Wednesday, August 4, 2010

Trevelog Syahadah

Semalam saya selesai baca sebuah kisah hidup yang sangat bermakna dan memberi kesan terhadap diri saya yang telah bergelar seorang muslim semenjak dari lahir lagi. Alhamdulillah,saya bersyukur kerana dipilih Allah s.w.t untuk menerima Islam secara keturunan, lahir sebagai Islam,hidup sebagai orang Islam dan moga-moga mati juga dalam Islam.

Membaca kisah pencarian seorang hamba Allah yang lahirnya non-muslim untuk menemui hidayah islam,memang penuh pancaroba. Pelbagai cabaran yang beliau tempuhi untuk benar-benar merasa nikmatnya hidayah Allah terhadapnya. Beliau antara insan terpilih yang dicampakkan hidayah ke dalam hatinya,lalu menerima Islam sebagai pegangan dan cara hidup. Betapa bertuahnya...

Pernah bergaul dengan kumpulan-kempulan atau geng-geng samseng, sering bergaduh, menjadi playboy malaya malahan pernah meringkuk di dalam penjara antara perjalanan hidup yang perlu ditempuhinya. Bangkit dari kesilapan,namun masih belum benar-benar membantu beliau menemui ketenangan dalam hidup. Beberapa kali cuba berubah namun tidak ditemukan dengan jalan penyelesaian. Akhirnya beliau membulatkan tekad untuk berhijrah secara bersendirian tanpa meminta bantuan orang lain. Beliau berkelana sendirian akhirnya membawanya menjadi seorang muslim. Bukan sekadar muslim biasa,tetapi beliau menjadi seorang yang sangat luar biasa.

Kini di kenali sebagai Ustaz Muhammad Rashidi Abdullah, menjadi pendakwah,penceramah dan berjaya juga mengislamkan orang lain. Hebat kan? hanya selepas 7 tahun memeluk Islam,terlalu banyak sumbangannya terhadap agama, kerana beliau dipilih Allah menjadi insan yang tahu menilai harga sebuah hidayah dan dapat menilai betapa indahnya Islam berbanding kita yang lahir sebagai Islam. 

"Jangan ditanya apa sumbangan Islam kepada kita..tanyalah apa sumbangan kita untuk agama tercinta......"
 ~satu pelaburan yang sangat menguntungkan~

Monday, August 2, 2010

Pembuli Jalan!

Ada yang kena buli ke hari nie? hari nie,keta saya rehat..tak bergerak pun..jadi,saya tidak membuli dan tidak juga dibuli. 

Saya rasa...saya belum lagi berpengalaman berhadapan dengan pembuli jalan. Mungkin kerana saya bekerja di kawasan yang tidak mempunyai terlalu banyak kenderaan,jadi kuranglah kebarangkalian untuk berdepan pembuli jalan. Mungkin juga kerana saya tidak menganggap mereka yang cuba membuli saya di atas jalan raya itu sebagai pembuli,jadi saya tidak lah rasa dibuli..kiranya niat mereka tidak kesampaianlah..hehehe..kesian...

Kenapa saya cakap macam tu?sebab..saya adalah pemandu yang sangat tidak suka membunyikan hon. Rasanya tidak pernah pun bunyikan hon dalam keadaan kritikal macamana pun. Selalu yang rajin tolong tekan hon ialah penumpang di sebelah saya...mereka yang selalunya over react..hahhahha..yer ker? atau saya yang tidak berperasaan ketika memandu? saya lebih suka beralah...tekan2 hon pun rasanya tidak menyelesaikan apa2 masalah...kalau salah tekan kang tak pasal2 kena kejar plak..dah bergaduh..lagi tak best kan?

Saya tak tahulah betul ke tak tindakan saya nie,sebab kadang2 adik atau kawan2 yang naik kereta dengan saya sampai marah saya sebab tak hon bila ada pemandu yang buat hal di atas jalan raya..yang mungkin mengundang kemalangan kecil atau besar..tapi memang sudah begitulah keadaannya kalau saya memandu..tak reti nak meng'hon'...kalau nak tau..kalau saya potong motor atau kenderaan yang lambat depan saya saya siap cakap dalam hati..."tumpang lalu pakcik..nak cepat nie.."dengan harapan dorang memahami......hahhahha..kenyataan tau! lagi2 kalau orang tua naik motor...ntah apa2 kan...

Kadang2 memang rasa perlu tekan hon..tapi,saya tak pernah rasa nak tekan..kadang2 macam lupa yang kereta tu ada hon... lain orang lain ragam kan...terimalah seadanya.. :)

Pon..pon..pon..

Sunday, August 1, 2010

Sharing is caring ****klise sungguh****

Ok! hari nie nak cerita lain dari yang lain. Jom main masak-masak bersama saya. Tajuk masakan hari ini ialah "udang masak tumis sambal belacan"nyum...nyum siapa yang suka makan udang boleh cuba..yang tak suka makan udang,boleh tukar dengan ikan,ayam,daging atau apa-apa saja..ikut suka anda.

Bahan-bahannya:
Untuk tumis:
Cili api
Belacan (agak2 sukat ikut banyak cili)
Bawang merah
Bawang putih
Udang kering
(semuanya ditumbuk guna 'lesung batu')

Untuk enterframe:
Bawang besar (potong dadu)
Daun bawang. 
Tomato (potong dadu)

Bahan perasa tambahan:
Kicap tiram.

Bahan utama:
Udang (ikut suka nak banyak mana pun)

*Sukatan bahan2 adalah mengikut citarasa anda..sebab tukang masak nie suka pakai campak2 jer..tak pernah sukat2...ekekeke...

Cara masak:
Tumiskan bahan yang ditumbuk guna lesung batu (kena guna lesung batu tau..guna blender nanti cair sangat...)sehingga pecah minyak. Campurkan sedikit kicap tiram dan sedikit air,tunggu sedikit menggelegak,masukkan udang yang telah dikupas bersih,bila dah hampir masak masukkan bawang besar yang dipotong dadu. Matikan api dan masukkan daun bawang dan tomato (masa tengah panas2) gaul rata. Angkat untuk dihidang dan sedia untuk di makan.

~~ Resepi nie resepi sajer suka2 test..kawan saya cakap sedap..(kawan saya cakap yer...hehehe). Boleh lah try untuk buka puasa nanti..ramadhan pun dah dekat kan...lalalala..~~