Showing posts with label Sembang Kosong. Show all posts
Showing posts with label Sembang Kosong. Show all posts

Thursday, August 22, 2013

Hidden Me!!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Ok..kita mulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim...dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani...


Ada orang tanya saya "kenapa tak update blog?".

Saya jawab "sebab awak baca..."

Dia tanya "kenapa saya tak boleh baca?"

Saya jawab "sebab awak kenal saya..."

Dia tanya " Abistu orang-orang lain yang baca tu? boleh pulak?"

Saya jawab "sebab orang-orang lain tu..dorang tak kenal saya (secara faca to face)"

hurmmm.... kenapa saya jawab macam tu? erm...sebab bila saya menulis,saya merasakan ada one side of myself yang hidden di alam nyata. That side hanya akan termuncul dalam hasil tulisan saya. Sometimes,ada hasil tulisan itu adalah luahan yang saya tidak kongsikan di alam nyata. Maka dengan itu ada sedikit rasa segan bersarang dihati yang kecil ini bila ada orang yang saya kenali secara lahiriah mengetahui tentang sesuatu itu. Ya...after all ini blog peribadi yang mengongsikan sedikit perjalanan hidup saya, saat terlebih suka atau saat terlalu duka, pandangan saya tentang sesuatu perkara juga kadang-kadang terlebih confident nak menasihati orang lain.

Harapnya...selepas ini akan ada post yang menyusul...alasan tepat yang sebenarnya adalah : MALAS nak update dengan handphone...sebab dah jarang-jarang online dengan lappy...ahaks...

Sunday, November 11, 2012

Sudah Akhir Tahun : Happy Holiday!

Assalamualaikum...

Mode : cuti sekolah bermula
Perasaan : Eh! dah start cuti ke? tak terasa macam dah cuti pun...

Realitinya :

Mula cuti  bermakna, sudah habis ceritera untuk setahun. Makanya, akan bermula episod tahun baru. Bagi orang-orang seperti saya (sila baca sebagai cikgu-cikgi) ianya bermaksud mula berfikir tentang tahun 2013. Maksudnya lagi,walaupun belum masuk tahun 2013, tapi rasa macam dah letak satu kaki dalam tahun 2013.
Bermakna,tahun 2012 telah pun berlalu. Bermakna,usiapun telah menambah ke satu angka lagi (sila baca : saya sudah tua!). Waahhhh... (blurrr sekejap)

Sekejapnya dah masuk tahun baru, rasa macam baru je mulakan sesi persekolahan. Nak tau tak apa maksudnya lagi? Eheeemmm...Pengakuan separuh ikhlas nih! Maksudnya, serasa seperti saya ini tidak punya sumbangan yang banyak untuk tahun ini. Fikir punya fikir punya fikir...apa ye yang saya dah lakukan untuk sepanjang tahun ini. Macam NULL jer..Notihing at all. Uh..how bad kan..teruknya saya!

Untuk anda semua:

Yang cikgu ke,yang bukan cikgu ke, selamat bercuti (sebab mostly,ramai yang kumpul cuti sampai akhir tahun untuk bawa anak berjalan,melancong dan sebagainya) Rancang percutian dan perjalanan anda dengan baik. Semoga selamat semuanya. 

Saya doakan apa jua hajat dan harapan anda sepanjang tahun ini Allah akan kabulkan, Allah akan mudahkan dan Allah akan memberi yang terbaik buat semua. Kehidupan,rezeki, perjalanan dan harapan yang sentiasa diberi keberkahan dari Allah. 

Selamat menghabiskan sisa-sisa terakhir 2012, semoga kebaikan dari Allah akan berterusan.

Wednesday, October 24, 2012

Sensorang ???

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Ohayo!!

Sebelum terus menulis dan membaca..meh selawat sama-sama (^__^) 
Allahumma solli 'ala saiyyidina Muhammad...

Hari nie nak sembang-sembang jer. Perihal bersendiri. Seorang diri. Sendirian.

Saya memang tabik spring pada sesiapa pun yang dia boleh selamba badak jer pergi mana-mana sorang-sorang. Pergi shopping ker, pergi makan kat fast-food restorant ke, pergi masjid sekali pun...bila dorang boleh pergi sendiri...saya rasa mereka-mereka itu hebat dan sangat osemmm!!!Kalau ada yang boleh duduk dekat rumah sorang-sorang,lagi lah hebat. 

Macamana erk mereka-mereka ini boleh serasi duduk sorang-sorang, selesa berjalan sendiri-sendiri dan hidup bila tinggal sorang-sorang kat rumah. Sebab saya adalah manusia yang akan mati kutu bila kena tinggal sorang-sorang (bukan setakat mati kutu,gajah pun boleh mati!)

Sebab saya selalu rasa,kalau jalan sorang-sorang tu pelik,kalau makan sorang-sorang serba tak kena,rasa macam semua orang pandang masa tengah makan..(yang sebenarnya :perahsan!) kalau kena tinggal kat rumah sorang-sorang,saya sedih..boleh buat drama air mata sehari suntuk....masa tu setiap 10 minit telepon mak,tanya bila nak balik (memang suka menyusahkan hati mak ngan abah budak nih! huh)

Masa dapat tawaran belajar dulu pun, saya siap ugut-paksa kawan saya terima jugak tawaran belajar kat universiti yang sama, walaupun masa tu kawan saya macam nak-taknak jer sambung study (at least..dia besyukur kerana paksaan saya tu..ngeee). Sebabnya saya taknak rasa terasing kat tempat baru, sedangkan kami dapat pengkhususan yang berbeza. Yang bestnye,Allah campakkan kami posting kat daerah yang sama,jadi sampai ke sudah saya sentisa ada dia untuk teman saya.

Bila kawan saya dah kahwin, oleh kerana saya taknak tinggal sorang-sorang kat rumah sewa tu, saya siap isi borang pindah. Balik rumah mak-abah. Sampai sekarang,saya tak pernah tinggal sendiri atau sorang-sorang. Jadi,saya selalu fikir,orang yang boleh tinggal sorang-sorang tu hebat sesangat. Macam mana erk dorang boleh hidup bila sendirian...???? (sedang cuba membayangkan...huurrmmm)

edisi tambahan:
Nak pergi isi minyak kete pun kena teman, nak keluarkan duit kat ATM pun kena ada peneman. nak pergi mana-mana pun kena ada orang teman. Nasib baik cik jah ada anak-nak buah yang sukaaaaaa sangat teman cik jah pergi mana-mana.
(^__^)


Saturday, October 13, 2012

Nak bakar lemak!!

Hujan itu rahmat! 
betul kan...
sebab bila hujan,
cepat lapar...
cepat jer nak makan..
rajin jer masuk dapur...
rajin jer nak main masak-masak...
kan rahmat bila kita dapat makan...
bila kita jumpa makanan...
bila kita boleh masak-masak...

Bila dah rajin bab makan-makan...
maka haruslah rasa badan macam sudah berat..
mana tak nya,kalau ambil nasik...
maunye menggunung tinggi...
dah macam tinggi gunung kinabalu...
(ish!!ngidam nak sampai puncak kinabalu xdapat punya pasal lah nih..)
makan tak beringat!
haiyyaaaa!!!

Dah tu apalagi..
naik jer atas penimbang...
opocot mak hang!!!
biar betik!!
puuuurrrrrfffffffff..
rasa macam nak kempiskan perut time tu gak..
rasa nak tahan nafas lama-lama sket...
kot-kot jarum penimbang tuh boleh turun sikit...
huahuahua...

Masa ni lah terbayang....
saya sedang berjogging dengan gigihnya kat taman layang-layang...
saya sedang gagahnya mendaki bukit broga...
saya dengan rajinnya buat senaman...
tapi dalam bayangan jer lah...
haaiiii lahh...

cepat cuti sekolah...
boleh kerah banyak tenaga...
temankan cikjah dia bersenam..
ahaks!
semua pun nak teman :P
kalau takde orang temankan bukan cikjah ler namanya...
(^___^)v

gemuksss sudaaaa...
da!!!!




Monday, September 3, 2012

Merapu bersama 'Adam & Hawa'


Assalamualaikum...

Mood
~ Dunia Khayalan ~



Malam semalam,sampai dinihari jugaklah melayan balik novel  'Adam & Hawa' nie. Gara-gara melayan drama kat astro mustika HD. Novel  dah berzaman nih,saya beli tahun 2006..lama dah kan.. Tapi ini bukan masterpiece dari Aisya Sofea sebenarnya. Novel dia yang memang best novel pertama dia 'Kau Untukku'. tapi semua novel dia pun best,dan memang haruslah dibeli oleh orang-orang seperti saya. (mak saya cakap...MEMBAZIR...simpan semua duit beli novel,boleh buat banglo sebijik..hahaha).

Nak cerita apa sebenarnye nih?? Hah! sebenarnya nak cakap,drama dia not bad lah...agak banyak persamaan dengan novel yang di tulis. Tidak lah rasa mengarut macam sesetengah drama / movie yang di adaptasi. Macam 'Ombak Rindu' yang sangat mengecewakan tuh..(nasib baik lah tengok kat youtube jer) 'Bicara Hati' pun ke laut bila jadi drama. 

Jadi,kalau rasa free tu boleh la layan cerita nie setiap hari Isnin-Khamis,pukul 10 malam..err..tolong promosi plak, padahal astro dah kaya giller-giller (nampak sangat saya sedang mengarut ntah apa-apa kan :p) 

Okeh mempersembahkan 'Adam & Hawa' versi drama :


Tolong lah saya nih!!lepas-lepas raya nie memang menjadi-jadi kemengarutannya!
maaf yer kawan-kawan..huhuhu..

Wednesday, August 1, 2012

Getting Older! (~ _ ~)

Ogos..August..
adalah bulan menjadi tua!!
selamat hari tua kepada sesiapa pun yang bersama-sama menjadi tua dalam bulan ini...
kenapa mesti ada rasa tak best bila meningkat usia?
usia is just a number right...
hikhikhik..

tapi...
hari nie saya belum cukup tua lagi..
menghitung hari untuk menjadi tua secara officially..
:p

boleh tak nak cakap:
OH! TIDAK!!!

Wednesday, May 30, 2012

~Cinta hati adalah sahabat sejati~

Cuti sekolah bermula!!!
Yeah..menghabiskan hari terakhir sekolah dengan membawa bekalan kerja untuk cuti sekolah. Apa tidaknya,kertas peperiksaan subjek yang saya ajar berlangsung pada hari jumaat terakhir sekolah. Tahun ini punya jadual peperiksaan memang lain dari tahun sebelum-sebelumnya. Kalau dulu,subjek Pendidikan Islam mesti hari pertama,sekarang diletakkan pada hari terakhir...hurmmm...agak mengecewakan,sebab masa tu budak-budak dah tak fikir nak baca buku. Dalam fikiran dorang dah rangka macam-macam aktiviti untuk bercuti. Dah tak sabar-sabar nak cuti. Dunia globalisasi sekarang,semuanya nak kejar pencapaian terbaik dalam subjek-subjek peperiksaan besar. Bila Pendidikan Islam tidak termasuk dalam list peperiksaan besar,maka dengan itu ianya dipandang enteng sahaja. Sebelah mata pun kadang-kadang mereka tak pandang. Sedangkan itu ilmu FARDHU AIN....wajib di sisi Allah. Subjek-subjek yang FARDHU KIFAYAH pula yang nak dikejar-kejarkan,yang nak dinaikkan peratusnya. Itulah hakikat dunia. Akhirat selalu dilupa.

OK.stop pasal sekolah dan masalahnya sekejap. Last sunday,adik saya bertunang. Busylah saya menyediakan segala macam perkara,terutama bab-bab barang hantaran. 4 hari before the engagement day,baru saya gubah. Sebab balas 7 dulang jer dan 5 daripadanya adalah makanan. Terima kasih pada sahabat sejati saya, Wan Haninah sebab sudi berkampung 2 hari menolong kami sekeluarga berkenduri. Almaklum,semua buat sendiri dari hantaran,sampai bab masak-memasak. Kakak sulong saya tak dapat bersama kerana tuntutan kerja dia dan suami serta anaknya yang menghadiri perkhemahan sekolah. Bila ada Haninah,dapatlah mengisi ruang kerja yang ada.Thanks darling!! Juga buat sahabat comel,cantik menawan Fadhilah yang berlapang dada nak tolong make-up kan adik saya. Saya memang fail bab make-up ke touch-up ke...memang tak reti,muka sendiri pun tampal bedak baby jer..hehe..love both of u friends! 

Lepas settle hal kenduri,saya settlekan kertas-kertas peperiksaan. Alhamdulillah dua hari menanda kertas,maka siaplah semua kerja termasuk key-in markah secara online. Bab key-in markah nie,kalau boleh nak siap cepat jer,sebab saya malas hutang lama-lama dengan orang yang nak menguruskan markah peperiksaan sekolah nie,sesak nafas bila fikir!done everything.

Pastu masa untuk menghilangkan rindu pada kengkawan tempat kerja lama di Tanjung Karang. So, buat reservation awal-awal dengan dorang untuk keluar berbowling dan bertukar-tukar cerita. Kami janji jumpa hari rabu(hari inilah). Bangun pagi tadi,hujan lebat pulak. Tapi sebab dah lama sangat tak jumpa,maka hujan pun saya redah juga. Sampai kat Kuala Selangor lebih kurang pukul 11,main bowling 3 games pastu makan kat KFC. Makan kejap jer,tapi berlepaking lama jugaklah,sebab nak recall macam-macam story yang dah tertinggal hampir 2 bulan. Bila dah jumpa kawan-kawan nie,masa berlalu pun tak terasa. Sebab itu,saya cakap mereka adalah cinta hati saya. Sayang sangat dengan dorang sebab always be by my side. Terima kasih sahabat!

Minggu pertama cuti setakat ini alhamdulillah berjalan dengan sangat lancar. Tak sabar nak tunggu hari jumaat,tak sabar nak pergi Majlis Ta'lim pulak. Rindu sangat-sangat!!!dikelilingi oleh orang-orang yang bercahaya adalah sesuatu yang sangat istimewa :)

Thank you Allah!!!

Tuesday, May 1, 2012

A new post for a new month ;)

tik-tok-tik-tok
time flying...
fast..
very fast...
it's already a new month...
a new beginning...
a new day...
and...
i'm getting older..
ouch!!!
=(

but i'm felling younger..hehe
=)

Thursday, April 5, 2012

time is passing away...

Dah bulan April.
Cepat betul masa berlalu.
Tau-tau nanti dah akhir tahun.
Suku tahun pertama berlalu.
Apa agaknya perubahan yang kita dah buat?
Apa yang kita sedang usahakan?
Apa yang kita dah upgrade?
urmm...
kadang-kadang terfikir,terlalu banyak yang kita mahu.
Tapi usaha kita belum sebanyak kemahuan kita.
Tak ada kejayaan yang datang bergolek.
Tidak ada juga yang datang melayang.
Kena tingkatkan usaha biar sampai bergolek-melayang.
Susah sikit tidak mengapa.
Agar bahagia dan kejayaan yang kita cari Allah tunjukkan.

\(^_^)/ Gambate!!

Wednesday, December 28, 2011

Just Begin...

this owl look so happy to come back to school....

Kalau zaman sekolah rendah dulu,bila time bukak sekolah bukan main happy lagi,sebab tak sabar-sabar nak tayang baju sekolah baru,kasut baru,beg baru,pencil case baru,pemadam baru,pensil warna baru dan segala yang serba baru kat kengkawan sekolah......macam  ada pertandingan,siapa punya peralatan sekolah paling cantik tahun ini...huhuhu...pastu kalo tengok orang lain punya lagi cantik,mesti jeles...huhuhu..budak-budak betul!
this monkey doesn'tlook happy at all....

Bila dah masuk sekolah menengah,dah dok kat asrama...time-time nak buka sekolah rasa macam...aduhaiiiii.. sekejapnye cuti...tak puas lagi dok kat umah..dah nak kena balik hostel. Punyelah malas tahap gaban nak balik hostel...kalo boleh sampai malam-malam lagi bagus. Kalau boleh nak datang hari isnin jer terus(huh~macam dekat jer kan). Tapi,bila dah sampai je kat hostel,dah jumpe member,tak de la plak perasaan sedih meninggalkan rumah ke ape...sibuk nak cerita macam-macaam benda...mulut macam tak leh nak berhenti nak bercerita..kat bilik ke..kat surau ke..kat dewan makan ke..masa prep ke..time baru-baru sampai dari balik bercuti...memang riuh..memang macam langau bunyinye...time tuh warden round senyap ler barang seminit-dua..bila hilang jer bayang warden..otomatik...terus bersuara balik..huhuhu...sampai tak tidur lah kalo dah sibuk nak cerita itu-ini (lagi2 time2 nie..selalunya budak hostel susah nak tidur..kenkonon sebab peralihan tempat tido)..

he's look prepared and happy to be in school again...
(pssttt..he is a teacher)

Bila dah jadi cikgu..bila nak buka sekolah..sibuk fikir perancangan..2-3 minggu sebelum buka sekolah dah sibuk buat rancangan tahunan untuk macam-macam program yang nak di buat. Mula-mula memang macam pening,sebab benda tak mula lagi. Once,dah mula buat kerja..dah macam lipas kudung pun ade jugak..lama-lama,dah adapt balik dengan segala macam kerja dan program yang tak pernah habis dan segala macam target yang nak dicapai...baru boleh tarik nafas sikit..bila dah nak akhir tahun..mula busy balik..mula jadik lipas kudung balik..bila semua benda dah submit..baru boleh tarik nafas balik..dan begitulah seterusnya...

mood: 
kembali ke sekolah
(^_^)v

mari bersekolah dengan gembira :)

Sunday, June 12, 2011

Lemau

Dah macam biskut pun ada kot...bayangkan kalau biskut lemau..mesti dah tak best nak makan..cicah ngan air pun tak sedap jugak kan?? ahahaha..macam tulah gak rasanya saya sekarang nie...penangan cuti skolah la nie..kan dah jadik malas tahap dewa dah nak gi skolah esok..siap kira-kira dalam hati (betul ke esok skolah???) macam budak-budak jer...rasanya sama macam dah cuti lama kat umah pastu nak kena balik hostel..adoooiiii..

Dalam malas-malas tuh..baju tuk pakai seminggu dah siap iron~ahaks~ada rajin nye jugak kan (^__^)
Gambate!!!

Friday, March 25, 2011

Macam siput....

diwaktu-waktu kritikal begini...
selalu jer masalah timbul dengan suka-rianya...
(mungkin sebab ini waktu busy..jadi masalah kecik macam mikroorganisma leh jadik besau macam gajah)

waaaaaaaa.....
kenapa lah tenet nie slow sangat...
nak download 1 document pun lama tahap dewa!
nak kata lambat macam siput pun tak...
sebab dia lagi slow dari siput...
kalau siput ada time nie..
mesti siput tu menang pertandingan berlumba mendownload...

siput oh...siput....
(siput nie comel sbb cengkerang dia kaler pink!)

Thursday, March 24, 2011

Hari ini...

Keluar rumah pagi tadi hujan gerimis tak gerimis...lebat tak lebat...tapi boleh kuyup lah kalau berjalan dalam hujan ala-ala hero-heroin hindustan tu. Sampai simpang kat depan rumah,macam biasa mesti menoleh ke kiri bahu jalan, sekadar memandang makcik jual nasik lemak. Kalau dia terpandang,saya angkat tangan...kalau dia tak pandang,saya teruskan perjalanan.

Selalunya seawal 6.30 pagi gerai dia dah penuh dengan orang yang nak membeli nasi lemak atau kuih muih...sebab tu kadang-kadang dia tak terpandang saya yang memang lalu depan gerai dia tiap-tiap hari. Kadang-kadang saya rajin jugak singgah membeli kat gerai dia bila tak sempat nak buat sarapan kat rumah. Gerai dia antara yang terawal beroperasi,sebab tu sentisa menjadi pilihan penduduk sekitar kawasan perumahan saya tu.

Pagi tadi,gerai dia kosong...takde pelanggan,mungkin sebab hujan. Bila saya pandang ke gerai dia,hati saya jadi sayu pulak...kesian mak cik tu takde pelanggan..saya pun memang tak sempat nak singgah...masih beralaasankan hujan dan kebetulan hari  ni mak saya goreng nasi,jadi saya bawa bekal nasi goreng ke sekolah.
Hujan tu diumpamakan seperti rezeki...memberi subur pada tanah dan pohon-pohon. Juga memberi air pada sungai dan lautan...tapi kadang-kadang hujan pun jadi punca kepada kesakitan dan kecelakaan seperti banjir. Kadang-kala hujan juga boleh jadi sebab,rezeki kita kurang pada hari itu...apapun kita harus bersyukur,sebab Allah masih beri kita peluang untuk mencari rezeki yang halal dan harapnya berbarakah...

Wednesday, March 23, 2011

--takde pape--

Kain pelekat..lalalala..
kain pelekat..lalalala..
kain pelekat...dipakai pelbagai gunaaa....

glemer kain pelekat...
kenapa tak de lagu kain batik erk...
kain batik lagi glemer...
siap ada batik 1Malaysia lagik..
(sumer benda pun nak di 1Malaysiakan...yang sebenarnye lah..)

pe citer sebenarnye????
tak lain tak bukan...
mari menggosok baju batik...
bukan kain batik...
kalo kain batik takyah susah payah nak gosong..
sarung jer...
baju batik nie..bercinta nak menggosoknye..
pastu bukan main senang dia nak berkedut balik...
ish...
pe leh wat..
dah setiap khamis kena pakai baju batik...
layan kan jer lah yer...

selamat hari khamis korang!!!
:)
ngeee

Sunday, March 20, 2011

Tak Nak Percaya!!!

Cuti sekolah sudah berakhir...
sekejapnye...
uhuk..uhuk..uhuk..
esok kena pergi SEKOLAH!!!
erm..
dari kecik sampai besau kena gi sekolah...
saya kan rajin...
ha..ha..ha..

Tuesday, December 7, 2010

Terbang hai burung terbang...

Pernah nyanyi lagu tu tak??saya tahu part tu jer..sebelum dan selepasnya saya tak tahu....siapa tahu,sila sambungkan..hehehe..sambil membayangkan burung yang sedang terbang melayang...

Burung terbang memang seronok di pandang..kalau budak2 tengok lagi dorang suka sangat2 kan..tapi alkisahnya hari nie bukan pasal burung yang terbang melayang...

Hari nie..cuti(memang tiap2 hari pun saya cuti..hik..hik..)..rumah nie sunyi sepi..sebab budak2 semua telah diposkan ke rumah abang..jadi mereka akan membuat pesta riuh rendah dan main bersepah-sepah di rumah abang saya..bagus...hahaha..

Pagi-pagi saya bangun dengan niat suci murni..mau service kereta...jadi lapas settle segala kerja di rumah,saya mula start engine kereta..destinasi pertama ialah pergi bank kuarkan duit untuk bayaran service.. sebelum balik umah,singgah kedai tikar getah..beli tikar getah nak tukar tikar kat bilik (harapannya nak buat operasi bilik secara menyeluruh hari ni..yeeahhh..cayok!cayok!). Selesai memilih dan membeli tikar getah saya terus bergegas ke bengkel kereta,abah saya dah sedia menunggu kat bengkel..

Sampai2 jer..Taukeh bengkel belek2 tayar kereta..(memang nak service tayar pun..sebab balancing dah lari banyak...)

"aya..ini tayar sudah teruk ma..kena tukak balu..."

dalam fikiran saya : terbayang duit2 mula tumbuh kepak dan melayang..layang...uhuks!
dalam hati saya : "alamak..habis mesti kena banyak nie....aduyyaaaii.."

selepas berbincang..(ewah..macam hebat jer pasal tayar..sedangkan hampeh!tau balun jer..akekeke) kira-tolak-bahagi-campur..taukeh tu bagitau...

"semua sekali dengan service alingment balancing RM350"

terasa kempis jer poket..bila dengar harganya..walaupun abang saya kata standard la tuh..tapinya memangdangkan expidisi cuti sakan yang tak hingat dunia..selepas ini kena berjimat cermat!

Maka kisahnya adalah...
duit saya yang terbang melayang...masuk dalam poket taukeh bengkel..dan taukeh itu mesti terasa masyuk dan gembira melayang-layang..sebab hari  nie memang ramai costumer dia mesti dia bayangkan diri dia seperti...

Jutawan yang kaya raya..duit terbang-terbang sekeliling dia...

p/s:
Slam Ma'al Hijrah
1 Muharam 1432 Hijrah

azam tahun baru:
sila banyakkan menabung dan berjimat-cermat selalu...amalan mulia sepanjang hayat..

Thursday, November 11, 2010

Jumaat yang bukan sepatutnya...

Selalunya saya memang tak sabar-sabar tunggu hujung minggu. Tak sabar-sabar tunggu hari Jumaat menjelma. Bila bangun tidur di pagi Jumaat,walaupun hujan ribut melanda,saya tetap tersenyum.

Esok hari Jumaat,hari yang sepatutnya saya gembira menyambutnya. Hari yang ditunggu dengan penuh teruja selama ini menjadi hari yang saya rasa paling tak best nak hadapi...huhuhu...

Kalau esok saya boleh pergi ke sekolah seperti biasa,balik sekolah seperti biasa, solat zohor..kemudian bersedia untuk pulang ke rumah mak dan abah tercinta...alangkah seronoknya....

Andai esok saya bisa memandu kereta kecil warna merah saya untuk berada bersama keluarga tersayang tentu sangat-sangat menggembirakan hati...

Tapi esok,saya tak boleh melakukan rutin mingguan itu...pagi esok,arah tujuan saya bukan sekolah..esok arah tujuan saya telah ditukar. Kereta kecil warna merah itu tak boleh saya pandu untuk pulang ke kampung halaman(kampung lah sangat....). Alangkah sedihnya rasa hati. Alangkah tidak bestnya perasaan di kala ini. Alangkah tidak seronoknya saya menanti hari esok yang bakal menjelma....isk..isk..isk...

Kenapalah saya kena pergi camping tu esok????kalau ada kengkawan se'klik' ok ler jugak..ini kena gi dgn orang yang kureng 'klik' itu yang rawan hati nie...aduhaaaaiiiiiiii...jumaat..sabtu..ahad...harap-harap ada perkara yang boleh menggembirakan hati di sana nanti.

Mungkin Gunung Angsi boleh menjadi penawar rawan di hati...harap-harap dorang nak daki gunung tuh...harap-harap..dan harap..dan harap...

Tuesday, November 9, 2010

Rezeki jangan ditolak..Musuh jangan dicari...

Di suatu pagi yang hening..sejuk..damai..dengan hujan yang ala-ala manja turun membasahi bumi...

"jom pergi makan..aku rasa lapar lah.."

"ala..aku tak de perasaan nak makan...ko pergi la dulu.."

"kalo taknak makan,minum jer la..teman kan aku makan..."

"erm..boleh la..tak dapat necafe lagi hari nie..."

Maka..bertemankan segelas nescefe 'o' suam...dia hanya memerhatikan sahabatnya mengadap nasi dengan berseleranya...Dia,memang hilang selera pagi itu..mugkin kerana semalam sudah mengadap sepinggan nasi goreng kampung kurang lazat..menyebabkan seleranya pagi tu menjadi sangat tawar...uiihhh..eksen sungguh!

Selepas beberapa jam...Dia kalih kiri-kanan...kejap ke pantry...kejap ke meja tamu..."alamak..tak ada mende nak makan..."perut makin berkeriut-keriut...jam ditangan ditelek-telek...

"ko nie dah kenapa?"

"lambat pulak masa berlalu...cepatlah balik..."

"uih..kerja melambak..titibe nak baliik cepat..nape?"

"aku laparrrr...aduhh tak larat nak tahan dah..."

"tu lah..tadi orang suruh makan..sombong...ha..kan dah lapar...nak ajak aku gi makan tengahari pulak la tuh.."

dia sengeh...

"pandai!kita gi makan..pastu ko leh lepak umah aku..siapkan kerja..ok tak??"

"ye la..ye la..kang kebuluq plak..."

maka..sampailah mereka di kedai makan tepi jalan. Dia...tak toleh kiri kanan...pinggan nasi bersambut...lauk di senduk cepat...terus duduk...

"uit..takkan jadi bisu kot.."

..........

"terus tak bercakap...memang lapar betul nie..."

.........

itu lah..bak kata orang tua-tua..rezeki pagi hari jangan ditolak..kalo di tolak maka berlapar lah anda di kemudian masa...

blluuurrrpppp....alhamdulillah...kenyang jugak...habis seksa perut...

hehehe...

Monday, November 8, 2010

Yesss!!!!!!1...2...3...

Fuhhh...
Setalah seminggu berlalu..akhirnya,blog nie berjaya berfungsi semula. Tak taulah apa masalah problemnya sampai saya tak leh access ke akaun blogger sendiri. Setelah selidik mengkaji dan betanya kepada mereka-mereka yang berkenaan..rupa-rupanya,bukanlah masalah itu berpunca dari blogger.com nie..tapi rupa-rupanya saya perlu menggunakan pintu internet explorer baru boleh masuk kunci umah...selama-lama ini saya gunakan mozila firefox. Mungkin kerana serigala tu dah kehilangan 'fire'nya maka katanya blogger.com terlalu berat untuk di accessnya ..apa-apalah en.fox..yang pasti tanks to en.explorer,kerana akhirnya saya masih boleh masuk ke rumah sendiri dan mengepos entry ini..(bukan masalah besau mana pun rupanya..)


Minggu-minggu mendung musim tengkujuh dah mula mengintai-ngintai..kejap-kejap macam nak hujan...tapi tak hujan..kejap-kejap nanti turun hujan renyai-renyai..kalau nasib baik lagi,lebat pulak jadinya...bila dah semendang mendung jer..perut pun semendang lapooorr aje...inilah yang dinamakan musim menambah lemak di badan...(yang sebenarnya sentiasa bertambah..entah bila masa pulak nak berkurang pun koi tak tau..)..


Sejak semalam tanam azam...nak kena buat exercise tiap-tiap hari..hahaha..harapan yang masih lagi menggunung tinggi...harapan seterusnya..semoga terlaksana yer cik izzah..hehe (sila berdoa bersama-sama saya.. hikhik..) semoga cuaca juga mengizinkan..(alasan yang sentiasa menjadi alasan..hahaha..)


Apa-apa pun..mari kita terus berusaha untuk jadi warga yang sihat di hujung-hujung tahun..dan di musim tengkujuh ini..majulah sukan untuk negara!!!!------minah ini sudah senget yang sebenarnya-------! (^v^)

Monday, August 2, 2010

Pembuli Jalan!

Ada yang kena buli ke hari nie? hari nie,keta saya rehat..tak bergerak pun..jadi,saya tidak membuli dan tidak juga dibuli. 

Saya rasa...saya belum lagi berpengalaman berhadapan dengan pembuli jalan. Mungkin kerana saya bekerja di kawasan yang tidak mempunyai terlalu banyak kenderaan,jadi kuranglah kebarangkalian untuk berdepan pembuli jalan. Mungkin juga kerana saya tidak menganggap mereka yang cuba membuli saya di atas jalan raya itu sebagai pembuli,jadi saya tidak lah rasa dibuli..kiranya niat mereka tidak kesampaianlah..hehehe..kesian...

Kenapa saya cakap macam tu?sebab..saya adalah pemandu yang sangat tidak suka membunyikan hon. Rasanya tidak pernah pun bunyikan hon dalam keadaan kritikal macamana pun. Selalu yang rajin tolong tekan hon ialah penumpang di sebelah saya...mereka yang selalunya over react..hahhahha..yer ker? atau saya yang tidak berperasaan ketika memandu? saya lebih suka beralah...tekan2 hon pun rasanya tidak menyelesaikan apa2 masalah...kalau salah tekan kang tak pasal2 kena kejar plak..dah bergaduh..lagi tak best kan?

Saya tak tahulah betul ke tak tindakan saya nie,sebab kadang2 adik atau kawan2 yang naik kereta dengan saya sampai marah saya sebab tak hon bila ada pemandu yang buat hal di atas jalan raya..yang mungkin mengundang kemalangan kecil atau besar..tapi memang sudah begitulah keadaannya kalau saya memandu..tak reti nak meng'hon'...kalau nak tau..kalau saya potong motor atau kenderaan yang lambat depan saya saya siap cakap dalam hati..."tumpang lalu pakcik..nak cepat nie.."dengan harapan dorang memahami......hahhahha..kenyataan tau! lagi2 kalau orang tua naik motor...ntah apa2 kan...

Kadang2 memang rasa perlu tekan hon..tapi,saya tak pernah rasa nak tekan..kadang2 macam lupa yang kereta tu ada hon... lain orang lain ragam kan...terimalah seadanya.. :)

Pon..pon..pon..