Tuesday, December 7, 2010

Terbang hai burung terbang...

Pernah nyanyi lagu tu tak??saya tahu part tu jer..sebelum dan selepasnya saya tak tahu....siapa tahu,sila sambungkan..hehehe..sambil membayangkan burung yang sedang terbang melayang...

Burung terbang memang seronok di pandang..kalau budak2 tengok lagi dorang suka sangat2 kan..tapi alkisahnya hari nie bukan pasal burung yang terbang melayang...

Hari nie..cuti(memang tiap2 hari pun saya cuti..hik..hik..)..rumah nie sunyi sepi..sebab budak2 semua telah diposkan ke rumah abang..jadi mereka akan membuat pesta riuh rendah dan main bersepah-sepah di rumah abang saya..bagus...hahaha..

Pagi-pagi saya bangun dengan niat suci murni..mau service kereta...jadi lapas settle segala kerja di rumah,saya mula start engine kereta..destinasi pertama ialah pergi bank kuarkan duit untuk bayaran service.. sebelum balik umah,singgah kedai tikar getah..beli tikar getah nak tukar tikar kat bilik (harapannya nak buat operasi bilik secara menyeluruh hari ni..yeeahhh..cayok!cayok!). Selesai memilih dan membeli tikar getah saya terus bergegas ke bengkel kereta,abah saya dah sedia menunggu kat bengkel..

Sampai2 jer..Taukeh bengkel belek2 tayar kereta..(memang nak service tayar pun..sebab balancing dah lari banyak...)

"aya..ini tayar sudah teruk ma..kena tukak balu..."

dalam fikiran saya : terbayang duit2 mula tumbuh kepak dan melayang..layang...uhuks!
dalam hati saya : "alamak..habis mesti kena banyak nie....aduyyaaaii.."

selepas berbincang..(ewah..macam hebat jer pasal tayar..sedangkan hampeh!tau balun jer..akekeke) kira-tolak-bahagi-campur..taukeh tu bagitau...

"semua sekali dengan service alingment balancing RM350"

terasa kempis jer poket..bila dengar harganya..walaupun abang saya kata standard la tuh..tapinya memangdangkan expidisi cuti sakan yang tak hingat dunia..selepas ini kena berjimat cermat!

Maka kisahnya adalah...
duit saya yang terbang melayang...masuk dalam poket taukeh bengkel..dan taukeh itu mesti terasa masyuk dan gembira melayang-layang..sebab hari  nie memang ramai costumer dia mesti dia bayangkan diri dia seperti...

Jutawan yang kaya raya..duit terbang-terbang sekeliling dia...

p/s:
Slam Ma'al Hijrah
1 Muharam 1432 Hijrah

azam tahun baru:
sila banyakkan menabung dan berjimat-cermat selalu...amalan mulia sepanjang hayat..

Wednesday, December 1, 2010

Cinta Adam dan Hawa



Seorang laki-laki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya,, Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebus nya dengan kehidupannya.

Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati nurani). Oleh karena itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikan nya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang istri yang penurut.

Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” Maksud nya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki.

Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu berarti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang.

kredit to:

Tuesday, November 30, 2010

Trip:cuti2 Malaysia part 1

Aloha....
Ini entry bergambar...sekeping gambar boleh menceritakan pelbagai rasa kan...jadi,saya ingin kongsikan beberapa keping gambar percutian di Teluk Nipah,Pangkor....layan jer lah... :)

 seronok..buat istana pasir (erk..istana ker???boleh lah..peralatan pembinaan tidak mencukupi..ahaks..) pastu tulis2 nama atas pasir..hehehe..untuk kenang-kenangan...kalau boleh ukir atas batu..dah ukir dah..hehehe..tapi tak boleh kan..pasir pun ok lah...

my dearie friends yang sangat best...percutian nie..kira macam percutian selamat tinggal buat kengkawan guru kat sekolah yang bakal saya tinggalkan sebab saya akan bertugas di sekolah baru next year...saya akan rindukan mereka dan segala kenangan yang ada bersama..dorang nie lah 'klik' paling best kat sekolah saya!

ini anak one of my friend..kak lin...walaupun dah ada anak..but still sanggup menemani saya..thanks kak lin!

seorang dari kawan saya nie dah pindah sekolah,seorang lagi bakal ditinggalkan..but friendship never end kan..together forever.. ;)

Thursday, November 11, 2010

Jumaat yang bukan sepatutnya...

Selalunya saya memang tak sabar-sabar tunggu hujung minggu. Tak sabar-sabar tunggu hari Jumaat menjelma. Bila bangun tidur di pagi Jumaat,walaupun hujan ribut melanda,saya tetap tersenyum.

Esok hari Jumaat,hari yang sepatutnya saya gembira menyambutnya. Hari yang ditunggu dengan penuh teruja selama ini menjadi hari yang saya rasa paling tak best nak hadapi...huhuhu...

Kalau esok saya boleh pergi ke sekolah seperti biasa,balik sekolah seperti biasa, solat zohor..kemudian bersedia untuk pulang ke rumah mak dan abah tercinta...alangkah seronoknya....

Andai esok saya bisa memandu kereta kecil warna merah saya untuk berada bersama keluarga tersayang tentu sangat-sangat menggembirakan hati...

Tapi esok,saya tak boleh melakukan rutin mingguan itu...pagi esok,arah tujuan saya bukan sekolah..esok arah tujuan saya telah ditukar. Kereta kecil warna merah itu tak boleh saya pandu untuk pulang ke kampung halaman(kampung lah sangat....). Alangkah sedihnya rasa hati. Alangkah tidak bestnya perasaan di kala ini. Alangkah tidak seronoknya saya menanti hari esok yang bakal menjelma....isk..isk..isk...

Kenapalah saya kena pergi camping tu esok????kalau ada kengkawan se'klik' ok ler jugak..ini kena gi dgn orang yang kureng 'klik' itu yang rawan hati nie...aduhaaaaiiiiiiii...jumaat..sabtu..ahad...harap-harap ada perkara yang boleh menggembirakan hati di sana nanti.

Mungkin Gunung Angsi boleh menjadi penawar rawan di hati...harap-harap dorang nak daki gunung tuh...harap-harap..dan harap..dan harap...

Tuesday, November 9, 2010

Rezeki jangan ditolak..Musuh jangan dicari...

Di suatu pagi yang hening..sejuk..damai..dengan hujan yang ala-ala manja turun membasahi bumi...

"jom pergi makan..aku rasa lapar lah.."

"ala..aku tak de perasaan nak makan...ko pergi la dulu.."

"kalo taknak makan,minum jer la..teman kan aku makan..."

"erm..boleh la..tak dapat necafe lagi hari nie..."

Maka..bertemankan segelas nescefe 'o' suam...dia hanya memerhatikan sahabatnya mengadap nasi dengan berseleranya...Dia,memang hilang selera pagi itu..mugkin kerana semalam sudah mengadap sepinggan nasi goreng kampung kurang lazat..menyebabkan seleranya pagi tu menjadi sangat tawar...uiihhh..eksen sungguh!

Selepas beberapa jam...Dia kalih kiri-kanan...kejap ke pantry...kejap ke meja tamu..."alamak..tak ada mende nak makan..."perut makin berkeriut-keriut...jam ditangan ditelek-telek...

"ko nie dah kenapa?"

"lambat pulak masa berlalu...cepatlah balik..."

"uih..kerja melambak..titibe nak baliik cepat..nape?"

"aku laparrrr...aduhh tak larat nak tahan dah..."

"tu lah..tadi orang suruh makan..sombong...ha..kan dah lapar...nak ajak aku gi makan tengahari pulak la tuh.."

dia sengeh...

"pandai!kita gi makan..pastu ko leh lepak umah aku..siapkan kerja..ok tak??"

"ye la..ye la..kang kebuluq plak..."

maka..sampailah mereka di kedai makan tepi jalan. Dia...tak toleh kiri kanan...pinggan nasi bersambut...lauk di senduk cepat...terus duduk...

"uit..takkan jadi bisu kot.."

..........

"terus tak bercakap...memang lapar betul nie..."

.........

itu lah..bak kata orang tua-tua..rezeki pagi hari jangan ditolak..kalo di tolak maka berlapar lah anda di kemudian masa...

blluuurrrpppp....alhamdulillah...kenyang jugak...habis seksa perut...

hehehe...

Monday, November 8, 2010

Yesss!!!!!!1...2...3...

Fuhhh...
Setalah seminggu berlalu..akhirnya,blog nie berjaya berfungsi semula. Tak taulah apa masalah problemnya sampai saya tak leh access ke akaun blogger sendiri. Setelah selidik mengkaji dan betanya kepada mereka-mereka yang berkenaan..rupa-rupanya,bukanlah masalah itu berpunca dari blogger.com nie..tapi rupa-rupanya saya perlu menggunakan pintu internet explorer baru boleh masuk kunci umah...selama-lama ini saya gunakan mozila firefox. Mungkin kerana serigala tu dah kehilangan 'fire'nya maka katanya blogger.com terlalu berat untuk di accessnya ..apa-apalah en.fox..yang pasti tanks to en.explorer,kerana akhirnya saya masih boleh masuk ke rumah sendiri dan mengepos entry ini..(bukan masalah besau mana pun rupanya..)


Minggu-minggu mendung musim tengkujuh dah mula mengintai-ngintai..kejap-kejap macam nak hujan...tapi tak hujan..kejap-kejap nanti turun hujan renyai-renyai..kalau nasib baik lagi,lebat pulak jadinya...bila dah semendang mendung jer..perut pun semendang lapooorr aje...inilah yang dinamakan musim menambah lemak di badan...(yang sebenarnya sentiasa bertambah..entah bila masa pulak nak berkurang pun koi tak tau..)..


Sejak semalam tanam azam...nak kena buat exercise tiap-tiap hari..hahaha..harapan yang masih lagi menggunung tinggi...harapan seterusnya..semoga terlaksana yer cik izzah..hehe (sila berdoa bersama-sama saya.. hikhik..) semoga cuaca juga mengizinkan..(alasan yang sentiasa menjadi alasan..hahaha..)


Apa-apa pun..mari kita terus berusaha untuk jadi warga yang sihat di hujung-hujung tahun..dan di musim tengkujuh ini..majulah sukan untuk negara!!!!------minah ini sudah senget yang sebenarnya-------! (^v^)

Friday, October 29, 2010

Apa seronoknya saya di sini???

Bercinta...!
Tapi tak rasa bagai dilambung-lambung...
Tak juga bagai terjatuh-jatuh...
Jauh sekali dibuai-buai..terbuai-buai..mahupun membuai-buai....

Bercinta....!
Tapi bukan berdua...
Tidak berkongsi apa-apa...
Apakan lagi hendak bertepuk tangan balas berbalas...

Istilahnya...
Bercintanya saya,adalah bercinta dengan kejar-mengejar masa yang berlari...dengan rasa yang tumbuh makin membesar..bagai sukar sekali di usir rasa itu...
Sesekali saya menjengah..mengintai..dan menerjah..tapi jari-jemari masih belum mahu bergerak...kalau pun ada gelodak yang membuak-buak...tapi saya biarkan rasa yang satu itu berlalu begitu saja...sungguh!

Sehinggalah suatu hari,seorang teman bertanya...apa seronoknya berblog???sebab dapat side income bulan2 yer????

Lalu saya sedikit terkesima...ya blog...blog yang telah lama saya tinggalkan sepi..ruginya!!saya memang seronok berblog..seronok saya,kerana saya ada teman-teman alam maya yang hebat...seronoknya kerana saya boleh berbagi rasa yang sejujurnya bersama mereka...seronoknya kerana saya bebas menyatakan apa sahaja sesuka saya...malangnya,saya tinggalkan nikmat seronok itu...alangkah ruginya saya...

Saya tak pernah kisahkan income sampingan itu...saya mula berblog pun bukan kerana duit..tapi kerana hati...kerana saya rasakan perlunya sesuatu yang baru dalam hidup saya...dunia blog dan reality banyak bezanya..sesekali berada dalam dunia yang lain rasa seronoknya berbeza...jadi itulah seronoknya saya bila saya mengenali dunia blog...dan saya lebih seronok bila saya punya teman-teman blog yang hebat..kadang-kadang rasanya teman-teman ini amat-amat memahami saya...seronok bukan????

Sejujurnya,saya seronok berblog kerana saya seronok mengenali teman-teman semua!!jadi..saya sedang berusaha me"warming-up"kan jari-jemari serta idea-idea yang makin berkarat untuk menghidupkan semula lilin dalam hati..untuk terus merasa nikmat seronoknya saya berblog!!!!

Monday, October 11, 2010

he..he..he..

wahhhhh...lama nyer..tertidur ker apa cik punya blog nie..
he..he..he..
harap maaf segala kemalasan diri amat di kesali...
pengakuan sangat ikhlas ini,harap dapat dimaafi..
ha..ha..ha..
(anak dara sape la nie..)
Anak dara busy wat kerja rumah ler..
rajin tau..almaklum lah musim2 puasa dan raya..
pasnie..leh rajin berblog semula..
he..he..he..
see yaaa!!!!

Wednesday, August 4, 2010

Trevelog Syahadah

Semalam saya selesai baca sebuah kisah hidup yang sangat bermakna dan memberi kesan terhadap diri saya yang telah bergelar seorang muslim semenjak dari lahir lagi. Alhamdulillah,saya bersyukur kerana dipilih Allah s.w.t untuk menerima Islam secara keturunan, lahir sebagai Islam,hidup sebagai orang Islam dan moga-moga mati juga dalam Islam.

Membaca kisah pencarian seorang hamba Allah yang lahirnya non-muslim untuk menemui hidayah islam,memang penuh pancaroba. Pelbagai cabaran yang beliau tempuhi untuk benar-benar merasa nikmatnya hidayah Allah terhadapnya. Beliau antara insan terpilih yang dicampakkan hidayah ke dalam hatinya,lalu menerima Islam sebagai pegangan dan cara hidup. Betapa bertuahnya...

Pernah bergaul dengan kumpulan-kempulan atau geng-geng samseng, sering bergaduh, menjadi playboy malaya malahan pernah meringkuk di dalam penjara antara perjalanan hidup yang perlu ditempuhinya. Bangkit dari kesilapan,namun masih belum benar-benar membantu beliau menemui ketenangan dalam hidup. Beberapa kali cuba berubah namun tidak ditemukan dengan jalan penyelesaian. Akhirnya beliau membulatkan tekad untuk berhijrah secara bersendirian tanpa meminta bantuan orang lain. Beliau berkelana sendirian akhirnya membawanya menjadi seorang muslim. Bukan sekadar muslim biasa,tetapi beliau menjadi seorang yang sangat luar biasa.

Kini di kenali sebagai Ustaz Muhammad Rashidi Abdullah, menjadi pendakwah,penceramah dan berjaya juga mengislamkan orang lain. Hebat kan? hanya selepas 7 tahun memeluk Islam,terlalu banyak sumbangannya terhadap agama, kerana beliau dipilih Allah menjadi insan yang tahu menilai harga sebuah hidayah dan dapat menilai betapa indahnya Islam berbanding kita yang lahir sebagai Islam. 

"Jangan ditanya apa sumbangan Islam kepada kita..tanyalah apa sumbangan kita untuk agama tercinta......"
 ~satu pelaburan yang sangat menguntungkan~

Monday, August 2, 2010

Pembuli Jalan!

Ada yang kena buli ke hari nie? hari nie,keta saya rehat..tak bergerak pun..jadi,saya tidak membuli dan tidak juga dibuli. 

Saya rasa...saya belum lagi berpengalaman berhadapan dengan pembuli jalan. Mungkin kerana saya bekerja di kawasan yang tidak mempunyai terlalu banyak kenderaan,jadi kuranglah kebarangkalian untuk berdepan pembuli jalan. Mungkin juga kerana saya tidak menganggap mereka yang cuba membuli saya di atas jalan raya itu sebagai pembuli,jadi saya tidak lah rasa dibuli..kiranya niat mereka tidak kesampaianlah..hehehe..kesian...

Kenapa saya cakap macam tu?sebab..saya adalah pemandu yang sangat tidak suka membunyikan hon. Rasanya tidak pernah pun bunyikan hon dalam keadaan kritikal macamana pun. Selalu yang rajin tolong tekan hon ialah penumpang di sebelah saya...mereka yang selalunya over react..hahhahha..yer ker? atau saya yang tidak berperasaan ketika memandu? saya lebih suka beralah...tekan2 hon pun rasanya tidak menyelesaikan apa2 masalah...kalau salah tekan kang tak pasal2 kena kejar plak..dah bergaduh..lagi tak best kan?

Saya tak tahulah betul ke tak tindakan saya nie,sebab kadang2 adik atau kawan2 yang naik kereta dengan saya sampai marah saya sebab tak hon bila ada pemandu yang buat hal di atas jalan raya..yang mungkin mengundang kemalangan kecil atau besar..tapi memang sudah begitulah keadaannya kalau saya memandu..tak reti nak meng'hon'...kalau nak tau..kalau saya potong motor atau kenderaan yang lambat depan saya saya siap cakap dalam hati..."tumpang lalu pakcik..nak cepat nie.."dengan harapan dorang memahami......hahhahha..kenyataan tau! lagi2 kalau orang tua naik motor...ntah apa2 kan...

Kadang2 memang rasa perlu tekan hon..tapi,saya tak pernah rasa nak tekan..kadang2 macam lupa yang kereta tu ada hon... lain orang lain ragam kan...terimalah seadanya.. :)

Pon..pon..pon..

Sunday, August 1, 2010

Sharing is caring ****klise sungguh****

Ok! hari nie nak cerita lain dari yang lain. Jom main masak-masak bersama saya. Tajuk masakan hari ini ialah "udang masak tumis sambal belacan"nyum...nyum siapa yang suka makan udang boleh cuba..yang tak suka makan udang,boleh tukar dengan ikan,ayam,daging atau apa-apa saja..ikut suka anda.

Bahan-bahannya:
Untuk tumis:
Cili api
Belacan (agak2 sukat ikut banyak cili)
Bawang merah
Bawang putih
Udang kering
(semuanya ditumbuk guna 'lesung batu')

Untuk enterframe:
Bawang besar (potong dadu)
Daun bawang. 
Tomato (potong dadu)

Bahan perasa tambahan:
Kicap tiram.

Bahan utama:
Udang (ikut suka nak banyak mana pun)

*Sukatan bahan2 adalah mengikut citarasa anda..sebab tukang masak nie suka pakai campak2 jer..tak pernah sukat2...ekekeke...

Cara masak:
Tumiskan bahan yang ditumbuk guna lesung batu (kena guna lesung batu tau..guna blender nanti cair sangat...)sehingga pecah minyak. Campurkan sedikit kicap tiram dan sedikit air,tunggu sedikit menggelegak,masukkan udang yang telah dikupas bersih,bila dah hampir masak masukkan bawang besar yang dipotong dadu. Matikan api dan masukkan daun bawang dan tomato (masa tengah panas2) gaul rata. Angkat untuk dihidang dan sedia untuk di makan.

~~ Resepi nie resepi sajer suka2 test..kawan saya cakap sedap..(kawan saya cakap yer...hehehe). Boleh lah try untuk buka puasa nanti..ramadhan pun dah dekat kan...lalalala..~~

Saturday, July 24, 2010

Kita perlu ambil tahu dan peduli tentang ini!

Untuk Pengetahuan Kite Bersama....
1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya
Azazil. Dicipta dari api (biru), dan telah beramal
puluh ribu tahun lamanya .
 
2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk
menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt.
melaknat dan perintah turun ke bumi.
 
Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan.
 
3) Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin
Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh).
Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).
 
4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang
Melayu dilarang mengunakan kemenyan kerana Jin paling
suka dengan asap yang busuk. Tetapi orang-orang melayu
ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliau
menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu,
adik-beradik jin lah tuu.
 
5) Tempat tinggal Jin seperti di awan , sungai, hutan,
lombong, laut, tempat-tempat tinggi (KLCC), tandas dan
kubur.
 
6) Beliau menasihat apabila ingin buang air di
perjalanan (contohnya jalan raya), perlu baca " Sala
Mun, ' Ala Sulaiman, Fil 'alamin."
 
Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi
Sulaiman. Orang-orang Melayu suka sangat membaca
ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa
bila pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila
pula, kita jadi cucu cicit jin !!!!
 
7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab
jika ada dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik
nasib, pembohong... ." Sirahnya apabila Nabi Sulaiman,
memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga
Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu.
Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan
tongkat k ayu . Dan jin tekun membuat kerja di
hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan
tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman
pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi
Sulaiman telah mangkat.
 
8) Manusia juga dilarang membuang air di
lombong-lombong yang airnya tenang, terutama di waktu
tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu. Di
larang juga buang air di lubang-lubang (tanah).
 
9) Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah
yang baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal di
situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan membaca
surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3
hari. Tidak perlu tepung tawar bagai.... orang melayu
suka sangat menepung tawar !!!

10) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7
~ 10 kali, jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9
kali henti (tekniknya) sebab beliau pernah jumpa orang
yang di rasuk. 
 
~di petik dari pesanan Ustaz Ismail Kamus,yang di panjangkan melalui e-mail saya melalui seorang kenalan. Terasa perlunya saya berkongsi sama tentang ilmu ini. Mungkin ada yang sudah tahu...sekadar ingatan dan moga-moga boleh jadikan amalan~

Thursday, July 22, 2010

Jangan Jatuh Bertimpa-timpa!

"Blogger tido!" memang sesuai sangat dengan posisi saya seminggu-dua yang lalu. Harap maaf kepada pengunjung-pengunjung, ada aral melintang di tengah jalan. Perlu saya alihkan dahulu. Bukankah perkara yang penting perlu di dahulukan? maka saya dahulukan yang wajib. Selesai perkara yang perlu didahulukan itu,saya kembali di sini.

Saya memang tidak ada menyinggah ke mana-mana blog untuk tempoh masa itu,banyak cerita saya dah tertinggal. Kena buat lawatan sambil makan jemput-jemput pisang nanti,insyaAllah... =)

Dalam masa 'tido' tu..ada perkara-perkara persekitaran yang menjadikan saya kalut dan hanyut dengan situasi semasa seketika. Sibuk tolong fikirkan masalah orang lain...(taknak fikirkan pun..terfikir juga bila orang bertanya) sampai pening kepala. Kasihan dengan nasib orang yang sudahlah jatuh...bertimpa-timpa pula dengan tangga. 

Orang kata jangan cakap atau komen lebih-lebih,sebab bukan kita yang alami...tapi,kadang-kadang terkomen juga untuk mencari logiknya sebuah cerita. Mintak simpang jauh-jauh,malapetaka atau nasib buruk dalam hidup. Saya bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan hari ini pada saya, walaupun tidaklah sempurna,tapi setakat ini tiada apa-apa yang perlu disesalkan. Semoga Allah memelihara kehidupan saya di masa-masa mendatang dengan memberkatinya dengan kebaikan. Begitu juga dengan insan-insan di sekeliling saya,rakan-rakan saya (termasuk anda semua) serta mereka yang percaya kepada kebesaranNya. Syukurilah dengan apa yang kita ada dengan merasa cukup dengan nikmatnya!

Wednesday, July 14, 2010

Cerita ayam berkeris di kaki

Satu teka-teki dulu-dulu (sekarang ada lagi ker orang tanya teka-teki nie?) "binatang apa berkeris di kaki?". Punyalah senang  nak jawab,tapi saya dulu pun masa first time terkial-kial jugak bila orang tanya teka-teki nie.. tapi bukannya rupa taji ayam tu macam keris pun...kans...?

Ayam adalah binatang jenis burung,tapi tidak boleh terbang macam burung. Dulu ayam terbang agak tinggi jugak sebab nak naik atas pokok,sekarang nie dah jarang jumpa ayam yang terbang-terbang..sebab ayam sekarang dah manja...makan pun orang bagi...tak payah cari sendiri...sebab tu dorang dah berat..dah tak main terbang-terbang dah.

Ayam makanan yang paling ramai orang suka. Ayam rendang,ayam masak merah, ayam tiga rasa,ayam paprik, ayam kurma, dan macam-macam masakan lagilah..yang pasti paling di gemari ramai adalah ayam goreng...betul..betul..betul..(upin ipin pun suka makan ayam gorang..)tapi..taukah anda ada pendapat yang menyatakan orang yang SANGAT suka makan ayam nie selalunya PEMARAH...ha..cuba kaji selidik diri anda..adakah anda penggemar tegar ayam? dan sekiranya betul..adakah anda pemarah orangnya...? fikir-fikirkan dan selamat beramal.... ('~')

Setakat ini dulu cerita tentang ayam bertaji di kaki. Akhir ucapan..kesian ayam kan..kenapalah ayam nie selalu diperumpamakan dengan mereka-mereka yang bermoral rendah..contohnya ibu ayam, bapa ayam, ayam itu..ayam ini..ish..sian kat ayam..mereka teraniaya!

Monday, July 12, 2010

oh bulan!

Rumah persinggahan saya sekarang nie, sunyi sepi..
sebab...
Saya cuma tinggal berdua jer dengan housemate..
sebab...
Housemate lagi sorang dah pindah keluar...
sebab...
dia dapat tukar sekolah...
lagipun..
dia dah kahwin,dapat transfer dekat dengan husband...
alhamdulillah..

Mula-mula dapat tau dia dapat tukar saya sedih sangat...(nanges tak hingat!)
sebab...
kami agak rapat...dan memang rapat...
tapi...
bila fikir-fikir balik,mesti ada hikmahnya...
jadi..
saya redha,tentu Allah telah aturkan yang terbaik untuk dia...
dan...
untuk saya hendaknya...

dia lah matahari yang saya ceritakan kat post yg ada gambar mata nanges2 tue..emo tahap gaban time tu.. sekarang dah stabil..tapi saya masih menantikan bulan kan jatuh ke riba... 
bulan...walaupun cahayanya tidak secerah matahari..tapi hadirnya tetap di nanti...kan...

saya = pungguk rindukan bulan ke?

Saturday, July 10, 2010

saya @Johor Baharu

Sejak seminggu lepas, mak rancang nak ke JB..rumah kakak saya. Rindu nak jumpa dengan nenek katanya .Nenek saya sekarang dah tak duduk kampung,lepas atuk meninggal,nenek duduk dengan anak-anak...tapi bergilir..ikut kemahuan dia,kalau kata nak duduk rumah Usu, anak-anak hantar umah Usu, kalau cakap nak duduk dengan Mak Long...hantar umah Mak Long, dan begitulah pusingannnya.

Mak saya asal dari Muar,Johor...adik beradik mak semua duduk area johor jer... JB, Kota Tinggi, Kluang dan Segamat. Mak je duduk kat Selangor,sebab abah kerja kat sini dan keluarga abah semua di Selangor @ KL...jadi nenek memang jarang-jarang duduk dengan kami...tapi kalau dah duduk sini memang makan berbulan2 lah nak mengantar balik ke Johor tu. So,bila nak jumpa nenek,kami akan turun JB..umah kakak saya yang kebetulan berkahwin dengan orang Muar,bekerja dan bermustautin di JB.

Jadi semalam lepas habis sekolah rushing balik sg. buloh...petang tu jugak bertolak ke JB..tapi memula adik saya drive..sampai kat Pagoh baru saya drive..sebab saya yang paling mahir jalan ke JB..(almaklum..setiap kali cuti kena jadik baby sitter..) JB dah macam rumah ke-2 pun ada jugak.

Esok balik KL cadangnya nak singgah Ayer Hitam..nak cari accessories dalaman kereta yang baru..yang sekarang nie,dah melebihi usia setahun..dah bayang kali basuh..rupanya kurang comel..kat situ banyak kedai jual benda comel2 dengan harga boleh runding..erm..sebelum nie dah guna tema mashimaroo..pasni nak pakai tema ape plak erk???

      ada tak tema ini rerasanye?
:)

Wednesday, July 7, 2010

ku dengar guruh di langit...

merenung titik-titik hujan yang lebat menggila....
sama,bagai hati yang tersayat pilu...

dari mentari terang menyala berubah mendung tiba-tiba...
seperti hati yang kelam dan buntu....

mentari itu tiada...
adakah pelangi akan jadi gantinya...
mentari itu berlalu pergi....
mungkinkah warna-warna pelangi akan datang menghiasi...
mentari itu tidak kembali...
terus sayup pandangan mata hati....

" kAdAng2 ALLaH mEnGhILaNgKan mAtaHaRi, DiA dTgKaN kILat dAn PeTiR..KaDanG2 kITa teRtAnYa2 keMaNa HiLaNgnYa mATahaRi..rUpA2nYa ALLah meMBeRiKan KiTa pELaNgi..."
i'm hoping and waiting for that "pelangi" to come....

Tuesday, July 6, 2010

...seperti ulat di dalam kepompong...

tik...tok...tik...tok...
lambatnya masa berlari/berlalu/berjalan..

tik...tok...tik...tok....
penat dah tunggu nie..jarum saat pun nampak lambat bergerak...

tik...tok...tik...tok...
macam siput sedut la plak...


haiiiiiiyyyyyyyyaaaaaa....
!!!

*tak sempat nak lepak2 di blog kamu2...sorry..i'll do visit u all after the judgement!
lambatnye...ponat dah nieyyhh..
=(

Monday, July 5, 2010

Saya sama dengan (=) Cinderella ?

Putih-putih melati Ali Baba...
Merah-merah jelita miow-miow..
Siapa yang baik hati cinderella...
Tentu disayang emak...

Siapa pernah dengar lagu nie? Angkat tangan!!!huhuhu...kalau tak pernah dengar...kesian....mesti tak pernah main sep-sep-sep...tom-tom-tom....kalau pernah dengar tu,maknanya andalah pemain yang paling handal!

Dulu-dulu....saya ratu permainan kanak-kanak....hahahhaan (nampak sangatlah main je kerjanye..hehehe) bukan setakat main sep-sep...main lompat getah pun sayalah ratunya..sampai berjengkal-jengkal tinggi pun boleh lepas melompat (ehem..dulu jer yer..nak besar tak le pulak rajin melompat..lompat tinggi asyik langgar tiang jer...huhuhu)

Sebut jer permainan apa...saya menjadi rebutan kengkawan untuk masuk geng dorang...HAHAHAHA..(hebat tak saya...?) kalau main masak-masak siap beli taugeh..curik bawang,ikan bilis mak.siap peruk pun di kebas skali..pastu masak real-real punya pakai dapur kayu...bila siap makan..rasa sedap sangat mengalahkan chef wan punya masakan jer rasanya..(perahsan!)

Tapi bila bab main konda-kondi,galah panjang, dengan bola rounders..saya kalah...sebab sakit kena baling pastu mainnye ganas..(tapi main jugak..balik sampai maghrib..pastu balik dapat 'hadiah'..sedappppp..)

cerita zaman kanak-kanak...budak sekarang tau lagi ke mainan macam kita dulu-dulu yer? seronok betul jadi kanak-kanak masa tu...

Sunday, July 4, 2010

Rebung itu perlu di jaga.

Jumaat baru ni,ada hari bertemu pelanggan menandatangani repord card di sekolah saya. Boleh dikatakan saya berjaya bertemu dengan 31 daripada 33 ibubapa murid kelas saya...besar juga pencapaian tu...(kira pencapaian lah kan..boleh tarik ramai ibubapa datang..walaupun..anak murid boleh tahan 'hebat' nya). Memandangkan murid-murid saya dalam tahap pertengahan/sederhana,maka saya perlu bersedia lebih sikit. Markah mereka,terutama subjek teras memang sangat mendukacitakan (walaupun telah diberi ugutan dan peringatan untuk meningkatkan tahap kerajinan dalam diri mereka).

Macam-macam ragam ibubapa nie, 31 kepala maka 31 ragam yang saya hadapi. Kalau yang tak kisah tu...memang tak kisah langsung,tak tanya apa-apa pun pasal result anak dia, saya pulak yang over nak terangkan kelemahan yang saya kenal pasti. Parents nie boleh cakap "dah memang macam tu cikgu...nak buat macamana,dia memang malas...kat rumah pun malas...saya memang tak boleh buat apa-apa..serah je kat sekolah" erkk....terkedu saya di buatnya...

Kalau yang concern sangat pulak,sampai tanya macamana serounding p&p di kelas? kenapa anak dia tak boleh score? kenapa tak tumpukan perhatian pada anak bangsa..(cara dia cakap macam nak bagitau cikgu nie tak care pasal anak bangsa dan taknak anak bangsa berjaya. Sukati dia jer bercakap..saya sangat ambil peduli tentang anak murid saya, setiap hari saya akan tegur mereka...tak pernah saya biarkan mereka buat salah tanpa saya beri ingatan dan nasihat. 

Kalau yang memahami,boleh terima..saya sangat gembira bertukar-tukar pendapat dengan mereka. Sekurang-kurangnya saya tahu,mereka sangat mengambil berat tentang pendidikan anak-anak mereka dan meminta pandangan untuk mereka boleh membantu ketika anak-anak ini di rumah.

Ada yang bagi alasan "dia tak pergi tuesyen...cikgu,tak mampu..." 

Perkara yang berkait rapat dengan pembelajaran murid ini adalah bermula di rumah kemudian ada kesimanbungan di sekolah, berkembang di sekolah dan pantauan SANGAT PERLU di rumah. Dulu saya pun tak pergi tuesyen, tapi abah saya yang pantau kami tiap-tiap malam. Mesti kena buat latihan,kalau tak de kerja rumah,hafal sifir. Ibu bapa tak boleh lepas tangan. Jangan biarkan anak-anak terlalu asyik dengan permaian komputer,PS2,PS3, internet, kartun dan sebagainya.

Saya sarankan,sekurang-kurangnya buat latihan di rumah untuk membiasakan mereka dengan soalan dan bentuk-bentuk soalan. Dari situ,mereka akan mahir menjawab dan memahami soalan. Tak perlu hantar tuesyen kalau tak mampu,gunakan buku2 latihan yang murah pun tak mengapa. Sekarang buku latihan dah melambak-lambak kat kedai buku. Serendah rm1.20 dah boleh dapat 1 buku...kalau mahal pun baru rm4.50-rm6. Sekiranya sebulan mereka beli satu buku yang berharga lebih kurang Rm 4.50 untuk 5 matapelajaran utama mereka cuma berbelanja RM18 sebulan. Apa salahnya berkorban sedikit untuk membantu anak berjaya...tak rugi pun  kan..."kalau melentur buluh..biarlah dari rebungnya..."

Alas kepala bantal kekabu:
Good job German...korang semua memang hebat...
please cry aloud Argentina..
hiks...hiks...hiks...

Saturday, July 3, 2010

Sila Pakai Baju Sendiri.

Alah membeli menang memakai, satu pepatah orang dulu-dulu yang sangat sesuai bagi mereka yang mungkin sangat suka kelihatan bergaya biarpun mereka terpaksa menjadi papa. Biar orang tengok bergaya mengalahkan mak-mak datin atau dato'-dato' tersohor. Kalau tak boleh nak jadi datin atau dato' pun..boleh jadi seakan-akan mereka pun dah cukup membahagiakan mereka.

Saya ada kenal beberapa orang yang suka melaram sakan. baju mesti nak bling-bling...mesti beli kat kedai tahap butik2..kalau kedai biasa-biasa tak mainlah...apatah lagi made in pasar malam or pasar kemboja. Alasannya, tak berkualiti atau...nanti sama baju dengan orang lain. Ye la kan..kalau beli kat butik2 tu..mesti beli baju yang limited stok...kalau boleh nak yang ada satu tu jer dalam dunia.Ini kenyataan tau...

Sekali-sekala kalau 'ter'shopping dengan mereka-mereka ini...saya hanya akan jadi sekadar pemerhati..malu lah nak beli..kita carik barang yang budget murah jer..asal selesa dipakai dan cantik dipandangan mata. Dorang pulak sibuk mengesyorkan baju itu,kasut ini,beg begitu,sandal begini....yang harganya boleh buat duit minyak sebulan dan belanja makan 2 bulan....telan liur jer la tengok..sambil tersenyum manis....sayang duit nak bazir-bazirkan (pada saya membazir lah..sebab boleh dapat benda yang harga berpatutan...paling tak pun..harga yang tidak menyesal dibayar..)

Kadang-kadang tengok mereka-mereka memakai barangan berjenama ni rasa macam...wahhhhh...gah sungguh...orang-orang pun puji...cantik lah...cantik lah...bla..bla..bla...tapi bila fikir balik...nak pergi mana jer la dengan barangan yang mahal2 tuh...setakat nak tayang kat kawan opis jer...alahai...lagi sendu kalau baru 2-3 kali pakai berlaku gurisan atau luka-luka pada barang tu...mesti menangis tak berair mata...tapi tahan lagi kalau 2-3 kali pakai...kalau baru sekali pakai...hai...luluh jiwa...mahal tu..tak berbaloi kalau rosak...

Itu baru cerita bab pakaian dan barangan di badan...belum lagi bukak cerika kereta yang di pakai...ada yang sanggup berhabis beli kereta yang lebih dari separuh gaji...semata-mata nak nampak grand dan nampak besar...tidak kah mereka sedar kereta itu harta susut...kalau jual balik bukan boleh dapat harga 2-3 kali ganda banyak...tapi 2-3 kali ganda kurang.. belum lagi fikir maintanance kereta,minyak dan sebagainya. Ikat perutlah jawabnya..aktiviti bershopping sakan pun perlu dikurangkan. Kalau beli rumah..ok lah jugak, sebab rumah makin lama makin mahal, tapi nak buat macamana...memang orang macam ni wujud. Kenyataan ye!

Apa-apa pun saya berpendapat,elok dan molek sangat kita mengamalkan peribahasa 'ukur baju di badan sendiri'...tak payah nak berlumba-lumba untuk kelihatan mewah dan bergaya hanya kerana mengejar status dan pandangan orang terhadap kita. Jadilah seadanya, keperluan yang setakat perlu untuk diri kita,berbelanja mengikut kemampuan diri dan berfikir sebelum buat sesuatu keputusan. Tidak salah sekali-sekala kita berbelanja untuk diri sendiri..tapi biarlah berpada-pada..jangan sampai tahap membazir pulak..tak pasal-pasal jadi sedara syaitan...kan dah tak best...

alas tangan berbantal lengan:
mood sedih...pasukan pilihan kecundang :'(

Thursday, July 1, 2010

Black or White..Hitam atau Putih

Seorang gembala sedang menggembalakan biri-birinya yang berbulu hitam dan berbulu putih. Dia kemudian didatangi seorang pemuda lalu bertanya:

Pemuda : "Bagus ternakan biri-biri engkau. Boleh tak
saya tanya beberapa soalan?"
Gembala : "Oh, boleh saja"
Pemuda :"Berapa jauh biri-biri ini berjalan setiap hari?"
Gembala : "Yang mana, yang putih atau yang hitam?" 
Pemuda : "Yang putih"
Gembala :"Ah, yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari"
Pemuda : "Dan yang hitam?"
Gembala : "Yang hitam pun sama."
Pemuda : "Dan berapa banyak rumput mereka makan setiap hari?"
Gembala : "Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : "Yang putih."
Gembala : "Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari."
Pemuda : "Dan yang hitam?"
Gembala : "Yang hitam pun sama."
Pemuda : "Dan berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?"
Gembala : "Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : "Yang putih."
Gembala : "Aaa...menurut perkiraan saya, yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun kalau mereka dicukur."
Pemuda : "Dan yang hitam?"
Gembala : "Yang hitam pun sama." www.familiazam.com
Pemuda : (Dengan perasaan geram ) "Kenapa engkau membezakan biri-biri engkau yang putih dengan yang hitam setiap kali nak jawab soalan saya, padahal jawapan semuanya sama saja"
Gembala :"Mestilah saya beza-bezakan sebab biri-biri yang putih itu adalah milik saya."
Pemuda : "Ooo, begitu, fahamlah saya,kalau yang hitam tu pulak siapa punya?"
Gembala : "Yang hitam pun sama, saya punya juga"
Pemuda : (benggang, geleng kepala dan berlalu)

Cerita penglipurlara yang di ambil dari www.familiazam.com.
Masa baca cerita nie..teringat kat entry cik kts pasal pc hitam dan pc putih..
moral of the story:
ada moral ke?
saya baca suka-suka jer..
kalau korang rasa ada moral dari story nie..boleh la kongsi...
ataupun korang nak komen tentang tindakan si pengembala yang suka beza2kan kambing biri2nya pun boleh di persilakan...

 

Tuesday, June 29, 2010

No matter what..He Knows



~sesuatu yang indah untuk dikongsi bersama~

Monday, June 28, 2010

....talk to me......

cakap...atau tulis...?oh..bukan jugak..lebih sesuai dikatakan taip.
Eh..'kata'? kalau kata = cakap... berkata-kata = bercakap.
so..lebih betul bercakap...
tapi...kalau bercakap,kena ada suara...kalau tade suara?boleh kira bercakap ke?
bercakap tanpa suara..
boleh la..
saya bercakap..dalam hati..
suara saya jejari yang menaip maka menghasilkan perkataan di skrin...
bila ada yang membaca tulisan saya...
bermakna ada orang yang mendengar kata-kata saya...
sepertinya saya sedang berkomunikasi...
walaupun tanpa suara...
tidak bertemu muka...
masih...
terasa keakrabannya...
betul kan....?

Thursday, June 24, 2010

Nikmati Nikmat-Nya

Ini tentulah bukan papan iklan yang ada kat kedai makan sekitar anda melainkan ini adalah makanan yang terhidang di atas meja makan kat kedai yang saya makan...(faham ke ayat saya nie..belit-belit dah ayat nie...)

Hari  ni dinner kat kedai makan. Housemate saya puasa rejab, memandangkan hanya ada tiga orang je kat rumah nie..jadi agak sedikit malas nak memasak malam nie. Sebabnya saya masak hari isnin,housemate saya yang puasa ni masak selasa lepas dan adik dia masak semalam...bila semua dah masak...nak pusing turn agak malas sedikit (wakakak----> siapa punya turn...tentulah tukang masak hari isnin tu kena masak sepatutnya..huhuhu). Menu dah ada..cuma kerana beberapa halangan..dan orang yang berpuasa cakap.."jom kita makan luar.." makanya...bagaikan orang mengantuk di sorongkan katil,tilam,bantal dan selimut..ahaha..maka kami pun bersenang lenang makan di kedai. Sekali-sekala takpe kan... ;P

Memang kenyang la..selalu kat umah makan bertiga mesti tak habis nasi..masak satu pot pun berlebih..tapi bila makan kedai..dapat sepinggan nasi je sorang...alhamdulillah..habis la pulak..lebih-lebih lagi memang tak makan dari tengahari...maka nikmatilah makanan dengan sangat berseleranya.

Kenapa saya suka dia....

Sempena dengan demam piala dunia...nampaknya saya pun dah terkena demam nie..malah lebih-lebih pulak dari adik lelaki saya. Kalau layan bola pukul 2 pagi...dia boleh tertidur,saya pulak yang jaga...pastu kena buat laporan kat dia subuh-subuh hari. Gara-gara cuti sekolah hari tu la...sempat melayan bola. Bila dah buka sekolah,tak kuasa lah nak layan pukul 2 pagi punya match...tengok ulangan jer la..tak pun tengok highlight kat saluran supersport astro je.

Mula minat tengok world cup dari tahun 1998. Tapi saya layan World Cup jer EPL atau liga-liga kelab saya kurang sikit...kadang-kadang jer saya layan. Sebab saya takde kelab faveret...saya akan minat kelab yang pemain kesukaan saya join jer...jadi pakai lompat2 kelab..hahaha...sukatilah kan...dah hero kita pun pindah2 kelab..peminat pun kena pindah2 jugak..akekeke...tu yang jadi malas nak layan.

Pasukan yang memang jadi pilihan utama dalam piala dunia tentulah BRAZIL. Kenapa saya suka Brazil...sebab ada Ronaldinho...(tak minat Ronaldo). Kenapa saya suka Ronaldinho...bukan sebab giginya..rupanya..tetapi skill dia...zaman dia hebat dulu...memang seronok tengok dia main. Dan antara penyebab saya suka sangat dengan dia adalah kerana ---> tengok sini.

p/s: takleh nak upload video dia..so gi kat link dia jer la yer...

nota kaki berkasut bola : entry suka-suka sempena piala dunia :)

Tuesday, June 22, 2010

Bila esok hari datang lagi

Akan ku cuba untuk hadapi...


Mesti - harus - malah wajib hadapi. Bagaimana kita memulakan hari kita akan mempengaruhi emosi sepanjang hari itu selama 24 jam. Kadang- kadang boleh rasa happy sepanjang hari, seronoknya macam menang duit juta-jutaan. Ada masa pula rasa sangat tension tahap nak makan orang, maka seharianlah ketensionan tuh melanda diri. Boleh jadi juga rasa sedih sesangat...macam orang putus harapan.


Rasa-rasa macam tu boleh datang dengan sebab atau tanpa sebab sekalipun. Kalau bersebab tu memang normal...tapi bila titiba rasa sedih tanpa sebab tu...macam tak berapa nak normal,tapi memang pernah berlaku kan...fikir punya fikir...tapi tak jumpa-jumpa solution kenapa rasa sedih jer seharian nie..macam ada yang tak kena. Buat apa-apa pun serba tak kena. pernah rasa?saya pernah....

Sepanjang hari ini..biasa-biasa saja...hari esok..tak pasti..harap-harap semuanya akan berjalan dengan lancar dan ok-ok jer...tapi mungkin sedikit harapan..semoga ada kegembiraan untuk hari esok..untuk saya..dan untuk kamu semua...


Selamat memulakan hari yang baru!!
Dengan ceria harapnya....
dan penuh kegembiraan...


MyEm0.Com

cerita kedai kopi...

Zaman teknologi serba serbinya canggih-canggih ni nak bukak cerita pasal bola ke, gosip artis ke,politik ke,cerita rumah tangga mahupun cerita jiran tetangga semua ada merata-rata. Tak kira masa,tempat dan keadaan cerita macam tu boleh tersebar sekejap jer.

Nak reka-reka cerita pun boleh...orang nak percaya pun mesti ramai even cerita tu tak betul langsung, sebab boleh di baca seantero dunia. Semua gara-gara teknologi. Dengan friendster,blog,myspace sehingga yang terbaru tweeter dan facebook yang sangat popular sekarang nie.

Bukan setakat nak cari kawan lama, nak cari kenalan baru, bertukar kabar berita..kadang-kadang siap boleh gaduh-gaduh lagi...macam-macam sekarang nie...betapa pesatnya perkembangan teknologi maya. Memang tak dinafikan banyak kebaikannya, cuma bila di gunakan dengan cara yang salah..maka banyak jugaklah keburukan yang tersebar. Kadang-kadang naik takut tengok budak-budak sekecil darjah satu pun dah pandai carik video prono melalui internet...sebab memang sangat mudah di dapati..lebih-lebih lagi free dan terbentang depan mata. Lagi-lagi pula kalau perkara yang tak baik tu selalunya disukai ramai. Fitrah manusia pulak..bila benda yang lagha tu memang cepat je..kalau suruh buat baik..bukan main liat lagi.

Sekarang dah semakin kurang kedai kopi tepi jalan..melainkan dah bertukar menjadi kopitiam ataupun kedai mamak...tapi cerita-cerita kedai kopi ni semakin panas dan berapi-api dengan adanya teknologi. Semoga kita menggunakan nikmat Allah ini dengan sebaiknya dan mampu menyebarkan kebaikan juga.... :)


Monday, June 21, 2010

Yang sebenarnya...

ini bukan lagu Yuna...
yang popular dan glemer tu...
yang pandai main guitar sambil menyanyi...
yang suaranya lemak merdu...di sukai ramai...
termasuk diriku....
yang pakai selendang...
sampai jadi tren sekarang...
semua budak remaja..tak berapa nak remaja...dewasa..dan ada yang tua....
sama-sama nak pakai selendang...
macam Yuna....

ini bukan di sebabkan...
bulan atau bintang..atau mentari..jua cakerawala...
enggan melayan diriku lagi...
bukan juga kerana ada kesedihan melampau disini...
tidak sama sekali...
walaupun bunyi bisang sang perumput...sedang menebas rumput di sekeliling kawasan rumah ini...
sedikit sebanyak mengganggu emosi..
namun..tetap juga gembira rasa di hati...
kerana...akhirnya rumput-rumput itu di tebas juga...
setelah dua minggu mereka hidup dengan gembiranya....


apakah perasaan ini sebenarnya adalah ilusi...
kerana keterlampauan perasaan yang kekosongan...
selepas hari-hari yang berlalu selama dua minggu itu..
penuh dengan deraian ketawa dan kelincahan kanak-kanak berguling...
serta membuatkan tangan kaki dan seluruh anggota perlu sering bergerak seiring mereka...
mungkin itu yang sebenarnya...

dan sebenarnya...
kepala ini telah berputar-putar...
berfikir-fikir....
sekejapan tadi seperti ada sesuatu yang ingin dinyatakan...
tetapi hilang dek bunyi hujan lebat yang cuma 3 minit itu...
datang pula bunyi mesin rumput yang mengganggu telinga dan semua isi pendenganranku...
akhirnya...
inilah hasilnya...kecelaruan fikiran...
ya..entah bila lah mesin rumput ini akan berhenti...
seperti pemarut kelapa pun ada bunyinya...
semoga mereka boleh bekerja dengan jayanya...

selamatlah sudah...
terima kasih kerana membaca...
entah apa-apa..
memang pemilik blog ini..seakan-akan kurang kewarasan fikiran...
doakan kesejahteraannya ya..

sekian....

Thursday, June 17, 2010

flies like a wind..cant touch..but u feel it...

pejam...celik..pejam..celik...
cepat betul masa berlalu...
pejam...celik..pejam..celik...
esok dah hari jumaat...
rasa macam semalam baru je hari ahad...

kalau kita celik jer..tak pejam...
masa tu akan bergerak perlahan ke?
sebab selalu dengar orang cakap...
"pejam celik-pejam celik..cepat je masa berlalu"
kalau tak pejam...mungkin masa tuh berlalu lambat sikit...
boleh macam tuh??
hahahaha..
ingat boleh buat mesin masa ke dengan mata?
kalau masa tak berlalu pun tak boleh gak kan...

kalau sampai masa terpejam terus mata..
tak terbuka-buka...
lagi haru biru...
kalau tak buta..bermakna sudah sampai masa kita...
tiada lagi masa yang menanti mahupun berlalu....
masa tu sudah tiada...

cepat ke lambat ke..
hargailah masa!
masa umpama nagin yang berterbangan lalu..kita merasai kepantasan masa..tapi mustahil untuk menahannya.

Sunday, June 13, 2010

teringin nak menawan!!

Menawan. Boleh diertikan dengan pelbagai maksud. Cantik menawan macam saya maya karin..sampai hati-hati jejaka boleh tertawan? bukan..bukan itu maksud saya.

Misi menawan hati jejaka idaman yang baik rupawan. Membuat hati jadi tak keruan,selalu rasa rawan. Mencongak harapan yang tipisnya seperti tisu yang rapuh bagaikan tiada peluang walau sedikitpun. Sesukar menawan puncak dunia yang memerlukan ketahanan mental dan fizikal. Kalaulah sebegitu sukar..ah..lepaskan jer lah....

Apapun,itu BUKAN jua maksud yang ingin saya sampaikan.Bukan..bukan..bukan...saya teringin sangat hendak menawan ini...............
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
 terletak di negeri di bawah bayu...sabah bah....
.
.
.
.
.

GUNUNG KINABALU!!!!!!!

alas kaki:
gara-gara tengok citer "saya nak cuti!" membara jer rasa nak mendaki gunung nie...bila kah???

Friday, June 11, 2010

Burung Jampok...

Ha..kalau nak tau,masa saya kecik-kecik dulu abah selalu panggil saya burung jampok. Abah cakap mata saya besar macam mata burung jampok. Kening lebat pun macam kening burung jampok jugak. Dulu, kat belakang rumah selalu dengar suara burung jampok nie bila malam-malam.

Dulu saya tak suka bila abah cakap saya burung jampok. Kalau tengok gambar sendiri...saya selalu perati tang mata lebih sikit. Bila tiba masa buat i/c gambar hitam putih...alamak memang sebijik la mata macam burung tu...besau pastu kening lebat..hitam..saya tak suka betul dengan gambar and i/c saya masa tu...nasib baik skang dah tukar mykad..i/c lama tu pun dah hilang..kena copet masa belajar kat kolej dulu. Hilang dah wajah burung jampuk saya.Hahahah..skang pun mata yang besar tuh dah sorok belakang spek mata yang tebal..so..dah takde lah istilah tu lagi, cuma kening tebal tu masih lagi kukuh duduk atas mata saya..aset tuh..

Nak tau tak apa sebenarnya burung jampuk tu?Jeng..jeng..jeng...kalau translate nama dia dalam bahasa melayu,agak menakutkan...'burung HANTU'. Tak best betul nama melayu dia kan..

Sekarang nie..bila nampak stiker atau apa2 accessories berimej kan burung jampuk nie..saya jadik suka pulak..sebab bila dah jadi accessories dia jadik comel plak...hehehe...

comel kan???hehehehe

Thursday, June 10, 2010

Mencari Kebaikan dan Keberkatan

Malam ini..
Khamis malam jumaat...
Malam bagi penghulu segala hari...
Malam yang ada banyak rahmat dan nikmat...
hingga ke penghujung hari esoknya...

Malam pada pasangan suami isteri berbahagia..
Malam pada kekasih Allah meminta..
Malam dibukakan segala pintu rezeki harapnya...
Malam yang dikabulkan segala doa dan permintaan,pohonnya...

Doakan yang terbaik buat kedua ibu-bapamu..
Doakan kebaikan buat saudara-saudaramu...
Doakan keberkatan buat umat ini...
Doa buat mereka yang mempunyai hati yang mulia...
Semoga di permudahkan segala usaha...

Ku mohon..
Doa kalian buat ku...
Moga ada kebaikan dari kalian buatku...
Moga Allah mendengar doa-doa kita..
Kesejahteraan ke atas kalian...
Semoga Allah sentiasa bersama-sama kita..

Ameen.

kesian dia miskin...

Mendengar riuh rendah di rumah jiran barunya. Dengan tergopoh-gopoh Nini yang masih kecil itu masuk ke rumah.

"Ayah....Ibu ...!!" teriaknya sambil berlari deras mengalahkan atlet 100m gamaknya. Ibu dan ayahnya yang sedang bersarapan tergopoh-gapah mendengar teriakkan kuat anaknya itu. Bagaikan ada maslah besar yang berlaku....

"Jiran kita itu agak2nya mesti orang miskin ....."

Si Ayah dan si Ibu sangat terkejut mendengar kata anak perempuannya itu kerana sesungguhnya kawasan tempat tinggal mereka adalah daerah orang yang berada. Takkanlah ada orang miskin yang boleh duduk di kawasan rumah mewah nie...

"Mengapa cakap macam tu, sayang?"

"Sebab, mak bapak dia org kecoh sebab anaknya tertelan duit syiling lima puluh sen."



HAHAHAHAHA.....
tertipu ibu ngan ayah dia...
buat lawak betullah si Nini tu..memang la mak bapak dia kecoh...telan duit 50 sen tuh... pengajaran untuk anak-anak orang kaya berada dan sebagainya.. walaupun 50sen tuh kecik nilainya pada korang... tapi besar bahayanye kalau korang telan... kalau tercekik..boleh membawa maut tau...



saya:
50sen tuh bernilai tuh..dulu duit belanja sekolah mak bagi 50sen tau..macam2 boleh beli..kira kenyang la masa tuh..kalau sekarang orang bagi 50sen..tetap juga berharga..
sebab kalau kumpul2 boleh jadi juta2 jugak akhirnya...

Wednesday, June 9, 2010

Sunyi nye...

hari nie...tak dengar bunyi riuh...
kalau hari-hari semalam...
pagi-pagi lagi rumah nie dah bising...
mulut kecil tuh tak pernah berhenti...
kadang2 sampai dia sendiri termengah2 sebab banyak sangat cakap...
kita yang mendengar apatah lagi...
tercungap-cungap..
mana nak dengar dia cakap...
mana nak fahamkan apa yang dia cakap...
tapi...
tu lah...bila dorang tade...
alahai..sunyi nyer lah rumah nie...
kalau tinggal mak ngan abah jer kat umah...
mesti dorang lagi sunyi...
patut lah..bila cucu-cucu dorg tak datang...
sehari jer...
dorang dah cakap...
"rindunyer dengan budak2 nie..."
walaupun..kalo dorg ada...rumah macam tongkakng separuh pecah...
tapi..still ok..sebab mereka sangat menceriakan suasana...

video
"ameer malas layan akak"

video
"akak layan hati yang lara...hehe"

p/s:
video ini sengaja di sengetkan kerana sebab-sebab tertentu :P

Wednesday, June 2, 2010

Bila memilih...

Being selective..
salah ker?
kalau memilih untuk diri kita..mesti nak yang baik-baik...
kalau boleh nak yang terbaik dalam senarai pilihan...
dengan harapan pilihan itu akan memuaskan hati kita
dan hati orang2 yang berada di samping kita.

Bila mahu memilih...
tentu ada beberapa perkara yang kita pertimbangkan...
mengikut kehendak kita...juga kehendak persekitaran kita...
macam nak pilih baju...
pilih warna yang kita suka...jenis kain yang selesa...potongan yang sesuai dengan kita...
dan 'up to date'...

Boleh ke kita pilih...
demi menjaga perasaan orang lain?
atau kerana terpaksa?
tak pun sebab dah takde pilihan menarik...
walaupun sebenarnya dalam hati 'refuse' yang tak terucap?
kita masih boleh menunggu untuk mendapat pilihan yang bagus kan???

Kadang-kadang...
apa yang kita pilih...bukan pilihan yang tepat..
bila dah pilih..baru sedar..."oh..tak padan dengan aku"
atau...pada kita macam dah kena sangat..
tapi bila orang lain tengok..."ish....buruknye taste budak nih.."
ada jugak kan???
dah pilih baru menyesal....
sebab kita tidak selalu betul...

tapi..
still we have a right to choose kan???
masih boleh menjadi seorang yang "memilih" kan???
tak salah kan???



Monday, May 31, 2010

Pon..pon..keta merah nak lalu nih..

keluar rumah pagi-pagi..
dah siap pasang niat..
"servis keta...servis keta..."

alkisahnyer..
2 bulan sudah..
dapat panggilan untuk menservis keta...
tapi..busy woo..
tak sempat..


sebenarnya..
malas sangat nak kuar rumah bila dah balik sekolah..
tapi setelah memikirkan keselamatan diri dan kereta merah ku..
balik skolah..trus gi servis..tak payah singgah2 umah..

~~duit pun..kena ready banyak jugak~~
adeh...
shopping2...kurangkan...
tengok jer boleh okeh!

Saturday, May 29, 2010

Forever After

citer nie BEST!!
layannnn punyer...siapa2 yang masih ragu2..tak payah la nak garu2 kepala lagik..
gi jer pawagam2 berdekatan anda..dan enjoy the movie..

pengajaran dari cerita ini:
"anda tidak akan tahu betapa berharganya sesuatu yang anda miliki sehinggalah anda kehilangannya..."

rite!

me:
kenapa tengok citer kartun pun saya masih boleh touching lelebih..org lain tak nangis pun..??
saya..???
erkkkk...




Wednesday, May 26, 2010

Apa yang mereka fikirkan?

Hari ini saya masuk kelas berbekalkan sebatang rotan. Kenapa? sebab,saya perlukan bantuan rotan itu untuk pengawalan kelas. Memang besar cabaran menjadi guru yang TIDAK di geruni. Alhamdulillah,rotan itu tak memakan mana-mana punggung atau tapak tangan budak. It's just an action...berlakon pegang rotan...

Saya selalu cakap dekat budak "kalau tak siap kerja hari nie,saya rotan!" itu dah macam ayat wajib supaya kerja mereka beres on time. Tapi saya tak pernah rotan..using the real rotan...selalu pakai pembaris kuning yang panjang tu jer. "Tak sakit ustazah...!" hah! tulah jawapan mereka. Memang saya tau tak sakit...sakit kang report polis...saya gak yang kena masuk lokap. Itu sebagai tanda amaran sahaja, tapi bila bagi amaran kena buat kan???kalu tak mereka mesti akan fikir "alah..ustazah cakap jer...mesti ustazah tak pukul".

Antara sebab saya tayang rotan hari nie adalah kerana mereka pernah juga tanya saya "ustazah cakap nak rotan pakai rotan buluh tuh...tak de pun..." wah...eksen sekali mereka. Jadi hari ni, saya tunjukkan kepada mereka "hah..ini rotan...ingat saya main-main yer...saya cakap sekali jer..kalau tak siap kerja sebab bercakap dan main dengan kawan...saya rotan betul-betul!" serius! jadi kelas hari ini sangat aman damai...except budak nakal hari tuh yang saya citer kat entry lepas.

Saya mengharapkan,mereka bukan gerun dengan saya sebab rotan tu. Saya harap mereka faham kenapa saya beria-ia mahu mereka berkelakuan baik, serius dalam pelajaran, menghormati orang lain dan tahu menghargai. Saya ingin mereka menjadi manusia sebenar,saya tak nak mereka jadi sampah. Saya mahu mereka sedar, untuk menjadi manusia yang berguna,bukan selepas 10 tahun akan datang,atau selepas mereka melakukan kesilapan demi kesilapan. Saya mahu mereka mendidik jiwa mereka menjadi manusia sedari mereka kecil. Saya mahu mereka menanam sikap mahmudah dalam rohani mereka dari sekarang.

Saya melihat mereka, saya takut bila mereka masuk usia remaja,mereka terikut buat sesuatu yang salah. Saya takut mereka terus hanyut dengan keseronokkan yang tiada batasan, saya tak mahu mereka silap memilih kehidupan dan kawan. Saya takut mereka tidak sedar,apa yang mereka buat adalah satu kesalahan. Saya tak mahu satu hari nanti mereka terkenal kerana keruntuhan akhlak dan paling saya takut, mereka jauh dari Allah.

Realitinya,masalah remaja adalah kerana didikan jiwa mereka sangat kurang..bahkan mungkin tiada. Saya selalu ingatkan mereka,apa yang saya bagitahu dan ajarkan,bukan untuk hari ini semata-mata..saya harap mereka akan kekal ingat hingga mereka dewasa. Saya ada memdengar dan membaca satu hadis yang antara lain maksudnya:

"seorang yang melakukan kesalahan atau dosa,tidak akan melakukan kesalahan dan dosa itu sekiranya ada iman di hatinya..."

dan..iman itu,perkara yang dididik dari kecil...dalam hati mereka...


Tuesday, May 25, 2010

kunang-kunang itu kelip-kelip..

kenang-kenang,mengundang sakit.

yer ker?
certain things..maybe. .
bila di kenang..hanya mengundang sakit..
sakit hati..
sakit jiwa..
sakit rasa..

tapi ini bukan cerita mengenang benda yang sakit...
bak kata pepatah...
benda yang lepas,usah di kenang...
usah...
usah..
usah...
syyyuuuuhhhhhhh...pergi main jauh-jauh.

mari mengenang apa yang saya suka,
saya suka...muzik...
hehehe..
suka dengar lagu..
ada yang saya suka sebab rentak lagu yang boleh layan...
(tapi saya tak suka lagu melayu yang mendayu-dayu...slow rock yang popular dulu2 tuh...saya tak suka...sangat!)

dan selalunya saya suka lagu berdasarkan liriknya...
hahahhaaa..
kadang-kadang perasaan sendiri..
"macam kena jer lagu nie dengan aku.."
(perahsan!..akekeke)

dulu,masa BSB tengah glemer...
sumer lagu dorang saya suka..
pastu tuko boyzone.. 'n sync...pastu westlife..
(hamboi..bukan main..sumer omputih..)
lagu2 melayu ada gak yang saya suka...
amy mastura..masa album "diam-diam rindu" sampai "bintang hati"
pastu..kureng suka..
siti pun layan gak...lagu dia mmg sumer best pun..
kalo laki..anuar zain..suara dia best yer..
(ini dulu2..yang sekarang..tak yah citer..)
lagu-lagu nasyid zaman Raihan,hijjaz,in-team..suka sangat-sangat..
(skang dah tak berapa alert dgn lagu nasyid baru..sbb dah jarang sgt dengo radio..)

antara lagu+lirik yang paling saya suka lagu "flying whithout wing"-westlife

Everybody's looking for that something
One thing that makes it all complete
You'll find it in the strangest places
Places you never knew it could be

Some find it in the face of their children
Some find it in their lover's eyes
Who can deny the joy it brings
When you've found that special thing
You're flying without wings

Some find it sharing every morning
Some in their solitary lives
You'll find it in the words of others
A simple line can make you laugh or cry

You'll find it in the deepest friendship
The kind you cherish all your life
And when you know how much that means
You've found that special thing
You're flying without wings

So, impossible as they may seem
You've got to fight for every dream
Cos who's to know which one you let go
Would have made you complete

Well, for me it's waking up beside you
To watch the sunrise on your face
To know that I can say I love you
In any given time or place

It's little things that only I know
Those are the things that make you mine
And it's like flying without wings
Cos you're my special thing
I'm flying without wings

And you're the place my life begins
And you'll be where it ends

I'm flying without wings
And that's the joy you bring
I'm flying without wings


Monday, May 24, 2010

Tak tercapai akal ku..?

Hujung minggu yang sangat santai. Honestly..i'm having fun last weekend...hingga hari ini,saya masih boleh tersenyum sampai ke telinga..hahaha..seronok sangat..saya dapat jumpa kengkawan yang saya sayang,bergelak ketawa...bertukar khabar berita...bercerita...seperti hari-hari lalu. Walaupun mereka berebut-rebut dengan anak-anak...tapi,sungguh...best sangat!

Itu cerita hari sabtu...hari ahadnya,saya pergi kenduri rumah kawan...kakak dia kawen. Balik kenduri, saya layan citer korea....dari petang(3.45 ptg)~~~~~~~~sampai dinihari (1.45 pagi)~~~~~hahahhaha...tak kira. Nak menghabiskan cerita tu punya pasal..buat marathon lah (lebih2 lagi..mmg masa tengah free dan tidak perlu terkejar2 buat perkara wajib). Dah lama tak buat perangai macam nie...bila sesekali kembali kepada apa yang kita suka... so relaxing...

Best sangat citer tu (erk..pada saya lah..)..citer baru habis last week 21/5/2010...tapi saya tak sempat nak tengok episode by episode every week...jadi bila ada masa terluang...itulah saya menghabiskan semua baki 8 episode malam tadi...(tu pun tak habis lagi,ada lagi satu episode..petang nie sambung lagi *wink*wink*..)~~




-pErs0NaL tAst3-

Thursday, May 20, 2010

Mistik @ Misteri Nusantara...(sangat)!



Siapa pernah dengar bunyi kucing mengiaw malam-malam?
erm..
kalau tak pernah..cuba bayangkan...
dalam suasana yang agak sunyi...
titibe..dengar bunyi kucing...mengiaw..ala2 miang nak mengawan tuh..
seram tak???
(seram..seram..seram..)

sebelum nie..saya tak seram sangat..
(yer ker...????)
betul..siaya anggap..memang kucing tuh tengah menggatal la tuh..

tapi..
pada suatu hari......
kawan saya pun bercerita..

"kalau dengar bunyi kucing memalam nie..cuba tengok bebetul...kucing tu mengiaw ke arah apa???.. kalau dia seekor jer..takde kucing lain...so..paham2 lah..."

erk...
(paham2 ape?)

alamak...i pun tak tergamak nak tulis..apa yang kucing tuh tengo@nampak..

so..
korang fikirlah sendiri yer...

adakah ini fakta??
atau auta???

Monday, May 10, 2010

Perah otak:Yang Telah Berkarat.

Nak kata lama sangat tak menaip assigment...erm..mungkin..sebab dah masuk dua tahun. nak kategorikan otak ini macam paku karat??? boleh jugak..sebab nak polish balik tuh..bukan main payah lagi. Semua buku saya pegang seerba tak kena jer...Kalau setakat baca..then faham sendiri..it's ok for me. Tapi bila kena buat contoh kertas kerja untuk mereka-mereka yang more experience than me..oh..gosh!!!macamana saya nak present kan kertas kerja saya??? B.Melayu(or B.Malaysia) saya pun sangat tunggang langgang. Grammar lari sana sini..ai..segannya. Tapi nak ke tak nak ke...saya kena buat juga. Bila keadaan dah terdessak...akhirnya selepas empat jam bertarung dengan otak karat ini akhirnya selesai jugak satu kerja. kalau mereka nak komen...itu hak mereka...saya??? tadah telinga je la. Yang penting kerja saya settle untuk setakat ini. Lain kali saya improvekan lagi yer..saya perlukan banyakkkkkkk masa.

:)