Wednesday, December 31, 2008

Hari Ini Lebih Baik Dari Semalam.


Dan..hari esok lebih baik dari hari ini.perfect!Yeah..senang menyebutnya,ringkas dan mudah...perfect...membawa maksud sempurna, tapi kesempurnaan itu pula berbeza2 mengikut perspektif masing2. Bagaimana kita mengintepritasikan kesempurnaan dalam hidup kita?mungkin ada orang kata bila melihat orang yang ada duit menimbun2..harta berjuta2,terdetik di hati.."sempurnanya hidup dia..semua dia ada..". Tapi mungkin pula si kaya itu tidak mengganggap hidup mereka sempurna.

Jadi bagaimana nak jadi sempurna?kena jadi orang bijak bestari ke baru sempurna,atau perlu jadi orang yang cantik@hensem baru orang nak kata sempurna..atau bagaimana?

Hakikatnya kita sebagai manusia memang tidak pernah sempurna. Kita sangat banyak kekurangan, sebab itulah kita perlu belajar, perlu menghormati orang lain, perlu saling bergantung sesama kita. Tidak sempurna seseorang itu jika dia seorang yang sombong, bakhil, jahil, tidak menghiraukan orang lain,dan tidak pernah bersyukur ke atas apa yang ada pada drinya. Kerana hakikat manusia, hidup perlukan keluarga, teman dan saudara,rakan taulan barulah kehidupan itu nampak sempurna.

Namun, untuk benar2 sempurna, rasanya bukan setakat itu sahaja. Kerana itulah kita perlu sentiasa mengingatkan diri kita bahawa kita ini hanya hambaNya yang kerdil..jauh dari kesempurnaan. Tidak bermakna pula kita hanya perlu duduk menyerah nasib diri kepadaNya tanpa apa2 usaha hanya kerana kita 'insan kerdil'. Sebaliknya kita perlu sentiasa memperbaiki kekurangan diri dan mempertingkatkan potensi yang ada dalam diri kita. Jagan pernah rasa CUKUP dengan apa yang ada terutama dari segi ilmu dan iman. Orang yang berasa CUKUP dengan apa yang ada sebenarnya adalah orang yang sangat rugi.

Kerana itulah Rasulullah S.A.W menggalakkan kita menuntut ilmu. Pepatah juga ada mengatakan "tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad". Dan wahyu pertama juga memberi penekanan kepada pentingnya menuntut ilmu dengan iqra'.Maknanya pembelajaran manusia itu berterusan. Setiap hari adalah hari untuk kita menuntut ilmu dengan harapan ilmu kita dapat memperbaiki iman di dada. Belajar bersyukur, belajar menghargai kehidupan, belajar menerima ketentuan dan macam2 lagi.

Sempena tahun baru Hijrah dan Masehi ini, mengkin kita perlu sama2 beringat supaya sentiasa menjadikan "Hari ini lebih baik dari semalam,dan semalam lebih baik dari hari ini". Pasang niat yang betul,kuatkan tekad untuk menjadi hambaNya yang mencari kesempurnaan di atas jalanNya dan semoga niat yang betul akan dianugerahi ganjaran pahala di sisi Allah. Bukankah setiap perbuatan yang dimulakan niat yang baik kerana Allah S.W.T akan dikira pahala?

Semoga Allah permudahkan jalan hidup kita..ameen ya abbal a'lamin..

Tuesday, December 30, 2008

Untuk Wanita...

Lelaki tak leh baca ker?hehehe..boleh..tapi rasa2nye kaum wanita lebih suka baca benda2 nie...ceh..suspen2 sket..ape ke bendanye yang nak diceritakan?ops..sorry..bukan prono yer..jauh sekali...dapat teka tak?hahaha..sebenarnya saya nak bagi tips2 kecantikan buat wanita2 (lelaki pun leh buat gak kalau nak..takde halangan..dipersilakan cik abe semua..)di luar sana. Bagi sesetengah cik/puan wanita yang sangat suka memperabiskan duitnya di kedai2 Facial..anda boleh menjimatkan sedikit perbelanjaan membuat facial di kedai dengan membuatnya sendiri di rumah..mudah..jimat dan...sangat berbaloi..(almaklumlah..dalam keadaan kegawatan yang bakal meyerang..tak salah kita berjimat)

Saya bukanlah kategori wanita yang suka ke butik kecantikan untuk membuat rawatan facial..(adalah sekali dua..itu pun sebab meneman kawan..terjebak sekali).Tapi kerana peningkatan usia..(ok ow..dah tua ker?warghhhh..!!)kena la gak adjust mana yang patut..bagi memelihara kejelitaan semula jadi (bukan botox yer..). Dan kerana itu,saya membuat initiative sendiri..


Cara-cara membuat rawatan facial sendiri:

1) cuci muka dengan sabun pembersih(tak kisah la jenis ape2pun..especially gunalah yang memang sesuai dengan kulit muka anda) selepas iru bilas sehingga bersih..

2)untuk membuat pengelupasan..cuci sekali lagi wajah anda dengan menggunakan scrub. fokuskan ke zon T(dahi dan hidung)..jagan sental kuat2 sangat..sat gi luka saya tak tau yer...

3)selepas dah bilas muka bersih2..bersedia pula untuk membuat rawatan steam(pengwapan)..caranya letak air panas kedalam besen..kemudian biarkan wap air panas itu mengenai seluruh muka..(kalau rasa tak tahan sebab panas sgt..boleh berhenti seketika dan sambung lagi) seelok2nya buatla selama 10-15 minit. tujuannya untuk membuka pori2 wajah.

4)Selepas itu sapukan seluruh wajah dengan masker/pupur..biarkan seketika dalam 10-20 minit..untuk merehatkan wajah..selepas itu bilaslah sehingga betul2 bersih..

5) Bersihkan muka dengan toner dan terakhir sekali sapulah krim pelembab untuk mengekalkan kelembapan kulit.


senang kan?cuba lah buat sendiri dirumah..selain boleh menjimatkan duit..kita boleh menjimatkan masa juga dan..yang penting terjamin kebersihannya(sebab kita buat sendiri..guna span sendiri..dan alat2 sendiri..lebih yakin kebersihannya)

Selamat mencuba!!!

p/s: tapi petua kecantikan paling berkesan ialah berwudu'..barulah wajah kita berseri2..bersih..dan sedap jer mata memandang kan...


Monday, December 29, 2008

1 muharam is public holiday

Permulaan hari baru di tahun baru Hijrah..berjalan seperti hari-hari yang lainnya..bangun pagi solat subuh,kemas bilik,basuh baju,memasak...duduk2 mengadap TV dan bermesra sebentar dengan cik acer...

Hari nie cuti,tapi ntah macamana saya boleh terlupa, siap dah plan..siap jer masak nak pergi sekolah jumpa Guru Besar..nak minta dia sign dan isi borang maklumat untuk temuduga...hahaha...(plan dari minggu lepas lagi..dah set dalam kepala..hari Isnin nak gi sekolah..)

Tengah2 membasuh dan dan menyidai baju,mak saya pesan... "masak cepat sikit hari nie,nanti abah nak makan..mak nak gi umah sebelah,nak rewang.."titibe saya terfikir..nak gi rewang?aik..hari isnin ni ada rewang?jadi saya pun melaung dari bilik air(mak saya dah berjalan ke depan).."mak..!hari nie cuti ke?"(soalan sengal..hahaha..) "yer la..kan awal muharam..kan cucu Cik Rah hari nie nak cukur jambul lepas zohor..mak nak gi tolong dia merewang..kata nak gi sekolah kan?"jawab mak saya.. " la..orang lupa hari nie cuti..orang ingat nak gi sekolah..nak jumpa Guru Besar..tak jadi lah..sekolah cuti.."saya menjawab sambil tersengih..."ingatkan sajer nak gi sekolah nak buat kerja..." abah pulak menyampuk...kahkahkah..apa la saya nie...tu la cikgu..mentang2la selama nie cuti 'school holiday' sampaikan 'public holiday' pun lupa...

p/s: cikgu2 memang kurang alert dengan 'public holiday' masa musim 'school holiday'(ker saya jer yang kurang alert..)

Saturday, December 27, 2008

Senyum Seindah suria...


"Senyum seindah suria...yang membawa cahaya...senyumlah dari hati...duniamu berseri...senyum umpama impian dalam kehidupan...kau tersenyum...ku tersenyum...kemesraan menguntum...

senyum.... kepada semua...senyumanmu amatlah bermakna...senyum membahagiakan..dengan senyuman...terjalinlah...ikatan..."



Ingat lagi bait2 lagu nie..lagu iklan zaman kanak2..menggalakkan kita menghadiahkan senyuman sebagai tanda keramahan dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Tak kiralah orang tua ke muda ke, melayu ke cina ke india ke, Islam ke bukan islam ke..dengan hanya melemparkan senyuman kita akan rasa senang bila orang yang melihat mengaggukkan kepala sekali sambul membalas senyuman kita (selalunya bila bertembung pandangan,padahal tak mengenali)



Senyuman di galakkan untuk mengeratkan persaudaraan. Senyuman juga dapat mengelakkan persengketaan. Malahan senyuman juga satu sedekah yang sangat mudah. Tanpa mengeluarkan wang ringgit, atau bertungkus lumus bekerja, kita mendapat pahala hasil dari senyuman yang kita berikan.



Akan tetapi...jeng..jeng..jeng...hanya senyuman yang ikhlas dengan niat yang baik(tak de udang di sebalik batu ke..mee ke..kuew tiaw ke) akan mendapat ganjaran pahala. Sedar atau tak sedar, sebenarnya senyuman juga boleh jadi penawar, penyejuk hati dan mendatangkan inspirasi. Power juga senyuman nie...sebab tu Rasulullah S.A.W menggalakkan umatnya melemparkan senyuman, jangan bermasam muka (nanti cepat tua). Senyum juga rahsia kepada awet muda...jadi selalu2lah tersenyum..untuk mengekalkan keremajaan wajah..ceewah..



Walaubagaimanapun...senyuman nie ada 1001 jenis senyuman. Ada juga senyuman yang kalau dilihat, hanya menyakitkan hati...menambah meluat...atau membuatkan orang jadi benci..antaranye..senyum orang gatal yang nak mengorat anak dara kat stesen bas ke..komuter ker..shoping kompleks ker...atau mana2 la...(macam nak penampo jer muke orang gatal tuh!) ada gak senyum sinis atau senyum kambing..macam ala2 nak mengejek je..(sakit hati betul kalau jumpa org senyum2 sinis ni..macam la dia best sangat nak senyum2 camtu..) dan lagi satu senyum sebab dah termalu@sengih macam kerang busuk..ha..tu salah diri sendiri la..dah buat salah..sengih2 jer la..hahahaha..lain pulak kalau senyum malu2@tersipu2..tu..paham2 sendiri la..kwang..kwang..kwang...



Salam Ma'al Hijrah kawan2...dengan ucapan panjangkanlah salam dengan senyuman...(tapi ikhlas tau..jangan sembunyikan udang disebalik ape2..hehehe)


Thursday, December 25, 2008

Salju Di danau Rindu...


Salju Di Danau Rindu


Tak pernah ku kesal
Memilih dirimu
Biarpun pudar kelam masa silam
Bagiku kasih sayang satu anugerah
Tak ternilai olehku

Benarlah katamu hidup penuh pura
Tetapi tidak pada diri ini
Cintaku tulus suci lahir dari hati
Salju di danau rindu

Mengapakah sukar menyakinkan cinta
Yang terbiar layu disirami duka
Sedangkan diriku umpama pengemis
Mengharap kasihmu itu
Izinkanlah aku menyintaimu
Dan sesungguhnya cintaku satu...


Siapa pernah dengar lagu nie?ini lagu yang boleh dikatakan popular tahun 90-an..masa tu saya dalam tingkatan 3@4.. (tak berapa ingat sangat..almaklumlah dah agak tua..keh..keh..keh..)

masa tu memang meletop2 lagu slow rock..suara penyayinya pun sedap..lemak2 merdu gitu..hahaha..memang tangkap lentoklah kalau dengar...masa tu saya ada seorang kawan yang memang minat giler mengumpul lirik2 lagu..kitorg plak..memang minat giller meminjam buku lirik dia..pastu nyanyi sama2..(biaselah dok hostel mane leh dengar radio..so..nyanyi sendiri la..)

seronoknye masa tu..wah..melayan kenangan lalu plaks...

kenapa saya memilih lirik nie?sebab lagu dia sedap jer ker..?atau sebab liriknye penuh bermakna...(fuuyoo..)atau..ada kena mengena ker dengan hidup saya..kwang..kwang..kwang..SALJU DI DANAU RINDUUUUUU........

Wednesday, December 24, 2008

"Ayah...pulangkan balik tangan Ita..."

Ini sebuah kisah yang bisa mengundang air mata siapa sahaja yang membacanya. Kisah ini saya dapat dari seorang rakan melalui e-mail. Setiap kali membaca kisah nie mesti bergenang air mata. Walaupu manusia memang sering melakukan kesilapan...mungkin ada kesilapan yang dilakukan boleh di maafkan atau diperbetulkan semula..dan mungkin juga ada kesilapan yang dilakukan bakal mengundang kekesalan yang tidak berpenghujungnya. Kerana itu Allah telah memberi akal kepada setiap manusia supaya boleh menilai menimbang dan berfikir sebaik-baiknya dalam melakukan sesuatu samada baik atau sebaliknya..terlajak perahu boleh diundur..terlajak perbuatan..sesal selamanya...


Kisah Si Kecil Ita...

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya....kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik.

Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, 'Siapa punya kerja ni?' Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. .Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.

Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan 'Tak tahu... !''Saya tak tahu Tuan..!

''Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?' herdik siisteri lagi.

Bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata 'Ita buat ayahhh.. cantik kan !' katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.

Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.

Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.

Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia sangat takut .

Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Pembantu rumah segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik.

Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.Menangis teresak-esak keduanya, dalam bilik.Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air.

Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.

Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak. Pembantu rumah mengadu. 'Sapukan minyak gamat tu!' balas tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.

Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. 'Ita demam... ' jawap pembantunya ringkas. 'Bagi minum panadol tu,' balas si ibu.

Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. 'Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap' kata majikannya itu.

Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.

'Tiada pilihan..' katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk.

'Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah' kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan.

Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakanhabis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihatkedua- dua tangannya berbalut putih.

Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah.Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata...

'Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama.' katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.

'Ita juga sayang Kak Narti..' katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis.... 'Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,' katanya bertalu-talu.

Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..

"Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang, bukan untuk lepaskan geram & marah anda...." (,")(",)

p/s: Siapa yang harus dipersalahkan?


Si Kecil Ita yang masih tidak mengerti apa2...yang sekadar ingin menghadiahkan sebuah lukisan tanda kasih dan sayangnya...


Atau si pembantu rumah yang sibuk menguruskan rumah,mengemas tanpa menyedari si kecil telah 'melukis' di kereta ayahnya?


Atau si bapa yang tidak mampu menahan amarah melihat kereta kesayangan penuh dengan hasil tangan anaknya?


mungkin kerosakan kereta itu mampu diperbaiki dengan wang ringgit atau diganti baru..namun mampukah tangan si kecil itu diganti dengan tangan yang baru lagi???


betapa mulusnya si kecil ini..sukar sangatkah memberi kemaafan padanya?

Tuesday, December 23, 2008

Kisah Pendayung Sampan..


Ini ada sebuah kisah yang mungkin boleh dijadikan pengajaran dalam kehidupan kita..supaya kita boleh beringat,bahawa setiap manusia itu ada kelebihannya, dan jangan sesekali memeperkecilkan orang lain..


KISAH PENDAYUNG SAMPAN


Suatu hari, seorang Professor yang sedang membuat kajian tentang lautan menumpang sebuah sampan. Pendayung sampan itu seorang tua yang begitu pendiam. Professor memang mencari pendayung sampan yang pendiam agar tidak banyak bertanya ketika dia sedang membuat kajian.


Dengan begitu tekun Professor itu membuat kajian. Diambilnya sedikit air laut dengan tabung uji kemudian digoyang-goyang; selepas itu dia menulis sesuatu di dalam buku. Berjam-jam lamanya Professor itu membuat kajian dengan tekun sekali.


Pendayung sampan itu mendongak ke langit.Berdasarkan pengalamannya dia berkata di dalam hati, "Hmm. Hari nak hujan."


"OK, semua sudah siap, mari kita balik ke darat" kata Professor itu.


Pendayung sampan itu akur dan mula memusingkan sampannya ke arah pantai... Hanya dalam perjalanan pulang itu barulah Professor itu menegur pendayung sampan..


"Kamu dah lama kerja mendayung sampan?" Tanya Professor itu.


"Hampir semur hidup saya." Jawab pendayung sampan itu dgn ringkas.


"Seumur hidup kamu?" Tanya Professor itu lagi.


"Ya".


"Jadi kamu tak tahu perkara-perkara lain selain dari mendayung sampan?" Tanya Professor itu.


Pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepalanya.


Masih tidak berpuas hati, Professor itu bertanya lagi, "Kamu tahu geografi?"


Pendayung sampan itu menggelengkan kepala."Kalau macam ni, kamu dah kehilangan 25 peratus dari usia kamu."


Kata Professor itu lagi, "Kamu tahu biologi?" Pendayung sampan itu menggelengkan kepala.


"Kasihan.Kamu dah kehilangan 50 peratus usia kamu. Kamu tahu fizik?" Professor itu masih lagi bertanya.. Seperti tadi, pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepala.


"Kalau begini, kasihan, kamu sudah kehilangan 75 peratus dari usia kamu.Malang sungguh nasib kamu, semuanya tak tahu.Seluruh usia kamu dihabiskan sebagai pedayung sampan." Kata Professor itu dengan nada mengejek dan angkuh.


Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun.Tiba-tiba saja datang ombak besar. Sampan itu dilambung ombak besar dan terbalik.Professor dan pendayung sampan terpelanting.


Sempat pula pendayung sampan itu bertanya, "Kamu tahu berenang?" Professor itu menggelengkan kepala.


"Kalau macam ini, kamu dah kehilangan 100 peratus nyawa kamu." Kata pendayung sampan itu sambil berenang menuju ke pantai.


Morale of the Story:

Dalam hidup ini IQ yang tinggi belum tentu boleh menjamin kehidupan. Tak guna kita pandai dan tahu banyak perkara jika tak tahu perkara-perkara penting dalam hidup. Adakalanya orang yang kita sangka bodoh itu rupanya lebih berjaya dari kita. Dia mungkin bodoh dalam bidang yang tidak ada kena mengena dengan kerjayanya, tetapi "MASTER" dalam bidang yang diceburi. Hidup ini singkat. Jadi, tanyalah pada diri sendiri,untuk apakah ilmu yg dikumpulkan jika bukan utk digunakan dan boleh digunakan?


Hikmat Inspirasi:

Kepuasan itu terletak pada usaha bukannya pada pencapaian. Usaha sempurna adalah kemenangan ..

P/S: saya pun kena selalu beringat bila berada di sungai@laut@tasik..sebab saya pun tak tahu berenang..:)

Monday, December 22, 2008

Sale..sale..sale..

Tak sangka hari isnin pun KL penuh dengan manusia..ingatkan plan baik punya pergi KL hari isnin nak mengelakkan kesesakan manusia..tapi rupa2nya..kurang sesak sikit je dari hari sabtu(memang pack giler la sebab ada pasar malam kat di sepanjang jln TAR ke masjid india).Patut la ramai orang ada sale akhir tahun dan sempena krismas rupanye.
Tujuan nak ke KL tu sebenarnye nak ke MINERVA..nak carik buku untuk persediaan menghadapi temuduga suruhanjaya perkhidmatan pelajara..(kecut perut betul bila dapat tau kena gi temuduga 8 januari ni..kurang lagi 2 minggu..tak buat pe2 persediaan pun..)saya nie baru nak dapat sah jawatan dalam perkhidmatan kerajaan..baru nak dapat lesen jadi chekgu..hehehe..
Bila dah dapat buku yang di cari...usha la pulak buku2 lain..banyak nye buku yang sangat2 menarik...tapi fikir punya fikir..punya fikir..tak boleh..tak boleh..kalau dah beli kang tak terbaca pulak buku untuk temuduga tu..padahal nak baca bukan setakat buku yang dibeli..tapi banyak lagi artikel2 yang di print dari internet yang nak di hadap...kalau beli buku lain nanti interest nak membaca menyeleweng ke buku yang lain..so cancel la..bulan depan saya beli la buku2 tu plak..
keluar dari minerva,saya meneruskan perjalanan ke MYDIN..nak beli stoking..kat situ jer saya leh dapat stokin wanita yang tebal(dulu nak dapat kena order dari negara2 sebelah arab..ect mesir ker..mekkah ker)..bukan mcm sarung kaki nipis yang ala2 pakai buang tu..kat situ pun leh dapat pukal..kira harga murah la..sambil2 tu..anak buah yang ikut sekali merengek nak beli tudung..beli la 2 helai..sehelai rm5..ok la tuh..
sebelum balik singgah kat Mc'Donald..kat sogo..isi perut..budak kecik tu komplain lapor..dan..sebelum balik pusing2 sat kat dalam sogo..sekadar mencuci mata..ada sale tuh..nak tengok gambornye..jom...


50% discount......




70% plak..uih...menarik tak?



ape lagi..pilih2 jgn tak pilih..sebelum kehabisan stok..hehehe
tak cukup duit..don't worry..En.Maybank sedia membantu..(punye la panjang org beratur..tu tak tengok kat casher lagik tu..)
Saya setakat mencuci mata jer la..lagipun niat nak gi tadi cari benda2 penting jer..dah dapat benda yang di hajati..balik la..penat berjalan..ok la..sok kita sembang2 lagik erk...selamat malam.

Sunday, December 21, 2008

Dua hari saya tak melayan blog..sebab sejak jumaat saya berkampung dirumah my best friend forever..hehehe..sebab dia naik pelamin..menukar status bujang kepada 'Married'. Dengan 3x lafaz..alhamdulillah..akhirnya dia sah bergelar isteri..(nampak betul kenervousan suaminya ketika bersalaman dengan pak mertua untuk ijab dan kabul). Sementelaah..sahabat saya merupakan anak gadis sulung yang berkahwin,jadi pak mertua dengan menantu sama2 gementar..itu antara corat-coret majlis yang kini menjadi sejarah..kalau dikenang2 mesti boleh mengundang gelak tawa..(majlis itu sendiri sungguh meriah dengan gelak-tawa)..semoga kekal hingga ke akhir hayat..dan sampai ke syurga..amin...
Untuk diri saya pula..lepas nie,mesti terasa sunyinya..kawan saya dah ada 'teman sejati'nya..mungkin banyak bezanya..saya kena adapt dengan situasi baru without her around(kami dok menyewa bersama)..cuti sekolah nie,tak la terasa sangat sebab skang still kat umah mak..nanti dah buka sekolah..masuk umah sewa..mesti sunyi..uwarghhh..apa2 pun life must go on..betul tak?

Thursday, December 18, 2008

Laskar Pelangi Vol.2

Nidji - Laskar Pelangi (SUPER HQ Audio/Video)

Free Search Video Music at www.codelagu.com


Hari tu saya dah pun berkongsi lirik yang sangat bermakna dari lagu ini..jom enjoy the video..best kan lagu nih..?sape setuju?angkat tangan!!

Wednesday, December 17, 2008

Siti Khadijah...Serikandi Sejati

“Di saat semua orang mengusir dan menjauhiku, ia beriman kepadaku. Ketika semua orang mendustakan aku, ia meyakini kejujuranku. Sewaktu semua orang menyisihku, ia menyerahkan seluruh harta kekayaannya kepadaku.”


Inilah gambaran yang diberikan oleh insan mulia;Muhammad S.A.W buat wanita yang sangat dicintainya..seorang wanita tua yang sudah meninggal dunia tetapi dicemburui oleh wanita muda yang masih hidup disamping Rasullullah S.A.W...dialah Khadijah binti Khuwailid. Satu nama yang sangat besar maknanya kepada kepada sejarah penyebaran islam hingga ke hari ini..mana mungkin ada galang gantinya.Betapa besar bakti,tenaga,pengorbanan yang beliau berikan. Menjadi penguat semangat kepada Nabi kekasih Allah, menjadi penyejuk hati Baginda dikala gundah, penghibur di kala lara, menamani setiap detik suka da duka...bahagianya insan bernama Khadijah ini..mulianya dia...

Saya memang sangat mengagumi Ummul Mukminin ini. Pada saya dialah idola,contoh wanita terbaik..bukan sahaja pada zamannya..tetapi dia kekal terbaik hingga kini dan selamanya. Dia menjadi rebutan ramai hartawan ketika zaman jandanya..namun dia memilih seorang lelaki yang tidak berharta sebagai teman hidupnya. ternyata hikmah Allah sangat besar di atas perkahwinan dua insan mulia ini. Daripadanya lahir putera puteri Rasullullah S.A.W. Dengan sifatnya yang tenang dan matang, dia dapat mengharungi dan menjadi penasihat kepada Rasullullah tatkala Baginda menghadapi tekanan dari kaumnya. Dia jua tanpa ragu2 mengakui kerasulan Nabi Muhammad dan beriman kepadanya. Semasa Rasullullah menggigil ketakutan selepas menerima wahyu pertama,dia dengan tenang memujuk dengan penuh kasih sayang dan menyakinkan Baginda sesungguhnya Jibrillah yang telah menemui baginda. Dan wanita mulia ini juga pernah mendapat salam dari Allah melalui Jibril a.s semasa Jibril a.s berjumpa dengan Rasulullah.

Kalau dihitung segala kelebihan Khadijah,memang tidak terhitung banyaknya. Terasa malunya saya sebagai seorang wanita yang lahir dengan nikmat Islam(Syukur Ya Allah,kerana lahirkan aku dalam Islam) tetapi masih berlengah dalam mengamalkan ajarannya. Terasa kecilnya saya kerana sering rasa malang dan kecewa dengan cabaran dan ujian Allah. Rasa teruknya saya sebagai seorang umat kerana sering lalai dan leka dengan nikmat yang diberikan..sedangkan apa yang saya hadapi itu tak terbanding langsung dengan apa yang dihadapi oleh Ummul Mukminin ini.Mampukah saya menjadi sebaik dia?kalau tidak sepertinya pun mungkin mencontohi bayang2nya(tetapi masih terlalu jauh untuk menyerupainya).. Banyak sangat yang perlu diperbaiki,direnovate,diperbetulkan dan diupgratekan. Istiqamahkah saya? Mungkinkah juga akan ada lagi Khadijah diakhir zaman ini?akan adakah?
Kaulah lambang cinta sejati..Srikandi pertama tika Islam bermula...Hatimu menyalakan keyakinan...Hartamu membuktikan pengorbanan...Rasul keseorangan engkaulah teman...Dia tersisih engkau memilihnya...Dia terbuang engkau menyayanginya...Kerna iman kau sanggup berjuang...Siti Khadijah namamu indah...Qudwah hasanah tauladan ummah...Tika Rasul terpinggir...Engkaulah insan terhampir...Siti Khadijah mujahidah solehah...Agung jasamu dipersada sejarah...Pemergianmu ditangisi nabi...Hingga kini tiada pengganti...Sunyi jalan menuju Allah...Menggamit hati mencari teman...Indah jalan menuju Allah...Jika teman seperti KhadijahMasih ada lagi...
lirik lagu in-team(siti khadijah)

Tuesday, December 16, 2008

Sebuah buku..satu inspirasi..


Saya baru selesai membaca buku yang banyak mengajar tentang ilmu kehidupan nie...sangat bagus untuk dibaca oleh sesiapa pun..tak semestinya orang yang dah berkahwin..orang bujang macam saya pun sesuai..sebab cerita di dalamnya untuk semua...klasifikasanya 'U'..untuk bacaan umum..heheh..

Saya mungkin orang yang dah telambat membaca buku nie..sebab dah cetakan ke-2 pun..semasa pelancaran buku nie kat pameran buku awal tahun dulu..saya ada kat pesta buku tu..tapi,rasa janggal pulak orang bujang beli buku "aku terima nikahnya.."(sebenarnya saya malu nak beli..sebab saya belum kawin..macam tak sesuai jer..)tapi,baru2 nie saya ke kedai buku..cari punya cari..belek punya belek..tak ada buku yang betul2 menarik perhatian saya..pastu saya capai buku nie..baca sinopsis..kemudian selak satu muka surat...saya suka gaya penulisan Ustaz Hasrizal..jadi saya berkeputusan untuk memiliki buku ini..memang berbaloi..

Buku nie bukan menceritakan tentang cinta..atau alam perkahwinan sahaja..tapi lebuh dari itu..kita rasa terdidik bila membacanye..rasa macam abu saif dan ummi saif ini adalah ibubapa contoh zaman moden ini..Ustaz banyak mengajar pembaca cara mendidik diri,pasangan dan anak2 dengan cara yang lembut dan berhikmah. Di selitkan dengan memori2 zaman kanak2..kadang2 terimbau juga zaman kita semasa kita jadi kanak2. Mengingatkan kita kesilapan yang kita tak perasan kita dah buat dalam kehidupan. Mengajar kita menghargai kasih sayang ibubapa kepada kita, kasih sayang Alah kepada kita, dan cara terbaik memberi kasih sayang kepada insan2 di sekitar kita. Tulisan dan nasihat yang ada dalam buku ini memang boleh dijadikan sebagai pedoman hidup. Jarang2 kita dapat membaca buku yang sangat santai cara penulisannya, seakan2 kita mendengar sebuah cerita yang hebat. memang sangat sesuai dengan mottonya.."erti hidup pada memberi"... memang banyak memberi inspirasi. Thanks Ustaz Hasrizal..Good Job!

Monday, December 15, 2008

Usahawan muda?hehehe...

Ini adalah sebahagian daripada aktiviti anak2 buah saya sepanjang berkampung dirumah mak saya..almaklum lah sekali-sekala berkumpul..ada jer aktiviti2 yang dorang buat...memang jarang2 la nak tengok rumah teratur bersih...adengan2 di bawah nie..ala2 nak jadi usahawan muda la..hehehe..dalam bermain tu..sebenarnye dorang nie belajar gak..belajar nak jadi usahawan..hehehe..



barang jualan untuk lelongan..





"lelong2..satu singgit...satu singgit..cepat2.." sebuk betul makcik berdua nie menjual...




sempat buat peace plak2 makcik2 nie..kat belakang tu sebuk menggodek laptop saya...




Thursday, December 11, 2008

Bencana@ingatan?


Lamanye jejari saya nie berehat dari menaip di blog nie..almaklum la..cuti raya di tambah pula rumah mak saya sekarang nie penuh dengan kanak-kanak riang-ria..laptop nie pun jadi rebutan..dari satu tangan ke satu tangan..ada yang main interaktif games la..tengok vcd power rangers la..upin&ipin la..tu belum lagi yang search cartoon kat youtube...memang happening..sampai tak sempat saya nak menulis di blog nie..walaupun banyak berita2 hangat di 'pasaran' sekarang..almaklumlah..musim hujan yang sepatutnya membawa rahmat kepada makhluk di bumi seluruhnya..bertukar menjadi berbagai2 tragedi...


Tanah runtuh di Bukit Antarabangsa juga dikaitkan dengan hujan yang turun berlarutan beberapa hari hingga menyebabkan berlaku pergerakan tanah kerana terdapat pengaliran air dalam tanah. Ramai yang menunding jari menyalah kan sesama sendiri..kadang2 rasa macam nak tergelak pun ada...macam-macam perangai manusi (merujuk berita mlm tadi bila ada seorang wanita mengamuk sakan kat pegawai yang bertugas)sebab mereka yang terlibat dalam bencana ini adalah orang-orang 'kelas A'...mereka yang kaya raya nie..memohon simpati..subsidi kerajaan persekuruan dan negeri..malangnya simpati mereka tidak mendapat perhatian...


Saya rasa apa yan penting bukan menyalahkan sesiapa..tapi MUHASABAH DIRI itu lebih penting..kenapa bencana ini Allah beri kepada kita..bukankah Allah telah mengingatkan...seandainya Dia menurunkan bencana,bukan org yang melakukan kerosakan sahaja yang akan merasa kemurkaan itu..tapi seluruh kariah yang berada di tempat itu akan merasakannya..kerana kita membiarkan jiran,saudara malah mungkin ahli keluarga kita melakukan kerosakan dan mengingkari Allah tanpa kita memberi nasihat,peringatan atau mengingatkan mereka..ingat-mengingati dah kadi perkara yang asing dalam kehidupan hari ini..kita hidup "kau-kau..aku-aku" tak ada lagi persaudaraan..sedangkan itu tuntutan..Nabi juga berpesan..berbuat baiklah sesama jiran dan tetanggamu,kerana mereka adalah saudara yang paling hampir denganmu..tetapi..kita mengabaikan semua itu..jadi mungkin ini INGATAN dari Allah..supa Hamba2Nya tidak lupa..DIA MAHA KUASA..kun fayakun..kalau Dia menginginkan sesuatu terjadi..maka jadilah ia..


renung2kanlah...

Friday, December 5, 2008

Kasihnya Ibu..Kasihnya Anak..

Satu,kasih nan abadi..
Tiada tandingi,Dia yang Satu,
Dua sayang berpanjangan,
Membawa ke syurga,kasihnya ibu,
Tiga..Lapar dan dahaga,
Rela berpayahan,Kasihnya ayah,
Empat,Mudah kau ketemu,
Berhati selalu,beza antara..
Kasih dan kekasih...

ini sebahagian daripada lirik lagu yang dinyanyikan oleh Aris Ariwatan. Saya masih ingat, semasa lagu ni popular dulu..saya pernah menyasyidkan lagu ni (bersama2 rakan2 nasyid sekolah) kerana liriknya yang berunsurkan nasihat...tapi saya bukan nak cerita tentang lagu nie..tapi nak cerita tentang pengorbanan,jasa dan kasih sayang ibu/bapa kepada anak2 penyambung warisannya...

Selalu kita mendengar ibu/bapa mampu menjaga,mendidik,membesarkan 1,5,6,10,15 atau lebih lagi anak2nya dengan memeberi setiap anak hak2 mereka sebagai anak,manusia yang perlu dikasihi dengan sempurna..tapi anak yang seramai2 itu,belum tentu dapat memberikan hak kepada mereka disaat mereka memerlukan jagaan,belaian kasih sayang dan pembelaan dari anak2nya.

Saya pernah mendengar dengan realiti ini,malah saya melihat realiti ini berlaku. Betapa ibu tua yang sudah kematian suami,yang memerlukan tempat berlindung,jagaan dan kasih sayang dari anak2nya tidak mendapat hak yang sepatutnya dia perolehi. Sedangkan, anak2nya dapat dibesarkan dengan sangat baik..telah ditinggalkan dengan harta,tanah berekar2..namun..ibu itu bitolak ke hulu ke hilir.

"adik,ko jaga la mak..aku dah penat layan mak,ko pulak la..takkan aku sorang nak jaga dia,dulu arwah ayah aku yang jaga.." huh!layakkah seorang anak berkata begitu?hanya gara2 si ibu menukar channel TV untuk menonton forum agama sedangkan anak itu ingin menonton drama siri kegemarannya? walaupun ibu itu sangat berkecil hati..namun dia tak berani bersuara,takut..anaknya itu akan semakin marah..takut anaknya itu akan membeci dirinya..dan takut dia menjadi BEBAN kepada anak2nya...Ya Allah!bukankah hanya dengan melafazkan kata 'Ah!' kepada seorang ibu itu pun sudah sangat besar dosanya,inikan pula jelingan tajam dan kata2 yang mengguris hati ibu itu terlafaz dengan sangat mudah dan tanpa rasa bersalah langsung..Nauzubillah...

Layakkah juga seorang anak berkira selama mana dia menjaga dan memberi makan kepada ibu/bapa yang telah menyuap makanan,memastikan anaknya tidak lapar,membasuh najisnya,memberi ilmu tentang kehidupan,dan melahirkan dia sehingga dia boleh berjalan dan berfikir sendiri? banyak mana sangatlah seorang ibu tua itu makan?banyak mana sangatlah tenaga yang digunakan untuk sekadar menjaga seorang tua yang tidak banyak kerenahnya itu?mampukah dia hitungkan dengan sejumlah tenaga,peluh,airmata mahupun wang ringgit untuk memastikan si anak ini dapat menjalankan kehidupan yang sempurna?banyak mana kah? Ya Allah tak mungkin dapat aku hitung semua itu..terlalu banyak..terlalu mahal..walau disamakan dengan gunung,dengan lautan takmungkin mampu menyamai jasa mereka..tak mungkin!kerana merekalah kita ada di dunia ini..kerana merekalah kita hidup sampai hari ini..dengan izin-Nya..

Saya menulis entri ini dengan air mata saya mula bergenang..saya tidak tahu dimana peri kemanusian seorang anak sehingga sanggup melakukan perkara2 seperti itu kepada ibu yang telah membawa mereka ke dunia..yang telah putus beratus2 malah mungkin beribu2 urat dalam badannya kerana melahirkannya...mungkin anak ini membenarkan si ibu duduk tinggal dirumahnya,tetapi dia tidak membaja jiwa dan hati si ibu dengan belaian kasih sayang..di biarkan ibu itu duduk sendirian tanpa mahu di endahkan, bercakap pun ajuk tak ajuk..hendak tak hendak..jelingan dan kata2 sinis lebih banyak menemani si ibu tua...tegarnya dia...sungguh tidak adil!sungguh tidak adil!

Di mana hak ibu itu?kenapa tidak diberi hak kepada si ibu selayaknya dia?kenanglah jasanya..kita tidak mungkin dapat membalas jasanya..tak mungkin layak digelar manusia sempurna jika kita tak mampu menjaga seorang ibu selayak nya dia..dia manusia yang di jadikan Allah dengan kemulian yang tidak mungkin kita perolehi..Syurga itu itu di telapak kakainya wahai anak2...Syurga kita di bawah kakinya!ingatlah..ingatlah...redha tuhan juga bersama redhanya...

"YA ALLAH YA TUHAN KU..AMPUNKANLAH DOSAKU SERTA DOSA KEDUA IBU-BAPAKU,DAN KASIHILAH MEREKA SEBAGAIMANA MEREKA MENGASIHIKU SEWAKTU KECILKU..YA ALLAH BERILAH RAHMATMU PADA MEREKA..SEDIAKANLAH SYURGAMU UNTUK MEREKA...YA ALLAH JAUHILAH AKU DARI MENDERHAKAI MEREKA..PELIHARALAH DIRIKU YA ALLAH"

"segunung sayang buat mak&abah,
kerana bakti dan pengorbananmu,
mengasuh,mendidik,dan membesarkanku,
mengajar anak2 mu mengenal erti sebuah kehidupan,
tiada ungkapan yang mampu ku lafazkan,
selain ucapan terima kasihku,
sebagai balasan hamparan kasih sayangmu,
tiada hadiah yang dapat ku persembahkan,
untuk membalas setiap titis keringat & selautan pengorbananmu,
semoga Allah memberkati & menyayangimu,
sebagaimana curahan kasih sayangmu kepada anak2mu.."

Wednesday, December 3, 2008

Laskar Pelangi

Mimpi adalah kunci
untuk kita menaklukkan dunia
berlarilah
tanpa lelah sampai engkau
meraihnya

laskar pelangi
takkan terikat waktu
bebaskan mimpimu di angkasa
raih bintang di jiwa

menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersukurlah pada yang kuasa
cinta kita di dunia
selamanya…

cinta kepada hidup
memberikan senyuman abadi
walau ini kadang tak adil
tapi cinta lengkapi kita

laskar pelangi
takkan terikat waktu
jangan berhenti mewarnai
jutaan mimpi di bumi

menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersukurlah pada yang kuasa
cinta kita di dunia
selamanya…

lagu yang sedap didengar..dan pada saya ada maksud yang mendalam tentang sebuah kehidupan..walaupun hidup kita kadang2 tak seperti yang kita harapkan..tapi as long as kita masih hidup..kita kena teruskan dengan tabah..kalau takde cabaran tak seronok pulak hidup..kan...kan..kan...;)

Monday, December 1, 2008

Cinta Di Rumah Hassan Al-Banna

Menjadi harapan setiap ibu-bapa agar anak2 yang dilahirkan bakal menjadi anak2 yang pintar..bijak bistari…berjaya..dan ramai juga dikalangan ibu-bapa yang sangat2 mengharapkan anak2 mereka anak2 yang pandai,bijak ditambah lagi dengan soleh/solehah..menjadi anak2 yang akan memberikankan kejayaan kepada agama islam, mempunyai akhlak yang terpuji dan sangat berbakti kepada orang tuanya.

Namun, apakah resipi yang paling berkesan untuk memastikan anak2 kita menjadi anak2 yang berbarakah ini? Tentulah kita perlu melihat contoh teladan dari Rasullullah..para sahabat..salafussolleh…dan tokoh2 islam yang lainnya. Saya pernah membaca bibliografi Imam al-Ghazali..beliau adalah hasil yang dibentuk oleh ayahandanya berpuluh2 tahun sebelum kelahirannya..semasa beliau dalam kandungan ibunya dan selepas kelahirannya…bagaimana membentuk anak sebelum tahu kewujudannya?mudah..dengan doa yang tidak putus2..serta amalan kita seharian..walaupun ada yang menyatakan iman bukan warisan bapa kepada anak..tetapi,semua itu tidak pernah menjadi mustahil.

Apa yang ingin saya kongsikan bersama disini adalah mengenai seorang ayah yang boleh dikatakan dekat..hampir..malahan hidup dalam era modenisasi seperti kita..yang cabarannya lebih besar dari kita.Beliau ialah as-Syahid Imam Hassan al-Banna. Saya sangat tertarik dengan cara beliau mendidik anak2nya dalam kesibukan beliau berdakwah dan membina Ikhwanul Muslimin. Malahan anak2 beliau menggambarkan beliau adalah ayah yang sangat hampir dengan mereka. Tidak pernah mengabaikan mereka walau dalam kesibukan yang sangat besar, dalam tekanan sekeliling, dan dalam kesukaran menjadi seseorang yang diburu kerajaan negara tempat tinggal beliau.

“Cinta di Rumah Hassan al-Banna”(karya Mohammad Lily Nur Aulia) itulah buku yang menceritakan permulaan keluarga al-Banna ini. Bermula bagaimana beliau memilih wanita yang akan menjadi ibu kepada anak2nya sehingga perhatian yang diberikan kepada anak2nya semasa hayat beliau. Bagi memastikan beliau dapat membina sebuah keluarga yang bahagia,sa’adah warahmah..beliau memulakan dengan memilih gadis yang baik akhlak dan agamanya untuk menjadi isteri dan ibu kepada anak2nya(isterinya adalah anak kenalan ayahnya yang sangat menjaga agama). Pentingnya memilih ibu yang baik untuk anak2nya kerana dia mengharapkan wanita ini akan membentuk dan mendidik anak2nya menjadi acuan seperti wanita itu juga. Selepas kelahiran ank2nya, beliau mempunyai carta tentang setiap anak2nya yang mencatatkan tentang tarikh kelahiran, sakit yang dihidapi, masalah anak di sekolah, matapelajaran yang perlu dipertingkatkan,keperluan anak2 dan berbagai2 catatan lagi. Bukankah ini sebagai tanda dia sangat mengambil berat urusan anak2nya walaupun dia adalah seorang pendakwah yang sangat berjaya. Dia memegang prinsip, dakwah itu bermula dengan orang yang paling dekat dengannya. Dan tentulah oranag yang paling hampir itu adalah keluarga sendiri? Di sinilah peranan seorang ketua itu dilihat,mengetuai keluarga dengan sangat baik, tentu dia akan dapat memimpin org2 bawahannya sebaik dia mengemudi keluarga nya. Al-Banna sendiri sentiasa meluangkan masa menghantar anak ke sekolah dan memastikan membeli setiap keperluan rumahnya sendiri. Beliau mendidik anak dengan penuh berhikmah, tidak pernah marah2 malahan pendekatan yang digunakan adalah teguran secara berhikmah supaya anak2nya dapat berfikir. Mungkin aura seorang pemimpin itu sememangnya ada pada beliau. Namun tidak salah rasanya jika kita mengambil sedikit tauladan daripadanya. Semoga kita dapat mendidik anak2 kita berjaya di dunia dan akhirat.


-anak yang mendoakan ibubapanya itulah harapan kita-