Monday, September 10, 2012

Si Gebu Permata Hati

~bangMie & CikSiti~
Ini anak buah sulung merangkap cucu sulung yang menjadi permata hati,belahan jiwa, intan payung seluruh keluarga. Masa baru mengenal dunia,dia tinggal bersama kami sekeluarga,menginjak ke usia 6 bulan dia berhijrah ke Johor Bahru. Saat berpisah terasa sedih,sayu sampai nangis-nangis setiap kali teringat budak gebu yang banyak keletah ni. Zaman kanak-kanak dia,memang selalu keluar ayat dan persoalan tak terduga dari dia. Bila dah meningkat dewasa (dewasa ker) dia jadi selamber sukahati dia jer. Tapi dia tetap abang long yang baik dan anak yang tidak banyak ragam.

Tak sangka budak gebu ni dah 12 tahun. Esok dia bakal menduduki peperiksaan UPSR. Tadi,saya telefon dia,konon-konon nak beri kata-kata perangsang. Bila ummi dia angkat telefon,ummi dia dah mula bebel  "bangmie tengah makan. tadi dah makan,nie nak makan lagi...geram betul...bla..bla..bla..." layan jer kakakku membebel sambil gelak-gelak. Bila dapat cakap dengan budak gebu nie, dia selamba jer "bangmie nak baca buku la kejap lagi..." 

Memang jadi lumrah sebenarnya, bila anak-anak yang nak exam,mak dia yang terlebih-lebih kecut perut. Anak dia happy go lucky jer...



Buat semua UPSR candidates,sepotong doa buat mereka:
Semoga Allah menerangi hati anak-anak ini. Memberi kemudahan. Mengurniakan ilham. Memberi keteguhan dan keyakinan. Memberi kejayaan kepada usaha mereka dan menjadikan anak-anak ini terus istiqamah dalam memcari ilmu demi agama dan sentiasa diberi ketajaman fikiran dan kefahaman dalam ilmu dan agama.

Thursday, September 6, 2012

::Perkahwinan::

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Bukan kepakaran saya dalam bidang ini. Bukan juga saya yang menghadapi. 

Berkahwin adalah satu sunnah Rasulullah s.a.w. Perkahwinan adalah satu dari tuntutan agama. Sehingga Nabi Muhammad s.a.w ada bersabda dalam hadisnya sesungguhnya perkahwinan itu umpama menyempurnakan sebahagian agama. Jelas betapa perkahwinan itu bukan perkara yang boleh dibuat gurauan atau permainan.

Ramai yang telah berkata dan memberi pendapat tentang perkara ini. Akan tetapi bila terkena dalam situasi ini,saya terasa ingin mengingatkan kembali di mana pentingnya sebuah perkahwinan. 

Kebanyakkan dari kita sanggup bergadai dan berhabis untuk meraikan majlis sehari. Sanggup bertegas dan betegang urat hanya kerana hiasan pelamin, bilik tidur, rumah dan pakaian. Sampai lupa fokus,tujuan dan matlamat berlakunya perkahwinan itu.

Kahwin itu bukan tentang hari berlangsungnya majlis 'Walimatul urus' itu, tetapi ianya tentang kehidupan selepas itu. Bagaimana mahu menjadi seorang iman (suami), bagaimana pula peranan seorang makmum (isteri). Bagaimana mahu menambahkan keredhaan Allah dalam rumahtangga dan bagaimana untuk istiqamah menjadi hamba Allah yang sedang menyempurnakan agama. Perkahwinan itu adalah tentang agama,tentang sunnah Rasulullah dan tentang tuntutan Allah s.w.t. Itulah matlamatnya. Lupakan kemeriahan dan kegemilangan sehari dengan busana dan hiasan yang cantik,tapi terus fokus kepada redhakah Allah ke atas diriku serta suamiku? Redhakah Allah ke atas majlis perkahwinanku dan pakaianku? Redhakah Allah ke atas setiap gerak laku diriku?

Bila segalanya kerana Allah, insyaAllah segalanya akan jadi indah, cantik dan menyenangkan mata-mata yang memandang. Fikirkan tentang ukhuwah yang dibina kerana Allah,dan kehadiran tetamu itu adalah rahmat dari Allah selain tanda kegembiraan kedua ibu-bapa kita bila dapat berkumpul dengan sanak saudara dan sahabat lama.

Semoga Allah merahmati,memberkati,memberi kelapangan hati, menunjukkan jalan yang dicari,memberi ilham suci dan mengekalkan keikhlasan hati dalam melaksanakan setiap tanggungjawab kita sebagai hambaNya.

Sentiasa ingat matlamat tidak pernah menghalalkan cara. Buatlah apa pun selagi Allah adalah keutamaan kita.


Monday, September 3, 2012

Merapu bersama 'Adam & Hawa'


Assalamualaikum...

Mood
~ Dunia Khayalan ~



Malam semalam,sampai dinihari jugaklah melayan balik novel  'Adam & Hawa' nie. Gara-gara melayan drama kat astro mustika HD. Novel  dah berzaman nih,saya beli tahun 2006..lama dah kan.. Tapi ini bukan masterpiece dari Aisya Sofea sebenarnya. Novel dia yang memang best novel pertama dia 'Kau Untukku'. tapi semua novel dia pun best,dan memang haruslah dibeli oleh orang-orang seperti saya. (mak saya cakap...MEMBAZIR...simpan semua duit beli novel,boleh buat banglo sebijik..hahaha).

Nak cerita apa sebenarnye nih?? Hah! sebenarnya nak cakap,drama dia not bad lah...agak banyak persamaan dengan novel yang di tulis. Tidak lah rasa mengarut macam sesetengah drama / movie yang di adaptasi. Macam 'Ombak Rindu' yang sangat mengecewakan tuh..(nasib baik lah tengok kat youtube jer) 'Bicara Hati' pun ke laut bila jadi drama. 

Jadi,kalau rasa free tu boleh la layan cerita nie setiap hari Isnin-Khamis,pukul 10 malam..err..tolong promosi plak, padahal astro dah kaya giller-giller (nampak sangat saya sedang mengarut ntah apa-apa kan :p) 

Okeh mempersembahkan 'Adam & Hawa' versi drama :


Tolong lah saya nih!!lepas-lepas raya nie memang menjadi-jadi kemengarutannya!
maaf yer kawan-kawan..huhuhu..

Sunday, September 2, 2012

cerita lapuk raya

السلام عليكم و رحمة الله 

Orang lain berkurun dah cerita pasal raya. Kita baru nak cerita pasal raya..sebab raya kami sangat meriah tahun nie. Semuaaaaa ahli keluarga saya berkumpul kat rumah mak. Anak, menantu dan cucu-cucu semua ada dalam satu rumah. Meriah dengan kebahagiaan. Alhamdulillah,terima kasih Allah...

Dan paling best, saya dah pandai anyam ketupat!!!
bhahahaha... mood exited-teruja-macam tak percaya pun ada-ntah apa2.
orang lain dah berkurun menganyam ketupat,saya baru nak lompat-lompat katak sebab setelah berabad hidup kat dunia nie,raya tahun nie barulah berjaya menganyam ketupat. KELAKAU!

Saya belajar buat ketupat nie,dari zaman sekolah2 dulu..
(sekarang pun masih di zaman sekolah2 jugaksss..ahaks!)
tapi tak pernah berjaya. Rasa tangan keras macam batu belah batu bertakup
Bila adik dan adik ipar saya buat ketupat,saya tengok jer...
alasan: korang anyam ketupat,akak masak rendang dan segala bagai lauk pauk raya..perrfff..
Dorang punya eksen sebab dorang tau anyam ketupat tak boleh cakap lah...eleh! tak heran!
sambil dorang eksen,adik saya tunjuk gak step menganyam ketupat. Saya dengar dan pandang pakai hujung mata jer. 

Bila adik saya keluar kerja (dia tak cuti,kena berkhidmat di lebuh raya,sebab dia bomba datang berlumba-luma) saya pun ambil daun ketupat, pastu try buat ikut step yang dia bagitau tup-tup..menjadi ketupat yang saya buat..miahahaha..exited tau! padahal sebelum nie belajar dengan mak n kawan-kawan,siap sambil pegang daun,sambil anyam...tak pernah nak jadi. Bila pakai jeling-jeling jer..boleh jadik..mana tak exited..pastu terus suruh anak buah saya ambil gambar ketupat pertama dalam sejarah!
(terasa hebat!)


harap maaf ketupat nie memang kurang cantik..yang pasti rutin raya akan bertambah,lepas ni confirm kena jadi tukang anyam ketupat jugak! Err..terasa seperti perempuan melayu terakhir saat ketupat ini berjaya dihasilkan!


Entry mengada-ngada naik kuda dan poyo terlebih.
selamat hari raya...maaf zahir & batin!!

(^_^)v



Friday, August 31, 2012

J.U.J.U.R

Menjadi berani dengan bersikap jujur itu bukan sia-sia. Menjadi penakut dengan hanya mereka alasan dan menipu itu malapetaka.

Berselindung disebalik wajah yang manis bak gula sedang dihatinya punya banyak muslihat itu menyedihkan. Mempamerkan kekurangan dan mengakui kesilapan itu sebenarnya kemenangan.

Tidak pernah kalah orang yang jujur dengan hati dan rasanya. Tidak juga tewas orang yang berani mengakui kesilapan andai benar apa yang dirasa dan apa yang dia mahu itu sesuatu yang baik buat dirinya. Jujur bila berkata-kata,jujur bila meluah rasa, jujur tika membuat keputusan, jujur melakukan sesuatu tindakan.

Apa perlunya menyalahkan orang lain atas tindakan sendiri? Apa hebatnya menunding jari kepada orang lain atas silap diri sendiri? It's ok to make mistake,sebab kita manusia. But it's worse bila anda mencari orang lain sebagai alasan kesalahan keputusan dan tindakan anda! Sedangkan Allah memberi keampunan hanya kepada hambaNya yang mengakui kesilapan dengan jujur dan benar-benar memohon keampunan. Dan sia-sialah mereka yang tahu tentang salah dan silap sendiri tetapi tidak mengakuinya kerana keampunan yang diminta tidak ikhlas dari hatinya.

Sesiapapun punya sebab untuk merasa tersangat sedih dan marah dalam masa yang sama, bila setiap alasan dan sebab yang diberi hanya untuk membela diri,hanya untuk mencari kebaikan diri sendiri dan segala salah itu berpunca dari orang lain. Sesiapapun punya sebab untuk terus rasa benci dengan perbuatan orang yang menjadikan kita sebagai satu sebab berlakunya persengketaan sedang kita tidak pernah tahu hujung pangkal sebuah cerita. 

Matanglah dalam menimbang sesuatu perkara dan membuat sesuatu perkiraan. Kita tidak hidup di dunia ini sendirian,tapi kita hidup secara bermasyarakat. Mungkin hari ini kita melakukan khilaf terhadap seseorang,siapa tahu esok kita memerlukan seseorang itu sebagai penolong kita. Kita tidak mungkin akan sentiasa terlindung dari kesilapan kita,kerana tanpa kita sedari kadang-kala kita sendiri yang akhirnya membuka pekung di dada sendiri serta meletakkan harga diri kita begitu murah dimata orang lain.

Jom muhasabah & perbaiki diri.
Rasulullah s.a.w bersabda,tidak pernah terlewat untuk kita melakukan kebaikan serta menjadi orang yang lebih baik. Moga-moga hidup kita tidak sia-sia kerana keegoaan dan kebodohan diri kita sendiri.

Jangan tewas dengan kehendak hawa nafsu. Berfikir dengan iman bukan setakat untuk kebaikan diri sendiri tetapi juga untuk kebaikan orang lain. Semoga Allah merahmati.

Tuesday, August 7, 2012

^ selamat hari lahir ^

Seorang sahabat guru (boleh panggil ayah jugak!) post lagu nie kat FB kita...lagu oldskull zaman kanak2 rebina..titibe terasa muda belia walaupun kedutan di wajah MUNGKIN telah bertambah ^_^

Friday, August 3, 2012

Tentang Rasa

Bila hati rasa resah gelisah,gundah gulana dan tidak tenteram itu petanda dalam diri kita ada dosa yang semakin bertambah.

Benarkah? Ya...mungkin juga. Ubat hati yang gelisah dan tidak tenteram itu adalah dengan mengingati Allah. Membaca kalam Allah. Mendekatkan diri kepada Allah.

Tapi...

Bila kita sudah usaha mendekatkan diri dengan Allah,masih juga ada rasa tidak tenteram itu adakah itu tandanya kita ini sememangnya jauh dari Allah? Atau kita tidak cukup ikhlas memohon petunjuk dari-Nya serta meletakan harapan kepada-Nya?

Sememangnya...

Tidak salah untuk kita menggantungkan harapan 100% kepada Allah semata-mata. Kerana,kita ini hamba yang selalu banyak perancangan,tapi perancangan Allah itu adalah yang terbaik buat kita.

Dari hujung jemari mentafsir lubuk hati. 
bukan setakat 1001 rasa,tapi ada berjuta warna...
moga hilang resah gelisah ini..
serta diberi ketenangan yang abadi....

Wednesday, August 1, 2012

Getting Older! (~ _ ~)

Ogos..August..
adalah bulan menjadi tua!!
selamat hari tua kepada sesiapa pun yang bersama-sama menjadi tua dalam bulan ini...
kenapa mesti ada rasa tak best bila meningkat usia?
usia is just a number right...
hikhikhik..

tapi...
hari nie saya belum cukup tua lagi..
menghitung hari untuk menjadi tua secara officially..
:p

boleh tak nak cakap:
OH! TIDAK!!!