Wednesday, June 27, 2012

(T_T)

It's was a bad day!

~saya hanya ingin merepek sahaja di sini hari ini~

Hari yang sangat-sangat tidak best. Mungkin bukan yang paling tak best. Tapi hari ini saya hilang fokus menjalani hari dengan seadanya dan bersahaja.

Selalunya tidaklah sebegini. Tapi,entah kenapa hati saya rasa sakit hari ini. Saya cuba belajar untuk menjadi 'ok' tapi seakannya saya tewas. Ya!saya selalu,sering malah sangat kerap bekongsi tentang redha,sabar dan ikhlas dalam apa jua keadaan yang berlaku. Kenapa? kerana itu adalah nasihat untuk diri saya, motivasi buat saya,dan satu usaha untuk mengingatkan diri saya untuk terus mencari redha,sabar dan ikhlas itu dalam diri saya. Kenapa saya masih belum jumpa?Hampanya saya. Saya gagal menjadi hamba yang baik kepada Allah. GAGAL!

"Ya Allah janganlah engkau biarkan aku menjadi orang yang sia-sia hidupnya kerana dunia dan jadikanlah aku hamba-Mu yang sentiasa menjadikan hidupku lebih bermakna demi akhiratku"

"Ya Allah hilangkanlah dunia dalam kehidupanku dan hidupkanlah akhirat buatku.."

Ya Qawwiyyu Ya matin
(yang Maha Kuat dan Maha Teguh)
Berilah aku kekuatan dan keteguhanMu ya Allah...

Wednesday, June 20, 2012

Di mana ada kemahuan.

Assalamualaikum...


Sangat tertarik dengan kata-kata dalam gambar ni. Sangat betul kan? it's always a way to be better. Allah sentiasa ada bersama kita, Allah sentiasa tahu isi hati kita, Allah sentiasa memberi apa yang kita perlukan.

Bila niat di hati itu suci dan murni, jalan untuk mendapatkan apa yang di hati itu insyaAllah akan menjadi mudah. Tinggal saja kita tekad sebulat hati dan tawakkal kepada Allah dengan usaha yang bersungguh, maka Allah akan lorongkan jalan-jalan kebaikan kepada kita.

Jika kita mahu memilih jalan yang baik, akan terlihat oleh kita begitu ramai orang-orang yang boleh memimpin kita melalui jalan itu. Bila kita mula mendekatkan diri kepada Allah, secara sedikit-sedikit Allah akan bantu kita untuk menjauh dari perbuatan yang sia-sia. Tanpa kita sedari,kita tidak lagi memerlukan hiburan yang sia-sia,bicara yang sia-sia dan berbuat sesuatu yang sia-sia. Itu sebenarnya adalah bantuan dari Allah yang menghijab hati kita dengan hijab-hijab kebaikan.

Andai dalam hati itu telah terdetik untuk memperbaiki hidup agar lebih bermakna di sisi Allah. Mari,pejamkan mata dan tinggal apa yang menjadi kecintaan dunia dengan membuka mata kepada apa yang menjadi kecintaan akhirat. Jangan bertangguh dengan mengatakan kepadatan masa sebagai alasan. Tinggalkan satu kebiasaan dunia dan gantikannya dengan menghadiri kelas-kelas agama,kuliah-kuliah di masjid atau surau atau boleh juga menghadiri sesi-sesi usrah yang semakin menjadi pilihan ramai. Sekurang-kurangnya sekali seminggu. Bila kita mula menghadiri majlis ilmu,kita pasti akan jatuh cinta untuk terus istiqamah bersamanya.

Ya ilmu Allah itu,ada dimana pun. Tidak perlu berpayah-payah. Di mana ada kemahuan, di situ Allah beri jalan.

Sunday, June 17, 2012

Duhai cahaya hati kami

video

Mari sama-sama mendegar dan mengikuti qasidah 'Solatun bissalami' yang sangat menyentuh hati ini. Moga-moga akan menambahkan rasa cinta kita kepada baginda Rasulullah s.a.w.


Terjemahan qasidah ini:

Selawat serta salamku persembahkan kepadamu wahai kekasihku,
Sebagai bukti keteguhanku,wahai Nabi saw (kekasihku),
Engkaulah sebenar-benarnya pemberi peringatan pada masamu wahai kekasihku,
Wahai Rasulullah saw yang bercahaya wajahnya penunjuk jalan kebenaran,
Tak lekang selawat tercurah padamu wahai pembawa kebenaran, 
Laksana hembusan angin yang kencang.

Mahabbah Rasulullah & Cinta Masjid

Assalamualaikum...
Salam Isra' & Mi'raj...

Alhamdulillah sejak kebelakangan ini semakin banyak aktiviti menambahkan rasa hampirnya kita kepada Rasulullah s.a.w. Program-program yang bersusun bermula minggu lepas bagi mengingati peristiwa yang menjadi mukjizat agung kepada Nabi tercinta Nabi Muhammad s.a.w. Tinggal kita sahaja yang memilih untuk berada dimana ketika majlis-majlis ilmu bagi menambah rasa mahabbah kita kepada Rasulullah ini dijalankan. Alangkah beruntungnya kita jika kita dapat bersama-sama merasai keagunggan Allah dan ketinggian darjat Rasulullah serta mengambilnya sebagai iktibar.

Antara program besar yang dijalankan salah satunya adalah progran 'Cinta Masjid' yang berlangsung di Masjid Negeri Selangor,Masjid Sultan Sallahuddin Abdul Aziz Shah,Shah Alam. Merupakan satu program bermanfaat yang disediakan oleh TValhijrah bagi memupuk rasa cinta untuk mendekatkan diri kita ke masjid.


Alhamdulillah semalam saya diberi kelapangan untuk menghadiri salah satu aktiviti dalam program 'Cinta Masjid' ini iaitu aktiviti 'Selangor Berselawat'. Apa yang saya boleh katakan 'Allahu Akbar' betapa hati rasa sangat seronok bila mendengar Qasidah dan selawat nabi bergema di dalam masjid yang besar itu. Melihatkan betapa ramai umat Muhammad yang mula mencintai majlis-majlis sebegini. Tahniah buat semua yang telah berusaha sejak awal lagi untuk menjadikan program selawat ini begitu dicintai. Moga-moga selawat yang kita sebutkan akan didengar oleh baginda Rasulullah. InsyaAllah....


 -sesi rehearsal usai solat Asar- 
-Kumpulan Selawat & Adik-adik ASIQS bersama Imam Besar masjid Negeri-

Petang ini insyaAllah akan diadakan pula ceramah tentang isra' & mi'raj oleh Ustaz Don Daniyal selepas waktu zohor. Moga Allah memberi kelapangan kepada kita untuk terus menghadiri majlis-majlis ilmu dan mencintainya.Dan semoga Allah terus menetaokan hati-hati kita dalam iman dan menambahkan ketaqwaan dalam diri kita. InsyaAllah.

-Ustaz Don semasa ceramah Maulidurrasul-

so true...

Kredit gambar to:
My Own album

Wednesday, June 13, 2012

Seindah Budi pekerti,Secantik Akhlak Terpuji.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Allahumma Solli 'Ala Saiyyidina Muhammad.

Saya mendengar satu kuliah tentang keindahan akhlak Rasulullah. Sememangnya tidak disangkal lagi bahawa sebaik-baik manusia yang dijadikan Allah di muka bumi ini adalah Muhammad S.A.W. Betapa akhlaknya disamakan dengan al-Quran. Setiap kali mendengar kisah-kisah tentang baginda rasul ini, tidak boleh tidak, hati terasa sayu, tersentuh dan rasa sangat ingin bertemu,bertentang mata dan berhadapan dengan insan agung yang dicintai Allah dan seluruh malaikat ini.

Saya mendengar kuliah dari Habib Ali Zaenal Abidin al-Hamid di Majlis Ta'lim ketika maulid bulanan yang lalu. Kali ini,beliau menghuraikan sedikit tentang keindahan akhlak Rasulullah S.A.W. Dalam muqaddimahnya beliau menyebut:
Rasulullah s.a.w adalah seorang yang sangat menakjubkan dari segala segi termasuk akhlaknya. Jika hendak diceritakan tentang keindahan akhlak Rasulullah s.a.w secara keseluruhannya memang tidak akan pernah habis. Sehingga habis semua kata-kata yang baik masih tidak akan habis cerita tentang keindahan akhlak baginda.

Mendengarkannya tergambar di minda dan hati saya betapa beruntungnya para sahabat dan sahabiah yang bisa berkumpul bersama-sama baginda. Bertukar-tukar pendapat,saling melihat antara satu sama lain, menyaksikan betapa indahnya baginda rasul,melihat senyuman baginda,mendengar suara baginda dan menyaksikan perjalanan dakwah dan hidup baginda. Betapa cemburunya saya (T_T).

Bayangkan sahaja, bila kita melihat orang-orang soleh di sekitar kita,yang baik budi pekertinya,yang sopan tingkah lakunya, yang santun tutur katanya,sudah kita rasa terkagum dengan mereka, sudah kita rasa baiknya mereka, sudah kita berkira-kira alangkah baiknya jika aku bisa berkelakuan sepertinya. Bayangkan bagaimana indahnya Rasulullah S.A.W. Kerana mereka ini berusaha untuk mencontohi baginda yang mungkin jika ingin dibuat perbandingan hanya 1/4 sahaja akhlak baginda rasul yang mereka mampu praktikkan,belum sampai keseluruhannya sudah bisa buat kita terkagum,terinspirasi dan terasa takjub. Bayangkan bagaimana tingginya pekerti baginda.Tidak tergambar kan? Aduh...terasa ingin sangat bertemu dengannya.

Moga saja ucapan cinta,kasih dan rindu ini didengari oleh baginda, moga saja kita boleh berkumpul bersama-sama baginda nanti di syurga...ya Allah perkenankanlah.

Mood:
Sangat-sangat rindu ya Rasulullah
:'(


 
 
 

Sunday, June 10, 2012

Bila Hidayah Menemuimu

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...
~Sedikit perkongsian dari Program 'A Moment To Remember With Oki And Wardina'~

Mendengar kisah-kisah mereka yang dipilih Allah untuk kembali kepada fitrah sangat mengujakan hati saya. Saya sering rasa iri dengan mereka kerana telah di pilih Allah untuk merasa betapa manisnya hidayah. Betapa besarnya harga sebuah hidayah itu hanya mereka yang tahu. Betapa indahnya hidayah itu hanya mereka yang rasa. Hidayah itu datang dengan cara-cara yang berbeza,tapi impak rasanya ya Allah...sangat hebat!! Saya yakin sangat hebat. Kerana Allah tidak memberi hidayah kepada semua orang,sebaliknya Allah memilih beberapa orang hambanya untuk diberi hidayah.

Seperti yang dikongsikan oleh Oki Setiana Dewi, hidayah itu bila diberi oleh Allah kita perlu hargai. Hidayah itu perlu dijaga. Bila Allah telah memberi,Allah juga akan menguji. Ujian Allah sangat hebat. Andai saja hati itu tidak tetap,mudah saja hamba itu berpaling dari Allah. Hidayah itu butuh usaha untuk mengekalkannya. Hidayah perlu dicari,bukan datang dengan sendiri. Hidayah tidak akan datang pada orang yang bersenang-senang tanpa bangun,berjalan dan mencarinya. Hidayah itu perlu di isi dengan ilmu. Kerana tanpa ilmu,ianya tidak akan jadi sesuatu yang berharga. Ilmu itu perlu dicari. Maka,mulalah berdamping rapat dengan insan-insan soleh dan rasalah betapa cemburunya bila melihat para soleh-solehah ini beribadah semata-mata untuk mendapat redha dari Allah. Bila kita mula iri dengan ibadah-ibadah mereka,pasti kita akan berusaha untuk memperbaiki ibadah dan ilmu kita supaya kita akan benar-benar rasa ibadah yang kita lakukan adalah untuk mencari redha Allah semata-mata. 

Selepas diberi hidayah,dia mencari hidayah dan mengajak orang lain merasa indahnya hidup dalam lembayung hidayah Allah. Dia menjadi seorang muslimah yang menjadikan sesiapa pun sebagai teman,supaya dia boleh mengenal dunia dari pelbagai sudut yang berbeza. Mendekati anak-anak kecil, merapati orang-orang jalanan dan mendekati banduan-banduan di penjara. Dari mereka dia belajar untuk hidup dengan lebih baik. Dari mereka dia belajar bahawa kepelbagaian itu adalah keindahan yang diberi Allah untuk kita cari tahu apa hikmahnya. Beliau mengajar banduan-banduan di penjara untuk mengenal al-Quran bersama peminat-peminatnya yang digelar 'Sahabat Oki Setiana Dewi'. Dari buah fikirannya sendiri,kerana dia merasakan orang-orang yang meminati beliau itu tidak perlu disia-siakan, maka dia mengajak mereka melakukan kebaikan yang pahalanya mengalir dan dikongsi bersama. Ya,mengajar orang lain ilmu yang bermanfaat dan ilmu itu berguna serta disampaikan kepada orang lain,itu adalah saham akhirat yang diambil Oki sebagai satu usaha yang sangat baik.

Saat mendengar setiap tutur kata mbak Oki dan caranya menampilkan dirinya saya jadi cemburu. Saya benar-benar cemburu dengan kemuslimahan beliau. Betapa dia solehah dari tutur katanya serta akhlak dan adabnya. Kebanggaannya adalah menunjukkan imej muslimah yang berprestasi. Seorang muslimah yang kuat,yang boleh berjaya dengan imej muslimahnya. Seorang muslimah yang boleh memberi kesan kepada orang lain kerana akhlak islamnya. Seorang muslimah yang mengekalkan perintah Allah sebagai keutamaan dan redha Allah sebagai matlamatnya. Siapa yang tidak cemburu dengan muslimah hebat begitu. Dia lembut,sopan dan sangat santun,tapi sangat berinspirasi.

Terlalu banyak yang saya peroleh dari beliau. Ya,saya sangat terinspirasi dengan Oki Setiana Dewi. Banyak perkara yang beliau lakukan adalah secara bersama. Kebersamaan itu yang menjadikan beliau unik di mata saya. Saya sangat menyarankan andai satu hari nanti kalian berkesempatan untuk menemui beliau,lakukanlah...kerana terlalu banyak kebaikan yang akan kalian perolehi. Beliau mengingatkan saya kepada satu hadis Nabi s.a.w "Sebaik-baik manusia itu adalah yang paling banyak manfaatnya kepada orang lain"-hadis riwayat al-bukhari-

Nota Hati:
Moga saja saya bisa menjadi orang yang bisa memberi manfaat kepada orang lain.
Menjadi orang yang sentiasa berusaha menjadi hamba Allah yang baik.
Menjadi orang yang sabar dan redha dengan ujian-Nya.
Menjadi orang yang selalu mencintai orang-orang yang beriman dan beramal soleh.


A Moment To Remember


Alhamdulillah,saya baru pulang dari menghadiri majlis ini. Pada siangnya bersama Oki Setiana Dewi untuk program bedah buku "sejuta pelangi". Secara keseluruhannya,saya rasa bersyukur dapat mendengar bicara beliau yang sangat santun dan teratur bahasanya. Event ini satu event yang sangat bagus dan mengesankan,memang tak rugi menjadi sebahagian daripada insan-insan yang Allah beri kelapangan untuk hadir disini. Terlalu banyak perkongsian yang sangat berharga dari Oki dan Wardina. Tahniah buat One Heart creative Solution atas usaha menganjurkan event yang bermanfaat ini. Semoga akan ada banyak lagi perkongsian seumpama ini dimasa-masa akan datang. Bagi yang tidak berkesempatan hari ini,malam esok Oki akan berada di UKM,insyaAllah anda akan mendapat sesuatu daripada beliau. Lepas ni,kalau oki datang KL lagi,insyaAllah saya akan berbesar hati untuk mendengar kata-kata berharga darinya. Sangat best!

Nota Hati:
InsyaAllah perkongsian dari majlis ini akan menyusul pada entry akan datang ye (^_^)
lot's of inspiration...

Friday, June 8, 2012

Hari paling baik



Assalamualaikum...
Salam Jumaah barokah...

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :



“Hari paling baik di mana matahari terbit pada hari itu adalah hari jumaat, pada hari itu Nabi Adam a.s diciptakan, dan pada hari itu pula Nabi Adam a.s dimasukkan ke dalam syurga, serta diturunkan dari syurga, pada hari itu juga kiamat akan terjadi, pada hari tersebut terdapat suatu waktu di mana tidaklah seorang mukmin solat menghadap ALLAH SWT mengharapkan kebaikan kecuali ALLAH SWT akan mengabulkan permintaannya.”(HR.Muslim)

Mari sama-sama melipatgandakan amalan kita di hari yang Allah beri keberkahan. Hari yang Allah jadikan dengan 1001 kebaikan. Hari yang Allah sembunyikan satu masa dimana doa-doa akan dimaqbulkan. Berniatlah dengan niat yang baik,beramallah dengan keikhlasan,dengan harapan Allah akan membuka pintu-pintu kebaikan buat kita dan menetapkan hati kita dalam iman dan islam serta menetapkan langkah kaki kita di atas jalan yang lurus,yang Dia redhai.

Hargai hari yang mulia ini kerana ini adalah hadiah Allah buat kita,hari untuk umat islam sebagaimana hadis Baginda s.a.w t yang diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

"Kita (umat Mujammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga,padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberi petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita isitu hari ini (jumaat) adalah untuk kita, esok (sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (ahad) untuk kaum Nasrani." (HR al-Bukhari)

"Ya Allah,berikanlah rahmat kepada kami dari sisiMu dan sempurnakanlah petunjuk yang lurus bagi kami dalam urusan kami" 
~al-kahf:ayat 10~




Thursday, June 7, 2012

Sudah sampai jodohnya...

Assalamualaikum...

Semoga hari-hari yang dilalui akan dilimpahi rahmat kasih sayang Allah...

Cerita ini dah terperap lama sebenarnya,dah basi 2 minggu,tapi saya nak cerita juga. Hari pertunangan satu-satunya adik perempuan saya yang gediks mengada-ngada tu ^_^.

Dia bertunang pada hari ahad 27 Mei 2012, dengan her lovely tunang en.Zikrey. Alhamdulillah,akhirnya mereka selamat bertunang dan akan melangsungkan majlis pernikahan pada 15 Sept 2012 dan kendurinya sehari selepas itu.

Nak dijadikan cerita,adik saya nie kira telah melangkah bendul.. (sebab kakak dia nie tak laku2 :P ). Masa hari kejadian,ramai la makcik2 yang bersalam dengan saya cakap "eh..makcik ingatkan kamu yang bertunang..." dan saya pun menjawab "eh..taklah,adik saya..jodoh dia datang dulu". Sepupu-sepapat pulak mula tanya "kamu dapat apa?langkah bendul kan?mesti kena bagi apa2 kat kamu". Hurrmmm...ya,memang keluarga mereka ada bagi saya sepasang kain untuk buat baju kurung,tapi saya tidak pernah terfikir untuk minta apa2 dari mereka, langkah bendul itu cuma istilah orang melayu kita sahaja. Takdirnya,Allah telah tentukan adik saya bertemu jodoh dahulu. Tidak menjadi apa-apa masalah pun pada diri saya. Saya sangat berbesar hati menguruskan majlis mereka,bersibuk-sibuk bersama mereka,ini kan sesuatu yang menggembirakan, sebab mereka melakukan sesuatu yang betul. Couple tu kan haram...jadi mereka nak menghalalkan hubungan itu dengan pernikahan. Melakukan apa yang Allah dan Rasul s.a.w perintahkan,jadi saya wajib menyambutnya dengan berlapang dada.

Saya gembira sebab keluarga saya semakin membesar. Saya gembira sebab mak dan abah saya dapat menantu-menantu yang baik-baik semuanya. Saya gembira sebab dapat menggembirakan keluarga saya. Saya gembira sebab saya suka buat semuanya yang menggembirakan saya juga.

Doa saya,semoga semuanya akan berjalan dengan lancar. Silaturrahim yang dibina akan direstui,diredhai dan mendapat keberkatan dari Allah. Hubungan kami sekeluarga akan kekal sampai nanti kami berkumpul bersama-sama disyurga. Perkenankanlah ya Allah.


yang lelaki tu,abang saya...muka dorang sama kan?sebab dagu dorang berdua ni sama panjang (^__^)