Thursday, October 11, 2012

Istisyarah - Istikharah - Istiqamah.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Semoga rahmat Allah bersama kita selalu :)

Istisyarah : bermusyawarah,consultancy, berbincang, bertanya pendapat dan pandangan orang lain.

Istikharah : bertanya kepada Allah serta memohon petunjuk kepada keadaan yang baik buat kita. Perlu diingat,istikharah di buat sebelum kita ada kecenderungan ke atas sesuatu keputusan. Di khuatiri, kecenderungan kita akan merosakkan hasil istikharah kita nanti.

Istiqamah : tetap dengan pilihan yang dibuat dan berusaha menjaga keputusan itu agar terus baik dalam jagaan syariat.

Tiga elemen penting untuk kita dalam menjalani kehidupan. bila perlunya membuat sesuatu keputusan bagi memilih yang terbaik buat kita untuk kehidupan dunia kita, untuk agama kita dan untuk kehidupan akhirat kita,maka perlu untuk kita mencari jalan yang baik dalam menimbang sesuatu keputusan.

Bertanya kepada orang-orang yang ahli dalam pilihan yang kita ada, adalah satu cara pencerahan yang baik. Dalam konteks apa pun, memilih pekerjaan atau tempat tinggal, kenderaan mahupun jodoh. Bertanyalah kepada orang-orang yang mahir dalam bidang-bidang tertentu, arif dengan situasi dan keadaan sesuatu kawasan dan tempat, berkebolehan mengenal sistem sesuatu kenderaan serta bertanya tentang keadaan seseorang melalui rakan taulan,sahabat sekerja, keluarga mahupun saudara mara sebelum menimbang untuk memilih sesuatu keputusan. 

Selepas mengumpul semua maklumat tentang faktor-faktor kelebihan dan kekurangan maka kita serahkan pula kepada Allah s.w.t untuk membantu kita memilih jalan manakah yang terbaik buat diri kita hari ini dan di hari-hari yang bakal mendatang. Melakukan solat istikharah dalam keadaan bersedia dengan segala ketetapan, menyucikan hati, bertenang serta bertawakkal semata-mata kepada Allah. Jawapan kepada persoalan itu boleh jadi muncul dalam mimpi, boleh jadi juga ianya datang dengan gerak hati atau mungkin kebetulan-kebetulan sekeliling yang lebih memihak kepada satu pilihan di antara pilihan-pilihan yang ada. Kerana itu, sangat dicadangkan untuk melakukan istikharah,hanya ketika kita tidak punya kecenderungan kepada sesuatu pilihan. Kerana sungguh syaitan itu akan mengganggu kita dalam keadaan yang sama juga (mimpi,gerak hati & segala kebetulan). Tidak juga hanya perlu di lakukan solat ini sekali sahaja, mungkin perlu diulang beberapa kali cuma jangan sampai timbul rasa ragu-ragu. Ragu-ragu itu juga permainan syaitan.

Andai keputusan telah dibuat,apapun yang di pilih samada berdasarkan jawapan dari istikharah atau tidak, maka haruslah kita tetap istiqamah dengan pilihan yang kita buat. Andai bekerja, buatlah sehabis baik, andai memilih tempat tinggal,bermasyarakatlah kerana Allah dan andai pilihan jodoh,kekallah meletakkan dia ditempat yang sepatutnya dan jangan dizalimi dirinya kerana keputusan yang kita lakukan.

Indah hidup dengan Islam. It's a way of life. Semua gerak hidup kita Allah aturkan secantik-cantiknya, tinggal kita saja yang ingin mengambilnya menjadi cara hidup atau tidak. 

Semoga Allah redha dan pelihara setiap amalan dan pilihan kita...

Wednesday, October 10, 2012

Baitul Muslim


Hari sabtu lepas, saya pergi seminar anjuran OneHeart Creatif Solution di Menara TM. Seminar tentang 'Baitul Muslim'. Cop!cop!cop!sebelum anda berfikir ianya adalah kursus kahwin,anda silap! teeeettttt!!!! Seminar ini pada hemat saya lebih kepada cara bagaimana kita membina diri kita untuk menjadi orang yang baik, punya hati yang baik, dan berusaha untuk mencapai kemampuan diri kita untuk menjadi baik. Baitul Muslim is not discussing about marriage,tapi pembentukan keluarga. Keluarga yang di redhai Allah. Menuju redha Allah dan untuk mendapat syurga Allah.

Yang sangat bestnye adalah,seminar ini mengumpulkan ramai penceramah yang sangat saya suka dan memberi impak dalam hidup saya terutamanya Ustaz Pahrol Mohd Juoi. Giller suka dengan semua hasil penulisan dan buku-buka beliau. Ya tuhan,setiap patah bicara Ustaz Pahrol memang macam mutiara,terkagum yang tidak tergambar dek akal. Selain dari tu ada juga Ustaz Zaharuddin yang pada saya super genius. Ada juga Hilal Asyraf yang sangat mengagumkan (dia baru 23 tahun tau..tapi bila dia buka mulut..he is osem!!!hebatnya ilmu dia..sungguh Allah merahmatinya) .

Setelah berbulan-bulan lamanya tidak join apa-apa program yang ada perisian ilmu kerana alasan sibuk (kononnye!). Rasa sangat-sangat ketandusan ilmu,rasa kosong dan kurang best. Jadi,saya menggali kat FB kalau ada apa-apa program yang boleh di sertai (apa guna FB kalau tak bermanfaat kan??). Kebetulan seminar ini yang terhampir dan membariskan orang-orang yang menerujakan saya, maka tanpa membuang masa saya cuba nak grab tiket early bird yang murah sesangat. Malangnya sebelum closing date untuk early bird lagi,dah 'fullhouse'. HUH! bayangkan..bila sebut jer 'Baitul Muslim',berbondong-bondong manusia nak pergi. Agak frust pada mulanya, sebab memang dah nak pergi ke bank untuk bank-in duit tiket, titibe pendaftaran di tutup. 

Nak di pendekkan cerita, kalau Allah izin untuk kami (saya dan sahabat saya) hadir maka Allah lorongkan peluang buat kami. Pihak penganjur membuka peluang khas kepada kami-kami yang ketinggalan ni(siap dapat e-mail khas tau) untuk mendaftar di saat akhir. Alhamdulillah, sangat-sangat bermanfaat dan saya bersyukur kerana saya antara yang di izinkan Allah untuk berada dalam Dewan Kristal,Menara TM pada hari itu.

Antara ungkapan yang saya sangat suka dari Hilal Asyraf:

"Kita tak confirm akan kahwin,tapi kita confirm akan mati..."

Jadi persiapkan diri bukan untuk menjadi suami/isteri,tapi jadi hamba Allah yang sejati. Matlamat kita syurga abadi...

Untuk lihat gambar boleh klik sini  ^_^

P/s : ada seminar Baitl Muslim 2.0 (sebelum aku bernikah & aku terima nikahnya)
       16 & 17 Februari 2013. Boleh jengah2 FB page OneHeart untuk info.

Thursday, October 4, 2012

Jemput Hadir Bersama Saya ^_^

Buat kawan-kawan yang berada di sekitar Lembah Kelang, Kuala Lumpur dan Selangor, mari sama-sama merasai kemeriahan 'Majlis Maulid Bulanan' anjuran 'Majlis Ta'lim darul Murtadza', di Masjid Muadz bin Jabal, setiawangsa,selepas solat isya'.

Apa yang saya rasa indahnya majlis ini selain di penuhi dengan qasidah yang memuji dan berselawat ke atas junjungan mulia Rasulullah Sallallahu 'alaihi wassalam ialah merasa bagaimana perasaan dan sambutan para sahabat menyambut kehadiran baginda memasuki kota Madinah semasa peristiwa hijrah.  para sahabat berkompang dan menyanyikan qasidah 'Thola'al badru alaina'. Meriah. Bersyukur.Penuh mahabbah.

Sekiranya ingin menambah rasa mahabbah kepada baginda Rasulullah s.a.w, saya mengajak kawan-kawan yang punya kelapangan masa untuk merasa keindahan majlis ini dan sama-sama menyelusuri keindahan akhlak baginda dalam tazkirah yang di beri oleh al-Habib Ali Zaenal Abidin al-Hameed.

Insya Allah,kita akan rasa besarnya rasa mahabbah dalam majlis ini. Bukan sahaja sangat dinantikan oleh kita yang dewasa,bahkan anak-anak kecil sangat-sangat menantikan majlis ini setiap bulan.

Untuk pengetahuan semua,majlis ini berlangsung setiap hari jumaat pertama setiap bulan. Manakala pada hari jumaat minggu-minggu seterusnya akan diadakan kelas ta'lim yang membahaskan tafsir al-Quran, Buku Bidayatul Hidayah (imam al-Ghazali), syarah hadis kitab Riyadhus Solihin dan Buku Peringatan Tentang Umur Insan.



Monday, October 1, 2012

Takut...


Saya benar-benar takut...
kalau-kalau saya salah memilih jalan...

Saya takut,
andai saya silap membuat pilihan...

saya sangat-sangat takut,
andai jalan yang saya pilih ini membawa saya kepada kegelapan...

saya takut-takut,
jika ini bukan jalan yang benar untuk mengenal Tuhan...

wahai sahabat...
ingatkan saya kalau saya salah,
kejutkan saya bila saya terlena,
betulkan saya andai saya melakukan kesalahan,
bantu saya mencari pencerahan,
pimpin saya mencari kebenaran,
berjalanlah bersama-sama saya untuk terus mengenal Tuhan...

Wahai Allah kecintaan hati kami,
jangan Kau sesatkan kami selepas Engkau beri hidayah kepada kami...
bantulah kami,sesungguhnya kami adalah hamba-Mu yang lemah serta serba kekurangan...
mohon petunjuk-Mu ya Allah...

Allhumma Amin...
ya Robbal Alamin...

Sunday, September 30, 2012

Sedap lagi menyelerakan :)

Assalamualaikum w.t.b...

Mode:
Post Mengarut,layan perut..
= P

Thursday @ Khamis
laparrrr...masa nie tahap cipan...boleh order 2 air, dengan 2 main course...
kawan yang tolong order..kelip2 mata..err...
saya : senyum jer...
(^___^)

ok layan jer...budak kurus banyak makan nih

sedap..sedap..boleh datang lagi len kali..


Friday @ Jumaat...
yey!!! my dear friend birthday's....
dah janji nak celebrate...
kerjanya makan sampai pening...
yang kami makan nie adalah second round..
sebelum tu dah ngap Shimino sorang satu...
nyum-nyum..
sedap sangat..sampai termimpi-mimpi lagi meatball tuh...


Saturday @ Sabtu
saya tidur kat umah kawan saya...
tengah nak memikirkan menu apa nak masak untuk makan tengahari...
saya ajak dia jalan-jalan..
serasa dah lama tak jalan-jalan untuk meng'happy'kan diri sendiri...
sebelum nie,banyak gak jalan..tapi sebab nak uruskan orang lain...
lepas zohor..makan tengahari...
(siap-siap makan..tapi dalam kepala dok fikir..nak makan lagik)
pastu kami menuju ke Wangsa Walk...
dan...

taraaaa...
makan lagi...sedaaaappppp....
jeruk tu beli sebab terliur tengak ada orang jenjalan sambil makan...
pastu duduk dalam subway tu sambil makan..sambil skodeng orang lalu-lalang...
hehehehe...
happy!!!!


Nota Hati:
"Maka nikmat Tuhanmu yang manakan yang kamu dustakan??"
~surah ar-Rahman~

Terima kasih Allah,
beri saya nikmat yang sangat banyak...
beri saya peluang merasa manisnya kehidupan...
moga-moga Engkau memelihara kami dalam kemanisan dan keteguhan iman...
Alhamdulillah...
Amin..Allhumma amin...

Thursday, September 27, 2012

Rindu Mahabbah




Salam Jumaah Barakah!!!



Serius rindu sangat nak pergi ta'lim,sebab dah dua minggu skip kelas... tengok rakaman dari live streaming tak sama dengan duduk bersila dalam masjid Muadz. Tak terasa aura dikelilingi para pewaris syurga. InsyaAllah , jika Allah izin esok malam dapat merungkai rindu pada majlis ini. Moga-moga Allah memelihara kita dari kesesatan yang nyata ataupun tersembunyi,memberi hidayah dan petunjuk yang hakiki serta menerangi hati-hati kita dengan ilmu,iman dan menambah ketaqwaan di dalamnya. Semoga Allah menjaga hati kita,memelihara pancaindera kita dan mengawal nafsu kita dari segala yang batil. Cinta hakiki cinta Ilahi. Jom cuba istiqamah dalam memperbaiki diri dan hati. 

Ubat Hati:
# baca Quran dan tafsirannya#
# berusaha bagun dan solat di sepertiga malam #
# Berdampingan dengan orang-orang soleh #
# memperbanyakkan puasa sunat #
# sentiasa mengingati Allah #





Tuesday, September 25, 2012

Cinta ~dunia&akhirat~

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Selepas mengharungi dua minggu yang ala-ala busy tahap dewa, akhirnya selesai semuanya...alhamdulillah. Rumah dah jadi seperti sediakala, walaupun proses membasuh baju dengan banyaknya baru sahaja berakhir pagi tadi. Giler tak banyak baju nak basuh? tu baru cerita pasal baju,belum lagi tuala yang suka-suki jer dorang tukar ganti, belum lagi telekung yang kat sana-sini, belum lagi kain pelekat yang macam ada 20 orang lelaki jer dalam rumah nie, belum lagi baju yang tersembunyi...hai,mana tak penat mesin basuh tu...orang yang kemas jumpa baju,tuala,seluar dan segala pakaian yang tersembunyi nie pun kekadang macam tension kejap-kejap..huhuhu...

Hidup dengan keluarga yang mula membesar nie, memang la happening. Rumah mak abah kami kecil jer,tapi cukup nak masukkan semua ahli keluarga kami dalam satu rumah. kalau malam,nak tidur...dari depan pintu sampai ke pintu nak masuk dapur panjangnye saf orang yang berbaring. Bila semua duduk dalam satu bumbung,macam-macam pesen ada. Yang kanak-kanak,tak payah cerita lah betapa riang-rianya mereka. Yang dah dewasa, memang kerjanye kulu-kilir buat kerja (kalau takde kerja pun buat-buat macam ada kerja..). Tapi rasa betapa bahagianya.

Hidup dalam keluarga saya yang biasa-biasa,normal-normal sahaja nie,memang sedang-sedang elok je..bak kata orang-orang la..Kalau berjuahan tu kekadang ada la konflik yang nak direka cipta..ala-ala mcam nak buat biskut cornflakes...Tapi bila dok mengadap muka sorang-sorang,takde plak konflik bagai...elok jer,ketawa bersama,buat kerja pun sama-sama, bercerita teladan a.k.a bergossip pun sama-sama. Tetap rasa bahagia. Betullah bak kata pepatah baru "Sebuah rumah itu tak perlu cantik,tak perlu mewah..yang penting kita bahagia di dalamnya". 

Rahsia bahagia kami adalah,menerima segalanya dengan hati terbuka,redha, saling mendoakan, memberi kala perlu, berkongsi kala ada, bercerita kala duka. Kami tidaklah terlalu close,sampai segala perkara nak dikongsi bersama, mak kami adalah mak, abah kami adalah abah. Tegas bila perlu,penyantun bila sampai waktu. Tapi bila menginjak dewasa, kami belajar untuk lebih menghargai,kerana keluarga kita di dunia ini adalah juga keluarga kita di akhirat nanti.

Jom sayangi keluarga, kerana mereka adalah bayangan yang sentiasa ada sejak dunia menerjah mata. Jangan pinta untuk keluarga kita berubah seperti keluarga orang lain,kerana bahagia kita adalah apa yang ada dalam diri kita dan insan-insan yang selalu ada untuk kita. Cari dan binalah bahagia itu bersama-sama.

~majlis bertandang adik bongsu kami yang busyuk 'ged-ged'~

Thursday, September 13, 2012

~Muara Hati~


PERINGATAN !!!
Post dan lagu ini tiada kaitan dengan sesiapa pun yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.
Ianya hanyalah semata-mata kerana saya sedang dalam mood 'ADAM & HAWA'
(pergghh..tak habis-habis demam lagik!)

Sesape yang takde astero/tak langgan asteroHD/tak langgan pakej mustika, boleh ler like this page
then..korang boleh le tengok melalui online...