Thursday, September 6, 2012

::Perkahwinan::

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Bukan kepakaran saya dalam bidang ini. Bukan juga saya yang menghadapi. 

Berkahwin adalah satu sunnah Rasulullah s.a.w. Perkahwinan adalah satu dari tuntutan agama. Sehingga Nabi Muhammad s.a.w ada bersabda dalam hadisnya sesungguhnya perkahwinan itu umpama menyempurnakan sebahagian agama. Jelas betapa perkahwinan itu bukan perkara yang boleh dibuat gurauan atau permainan.

Ramai yang telah berkata dan memberi pendapat tentang perkara ini. Akan tetapi bila terkena dalam situasi ini,saya terasa ingin mengingatkan kembali di mana pentingnya sebuah perkahwinan. 

Kebanyakkan dari kita sanggup bergadai dan berhabis untuk meraikan majlis sehari. Sanggup bertegas dan betegang urat hanya kerana hiasan pelamin, bilik tidur, rumah dan pakaian. Sampai lupa fokus,tujuan dan matlamat berlakunya perkahwinan itu.

Kahwin itu bukan tentang hari berlangsungnya majlis 'Walimatul urus' itu, tetapi ianya tentang kehidupan selepas itu. Bagaimana mahu menjadi seorang iman (suami), bagaimana pula peranan seorang makmum (isteri). Bagaimana mahu menambahkan keredhaan Allah dalam rumahtangga dan bagaimana untuk istiqamah menjadi hamba Allah yang sedang menyempurnakan agama. Perkahwinan itu adalah tentang agama,tentang sunnah Rasulullah dan tentang tuntutan Allah s.w.t. Itulah matlamatnya. Lupakan kemeriahan dan kegemilangan sehari dengan busana dan hiasan yang cantik,tapi terus fokus kepada redhakah Allah ke atas diriku serta suamiku? Redhakah Allah ke atas majlis perkahwinanku dan pakaianku? Redhakah Allah ke atas setiap gerak laku diriku?

Bila segalanya kerana Allah, insyaAllah segalanya akan jadi indah, cantik dan menyenangkan mata-mata yang memandang. Fikirkan tentang ukhuwah yang dibina kerana Allah,dan kehadiran tetamu itu adalah rahmat dari Allah selain tanda kegembiraan kedua ibu-bapa kita bila dapat berkumpul dengan sanak saudara dan sahabat lama.

Semoga Allah merahmati,memberkati,memberi kelapangan hati, menunjukkan jalan yang dicari,memberi ilham suci dan mengekalkan keikhlasan hati dalam melaksanakan setiap tanggungjawab kita sebagai hambaNya.

Sentiasa ingat matlamat tidak pernah menghalalkan cara. Buatlah apa pun selagi Allah adalah keutamaan kita.


2 comments:

Abd Razak said...

السلم عليكم ورحمة الله

Ya benar apa yang dibicarakan. Saya melihat di tempat saya ada pasangan pengantin berhias (makeup) mula jam 9.30 pagi dan kemudiannya bersanding 11.00 pagi, terus menerus melepasi waktu asar dengan sesi bergambarnya hingga melupakan tuntutan kefardhuan SOLAT.

Allahu Rabbi...di mana datangnya keberkatan majlis perkahwinan itu jika perkara utama sengaja dilupakan.

Izzah said...

salam...

Betul tu..kadang2 kita berfikir,kerana majlis sehari..kita sanggup abaikan perintah Allah,yang kemudiannya menanggung dosa.

Tiada kegembiraan tanpa redha Allah..

yang penting keberkahan majlis,yang dianggap ibadah..isikan dulu dengan perkara fardhu dan yang penting disisi Allah...