Friday, July 10, 2009

"aku dapat A..."

A

Siapa tak kenal dengan abjad ini? Tentu anda semua sangat familiar dengan huruf ‘A’ kan. Atau mungkin anda tidak suka dengan huruf ini.

A

Huruf yang paling popular dan di sukai oleh ibu-bapa,guru-guru dan student. Kecualilah student yang tidak mempedulikan hati ibu-bapanya,guru-gurunya dan dirinya sendiri. Terkecuali juga kapada student yang keupayaannya terbatas untuk melihat huruf ‘A’ terpampang pada buku tulis, buku rekod dan kertas periksa.

“aku dapat A…” dengan nada bangga kanak-kanak itu menunjukkan buku tulisnya kepasa rakan-rakan. “aku dapat A bintang…lagi best…” seorang lagi menyampuk..taknak kalah.

Saya…
Senang hati melihat gelagat mereka. Senang hati memberi galakan kepada mereka. Dengan satu abjad sahaja, mereka sudah merasa gembira. Mereka sudah merasa puas hati.

Kepada yang tidak mendapat ‘A’ mereka akan berusaha untuk mendapatkan abjad itu. Abjad kemenangan, abjad kegembiraan dan abjad kepuasan.

Hidup ini indah…kepada mereka yang bersyukur dengan kebaikan, dan berfikir bila dalam kesusahan.
Hidup ini mudah...bagi mereka yang tahu menghargainya…dan memperbaikinya..

Tuesday, July 7, 2009

Memakna Bahagia

Bahagia itu dari dalam diri * Kesannya zahir rupanya maknawi * Terpendam bagai permata di dasar hati * Bahagia itu ada pada hati * Bertakhta di kerajaan diri * Terbenam bagai mutiara di lautan nurani * Bahagia itu ada di jiwa * Mahkota di singgahsana rasa * Bahagia itu adalah suatu ketenangan *
Bila susah tiada gelisah * Bila miskin syukur pada Tuhan * Bila sakit tiada resah di jiwa * Bukankah Tuhan telah berfirman * Ketahuilah dengan mengingati Allah * Jiwa kan menjadi tenang *
Kebahagiaan itu suatu kesyukuran * Bila kaya jadi insan pemurah * Bila berkuasa amanah * Bila berjaya tidak alpa * Bila sihat tidak lupakan Tuhan *
Hakikatnya bahagia itu * Adalah ketenangan * Bila hati mengingati Tuhan * Semua insan kan mengerti * Maksud terseni Ilahi * Itulah zikir yang hakiki
(kredit: Kumpulan UNIC)


Saya sangat suka dengan lirik lagu ini. Gambaran sebuah kebahagiaan yang sangat menyenagkan. Hakikat kebahagiaan yang sebenar. Pernah kita mendengar kata-kata :

“Perhubungan itu ibarat sebuah rumah,tak perlu cantik,tak perlu mewah. Yang penting kita bahagia hidup di dalamnya”

Bahagia itu sifatnya seni. Tidak boleh dipegang tapi dapat dirasa. Bahagia itu tidak dapat dinilai tapi sangat dihargai. Ia sukar dimaknakan secara terperinci, kerana setiap manusia akan merasa bahagia yang berbeza-beza.

Ada yang mencari-cari bahagia. Sehingga menjadi lelah kerana tidak pernah berjumpa bahagia. Tapi hakikatnya bahagia itu kadang-kala ada di depan mata, Cuma kita buta untuk mentafsirkannya.

Bukan bahagia dengan wang berjuta. Bukan juga bahagia dengan emas bergunung tinggi. Tiada bahagia dalam keseronokan tidak bertepi, tiada juga bahagia jika berpangkat tinggi. Bahagia akan tiba bila kita mengikhlaskan hati. Tenang dalam budi dan pekerti. Serta menerima segala ketentuan dengan rela hati. Bersyukur kepada Ilahi dan merenung ke dalam diri sendiri.Hidup akan lebih bermakna dan bererti.

Pari-Para

Pari-Pari:
Macam mana ko leh cool jer setiap masa Para-Para?

Para-Para:
Erm..entah..aku buat biasa jer…lagi pun aku tak suka nak berat2kan fikiran.

Pari-Pari:
Seronok je tengok ko…macam tak pernah ada masalah…aku pening la…banyak benda kena buat..tapi tak siap2..pastu tambah lagi kerja….dengan bos yang ntah apa2 ntah nie..lagi la..suka sangat mengarah orang…pastu semua nak perfect…sakit otak aku.

Para-Para:
Ala senang je…jangan fikir kerja kita tu beban. Buat semua kerja ikut kemampuan kita. Jangan anggap benda tu masalah. Anggap je kerja tu amanah. Kita laksanakan amanah…kita dapat pahala..kan..kalau penat rehat sekejap…pastu buat lagi…jangan bagi tekanan dalam diri kita…just make it easy..jangan tension-tension…

Pari-Pari:
Aku tak boleh la…sebab aku tak suka dengan bos…so..aku tak suka nak buat kerja dia..

Para-Para:
Kalau ko fikir macam tu…sampai bila-bila la ko akan tension…dia bos…kerja bos memberi arahan…so,he’s doing his job…so..we’ve carried ours…nanti kalau kita jadi bos..kita jangan lah jadi bos macam dia…make things easy…than people will like us..kan..

Pari-Pari:
Erm…aku cuba la…aku taknak kena darah tinggi plak…tak pasal2 dapat penyakit…

Para-Para:
Hahahahha…Tau pun ko..relax la…kita kan muda lagi…buat je kerja elok-elok…tak payah fikir berat-berat..


Fikir-Fikirkan:
Kerja kita amanah kita. Amanah itu tanggungjawab. Kalau kita ikhlas melaksanakannya dengan niat lillahi ta’ala…ianya menjadi ibadah. Mudah melaksanakan amanah, dan ibadah bila kita ada rasa tanggungjawab. Jangan menganggap kerja itu bebanan dan tekanan. Hasilnya kita tak akan rasa aman.
.Love (*v*).

Monday, July 6, 2009

Munajat Cintaku



Ya Allah...
jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,
agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu...




Ya Muhaimin,
jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu…




Ya Rabbana ,
jika aku jatuh hati...
jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripadahatiMu…..




Ya Rabbul Izzati ,
jika aku rindu ,
rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu….




Ya Allah ,
jika aku menikmati cinta kekasihMu...
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat
di sepertiga malam terakhirMu




Ya Allah ,
jika aku jatuh hati pada kekasihMu
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang
menyeru manusia kepadaMu….




Ya Allah,
jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu
jangan biarkan aku melampaui batas
sehingga melupakanaku pada cinta hakiki
dan rindu abadi hanya kepadaMu..




Apa yang saya rasa?:
mungkin penulis lirik lagu cinta munajat mendapat ilham dari keratan doa ini..mungkinlah..tiba2 saya terfikir begitu...
"Tuhan Kirimkanlah aku...Kekasih yang baik hati....Yang mencintai aku...apa adanya"


Munajat Cinta

Malam ini,

ku sendiri,

tak ada yang menemani,

seperti malam-malam,

yang sudah sudah


Hati ini,

selalu sepi,

tak ada yang menghiasi,

seperti cinta ini,

yang s’lalu pupus


[Chorus:]

Tuhan kirimkanlah aku,

kekasih yang baik hati,

yang mencintai aku,

apa adanya


Mawar ini,

semakin layu,

tak ada yang memiliki,

seperti aku ini,

semakin pupus.
Kredit:
lagu best from ahmad dhani (dewa) dan The rock...nak layan lagu nie??? leh singgah kat blog pu3 kirana..okeh...laaaaayyaaaannn......