dari buah fikirannya sendiri,kerana dia merasakan orang-orang yang meminati beliau itu tidak perlu disia-siakan, maka dia mengajak mereka melakukan kebaikan yang pahalanya mengalir dan dikongsi bersama. Ya,mengajar orang lain ilmu yang bermanfaat dan ilmu itu berguna serta disampaikan kepada orang lain,itu adalah saham akhirat yang diambil Oki sebagai satu usaha yang sangat baik.

Saat mendengar setiap tutur kata mbak Oki dan caranya menampilkan dirinya saya jadi cemburu. Saya benar-benar cemburu dengan kemuslimahan beliau. Betapa dia solehah dari tutur katanya serta akhlak dan adabnya. Kebanggaannya adalah menunjukkan imej muslimah yang berprestasi. Seorang muslimah yang kuat,yang boleh berjaya dengan imej muslimahnya. Seorang muslimah yang boleh memberi kesan kepada orang lain kerana akhlak islamnya. Seorang muslimah yang mengekalkan perintah Allah sebagai keutamaan dan redha Allah sebagai matlamatnya. Siapa yang tidak cemburu dengan muslimah hebat begitu. Dia lembut,sopan dan sangat santun,tapi sangat berinspirasi.

Terlalu banyak yang saya peroleh dari beliau. Ya,saya sangat terinspirasi dengan Oki Setiana Dewi. Banyak perkara yang beliau lakukan adalah secara bersama. Kebersamaan itu yang menjadikan beliau unik di mata saya. Saya sangat menyarankan andai satu hari nanti kalian berkesempatan untuk menemui beliau,lakukanlah...kerana terlalu banyak kebaikan yang akan kalian perolehi. Beliau mengingatkan saya kepada satu hadis Nabi s.a.w "Sebaik-baik manusia itu adalah yang paling banyak manfaatnya kepada orang lain"-hadis riwayat al-bukhari-

Nota Hati:
Moga saja saya bisa menjadi orang yang bisa memberi manfaat kepada orang lain.
Menjadi orang yang sentiasa berusaha menjadi hamba Allah yang baik.
Menjadi orang yang sabar dan redha dengan ujian-Nya.
Menjadi orang yang selalu mencintai orang-orang yang beriman dan beramal soleh.


A Moment To Remember


Alhamdulillah,saya baru pulang dari menghadiri majlis ini. Pada siangnya bersama Oki Setiana Dewi untuk program bedah buku "sejuta pelangi". Secara keseluruhannya,saya rasa bersyukur dapat mendengar bicara beliau yang sangat santun dan teratur bahasanya. Event ini satu event yang sangat bagus dan mengesankan,memang tak rugi menjadi sebahagian daripada insan-insan yang Allah beri kelapangan untuk hadir disini. Terlalu banyak perkongsian yang sangat berharga dari Oki dan Wardina. Tahniah buat One Heart creative Solution atas usaha menganjurkan event yang bermanfaat ini. Semoga akan ada banyak lagi perkongsian seumpama ini dimasa-masa akan datang. Bagi yang tidak berkesempatan hari ini,malam esok Oki akan berada di UKM,insyaAllah anda akan mendapat sesuatu daripada beliau. Lepas ni,kalau oki datang KL lagi,insyaAllah saya akan berbesar hati untuk mendengar kata-kata berharga darinya. Sangat best!

Nota Hati:
InsyaAllah perkongsian dari majlis ini akan menyusul pada entry akan datang ye (^_^)
lot's of inspiration...

Friday, June 8, 2012

Hari paling baik



Assalamualaikum...
Salam Jumaah barokah...

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :



“Hari paling baik di mana matahari terbit pada hari itu adalah hari jumaat, pada hari itu Nabi Adam a.s diciptakan, dan pada hari itu pula Nabi Adam a.s dimasukkan ke dalam syurga, serta diturunkan dari syurga, pada hari itu juga kiamat akan terjadi, pada hari tersebut terdapat suatu waktu di mana tidaklah seorang mukmin solat menghadap ALLAH SWT mengharapkan kebaikan kecuali ALLAH SWT akan mengabulkan permintaannya.”(HR.Muslim)

Mari sama-sama melipatgandakan amalan kita di hari yang Allah beri keberkahan. Hari yang Allah jadikan dengan 1001 kebaikan. Hari yang Allah sembunyikan satu masa dimana doa-doa akan dimaqbulkan. Berniatlah dengan niat yang baik,beramallah dengan keikhlasan,dengan harapan Allah akan membuka pintu-pintu kebaikan buat kita dan menetapkan hati kita dalam iman dan islam serta menetapkan langkah kaki kita di atas jalan yang lurus,yang Dia redhai.

Hargai hari yang mulia ini kerana ini adalah hadiah Allah buat kita,hari untuk umat islam sebagaimana hadis Baginda s.a.w t yang diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

"Kita (umat Mujammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga,padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberi petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita isitu hari ini (jumaat) adalah untuk kita, esok (sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (ahad) untuk kaum Nasrani." (HR al-Bukhari)

"Ya Allah,berikanlah rahmat kepada kami dari sisiMu dan sempurnakanlah petunjuk yang lurus bagi kami dalam urusan kami" 
~al-kahf:ayat 10~




Thursday, June 7, 2012

Sudah sampai jodohnya...

Assalamualaikum...

Semoga hari-hari yang dilalui akan dilimpahi rahmat kasih sayang Allah...

Cerita ini dah terperap lama sebenarnya,dah basi 2 minggu,tapi saya nak cerita juga. Hari pertunangan satu-satunya adik perempuan saya yang gediks mengada-ngada tu ^_^.

Dia bertunang pada hari ahad 27 Mei 2012, dengan her lovely tunang en.Zikrey. Alhamdulillah,akhirnya mereka selamat bertunang dan akan melangsungkan majlis pernikahan pada 15 Sept 2012 dan kendurinya sehari selepas itu.

Nak dijadikan cerita,adik saya nie kira telah melangkah bendul.. (sebab kakak dia nie tak laku2 :P ). Masa hari kejadian,ramai la makcik2 yang bersalam dengan saya cakap "eh..makcik ingatkan kamu yang bertunang..." dan saya pun menjawab "eh..taklah,adik saya..jodoh dia datang dulu". Sepupu-sepapat pulak mula tanya "kamu dapat apa?langkah bendul kan?mesti kena bagi apa2 kat kamu". Hurrmmm...ya,memang keluarga mereka ada bagi saya sepasang kain untuk buat baju kurung,tapi saya tidak pernah terfikir untuk minta apa2 dari mereka, langkah bendul itu cuma istilah orang melayu kita sahaja. Takdirnya,Allah telah tentukan adik saya bertemu jodoh dahulu. Tidak menjadi apa-apa masalah pun pada diri saya. Saya sangat berbesar hati menguruskan majlis mereka,bersibuk-sibuk bersama mereka,ini kan sesuatu yang menggembirakan, sebab mereka melakukan sesuatu yang betul. Couple tu kan haram...jadi mereka nak menghalalkan hubungan itu dengan pernikahan. Melakukan apa yang Allah dan Rasul s.a.w perintahkan,jadi saya wajib menyambutnya dengan berlapang dada.

Saya gembira sebab keluarga saya semakin membesar. Saya gembira sebab mak dan abah saya dapat menantu-menantu yang baik-baik semuanya. Saya gembira sebab dapat menggembirakan keluarga saya. Saya gembira sebab saya suka buat semuanya yang menggembirakan saya juga.

Doa saya,semoga semuanya akan berjalan dengan lancar. Silaturrahim yang dibina akan direstui,diredhai dan mendapat keberkatan dari Allah. Hubungan kami sekeluarga akan kekal sampai nanti kami berkumpul bersama-sama disyurga. Perkenankanlah ya Allah.


yang lelaki tu,abang saya...muka dorang sama kan?sebab dagu dorang berdua ni sama panjang (^__^)

Wednesday, May 30, 2012

~Cinta hati adalah sahabat sejati~

Cuti sekolah bermula!!!
Yeah..menghabiskan hari terakhir sekolah dengan membawa bekalan kerja untuk cuti sekolah. Apa tidaknya,kertas peperiksaan subjek yang saya ajar berlangsung pada hari jumaat terakhir sekolah. Tahun ini punya jadual peperiksaan memang lain dari tahun sebelum-sebelumnya. Kalau dulu,subjek Pendidikan Islam mesti hari pertama,sekarang diletakkan pada hari terakhir...hurmmm...agak mengecewakan,sebab masa tu budak-budak dah tak fikir nak baca buku. Dalam fikiran dorang dah rangka macam-macam aktiviti untuk bercuti. Dah tak sabar-sabar nak cuti. Dunia globalisasi sekarang,semuanya nak kejar pencapaian terbaik dalam subjek-subjek peperiksaan besar. Bila Pendidikan Islam tidak termasuk dalam list peperiksaan besar,maka dengan itu ianya dipandang enteng sahaja. Sebelah mata pun kadang-kadang mereka tak pandang. Sedangkan itu ilmu FARDHU AIN....wajib di sisi Allah. Subjek-subjek yang FARDHU KIFAYAH pula yang nak dikejar-kejarkan,yang nak dinaikkan peratusnya. Itulah hakikat dunia. Akhirat selalu dilupa.

OK.stop pasal sekolah dan masalahnya sekejap. Last sunday,adik saya bertunang. Busylah saya menyediakan segala macam perkara,terutama bab-bab barang hantaran. 4 hari before the engagement day,baru saya gubah. Sebab balas 7 dulang jer dan 5 daripadanya adalah makanan. Terima kasih pada sahabat sejati saya, Wan Haninah sebab sudi berkampung 2 hari menolong kami sekeluarga berkenduri. Almaklum,semua buat sendiri dari hantaran,sampai bab masak-memasak. Kakak sulong saya tak dapat bersama kerana tuntutan kerja dia dan suami serta anaknya yang menghadiri perkhemahan sekolah. Bila ada Haninah,dapatlah mengisi ruang kerja yang ada.Thanks darling!! Juga buat sahabat comel,cantik menawan Fadhilah yang berlapang dada nak tolong make-up kan adik saya. Saya memang fail bab make-up ke touch-up ke...memang tak reti,muka sendiri pun tampal bedak baby jer..hehe..love both of u friends! 

Lepas settle hal kenduri,saya settlekan kertas-kertas peperiksaan. Alhamdulillah dua hari menanda kertas,maka siaplah semua kerja termasuk key-in markah secara online. Bab key-in markah nie,kalau boleh nak siap cepat jer,sebab saya malas hutang lama-lama dengan orang yang nak menguruskan markah peperiksaan sekolah nie,sesak nafas bila fikir!done everything.

Pastu masa untuk menghilangkan rindu pada kengkawan tempat kerja lama di Tanjung Karang. So, buat reservation awal-awal dengan dorang untuk keluar berbowling dan bertukar-tukar cerita. Kami janji jumpa hari rabu(hari inilah). Bangun pagi tadi,hujan lebat pulak. Tapi sebab dah lama sangat tak jumpa,maka hujan pun saya redah juga. Sampai kat Kuala Selangor lebih kurang pukul 11,main bowling 3 games pastu makan kat KFC. Makan kejap jer,tapi berlepaking lama jugaklah,sebab nak recall macam-macam story yang dah tertinggal hampir 2 bulan. Bila dah jumpa kawan-kawan nie,masa berlalu pun tak terasa. Sebab itu,saya cakap mereka adalah cinta hati saya. Sayang sangat dengan dorang sebab always be by my side. Terima kasih sahabat!

Minggu pertama cuti setakat ini alhamdulillah berjalan dengan sangat lancar. Tak sabar nak tunggu hari jumaat,tak sabar nak pergi Majlis Ta'lim pulak. Rindu sangat-sangat!!!dikelilingi oleh orang-orang yang bercahaya adalah sesuatu yang sangat istimewa :)

Thank you Allah!!!

Thursday, May 17, 2012

Bila Allah tidak memakbulkan doa

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh...

Mungkin kita pernah baca,pernah tahu dan pernah terdengar di mana-mana sebab musabab mengapa Allah tidak memakbulkan setiap doa kita. Walaupun, kita berdoa setiap hari, menyebut perkara yang sama dalam setiap doa kita, menadah tangan dengan bersungguh-sungguh untuk memohon kepada Allah tentang sesuatu, tetapi Allah masih belum memberi apa yang kita mahonkan. Selalu kita diingatkan "Allah tidak beri apa yang kita mahu,tetapi Dia beri apa yang kita perlu". Sejauh mana kita yakin dengan kata-kata itu? sedang dalam masa yang sama, kita mengeluh bertanya,mengapa Allah masih tidak memakbulkan doa kita? mengapa Allah membiarkan kita menanti-nanti? 

Percayalah pada Firman Allah:
"Berdoalah padaKu,nescaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong tidak mahu menyembahKu akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina dina" -surah al-Ghafir 40:ayat 60-

Jadi,janganlah kita menjadi hamba-hambaNya yang rugi apabila kita berputus asa dari terus memohon kepada-Nya. Seperti yang pernah disampaikan oleh Habib Zaenal Abidin al-Hamid, ketika Allah tidak memberi apa yang kita mahu,saat itu kita perlu redha dengan ketentuan-Nya, kerana dengan tidak dikabulkan oleh-Nya doa kita itu,di situ adalah kebaikan-Nya.

Tahu tak bahawa sebenarnya doa-doa kita sentiasa dimakbulkan Allah dengan pelbagai cara antaranya:

1) Di kabulkan-Nya serta merta : Apabila doa yang kita mohon itu,memang ada manfaatnya untuk kita pada saat dan ketika itu. Bukankah Allah maha mengetahui apa yang terbaik buat kita pada masa kita memerlukannya?Yakinlah dengan Allah.

2) Allah memakbulkan doa kita dengan cara ditunda oleh-Nya: Allah tidak segera memakbulkan doa kita kerana Allah menundanya sehingga sampai waktu yang sesuai untuk dikabulkan-Nya. Maksudnya Allah menyimpan impian dan harapan kita sehingga pada satu saat yang paling tepat dalam kehidupan kita yang tidak kita ketahui bila,namun PASTI akan di makbulkan-Nya. Percaya dengan yakin qada' dan qadar Allah. 

3)Allah memakbulkan doa kita dengan cara Allah menundakannya di akhirat nanti :Ada kalanya Allah menunda doa kita dan disimpan untuk dikabulkan di akhirat. Kerana Allah lebih mengetahui apa yang lebih baik untuk diberi-Nya di akhirat daripada di dunia. Diriwayatkan bahawa di akhirat nanti akan ada seseorang yang terkejut menerima sejumlah kurniaan yang tidak terkira banyaknya dan tidak sesuai dengan amalan ibadahnya ketika di dunia. Maka dia bertanya kepada Allah “Wahai Tuhanku,dari mana datangnya semua ini?” lalu Allah menjawab “bukankah Aku telah perintahkan engkau agar meminta kepada-Ku apa sahaja di dunia?” maka orang itu menjawab “betul ya Tuhanku”. Maka Allah s.w.t menerangkan “Apa yang engkau mohonkan di dunia itu baru sedikit (yang diperkenankan) Aku berikan kini bakinya.Aku serahkan di akhirat” . Akhirnya orang itu akan berkata “alangkah baiknya jika Engkau memberikan apa yang aku minta di dunia itu semuanya di akhirat sahaja”.

4) Allah memakbulkan doa kita itu dengan menggantikan apa yang kita minta (apa yang kita mahu) dengan sesuatu yang lain (apa yang kita perlu): 

  • Dijauhkan dari kesusahan, Rasulullah s.a.w bersabda dari Jabir r.a "Tidaklah seseorang berdoa dengan sesuatu doa,melainkan Allah s.w.t memberikan sesuai dengan permohonannya itu,melainkan dijauhkan dari kesusahan. Asalkan dia tidak berdoa untuk kejahatan atauuntuk memutuskan silaturrahim"
  • Dijadikan penghapus dosa, Dari Anas r.a,rasulullah s.a.w bersabda "..Bahawa Allah s.a.w menerima doa orang yang berdoa,atau digantikan untuknya,atau dipalingkan dari kesusahan yang seumpamanya atau dihapuskan dosa-dosanya"
Jadi,bila kita menganggap doa-doa kita itu tidak segera dikabulkan Allah,maka kita ingatlah bahawa Dia sebenarnya sedang mengabulkannya dengan cara yang lain,dengan kebaikan yang lain,dengan keperluan yang lain. Mungkin saat kita terselamat dari accident,itulah jawapan kepada doa kita. Ketika kita sedang dalam kesempitan,didatangkan pertolongan yang tidak disangka-sangka,itulah jawapannya. 

Allah sayang kita kan? Allah sedang mendengar kata hati kita. Allah sedang mengabulkan setiap rintihan kita. dengan cara-Nya yang tersendiri. Dengan hikmah-Nya yang maha besar. Dengan kurnia-Nya yang tidak kita sedari.

Jom Doa banyak-banyak...moga-moga jadi pembantu kita di akhirat nanti. Ingat sabda Rasulullah s.a.w:

 “Tiada seorang muslim yang berdoa dengan suatu doa yang tiada dalamnya dosa, atau memutuskan silaturahim melainkan Allah akan memberikan kepadanya salah satu dari tiga perkara: samada disegerakan kemakbulan, atau disimpan untuk diberikan pada hari akhirat, ataupun dijauhkan keburukan yang sepadan dengannya”. 
(Riwayat Ahmad, Al-Bazzar dan Abu Ya’la dengan sanad yang sahih).

Sayang Allah & Rasullullah banyak-banyak!!!

(^_^)


Monday, May 14, 2012

Cikgu yang buat Kad Hari Guru :P


Hari rabu nie 16 Mei 2012. Ada sambutan "Hari Guru". Masa nie, kebanyakan anak murid sibuk nak cari hadiah untuk cikgu masing-masing. Tak ketinggalan anak buah saya yang darjah 3 tu. Dia belek-belek hadiah hari guru saya tahun lepas,sambil berfikir "nak bagi apa kat cikgu ika nie, sebab cikgu ika cakap dia tak nak hadiah cawan (mug atau apa-apa yang seumpamanya) dengan bunga plastik yang jual kat kedai buku tu..." 

Hurrrmmm...bukan main demand lagi cikgu dia yer,siap bagitau hadiah apa yang dia tak nak. ##suka hati dia jer##. Kalau dah kata hadiah, mana boleh nak demand2..terima jer la apa pun yang anak murid bagi. Ingat senang ke mak ayah dorang nak keluarkan duit nak beli hadiah,nak fikir nak bagi apa. Bukan seorang dua cikgu...paling kurang 10 orang yang ajar anak-anak dia. Tu baru sekolah kebangsaan,tak kira lagi ustaz-ustazah sekolah agama. Saya pun tak terfikir nak minta hadiah dari budak. Dan tak pernah fikir pun saya layak di beri hadiah. Banyak lagi  kekurangan saya.

Akhirnya, saya pun cakap dekat dia, "tak payah la beli hadiah,cik jah buatkan kad ke penanda buku ke, nanti cik jah print,pastu liminate,kalau ika nak bagi jugak hadiah, kita beli je pen merah...minggu depan nak periksa kan?mesti cikgu ika nak guna pen tu,sekurang-kurangnya hadiah ika tu dia gunakan." Oleh kerana saya pun cikgu,maka dia mendengar kata-kata saya akhirnya. (memula dia taknak ikut jugak...nak jugak beli hadiah). Maka siaplah kad seperti diatas. Bukan nilai hadiah itu yang perlu diukur, tapi keikhlasan orang yang nak memberi dan paling penting adalah doa daripada murid-murid ini buat kita. Sebab doa mereka itu boleh bawa sampai ke alam kubur nanti dan sangat-sangatlah berguna.

To all teachers, yang baca entry ini "SELAMAT HARI GURU". Semoga Allah menjadikan kita orang-orang yang sentiasa ikhlas memberi ilmu dan menjadikan ilmu-ilmu yang disampaikan itu adalah ilmu-ilmu yang bermanfaat yang akan disampaikan kepada generasi yang akan datang pula. Barakallahu fik!