Monday, January 16, 2012

like a Z.O.M.B.I.E

bila...
ada jasad,bagai tak bernyawa...
ada hati,bagai tidak berjiwa...
ada pancaindera,bagai tidak berasa...

bila...
ada mula,tapi tidak tahu bagaimana pengakhirnya...

F.U.L.L.S.T.O.P
is it the ending of the story? 

Sunday, January 15, 2012

Lakonan : Satu Sempadan

Baru lepas tengok citer 'Songlap'. Download 2 minggu lepas,tapi baru sempat nak tengok malam nie. Kawan saya cakap cerita nie tak best, mungkin sebab dia tengok kat wayang jadi dia rasa tak best. Jalan ceritanya agak monotonous. Cerita cereka biasa,kalau tengok kat tv biasa baru rasa macam best sikit lah. 

Mungkin pada mereka yang menonton cerita ini dengan akal dan fikiran bersama-sama dengannya tentu ada pengajaran yang kita boleh ambil. Tapi,masih berkisar tentang kehidupan hitam masyarakat Kuala Lumpur, yang hidup bersendikan wang 'haram' kerana kegiatan seludup anak dan wanita. Yang persekitarannya di penuhi oleh orang-orang yang terjebak dengan gejala negatif, dadah, kongsi gelap,judi, pelacuran dan kehidupan di lorong-lorong belakang. Satu hakikat,yang sangat menakutkan. 

Orang seperti saya kadang-kala mungkin akan mempertikaikan... "betul-betul ada ke perkara-perkara  begini?" nampak macam sengaja di perbesarkan.Bila di fikir-fikir sangat menyeramkan. Hidup bergelumang dosa tapi tidak ada terdetik rasa bersalah melakukannya. Biarpun pepatah "alang-alang menyeluk pekasam,biar sampai ke pangkal lengan" itu bagus,tapi dalam berbuat kemungkaran...jangan sekali ada rasa ingin terus berada di dalamnya. Nauzubillah....

Saya tidak faham mengapa industri hiburan Malaysia pada ketika ini sangat suka melambakkan cerita-cerita yang penuh dengan unsur negatif begini. Walaupun pada hemat pengarah dan penulis skrip adalah untuk memberi kesedaran kepada penonton supaya tidak melakukan perkara yang sama. Tetapi sebenarnya mereka telah membuka ruang yang sangat besar kepada penonton untuk melakukan perkara yang tidak baik itu bersama. Kerana,berapa ramai penonton yang mengambil iktibar ketika menonton?sedangkan pelakon yang melakonkan watak mereka sendiri tidak pernah mengambil iktibar dari apa yang mereka lakonkan.

Kesannya kepada anak-anak kecil sangat merbahaya,kerana mereka tidak melihat lakonan itu sebagai satu sempadan yang perlu mereka jauhi,tetapi mereka melihat lakonan itu sebagai sesuatu yang hebat untuk mereka contohi. Percayalah...mereka sangat mengagumi watak-watak gangster yang pandai membuat aksi pergaduhan kerana mereka rasa si gangster itu hebat dan kuat. Akhirnya perbuatan itu mereka tiru dan menunjukkannya pula di rumah mahupun di sekolah. Itu adalah hakikat. jadi,tidak mustahil ramai remaja dan kanak-kanak hari ini yang terlibat dengan pelbagai jenayah kerana unsur-unsur negatif yang dipertontonkan. 

Saya seorang guru,bila murid-murid tanya "cikgu,tengok tak cerita KL gengster?best cikgu..." kemudian mereka meniru aksi percakapan yang pada saya sangat tidak sopan dan kurang ajar seperti "siallah...." ketika bercakap dengan kawan-kawan...Ya Allah..saya rasa..perkara ini bukan perkara yang baik. Walaupun kita akan menegur mereka dan memberi nasihat,itu belum menjamin mereka akan ikut apa yang kita katakan. Kadang-kadang saya sangat marah dengan keadaan ini. Bayangkan bagaimana akhlak mereka terbentuk nanti?bagaimana pula cara mereka berbahasa dengan orang yang lebih tua dan sebagainya,kerana perkara-perkara adab dan sopan sudah tiada dalam cerita-cerita melayu sekarang. Semakin lama,semakin kurang.

Saya mengharapkan...walau sehebat mana pun penangan cerita-cerita begini di layar perak janganlah kita sebagai ibu-bapa memberi ruang kepada anak-anak untuk menontonnya. Jangan bawa anak-anak anda menonton cerita-cerita begini. Sudahlah segala tingkah laku negatif di paparkan,pakaian pun tidak menutup aurat..kadang-kadang macam dah tak berpakaian,pergaulan yang melampaui batas dan tiada nilai-nilai islam di dalamnya. Apa kebaikan yang boleh anak-anak itu perolehi? NOTHING...kita mampu berfikir...yang mana baik,yang mana buruk. Semoga Allah memimpin kita ke arah kebaikan dan mendidik jiwa kita agar terus dalam kebaikan dengan menjauhi dari kemungkaran. Bukankah melentur buluh itu biar dari rebungnya. Anak itu anugerah Allah buat kita,dunia dan akhirat...jagalah sebaik-baiknya.

Friday, January 13, 2012

Confusing

w h a t's
w r o n g
w i t h 
t h i s
g u y

~dear Allah..please,make me strong...give me Your courage~
Ya Arhamar-rahimin

Thursday, January 12, 2012

Woman only

Rasa macam dah lama sangat tak naik komuter....dah lama tak bersesak-sesak macam sardin dalam gerabak komuter...bila dapat naik balik,rasa macam best pulak naik komuter ni. Walaupun dalam gerabak tu penuh dengan manusia yang pelbagai jenis bangsa,bau dan ragam..tapi,masih lagi berbaloi-baloi daripada duduk dalam jammed yang sangat memenatkan.

Lebih-lebih lagi bila sekarang dah ada 'Woman Coach'. Rasa lebih selamat. Rasa best jadi perempuan,sebab ada gerabak khusus untuk perempuan SAHAJA. Tapi dalam seronok-seronok melihat gelagat orang perempuan dalam gerabak tu...rupa-rupanya masih ada orang lelaki yang tak tau malu,masuk dalam 'WOMAN COACH' dengan selamba dan tanpa rasa bersalah. Kalaulah yang buat perangai macam tu adik beradik saya atau someone yang saya kenal....memang tak mengaku sedara lah...tak malu betul...balik rumah haruslah kena luku kepala.

Besar kot tulisan kat sepanjang tingkap di dalam dan luar gerabak tu tulis 'Woman/ladies Coach'...ada gambar lagi...lain lah kalo lelaki-lelaki itu budak bawah 12 tahun...boleh lah di maafkan...ini yang dah jadik bapak budak pun nak naik sekali...tak faham sungguh!

Wednesday, December 28, 2011

Just Begin...

this owl look so happy to come back to school....

Kalau zaman sekolah rendah dulu,bila time bukak sekolah bukan main happy lagi,sebab tak sabar-sabar nak tayang baju sekolah baru,kasut baru,beg baru,pencil case baru,pemadam baru,pensil warna baru dan segala yang serba baru kat kengkawan sekolah......macam  ada pertandingan,siapa punya peralatan sekolah paling cantik tahun ini...huhuhu...pastu kalo tengok orang lain punya lagi cantik,mesti jeles...huhuhu..budak-budak betul!
this monkey doesn'tlook happy at all....

Bila dah masuk sekolah menengah,dah dok kat asrama...time-time nak buka sekolah rasa macam...aduhaiiiii.. sekejapnye cuti...tak puas lagi dok kat umah..dah nak kena balik hostel. Punyelah malas tahap gaban nak balik hostel...kalo boleh sampai malam-malam lagi bagus. Kalau boleh nak datang hari isnin jer terus(huh~macam dekat jer kan). Tapi,bila dah sampai je kat hostel,dah jumpe member,tak de la plak perasaan sedih meninggalkan rumah ke ape...sibuk nak cerita macam-macaam benda...mulut macam tak leh nak berhenti nak bercerita..kat bilik ke..kat surau ke..kat dewan makan ke..masa prep ke..time baru-baru sampai dari balik bercuti...memang riuh..memang macam langau bunyinye...time tuh warden round senyap ler barang seminit-dua..bila hilang jer bayang warden..otomatik...terus bersuara balik..huhuhu...sampai tak tidur lah kalo dah sibuk nak cerita itu-ini (lagi2 time2 nie..selalunya budak hostel susah nak tidur..kenkonon sebab peralihan tempat tido)..

he's look prepared and happy to be in school again...
(pssttt..he is a teacher)

Bila dah jadi cikgu..bila nak buka sekolah..sibuk fikir perancangan..2-3 minggu sebelum buka sekolah dah sibuk buat rancangan tahunan untuk macam-macam program yang nak di buat. Mula-mula memang macam pening,sebab benda tak mula lagi. Once,dah mula buat kerja..dah macam lipas kudung pun ade jugak..lama-lama,dah adapt balik dengan segala macam kerja dan program yang tak pernah habis dan segala macam target yang nak dicapai...baru boleh tarik nafas sikit..bila dah nak akhir tahun..mula busy balik..mula jadik lipas kudung balik..bila semua benda dah submit..baru boleh tarik nafas balik..dan begitulah seterusnya...

mood: 
kembali ke sekolah
(^_^)v

mari bersekolah dengan gembira :)

Monday, December 26, 2011

Mana Yang Indah di Hati

Kita akan rasa indah...
bila kita melihat sesuatu yang kita suka..
sesuatu yang kita sayang...
sesuatu yang kita puja...
sesuatu yang cantik di mata kita...
sesuatu yang membuat kita rasa gembira...
dan sesuatu yang mendamaikan jiwa...

Kita merasakan hidup ini indah...
bila ada yang menyayangi...
ada yang sentiasa mengambil berat tentang diri kita...
ada yang melayan karenah kita...
ada yang memberi apa yang kita mahukan...
dan menjadikan hidup kita seperti di syurga....

Tapi,tidak semuanya indah di mata dan di hati kita...
ada masanya kita akan dikejutkan dengan perkara-perkara duka...
sedarkah kita?
itu bukan peragut bahagia dan keindahan hidup kita...
tapi itu adalah warna yang mencantikkan lagi sebuah kehidupan...

Mana sedapnya santapan kalau semuanya manis belaka...
tentu lebih seleranya bila ada yang pedas,pahit,masam,dan masin terhidang bersama...
penentu keindahan bukanlah yang cantik-cantik belaka...
yang manis-manis dirasa...
atau yang seronok-seronok sahaja...
indah itu adalah pada keseluruhan rasa yang dikurnia...
baru di situ akan ada rahmat dan hikmahnya...
akan ada ilmu yang bisa ditelah...
akan ada sempadan yang boleh dirujuki...
dan ada barakah yang kita cari..

Dunia mana yang kekal abadi...?
sekadar perhiasan yang akan luntur dan pergi..
sana akhirat yang kita cari...
bersama bekalan yang tidak pernah mencukupi..

Friday, December 23, 2011

Melangkah menjadi baik.

Salam semua...

Sukarkan untuk mengubah diri kita untuk menjadi lebih baik. Kadang-kala kerana pengaruh persekitaran yang tidak membantu malah memperkecilkan lagi niat baik itu. Kadang-kala pula hati kita sendiri juga bagaikan terhuyung-hayang bak lalang yang tidak tetap bila ditiup angin. Mungkin kerana keyakinan dan kepercayaan kepada diri yang sedikit rendah menjadikan kita tidak kuat untuk berubah.

Ada yang menyatakan untuk berubah,kita perlukan suasana yang baru, tempat yang baru mungkin juga mencari rangkaian rakan-rakan yang baru. Persekitaran yang boleh mendidik diri, suasana yang boleh memberi lebih ketenangan dan rakan-rakan yang akan memimpin tangan kita ke arah kebaikan.

Tahun baru yang bakal menjelang,mungkin ramai antara kita telah memasang niat untuk menjadi seseorang yang baru,yang lebih bersemangat menjalani kehidupan di bumi Allah dan lebih memberi motivasi kepada diri sendiri dan orang-orang disekeliling kita.

Tidak perlu terlalu drastik mengambil langkah untuk berubah,kerana takut nanti kita tidak mampu mengawal diri dek kerana perubahan yang kita lakukan, hingga akhirnya kita kembali berpaling ke belakang. Ambillah langkah yang kecil tetapi istiqamah, moga-moga dengan langkah yang sedikit itu akan ada keberkatan dan kebahagiaan yang berkekalan.


Thursday, December 22, 2011

Gold Cost...bukan Australia :)

Hari yang indah kawan-kawan...
Hari saya indah hari ini,dan semoga hari anda juga indah seperti hari saya.

Semalam saya pergi bercuti ke Gold Cost Morib. Hotel baru yang ada mini waterpark kat situ. Sesuailah kalau nak bawak budak-budak kecik bergumbira berendam dalam air dengan riang-rianya. Nak pergi cuti jauh-jauh banyak budgetnye dan kena prepare lebih awal lagi. Saya pergi bersama 3 orang anak buah, mak saya dan juga nenek saya. Pergi nie pun sebab ada kawan sekolah ajak bercuti bersama-sama,kebetulan suami dia ambil cuti tahunan yang tingal saki-baki sebelum habis tahun nie...apa lagi,dari duduk rumah jer,skali-skala dapat bercuti seronok jugak. 

Here is some fun and beautiful moment...love it!

 Pemandangan waterpark dari balkoni bilik kami di tingkat 3...sangat mengujakan kanak2 riang tu yer...


seronok dapat main air...

here is my mom and my granny...dalam bilik kami..

Sebelum balik 'klik-klik' dulu kat tepi pantai...

inilah rombongan kami..thanks to kak umi and abang mie sebab ajak pergi sini (^_^)

last but not least..part paling best skali tentulah.....
ber'jakuzi' dalam bilik...best wooo!!!

(^____^)v