Sunday, December 13, 2009

Teman Teristimewa

teman...
bila rasa ingin menangis..hubungilah aku..
bukan aku nak suruh kau berhenti menangis...
tapi mungkin aku boleh menangis bersamamu...

teman...
jika terasa tiba2 nak melarikan diri...jauh dari masalah...hubungilah
aku...aku takkan suruh kau berhenti..tapi..mungkin aku akan berlari
bersama kau agar masalah kau boleh selesai...

teman..
jika tiba2 kau ditinggalkan kekasih
kau..beritahulah aku..aku tidak akan memaki
hamun x-makwe/x-pakwe kau..
tapi..aku akan cuba buat kau
cintai diri kau sendiri...

teman..
jika kau kecewa keluargamu tak
bahagia..beritahulah aku..aku takkan buat kau
benci kepada ibu bapa kau..tapi..terimalah segala
ketentuan Allah...

teman..
jika kau kecewa dengan perkahwinan kau suatu
hari nanti...ceritalah pada aku..aku takkan sebut
nama perempuan/lelaki itu...
tetapi..
cubalah jadi lelaki /wanita
yang lebih soleh/solehah...

tetapi teman...
jika suatu hari aku berdiam diri..
aku tidak membalas messagemu..
aku tidak angkat panggilan darimu...
hubungilah aku segera...
sebab waktu itu aku..
aku perlukan kau...
untuk mendoakan kesejahteraan aku..

sumber:
inbox email saya...



extra:


to all my blogger friends...this is for u guys..



Friday, December 11, 2009

Bila waktu Berlalu

Sejak beberapa waktu,saya sering berfikir tentang berlalunya masa yang terasa begitu cepatnya. Seakan sekelipan mata,segalanya berlalu. Setahun itu bagaikan terlalu singkat. Saya tidak merasakan berbaloinya masa itu pergi,kerana terasa saya seperti telah mensia-siakan masa yang diberi Allah kepada saya.

Ya,Allah telah memberi waktu sama banyak kepada semua makhklukNya samada manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan dan selainnya. Allah menciptakan siang dengan waktunya dan malam dengan waktunya. Allah menyiapkan setiap detik tidak pernah kurang untuk semua makhluk. Terpulang pada mereka untuk menjadikan masa itu sebagai satu medan yang sangat berharga ataupun sekadar mensia-siakannya.

24 jam yang diberiNya digunakan siang untuk bekerja semahunya seakan kita boleh hidup selama-lamanya, dan dijadikan malam untuk kita berehat dan beribadah kepadaNya seakan esok tiada lagi. Namun sejauh mana kita memanfaatkan masa yang berlalu,hanya kita yang mampu menilainya.

Alangkah beruntungnya bagi mereka yang telah memanfaatkan waktu yang diberi untuk mendekatkan diri kepada Sang Pencipta namun tidak pula meninggalkan dunianya. Sesungguhnya dia akan mendapat manfaat di dunia mahupun di akhirat. Sebaliknya,alangkah malangnya mereka-mereka yang mengejar-ngejar dunianya untuk menghirup nikmat yang sementara sedangkan mereka melupakan Allah Yang Maha Esa.

Saya melihat pada diri saya, masih banyak perkara yang perlu diperbaiki. Berfikir untuk berubah tetapi tidak bertindak untuk berubah adalah sesuatu yang paling merugikan. Sesungguhnya, untuk melakukan kebaikan itu ada berjuta halangan,keutamaannya adalah semangat dan kekuatan hati. Begitu juga kata pujangga hendak seribu daya,tak nak seribu dalih, siapa berusaha dia akan berjaya, siapa menanam dia akan menuai hasilnya.

Semoga saja Allah akan terus merahmati kita,menguatkan hati-hati kita untuk terus berpegang pada jalanNya dan terus berpegang dengan taliNya serta memelihara iman di hati-hati kita. Senjata kita adalah doa yang penuh pengharapan kepadaNya,semoga Dia mengabulkannya.

Thursday, December 10, 2009

Muhasabah Cinta

Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Reff. :
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Tuesday, December 8, 2009

Kisah Si Buta dan Sudu

Cerita ala-ala lawak antarabangsa dari koleksi mail box saya..untuk release tension..boleh la layan citer nih yer....

Seorang lelaki buta memasuki sebuah restoran. Abu, pemilik restoran itu yang juga berperanan sebagai pelayan mendatanginya dan menghulurkan menu.

"Saya orang buta dan saya tak boleh membaca menu. Tolong bawakan sudu kotor yang telah dipakai oleh pengunjung sebelumnya dan saya akan menciumnya.Dari situ nanti saya tahu masakan apa yang enak untuk dipesan," kata lelaki buta tersebut.

Abu mengumpulkan beberapa sudu bekas dipakai yang ada dan memberikannya kepada lelaki tersebut. Ia mencium sudu itu dan akhirnya berkata,"Saya pesan ikan paus dan sayur masak asam bang"

Dengan agak terperanjat Abu mencatat pesanan lelaki buta itu. Menu itu memang menjadi kegemaran para pengunjung restoran tersebut.

Beberapa hari kemudian lelaki buta tersebut datang lagi. Sekali lagi dia minta sudu bekas dipakai untuk dicium, tetapi bukan yang habis dipakai untuk makan ikan paus dan sayur masak asam. Hanya ada satu sudu yang habis dipakai untuk makan menu lainnya. Abu memberikannya kepada lelaki buta tersebut yang kemudian memcium sudu itu dan berkata, "Bau sudu yang ini sedap juga,seperti habis diguna untuk makan ayam bakar dengan sayur ulam dan sambal belacan."

"Dasat juga mat ni", bisik Abu dalam hati. Abu mengiyakan sambil merenung lubang hidung si buta.

Lelaki buta itu untuk ketiga kalinya datang semula beberapa hari kemudian.Dia datang lebih awal ketika belum ada satupun pengunjung yang datang sehingga tidak ada sudu bekas diguna yang boleh diberikan untuk dihidu.Entah dari mana datangnya, tiba-tiba sifat nakal bodoh Abu muncul. Dia menghampiri isterinya yang berperanan sebagai tukang masak di dapur.

Diberikannya satu sudu dan berkata, "Leha, kamu usapkan sudu ini di ketiak kamu"

"Apa-apa lah abang ni ?" tanya Leha tak faham.

"Sudahlah ikut je lahhhh, untuk kemajuan restoran kita," kata Abu setengah memaksa. Leha,tanpa confident, mengusapkan sudu tersebut di ketiaknya dan menyerahkan kembali kepada Abu. Dibawanya sudu tersebut kepada lelaki buta yang duduk menunggu.

Lelaki buta itupun menghidu sudu itu,dengan mengerutkan keningnya,lelaki buta tersebut berkata, "Sungguh tak ku sangka menyangka makwe lamaku Leha bekerja disini...... boleh aku jumpa dia kejab tak!!!!!!!!!?????"

saya: hahahaha...ketawa..guling2 dah atas katil..macam nih punya orang pun ada ker????

Monday, December 7, 2009

"kalau sampai Ipoh..."

Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 5 tahun menaiki bas ekspres Kuala Lumpur - Kangar. Ibu itu berpesan pada pemandu bas "Encik.. tolong tengokkan anak saya ya... Nanti kalau sampai Ipoh... cakap pada anak saya." Sepanjang perjalanan,si anak ini tidak berhenti-henti bertanya. Setiap seminit dia akan bertanya pada penumpang disebelahnya.."Sudah sampai Ipoh ke belum?"


Hari mulai malam dan anak itu masih terus bertanya-tanya. Penumpang disebelahnya menjawab.. "Tidor aje la..Belum sampai lagi ni.. nanti kalau sampai saya akan kejutkan!" Tapi si anak tidak mahu diam..dia pergi ke depan dan bertanya pada pemandu untuk kesekian kalinya,"Pakcik.. sudah sampai Ipoh ke belum?" Pemandu yang sudah keletihan menjawap soalan itu berkata.. "Belum! Tidur aja la!Nanti kalau dah sampai kat Ipoh.. mesti pakcik dikejutkan..!"


Kali ini, si anak tidak bertanya lagi,dia tertidur nyenyak sekali. Kerana suara si anak tidak kedengaran lagi..semua orang di dalam bas lupa pada si anak, sehinggalah bas sudah sampai di Ipoh.. tidak ada seorang pun yang membangunkannya. Hinggalah melepasi Alor Setar.. si anak masih tertidur dan tidak bangun-bangun.


Tersedarlah si pemandu yang dia lupa membangunkan si anak. Lalu dia bertanya pada para penumpang.. "Encik-encik dan puan-puan sekalian..bagaimana ni.. perlukan kita hantar semula anak ini?" Para penumpang pun merasa bersalah kerana turut melupakan si anak dan setuju menghantar si anak kembali ke Ipoh... Maka berpatah kembalilah rombongan bas itu menuju ke Ipoh.. Sesampai di Ipoh... si anak dibangunkan. "Nak!Sudah sampai di Ipoh! cepat bangun!" Kata Pemandu.. Si anak bangun pun dan berkata.. "Oh sudah sampai ya!" lalu si anak pun membuka beg pakaiannya dan mengeluarkan nasi bungkusnya.. Seluruh penumpang kehairanan..."Bukankah kamu hendak turun di Ipoh?" tanya pemandu kebingungan."Tidak lah.. mama saya pesan.. kalau sudah sampai di Ipoh.. saya boleh makan nasi bungkus ni"


Morale of the story:


Jangan lupakan anak kecil di sekeliling anda..mereka selalu kelaparan...ngeee :)




Wednesday, December 2, 2009

Lelaki Sejati

Kisah ini terjadi pada zaman Khalifah Umar bin al-khattab Radhiyallahu 'Anhu. Ada seorang pemuda kaya, hendak pergi ke Makkah bagi melaksanakan ibadah umrah. Dia mempersiapkan segala bekalannya,termasuk unta yang akan digunakan sebagai kenderaan. Setelah semua dirasanya cukup siap, dia pun memulakan perjalanan.

Di tengah perjalanan, dia menemui suatu tempat yang ditumbuhi rumput hijau dan segar. Dia berhenti berehat seketika. Pemuda itu duduk di bawah pokok dan akhirnya dia terlelap dan tidur dengan nyenyak sekali.

Ketika dia tidur, tali untanya terlepas, menyebabkan unta itu pergi ke sana ke mari. Akhirnya unta itu masuk ke kebun berhampiran. Unta itu memakan tanam-tanaman dan buah-buahan di dalam kebun itu. Dia juga merosakkan segala yang ada di situ.

Penjaga kebun itu adalah seorang yang sudah tua. Orang tua itu berusaha mengusir unta itu. Namun, dia tidak mampu. Kerana risau unta itu akan merosakkan semua kebunnya, lalu dia membunuh unta itu.

Ketika bangun, pemuda itu mencari untanya. Ternyata, dia mendapati unta itu telah mati dengan leher dikelar di dalam sebuah kebun berhampiran. Pada saat itu, orang tua itu datang, lantas pemuda itu bertanya "siapakah yang membunuh unta ini?"

Orang tua itu menceritakan apa yang telah terjadi keatas kebunnya dan kerana khuatir kebunnya akan musnah semuanya dia telah bertindak membunuh unta tersebut.

Mendengarkan cerita dan pengakuan dari orang tua itu, si pemuda terus naik marah sehingga tidak terkawal kemarahannya. Serta-merta dia memukul orang tua itu sehingga orang tua itu tidak sedarkan diri dan telah meninggal dunia., pemuda itu terkejut,dan menyesal atas apa yang dilakukannya.

Ketika itu, datanglah dua orang anak orang tua tadi. setelah mengetahui ayah mereka sudah meninggal dunia kerana dipukul oleh pemuda itu, lalu mereka menangkap pemuda itu dan menyerahkannya kepada Amirul Mukminin, Khalifah Umar al-Khattab r.a. Mereka menuntut untuk melaksanakan hukiuman qisas.

Saidina Umar r.a bertanya kepada pemuda itu, dan pemuda itu mengaku perbuatannya serta benar-benar menyesal atas apa yang berlaku. Lalu Amirul Mukminin memutuskan "Aku tiada pilihan lain kecuali melaksanakan hukuman Allah.

Pemuda itu meminta agar dia diberi waktu selama dua hari untuk pulang ke kampung halamannya agar dia dapat membayar segala hutang piutangnya.

Umar al-Khattab berkata "hadirkan kepadaku orang yang menjamin bahawa, kau akan kembali lagi ke sini. Jika kau tidak kembali orang itu yang akan di qisaskan sebagai ganti dirimu."

"aku orang asing di negeri ini, aku tidak dapat mendatangkan seorang penjamin" jawab pemuda itu. Abu Zar r.a yang ketika itu hadir di situ berkata "wahai Amirul Mukminin, ini kepalaku...aku akan serahkan kepadamu sekiranya lelaki ini tidak hadir selepas dua hari"

Dengan terkejut Umar al-Khattab berkata "Apakah kau yang akan menjadi penjaminnya wahai sahabat Rasulullah?" ."Benar" jawab Abu Zar.

Pada hari yang telah ditetepkan untuk melaksanakan hukuman, orang ramai menanti kedatangan pemuda itu. Sangat mengejutkan! dari jauh, mereka melihat pemuda itu datang dengan memacu kudanya. Orang ramai memandangnya dengan rasa takjub.

"Mengapa engkau datang ke sini anak muda?padahal kau dapat menyelamatkan diri daripada maut" Umar bertanya kepada pemuda itu.

"Wahai Amirul Mukminin, aku datang ke sini agar orang lain tidak akan berkata - tidak ada lagi orang yang akan menepati janji di kalangan umat Islam, dan tidak ada lagi lelaki sejati yang berani bertanggungjawab atas perbuatannya di kalangan umat Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam."jawab pemuda itu.

Lalu, Umar menghampiri Abu Zar "Dan,kau Abu Zar,bagaiman kau berani menjamin pemuda ini, padahal kau tidak mengenalinya?"

Abu Zar menjawab"Aku lakukan ini agar,orang lain tidak akan mengatakan bahawa tidak ada lagi lelaki sejati yang sedia berkoban untuk saudara seimannyan dalam umat Muhammad Sallallahu Alaihi Wassallam".

Mendengarkan semua itu, kedua anak orang tua yang terbunuh itu berkata "sekarang,tiba giliran kami, wahai Amirul Mukminin. Kami bersaksi di hadapanmu bahawa pemuda ini telah kami maafkan, dan kami tidak meminta apa-apapun daripadanya. Tidak ada yang lebih utama daripada memberi maaf dikala mampu. Ini kami lakukan agar orang tidak akan mengatakan bahawa tidak ada lagi orang yang berjiwa besar, yang mahu memaafkan saudaranya di kalangan umat Muhaammad Sallallahu Alaihi wassallam."


Petikan dari:
Ketika Cinta berbuah Syurga:Habiburrahman El Shirazy

p/s: jom..fikir-fikirkan...

Tuesday, November 24, 2009

Hidup Yang Di Inginkan



Seumur hidup kita, sering kali kita dibekalkan dengan kisah-kisah dongeng yang mengkhayalkan. Kita dibesarkan dengan kisah-kisah hidup si gadis yang kehidupannya sukar namum berakhir dengan kebahagiaan yang tidak pernah dia impikan. Ceritera dongengan tentang hidup ini perlu bersusah-susah dahulu, bersikap baik dengan semua orang walaupun orang itu sejahat-jahat manusia yang pernah kita kenali. Kita juga perlu membalas setiap perbutan manusia itu dengan kebaikan walaupun mereka sering melakukan kejahatan kepada kita. Menjadi manusia yang paling sabar dalam menghadapi segala cubaan kerana akhirnya nanti akan terhidang segala bentuk kebaikan kepada kita kerana kita telah memberi kebaikan yang banyak kepada orang lain dengan seikhlas hati.

Kadang-kala kita berfikir secara logik, adakah manusia sebaik dongengan ini dalam hidup yang sebenar? benar-benar wujudkah mereka? sangat mulia manusia ini. Itu hakikat dalam sebuah cerita rekaan yang mungkin pada pendapat perekanya untuk menanamkan sikap-sikap positif kepada kanak-kanak. Pengajaran yang sangat baik jika kanak-kanak ini boleh berfikir dengan baik.

Sering juga kita dihidangkan dengan kisah-kisah lelaki gagah yang berani menegakkan kebenaran walau dengan apa cara sekalipun demi keamanan dunia. Mereka melakukan kebaikan dengan membantu orang-orang yang lemah dari ditindas oleh orang-orang jahat yang ingin menguasai dunia. kaikhlasan mereka tertonjol dengan sifat merejka tidak menunjuk-nunjuk dalam melakukan kebaikan. Mereka akan muncul dengan wajah dan karektor yang berbeza ketika menyelamatkan orang lain, sehingga mereka dipuja-puja. Apabila mereka menjadi orang kebanyakkan, tiada siapa yang tahu tentang kebaikan dan kewujudan mereka.

Ya...mereka kelihatannya ikhlas menghulur bantuan, tanpa mahu mengharapkan balasan. Mereka tidak pernah mengharapkan orang tahu tentang kebaikan yang mereka hulurkan dan mereka tidak pernah meninggalkan jejak untuk orang lain mencari mereka untuk memberi penghargaan. Sangat sempurna.

Kehidupan dalam sebuah imaginasi memang memberi banyak harapan kepada manusia yang berada di dunia realiti. Kita hanya perlu membuat kebaikan untuk mendapat kebaikan. Walau seteruk manapun dugaan yang kita hadapi, andai kita laluinya dengan sabar dan ikhlas tentu kita akan mendapat sesuatu yang lebih berharga dari apa yang telah kita berikan kepada orang lain.

Aturan hidup itu akan menjadi mudah apabila kita memudahkannya. Ia akan menjadi sukar bila kita melihat ianya sebagai satu kesukaran.



Saya menulis...saya berfikir...dan...saya berharap saya juga mampu menjadikan kehidupan saya sepositif yang saya harapkan...saya terus berharap...

Sunday, November 22, 2009

Mimpi Melingkari

Adusss... cuaca yang sungguh tidak membatu tumbesaran. Emosi jadi sama mendung, semangat pun merudum2..dari sehari ke sehari...ditambah-tambah dengan cuti persekolahan yang baru bermula..mood untuk BEREHAT sangat kuat menebal.

Semenjak dari hari khamis lepas..this is my 1st day saya duduk mengadap laptop. Itupun bukan laptop saya,tapi laptop adik yang sedia terpasang...laptop saya terperap jer dalam beg..tidak bernafas..dia pun tidur dan berehat..mujur dia tak leh diulut mimpi..ngeee...

Entah kenapa,perasaan MALAS tu membesar dengan pesatnya...lepas siap semua rutin harian di rumah waktu pagi,aktiviti lain saya seharian ialah berlingkar depan TV..ahahahaha (apalah anak dara..ish..ish..ish..)nak buat apa2 semuanya rasa.. M.A.L.A.S...penangan bercuti agaknyer..mungkin jugak cuaca...

Yer..cuaca sebenarnya memainkan peranan yang sangat penting sekarang nie...mendung sepanjang hari..renyai-renyai..kadang2 lebat...aduh...memang membuai-buai rasa malas dalam diri saya..HIIIAYAYAYAYYAAAARRGGHHH...

Banyak sebenarnya perancangan dalam waktu cuti...kalau keadaan cuaca masih membuai-buai rasa...susah sikit lah nak berjalan2...harap-harap mendung nie akan berarak pergi..mimpi-mimpi pun tak membuai-buai lagi.... :)

Wednesday, November 18, 2009

Apa jadi hari nie?

Hari ni semua kerja settle. Tinggal nak kemas meja jer, saya kena pindah tempat kat bilik guru nie..sebab tempat saya sekarang ni sangat strategic, sehingga Guru Besar dengan sukacitanya mengishtiharkan kawasan tempat saya sekarang akan diambil untuk dijadikan sebagai pusat IT bilik guru. Jadi saya bersama 3 orang kawan lagi perlu berpindah ke meja lain yang di kosongkan oleh cikgu-cikgu yang di beri bilik2 khas sendiri (pra-sekolah,pendidikan khas, dan guru IT).

Pagi nie,saya dah settlekan kerja-kerja analisa sekolah untuk peperiksaan akhir tahun. Saya dah siapkan pentas untuk ‘Hari Kecemerlangan dan Penyampaian Hadiah’ yang akan di adakan esok hari dan saya telah selesai urusan dengan murid-murod kelas. Cuma ada beberapa orang murid yang menghilangkan buku teksnya belum selesai membayar harga buku teks tu…kalau tak bayar jugak sampai hari Jumaat, nampaknya saya perlu hulurkan duit saya sendiri..(nak paksa2..org2 susah..takpe lah..saya beralah)

Hari ini keluarga saya akan bertolak ke Ampang untuk menghantar ibu saudara a.k.a adik abah saya ke KLIA. Alhamdulillah, dia dan suami akan pergi menunaikan rukun islam kelima malam ini. Saya tak dapat ikut serta, saya Cuma berhubung dengan makcik saya melalui telefon (tapi saya dah berjumpa dengannya dua minggu lepas). Petang nie pulak ada tahlil di sekolah. Doakan makcik saya selamat menunaukan ibadah dengan khusyuk dan mendapat haji yang berkat yer..ameennnn….

Macam dah buat laporan harian pulak :) hehehe…sekali sekali okey kot… tunggu idea datang,tak muncul tiba (ker malas nak kerah otak… :) )


Doakan saya pun sampai ke sini juga nanti yer..teringinnyeeee...

Tuesday, November 17, 2009

Sesak Menyiksa



Saya,


sedang menunggu,


saya tak tahu kenapa,


terasa masa itu terlalu pantas,


tidak terkejar lariannya,


semakin saya berusaha beriringan dengan waktu,


semakin laju ia berlalu.





Saya,


sedang lelah berlari,


kepenatan yang saya rasakan,


mengundang keluhan,


walau saya cuba untuk bertahan,


kadang kala saya masih lagi tewas,


tewas pada sebuah penantian.





Saya,


masih lagi menanti,


walau selewat manapun hadirnya,


saya akan tetap di sini,


saya tidak boleh tewas,


saya tidak boleh kalah,


apalagi berputus asa,


saya akan terus menanti,


di sini,


hingga hadirnya,


menjadi penawar lelah,


mengubat resah,


membawa rahmat yang membahagiakan.





apa jua yang telah berlaku,


biarkan ia pergi sebagai sebuah cerita kenangan,


apa sahaja yang sedang dihadapi,


lakukanlah yang terbaik semampunya,


agar tiada kesalan,


apa yang bakal mendatang,


bersedialah dengan kecekalan,


moga-moga dapat dihadapi dengan tenang.






Sunday, November 15, 2009

Yang Indah itu Sementara

Benda yang indah tapi sukar untuk dicapai. Cantik untuk dilihat tapi bukan untuk dipegang. Sangat menarik, sehingga ada hati yang sangat tertarik. Namun, walau sekuat mana pun daya tarikannya ianya hanya sekadar untuk dipandang mata, bukan untuk disentuh apatah lagi untuk memilikinya.


Macam pelangi. Hadir tika hujan gerimis tumpah ke bumi. Datang bersama sinaran mentari. Adakala wajah pelangi itu jelas, nampak garis-garis warnanya, sangat menarik. Banyak mata yang memandang, ramai yang ingin melihat keindahannya. Kadang-kadang wajahnya pudar, nampak jauh, garis-garis warnanya seakan berbalam-balam antara awan di langit. Namun tetap ramai yang ingin melihat dan memerhatikannya. Tetap jua ramai yang memuji keindahannya.


Pelangi yang cantik, yang menjadi pujaan mata yang memandang, yang membuat hati tertarik. Hadirnya seketika cuma. Hanya untuk dipandang mata. Namun untuk memilikinya, mustahil sama sekali. Kalaupun ada yang berjaya menyentuh, memiliki dan meniti di atas pelangi itu tentu hanya dalam mimpi semata. Hanya dalam khayalan yang tidak mungkin akan terjangkau dek tangan.


Pelangi yang hadir seketika. Sampai masa ia lenyap begitu sahaja. Hadirnya tanpa dipinta, ia pergi juga tanpa kita menyedarinya. Pelangi umpama mimpi-mimpi indah.Mimpi itu ilusi. Jangan mimpi itu menjadikan kita terbuai dengan keindahannya hingga lupa untuk berdepan dengan realiti. Biar mimpi itu datang untuk menghibur hati, bila terjaga jangan di bawa mimpi itu terus menemani. Lepaskan mimpi itu, dan hiduplah dalam realiti.


indah ke pelangi?

Thursday, November 12, 2009

Pengumuman...Pengumuman...

CARI JODOH-Wali Band

Apa salahku apa salah ibuku
Hidupku dirundung pilu
Tak ada yang mau dan menginginkan aku
Tuk jadi pengobat pilu
Tuk jadi penawar rindu
Tuk jadi kekasih hatiku
*
Timur ke barat selatan ke utara
Tak juga aku berjumpa
Dari musim durian hingga musim rambutan
Tak kunjung aku dapatkan
Tak jua aku temukan
Oh tuhan inikah cobaan
**
Ibu-ibu bapak-bapak
Siapa yang punya anak
Bilang aku, aku yang tengah malu
Sama teman-temanku
Karna cuma diriku yang tak laku-laku
***
Pengumuman-pengumuman
Siapa yang mau bantu
Tolong aku kasihani aku
Tolong carikan diriku kekasih hatiku
Siapa yang mau
Back to *, **, ***
Ibu bapak punya anak
Bilang-bilang aku aku yang tengah malu
Sama teman-temanku
Karna cuma diriku yang tak laku-laku
Back to ***


Lagu nie sedang menjadi siulan murid-murid di sekolah sejak sebulan lalu. Mula-mula dengar dorang nyany...saya ingatkan lagu yang dorang reka-reka sendiri..sebab tak pernah dengar. Lirik dia pun kelakar. Memula tak perasan pun lirik dia menceritakan tentang orang yang sedang mencari jodoh...dengar lagu nie betul-betul time sukan sekolah few weeks ago..baru perasan. Bila dengar best gak lagu nie..kelakar..hahahha..korang layan jer la yer lagu nie..just for fun!





Tuesday, November 10, 2009

Kenapa Perlunya Neraka?

Saya hanya mahu berkongsi apa yang saya baca hari ini :

Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu beragama Islam, tetapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar ‘Membangun Bersama Islam‘, kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.Saya tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la…setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, “..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peraturan ini bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintah-Nya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintah-Nya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka…”

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak “Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?” Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia.

Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab:”Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga… Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?”

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan: “perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik dan orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan ‘lulus’ percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu ‘baik’. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?”; tanya ustaz.

“Ah…mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je..” rungut si gadis.Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: “Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?”Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya:”Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hamba-Nya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan oleh-Nya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintah-Nya, untuk kebaikan diri kita jugak.
artikel ini dari:
Semoga sama-sama kita mendapat kebaikan darinya :)

Sunday, November 8, 2009

Pilih..pilih...

Setiap pagi Ahad, Su akan pastikan dia ke pasar pagi untuk membeli stok barang basah selama seminggu. Sudah menjadi rutin hujung minggunya. Kalau tak pergi pasar Ahad, bermakna peti ais rumahnya akan kosong, dan merumitkannya untuk memasak bila tiada bekalan di rumah. Untuk menyinggah ke kedai setiap hari, agak membebankan baginya memandangkan dia bekerja dan waktu kerjanya juga tak menentu. Kadang kala lewat petang atau malam baru dia sampai ke rumah.

Su menyusuri deretan gerai di pasar itu. Dulu pasar ini hanya menjual barang2 untuk masakan seperti ikan, sayur daging dan ayam. Tapi semenjak setahun kebelakangan ini pasar itu turut dimeriahkan dengan jualan baju2, tudung2, kelengkapan rumah dan macam2 lagi. Semuanya ada. Dah macam rupa pasar malam pulak.

Jalan agak becak,memandangkan hujan malam tadi. Su berjalan berhati-hati sambil meninjau2 barang keperluan yang ingin dibelinya. Dia berhenti di sebuah gerai yang menjual ikan. "pilih-pilih kak...ikan baru lagi nie..fresh..satu pinggan rm5...pilih kak..sama harga semua..udang,sotong pun ada..." si penjual petah bertutur..tak henti-henti..menarik perhatian pengunjung menghampiri. Su memilih sepinggan udang, membayar dan berlalu ke gerai seterusnya.

"kak..sayur kak..3 ikat sepuluh kak..murah-murah kak...semua ada..nak sayur apa kak..kangkung,bayam..sawi..pilih kak..pilih" penjual sayur pula mula memancing pelanggan. Su memilih beberapa ikat sayur, dia sememangnya selalu menyinggah ke kdai sayur ini..banyak pilihan dan harganya pun berpatutan. " ini jer kak..cukup?" tanya seorang budak..mungkin belasan tahun..."cukuplah..banyak2 nanti tak habis..membazir pulak" pemuda itu membalas dengan senyuman kemudian duit bertukar tangan.

"kak..tudung kak...tudung ikin ada..fesyen baru ni kak..murah...kalau kat KL nie tak dapat macam ni kak..pilih kak pilih.." dia di sapa penjual tudung dalam perjalanan baliknya. Dia hanya menguntum senyuman, kalau ikutkan hati,semua nak di beli. Tinggal pilih je,semua ada..

Dalam hatinya,dia terfikir..kalaulah perjalanan hidup semudah berjalan di pasar..tentu segalanya mudah. Nak apa2 pilih saja, semua terbentang...nak yang itu..ambil..bayar dan bawa balik..nak yang ini,pilih satu..habis cerita...nak kerja yang bagus2..tinggal pilih jer, nak kahwin dengan orang itu..atau orang ini..boleh..silakan..takde halangan..siapa cepat dia dapat...nak anak comel2 macam model kat dalam majalah..confirm dapat..mudah betul hidup.

Tapi kalau hidup terlalu mudah seperti membeli belah di pasar, di mana pula cabaran hidup kita? di mana pula keseronokannya? tak ada thrill pulak..semua nak dapat..

Hilang jugalah kebergantungan kita kepada Allah. Sedangkan Allah telah mengatur hidup kita dengan sebaik-baik aturan. Allah telah mentakdirkan yang terbaik buat hamba-hambaNya yang tahu berfikir dan menilai. Tidak salah sesekali kita rasa kesal, kerana kita manusia..manusia memang tidak lari dari khilaf...manusia memang dengan sifat manusiawinya...tapi jangan kita tenggelam dalam khilaf kita selamanya..jangan kita kesal sampai kita lupa pada kasih sayang dan kebesaran Allah. Kita harus bangun dengan kekutan yang di beriNya..perlu berfikir dengan akal yang dikurniakanNya..perlu menghadapi segala kemungkinan dengan iman yang kuat kepadaNya. Semoga kita akan hidup dalam kebaikanNya dan terus mendapat keberkatan dan dilimpahi rahmatNya.

Saturday, November 7, 2009

Perbaiki Kehidupan

Semalam rezeki murah. Makan malam abang saya belanja ikan kerapu tiga rasa. Dia anak beranak siap turun Tanjung Karang dengan mak datang ambik saya dan bawa pergi makan kat G.G. Bistro, kat Sungai Gulang-Gulang. Memang salah satu tempat saya suka makan, kalau sesekali nak makan di luar. memang pedasnya menagkap...lagi2 kalau dapat makan somtam dia..aduhai sedapnye...(tapi belum berani makan lagi takut perut terkezuttt pulak)

Hari ni,saya hanya lepak2 dekat rumah tak ada apa2 aktiviti selain menonton tv. Bosan sungguh...sepatutnya saya perlu ke Puncak Alam sebab ada program di sana, tapi atas nasihat kawan-kawan yang sangat menyanyangi saya, saya tidak ke sana..dikhuatiri,aktiviti yang sampai ke petang itu akan menyebab badan saya kembali weak...jadi..hari nie saya rehat sepuas2nya..sampai dah tak tau nak wat apa.

Memang bila rutin harian kita sama dan serupa setiap hari, kita mula akan rasa bosan. Kadang2 kita kena ubah sedikit rutin harian agar supaya kita ada perkara baru untuk di lakukan...tapi kena make sure lah..aktiviti yang sihat dan sesuai dengan syariat.

Sebenarnya selepas memasuki alam pekerjaan, rutin harian semakin sama setiap hari..kalau zaman belajar dulu masa untuk bersosialisasi lebih banyak..bila dah kerja, masa kita lebih terhad. Masa banyak di habiskan dengan tugasan2 yang mengekang dan kadang2 pemikiran pun terkekang dek kekangan tugas. Rasa otak terperap dan dunia kita hanya bertumpu pada skop pekerjaan kita sahaja. Secara jujurnya saya semakin kurang alert dengan perkembangan semasa kecuali perkara yang memang sedang panas di bualkan. Tapi mungkin tidak semua rasa apa yang saya rasa. For those people yang pandai aturkan masa dan kehidupan, munkin hari2nya lebih baik selepas bekerja.

Saya sebenarnya sangat sukakakn kerja saya cuma mungkin saya perlu buat beberapa perubahan dalam jadual hidup saya supaya tak terlalu boring. Dalam menghitung hari-hari terakhir dalam tahun ini, harap2 dapat fikirkan sesuatu untuk perubahan yang baik hendaknya. Apapun saya bersyukur di anugerahkan kehidupan yang baik dari Allah, dan mengharapkan Dia akan memperelokkan kehidupan saya supaya saya dapat terus memperbaikinya seperti yang dikehendakiNya.

p/s: seorang kawan baru kehilangan kerja...disaat2 dia menghitung hari bahagianya...mungkin ini ujian Allah kepadanya..semoga dia akan tabah menghadapi ujian ini..dan semoga Allah memberi sesuatu yang lebih baik di hari2 mendatangnya...ameen...

Tuesday, November 3, 2009

Hari Yang Gelap

Ahad lepas saya ke PD. Ini kali ke 4 berturut2 saya turun PD, pergi jalan2 dengan kawan, kemudian kena pergi kursus dan lain2 sebab ialah menghantar dan melawat adik yang berkursus selama 2 bulan di sana. Petang tu bawak anak buah 2 org...teringin sangat dorg nak mandi laut dan kolam. Saya pun mmg suka bawa dorang berjalan, seronok sikit. Sampai kat rumah dah malam, nasib baik saya dah siap iron baju untuk ke sekolah esoknya.

Pagi isnin selepas subuh,saya dah bertolak ke Tanjung Karang...tak boleh lambat,nanti banyak lori jadi lambat sampai ke sekolah. Pagi tu saya cuma minum secawan nescafe je. Sampai di sekolah, saya beli 2 biji karipap dan pau, itulah makanan saya sampai ke tengahari tanpa minum air..sebab tak sempat nak turun kantin. Tengahari tu perut lapar sangat, bila check kat dapur, rupanya stok makanan dah habis, akhirnya saya cuma minum horlick untuk kurangkan rasa lapar.

Pukul 5 petang, baru start masak nasik dan lauk apa yang ada..hujan pulak petang tu,malas nak keluar rumah bila hujan, so..masak sardin aje la..saya dan bebudak umah yang lain memang biasa makan petang, tengahari makan apa yan ada jer. Bila malam saya rasa tak sedap badan, tapi saya buat tak layan jer, sebab rasa bangun tidur nanti ok lah.

Pagi tadi, bangun2 jer saya rasa lapar, kawan serumah ada goreng mihun, saya tak rasa nak makan,takut pedas..badan pun tengah tak sedap..makan pedas takut lagi teruk pulak. Memandangkan hari ni kelas saya bermula seawal 7:30 jadi saya terus masuk ke kelas dengan perut yang lapar sangat2. Satu jam pertama saya boleh bertahan, tapi bila jam dah hampir ke pukul 9, peluh2 sejuk mula keluar..pandangan pun berbalam2..saya mintak seorg kawan gantikan kelas saya,saya berhasrat nak minum milo di kantin...tapi tak sempat sampai kantin saya dah rasa pandangan saya gelap dan saya pitam..terus duduk di meja kantin..kawan saya pun dah panik..ni mesti kes angin dah naik kepala...makcik kantin tu boleh pulak gurau2 " anak dara ni demam rindu lah nie...bla..bla..bla..." aduh..malas nak layan. Bila rasa dah ok sket, saya bangun dan terus balik kuartes...makan sebiji kurma...terlantar sekejap atas katil...teruk betul rasanya. Saya pun sms kawan mintak dia tolong bagitau GPK..saya tak larat nak ke sekolah lagi...aduh..insaf betul..lepas nih..kalau lapar jer mesti kena makan...kawan saya pun marah.."dah lah badan tu takde lemak..yang tak makan tuh kenapa???" manalah tau nak jadi macam nie..pengajaran untuk diri saya sebenarnya....

Monday, November 2, 2009

Cermin Diri

Kurang sebulan lagi. Berakhir satu tahun. Ada impian yang belum tertunai. Ada perkara yang dikejar,tapi masih jauh dari jangkauan.

Cuma kurang sebulan lagi. Masih ada sisa detik waktu yang mungkin akan merubah sebuah reality.

Mungkin bagi yang sesetengah kita, inilah tahun yang paling bertuah,mendapat bahagia yang melimpah ruah. Bagi sesetengah yang lain, mungkin tahun ini tahun yang paling merumitkan, pelbagai perkara berlaku, menguji kekuatan. Apa jua keadaannya tentu ada hikmah yang tersembunyi. Takdir Allah yang berlaku adalah yang terbaik buat umatNya. Tanpa kita sedar…kerana kadang kala kita lalai dengan nikmatnya dan kadang kala kita lemas dengan dugaannnya. Bersyukurlah dengan apa jua ketentuanNya, perbaiki kekurangan diri kita untuk lebih dekat denganNya.

Saya suka untuk berkongsi, pembakar semangat, bila saya penat dengan pelbagai urusan dunia. Mungkin boleh menyedarkan kita Allah sentiasa ada dekat dengan kita

Cahaya Hati - Opick
Allah engkau dekat penuh kasih sayang
Takkan pernah engkau biarkan hamba-Mu menangis
Karna kemurahan-Mu
Karna kasih sayang-Mu

Hanya bila diri-Mu
Ingin nyatakan cinta
Pada jiwa yang rela dia kekasih-Mu
Kau selalu terjaga yang memberi segala

Allah Rahman Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi
Allah Rohman Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi

Di setiap nafas di segala waktu
Semua bersujud memuji memuja asma-Mu
Kau yang selalu terjaga yang memberi segala


Setiap mahluk bergantung pada-Mu
Dan bersujud semesta untuk-Mu
Setiap wajah mendamba cinta-Mu cahaya-Mu


Yaa Allah Ya Rahman
Yaa Allah Yaa Alllah Yaa Allah
Ya Nurul Qolbi.

Friday, October 23, 2009

Ini Tidak Adil!!

Semalaman Pak Seman bertungkus lumus menyiapkan kertas kerja yang di berikan oleh tuan director. Pak Seman bersengkang mata, tidak menghiraukan makan minumnya. Dalam fikirannya hanya memikirkan untuk menyiapkan paper work tu selewat-lewatnya pagi ini.

Jam sudah menunjukkan pukul 6 pagi. Pak Seman bangun dari kerusi yang telah didudukinya sejak malam tadi. Menuju ke bilik air, mandi seterusnya bersolat. Kemudian dia kembali mengadap kerjanya untuk beberapa ketika. Selepas rasa betul-betul berpuas hati, dia lalu mencetak kertas kerjanya, memasukkan ke dalam sebuah fail dan meletakkannya berhampiran dengan beg kerjanya.

Pak Seman menuju ke almari pakaiannya pula, memilih sehelai baju yang paling menarik dalam koleksinya, memakai pakaiannya dan memperkemaskan penampilannya dengan tali leher dan sehelai kot.

Hatinya lega kerana dia akhirnya berjaya menyiapkan kerja yang di pertanggungjawabkan kepadanya. Walaupun belum pasti lagi penerimaan tuan directornya nanti bagaimana. Yang penting, dia telah berusaha ke tahap maksima dan melakukan apa yang terbaik untuk projek kali ini.

Setiba di pejabat, dia memasuki ruang mesyuarat untuk persediaan awal. Selepas hampir satu jam berada di situ, kerusi-kerusi di ruangan itu mulai penuh dan tuan director pun masuk dengan wajah gah seperti selalunya.

Pak Seman menarik nafas dalam-dalam, membaca bismillah dan al-Fatehah seterusnya membentangkan kertas kerjanya dengan bersungguh-sungguh. Selepas selesai pembentangan, dia memalingkan wajahnya ke arah tuan director dan mengharapkan penerimaan baik dari tuan directornya.

“Seman!!!ini awak kata kertas kerja????kalau macam nie,budak darjah 5 pun lebih pandai buat dari awak…buat semula,saya nak lusa dah siap!!”

Sambil melempar fail ke tengah meja lalu berlalu meninggalkan ruangan mesyuarat itu. Berbaloi ke?

Wednesday, October 21, 2009

Sekapur Sireh

salam semua,

Dah lama sangat rasanya saya tak berkongsi sesuatu. Kekangan waktu ditambah dengan tugas2 seharian menyebabkan masa saya amat2 terhad untuk bercanda dengan blog sendiri.

Maaf lah,blog kawan2 pun saya tak sempat nak menjengah. InsyaAllah satu dua hari lagi saya akan cuba meluangkan masa saya bersama anda semua.

Terima kasih kepada yang masih sudi membuat lawatan muhibah ke blog yang bersawang dan out of date nie.

Saya sedang kumpul tenaga untuk terus bersama-sama korang semua. Rindu saat2 menulis sesuatu...

Monday, October 12, 2009

Siapa sudi.....?

Siapa boleh tolong saya. Saya kekeringan idea tahap kemarau 8 tahun nih. Dah lama tak menginvolvekan diri dengan aktiviti-aktiviti kesenian dan membuat formasi. Suddently, this year saya kena organisekan perbarisan untuk hari sukan. Mesti ramai dikalangan blogger nie yang kreative dan innovative kan...ada idea yang sangat bernas untuk di kongsikan bersama-sama saya insan kerdil disini..huhuhu. Saya perlukan idea untuk buat persembahan selama 5 minit untuk perbarisan bertemakan 1Malaysia. Nak buat moskod ape yer??kalau setakat suruh budak pakai baju berbilang bangsa tu ok lah..tapi nak buat persembahan iringan tu yang perit sket nak perah otak yang dah berkarat nih...please..please...please....

nak cariklah bendealah nie..suh bebeudak bawak..ok gak kan..hahahha...

Sunday, October 11, 2009

Laporan hujung minggu yang padat:

Semalam,seawal jam 7.30 saya memulakan perjalanan dengan misi menyerang rumah terbuka. Memula sekali pergi program rumah terbuka anjuran PPD daerah tempat saya mengajar. Sebenarnya rumah terbuka merangkap kursus pendek. Saya dengan berbesar hati hanya hadir suku masa pertama sahaja, bila break pukul 10 pagi, saya telah melarikan diri ke rumah kawan yang berdekatan dengan tempat program.

Bila dah keluar,dah malas nak masuk balik(jahat cikgu nie...sila jangan ikut perangai cikgu yang satu nie..huhu..). Alasan yang kukuh melarikan diri dari program itu ialah, saya kena tolong mak dirumah...kena rushing balik rumah sebab adik saya nak jemput kawan dia makan-makan dirumah...boleh terima tak alasan nie?hahaha..hentam saja lah labu.

Nak dijadikan cerita, sampai rumah dah pukul 1 lebih..kawan adik saya tak sampai-sampai lagi. Saya tak boleh menunggu lama, sebab saya ada beberapa jemputan yang perlu di penuhi. Salah satu sebabnya, saya dah berjanji akan datang..jadi tak baik menghampakan harapan orang.

Lepas zohor,saya meneruskan perjalanan ke arah Batu Caves, nak pergi ke rumah Emy@Fazemy. Satu-satunya blogger yang saya berjumpa 4 mata. Ini merupakan kali kedua kami bersua muka. Itu pun tak boleh berlama-lama, kawan saya dah calling2 dan sms dah masuk berkali2. Saya makan mee kari yang di masak sendiri oleh Emy..nyam..nyam..sedap...rugilah sape tak rasa. Agak duduk dalam 15 minit,saya minta diri untuk ke destinasi seterusnya.

Kali ni arah perjalanan ke Ampang. Masuk je MRR2..aduh..jem giller.. bergerak bukan takat macam siput lagi, tapi dah macam siput yang mengantuk,tapi tak disorongkan bantal....bayangkan..sepanjang perjalanan meter saya tak naik pun sampai ke angka 10km/j paling laju pun 5km/j...sampai jer kat ampang azan maghrib berkumandang. Giler betul...

Rasanya sekarang nie memang musim orang buat open house di mana-mana. Jalan kat mana-mana pun jam macam oerang nak balik beraya. Kepada semua pemandu-pemandu berhati-hati di jalan raya...jangan ingat makan jer..ingat keselamatan,orang yang tersayang..dan jangan lupa bersabarlah di sepanjang perjalanan....


Thanks Emy!!(rupaku mcm penat konon..huhuhu..)

Wednesday, October 7, 2009

Kerana dia yang melahirkan.

Pernah tak berjumpa dengan seorang anak yang perangainya dah macam si Tanggang yang menderhaka? Walaupun tidaklah sampai tahap menidakkan kewujudan ibunya tapi dia sangup mengeluarkan kata-kata yang sangat mengguris hati seorang ibu.

Saya pernah terfikir,macamana seorang anak sampai sanggup melukakan hati seorang ibu dengan keadaan sedar dan sengaja melakukannya. Saya selalu beranggapan perkara itu sesuatu yang pelik dan tidak boleh di terima akal. Mana mungkin orang yang paling hampir dalam hidup kita dan paling kita sayang akan kita sakiti. Tak mungkin kita akan benci kepada seorang ibu yang sangat banyak berkorban untuk kebahagiaan kita. Mustahil kita akan membuang ibu yang melahirkan kita hanya kerana dia memberi pendapat yang bertentangan dengan pendapat kita.

Tapi yang mustahil dan yang tidak boleh di terima akal itu memang berlaku. Itu realiti yang terjadi. Tentu luluh hati seorang ibu bila anak tidak memahami kebaikan yang ingin disampaikannya. Kalaulah si anak itu hidup masa zaman Nabi Khaidir..tentu masa kecil2 lagi dia dah di bunuh..sebab bila dah besar dia jadi anak derhaka..derhaka yang sangat-sangat pulak tu..

Bukannya si anak tu tak boleh fikir mana yang baik mana yang buruk..ikutkan sangat darah muda,akal pun macam tak boleh nak fikir dengan betul...kalau yang datang pada dia tu memang nampak indah dan cantik..boleh lah jugak diterima...ini yang dia nak ikut-ikutkan sangat tu memang dah sah-sah tengok sebelah mata pun orang boleh tahu mafia tahap gaban yang datang..nak jugak di ikut buat apa..tak ke namanye mencari bala yang tak di undang?tak faham betul...

Jangan sampai nanti masa menyesal semua dah terlambat..masa tu keluar air mata darah pun tak guna...mohon2 moga Allah ampunkan dosa2 yang dah di lakukankan..dan harap2nya pintu taubat masih terbuka...kalau tak..harap maaf..anda dilarang menghidu bau syurga...

Sunday, October 4, 2009

Kenali Simptom Demam

Semua orang mesti pernah demam. Salah satu penyakit wajib yang mesti di rasai oleh setiap manusia. Tapi kalau ada orang yang tak pernah demam tu..tak tau lah pulak kenapa yer..setahu saya firaun zaman nabi Musa jer tak pernah sakit apa2.

Bila demam, pesakit akan rasa badan jadi sejuk, berbeza dengan orang yang merasa badan pesakit, mereka akan rasa suhu badan pesakit meningkat. Menurut artikel yang di tulis oleh Dr.
Mohamed Hatta Abu Bakar:

"Semasa demam, ada dua fasa atau keadaan yang boleh dikenalpasti. Keadaan seram sejuk (chill) dikatakan tanda yang menunjukkan suhu tubuh sedang meningkat. Tetapi pada akhir demam, kulit menjadi hangat dan pesakit mulai berpeluh. Keadaan ini disebut krisis (crisis) dan menunjukkan suhu tubuh sedang menurun."

Jadi tidak hairanlah..bila demam pesakit akan memakai baju yang tebal dan berselimut tebal sepanjang hari kerana rasa kesejukkan. Apabila sampai satu tahap pesakit akan mula berpeluh dan rasa demam akan mula berkurangan.

Demam juga mungkin disertai dengan pelbagai simptom lain seperti cirit-birit, pening, sakit kepala, muntah atau terpaksa bernafas dengan cepat. Pesakit yang mengalami demam biasanya kelihatan letih, pucat dan kekeringan air dalam badan.

Untuk melegakan demam pesakit dinasihatkan untuk banyak berehat dan minum air suam sebanyak yang boleh serta makan buah-buahan bagi membantu proses pemulihan. Bagi demam panas yang tinggi pula disarankan agar selalu mengelap badan dengan air sejuk bagi mengurangkan kepanasan. Cara ini bersesuaian dengan hadis Rasulullah s.a.w:

“Sesungguhnya demam atau terlalu tinggi suhu panas itu adalah merupakan percikan-percikan neraka, maka sejukkanlah dengan air”

sumber:

Saturday, October 3, 2009

Tak Suka Rasa Ini..

Malam tadi:


Pergi beraya..dua rumah..1 rumah 1 jam jugak la melepak...dalam keadaan perut yang tak selesa... ku gagahi jua badan untuk beraya.

.

.

Balik umah dah dekat pukul 11. Solat isya'...terus tidur..badan rasa lemah sangat..

mula pukul 2 pagi terjaga...perut memulas-mulas..setiap 1 jam mesti terjaga...ulang alik ke tandas...sampai lah subuh...

.

.

Pagi tadi:

Lepas solat subuh..baring kejap..tak larat dah rasa badan...tapi tak boleh nak layan sangat...

Buka almari ambik baju ngan tudung..iron..pastu mandi...kena pergi sekolah ada kursus Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP)..

.

.

pakai stoking tebal..dan sweater merah (mcm sweater LOL)..duduk dalam bilik mesyuarat pun 3 kali kuar masuk tandas..badan dah rasa hangat..

.

.

Pukul 10 pagi...tak larat sangat dah...apa lagi..balik rumah..selubung dengan selimut..sambung tidur...aduhhh..lemah nye rasa...

.

.

fikir2 apa lah yang aku makan semalam?rasanya sama jer dengan apa yang kawan2 serumah makan..tapi dorang ok jer..erkkk...

.

.

Baru lepas telefon mak..mengadu la..demam..mak cakap esok abah datang ambik..sebab saya tak larat nak drive...cepat lah masa berlalu..dan hari berganti....

Friday, October 2, 2009

Menu Semalam

kenapa saya tempek gambar wadges plak hari nie???

bukan bertujuaan untuk meliurkan sesiapa...

bukan juga untuk memberi makan kepada sesiapa...



tapi wedges nie memang sedap...

makan sampai menjilat jari...

memang kegemaran saya setiap kali berkunjung ke KFC

nyum..nyum...




Ditambah dengan cheezy yang menyelerakan...

walaupun mengandungi lemak2 yang boleh menggemukkan..

saya tidak kisah pun..

sebab..

takde effect pun..

makanlah selagi mahu...





ini sebenarnya entry yang di tulis kerana kekeringan idea yang tahap kritikal lebih teruk dari kritikalnya tapir yang menggigil kesejukkan...

Yang sebenarnya:

hahahahah...

wedges ini santapan berbuka puasa semalam..

lalu sebelah KFC..

terbayang2 wedges menari didepan mata..

apalagi...

"jom kita buka kat KFC.."

Thursday, October 1, 2009

Teman Bicara


Apa penilaian paling penting untuk memilih seorang kawan,sahabat atau teman yang menyenangkan? Selain sifat peribadi yang selalu menjadi ukuran,tentu ada sesuatu yang boleh diukur pada seseorang untuk menjadi pendamping kita. Pastinya sesuatu yang menyebabkan kita rasa senang bila bersamanya. Kalau duduk bersama tak terasa cepatnya masa berlalu. Bila dia tiada, terasa seperti ada kekurangan.



Di kalangan kita tentu ada sahabat karib yang sangat rapat dengan kita. Kadang kala kita juga punya rakan-rakan sekepala yang kita anggap macam geng atau member. Mengapa kita senang bila berada di sisi mereka? Tentunya kerana kita selesa berada dalam kelompok mereka. Rasa selesa itu menjadikan hubungan kita dekat dan akrab. Rasa selesa itu juga menyebabkan kita gembira bila bersama.



Faktor utama yang mengundang keselesaan bila bersama tentulah kerana kita boleh berkongsi banyak perkara bersama. Berbicara dengan mereka bermula dari sekecil-kecil perkara membawa kepada seserius-serius perbualan. Topik perbualan dengan mudah berkembang satu persatu dan tika itu masa yang berlalu bagai tidak terasa lagi.



Kerana itu penting mencari teman yang kita rasa selesa bersama dan kita boleh berbicara dengan selesa bersamanya. Kita mungkin punya banyak kawan, tapi yang kita benar-benar selesa hanya sebilangan daripadanya. Tidak perlu menilai rupa,harta mahupun keturunannya selagi kita tidak rasa terpaksa untuk bersama dan ruang hubungan itu terbentuk dengan baik,tentu dia boleh menjadi teman terbaik untuk kita terus berbicara bersamanya sampai bila-bila.


"Perhubungan ibarat rumah, tidak perlu cantik atau mewah,
yang penting kita bahagia di dalamnya"

Wednesday, September 30, 2009

Terpinggirnya Sentimental Value

Teringat zaman masa saya khatam al-Quran bila menguruskan program khatam al-Quran di sekolah semalam. Sebenarnya ia adalah rentetan daripada program tadarus yang dijalankan sepanjang Ramadhan lepas. Kalau zaman saya khatam al-Quran dulu, majlis saya sangat simple. Tak ada la berzanji macam sesetengah orang buat (mungkin sebahagian besar anda juga) atau buat majlis khatam ketika makcik2 kahwin. Apa yang mak saya buat cuma pulut kuning dan rendang daging yang saya bawa ke rumah tok yang mengajar saya mengaji, kemudiannya tok akan hidangkan kepada semua kawan2 saya yang mengaji bersama2 di rumah tok. Makanan yang tidak berapa banyak itu di kongsi bersama2 dan mencukupi untuk setiap orang. Majlis itu selalunya di buat pada waktu malam. Masa tu pun dah rasa seronok sangat. Walaupun sangat simple dan sederhana tapi perasaannya sangat besar. Itu menjadi kelaziman di kawasan tempat tinggal saya. Hidup dalam keluarga yang sederhana itu sebenarnya memang membahagiakan. Walaupun serba serbinya sederhana,tapi rasa puas tetap ada.


Semalam, majlis khatam al-Quran yang dijalankan sangat meriah. Murid2 semua berbaju baru cantik macam nak buat sambutan hari raya pulak. Ada dua sesi khatam al-Quran, sesi pertama untuk murid lelaki, di ikuti sesi untuk murid perempuan. Mereka di arak dengan bunga manggar dan paluan kompang, siap ada bunga pahar lagi. Tujuannya untuk memeriahkan suasana dan menimbulkan rasa seronok murid2 ini menyertai program adat melayu islam sebegini. Selepas selesai majlis, setiap murid yang meyertai program diberi ganjaran berupa sebuah buku,bunga telur, coklat dan duit raya. Memang berbaloi lah..tapi yang menyebabkan saya sedikit terkilan dengan murid2 ini ialah mereka tidak tahu menghargai pemberian. Bunga teur yang diberi bertaburan di dalam dewan, itu baru bunga telur...belum kira lagi telur rebus yang bergolek sana sini dan ada juga yang meninggalkan buku yang di beri merata-rata. Duit raya pandai pulak dorang simpan...tapi yang lain2 tu dorang dah tak pandang.


Itu antara resam budak sekarang. Kurang sangat kesedaran diri untuk menghargai pemberian orang. Kadang-kala bukan setakan pemberian, pengorbanan orang lain pada mereka pun mereka tak pandang. Takut2 sikap tidak pandai menghargai nilai2 sentimental ini akan menyebabkan mereka kurang peka kepada perasaan orang lain dan akhirnya untuk melukakan hati insan2 disekeliling mereka akan menjadi lumrah juga. Di mana silapnya? mungkinkah kerana mereka telalu terdedah dengan meterial menjadikan mereka terabai untuk menilai yang sentimental. Itu perkara yang perlu difikirkan supaya sikap sebegini tidak menebak ke sanubari anak-anak kita nanti.

Tuesday, September 29, 2009

Life is True


Ada perkara yang kita boleh kongsikan bersama,Ada perkara kita perlu simpan untuk diri kita sahaja,Perkara yang akan menyebabkan hati orang lain terluka,Mungkin perlu disimpan sahaja..Tapi ada juga perkara yang pahit untuk ditelan..Tapi lebih baik diluahkan..

Hidup adalah apa yang kita hadapi,
Menghadapi sebuah kehidupan,
Umpama berada di dalam sebuah medan peperangan,
Kita harus sentiasa bersedia,
Memikirkan segala kemungkinan,
Mengatur segala strategi yang terbaik,


Demi memburu kejayaan...
Kerana kita tidak pernah tahu apa kesudahan sebuah kehidupan...
Hiduplah dengan apa yang kita ada,
Namun jangan lupa untuk sentiasa memperbaikinya,
Kerana kita tidak sentiasa ada di atas,


Kita tak setiasa bergembira dengan bahagia,
Adakala kita terjatuh,
Menangis sedu sehingga kita lelah sendiri,
Tapi kita harus tabah,
Gelora itu mengajar kita untuk lebih kuat...
Kita adalah diri kita,
Apa yang kita fikirkan,
Pandangan orang tentang kita,
Kita boleh fikirkan,
Tapi jangan sampai melalaikan,
Perlu ada keyakinan,
Perlu ada kesungguhan,
Hidup kita adalah dengan apa yang kita tentukan...















Thursday, September 17, 2009

Tak boleh buka puasa???

Alhamdulillah...esok dah mula cuti sekolah. Punyalah berteka-teki sepanjang minggu nie samada dapat cuti atau tidak hari jumaat nie. Sebabnya Guru Besar pada mulanya tidak meluluskan sebarang cuti untuk hari jumaat ini. "Sekolah seperti biasa" tegas betul. Sekolah yang berjiran dah umumkan cuti sejak minggu lepas lagi. Tapi sekolah kitorang hanya dapat tahu tentang cuti ini pada pengumuman pagi rabu, itupun pada mulanya ianya adalah cuti berganti yang akan di gantikan pada hari sabtu 24.10.2009. Tetapi dengan tersiarnya berita tentang pengumman cuti khas sempena aidilfitri oleh kementerian pelajaran, maka dengan ini mansuhlah sekolah ganti tu...hehhehe(suka la tu..)

Nak cerita kisah semalam dalam kelas. Masa tu waktu akhir, satu masa je iaitu setengah jam. Waktu2 macam tu selalunya saya akan beri latihan bertulis memandangkan kelas yang saya masuk pun memang kelas pemulihan. Seperti biasa,saya masuk kelas dan mengarahkan murid2 mengeluarkan buku latihan.

"saya mula menulis di depan, kamu semua pun mesti sama menulis juga. Kalau tangguh2 nanti lambat,lepastu tak siap2 sampai habis waktu...siapa tak siap kerja ni sebelum balik...dia tak boleh buka puasa!"

Saya bersuara dengan tegasnya. Selepas habis jer arahan yang diberikan mula dengar suara2 berbalam2...

"Hah!! tak leh buka puasa?" murid2 kelas tu semua melongo memandang tepat ke muka saya. Saya buat muka selamba..."ya!tak boleh buka hari nie kalau tak siap!"

"Ala ustazah...saya nak buka puasa..." seorang murid yang memang selalu lambat siapkan homework bersuara..."nak buka puasa,siapkanlah kerja nie..senang jer..ustazah tau siapa yang menipu..."

Hahahahha..saya rasa nak tergelak sangat masa tu..tapi kena control...mana boleh tunjuk depan student..nanti dia ingat kita main2 pulak.

Tapi yang kelakarnya..budak2 nie nampak sangat muka takut tak dapat nak buka puasa. Macamlah saya akan chek sorang2 kat rumah dorang time berbuka tu...mestilah saya nak buka puasa kat umah saya jugak..hehehhe..kelakar betul.

Dan alhamdulillah,semua student saya menyiapkan kerja sekolah..sampai ada yang balik lambat kerana nak siapkan kerja dorang..kalau tak tak leh buka.

hihihi...

Monday, September 14, 2009

Melalut-lalut..hehehe..

Ada orang banyak sangat kerja,
Sampai hari Ahad pun kena kerja,
Bukan setakat hari Ahad jer,
Boleh dikatakan hari2 pun dia kerja,
Cuti umum ker cuti am ke,
kerja...kerja...kerja....
.
.
.
Bila dah banyak sangat kerja,
Kadang2 terfikir jugak,
Kalau dok goyang kaki kat rumah,
Alangkah bahagianya,
Tiap2 hari istirehat,
Tiap2 hari relax....
.
.
.
Tapi,
Sementara jer la,
Bila difikir2kan balik,
Kalau takde kerja pun susah jugak,
Siapa nak sara hidup?
Makan,minum,duit minyak dan macam2 lagi,
Takde yang free,
Semua mesti berbayar,
Alangkan masuk tandas pun kena bayar...
.
.
.
Kesimpulannya,
Bekerjalah kita selagi terdaya,
Kalau dah tak daya nanti,
Menrungut jugak,
Bersabarlah...
Kerja nie ada pasang surutnya,
Kalau dah takde kerja nanti...
Rehatlah kamu sepuas2nya...
.
.
.
Kerja..jangan tak kerja...
p/s: silalah layan lalutan saya ini..kih..kih..kih...

Wednesday, September 9, 2009

UPSR oh UPSR

Lamanya saya biarkan mahligai nie bersawang sana-sini. Tak sempat2 nak update. Pastu lappy tertinggal kat umah mak pulak. Hari ini barulah berkesempatan membukanya. Semalam lepas zohor terus balik Sungai Buloh. Gara2 rindukan blog saya yang tidak seberapa nie. Lepas berbuka puasa rushing balik semula ke Tanjong Karang.




Minggu nie minggu UPSR. Sejak semalam,saya bertugas sebagai pengawas peperiksaan. Awal2 pagi saya kena keluar 6.45 dah tercegat depan pagar rumah. Tunggu Ketua pengawas jemput, sebab saya kena mengiringi dia ke bilik kebal mengambil kertas soalan setiap pagi. Pagi tai hujan pulak tu...tapi tentunya rahmat Allah datang bersama hujan yang turun. Hari nie saya bertugas sampai pukul 9.30 pagi sahaja...dan sekarang,saya sedang bersenang-lenang mengadap blog..hehehhe..suka..suka..suka..




Esok,keluar rumah macam biasa..tapi balik lewat sket. Pukul 4 petang baru habis periksa. Sebab mulai tahun nie ada "Ujian Aptitud". Ujian Aptitud nie wajib diambil oleh setiap calon UPSR sebagai satu syarat untuk memudahkan mereka memasuki asrama. Saya difahamkan mereka perlu melepasi ujian ini untuk melayakkan mereka bersekolah di sekolah berasrama penuh. Mungkin kerana ramai sangat budak yang pandai sekarang nie, jadi ujian sebegini di perlukan bagi memudahkan membuat saringan. Ujian nie lebih kurang macam ujian personaliti jugak lah. Macam-macam ujian lah sekarang nie.




Bila tengok bebudak ne peksa,kita pun jadi kecut. Lagi2 kalau student melayu..kesian,ada yang tak leh membaca dan menulis...kesian sangat..tapi itu pilihan mereka..bila mereka sendiri memilih untuk tidak membantu diri mereka. Saya jadi terfikir bagaimana masa depan mereka nanti? Aduh..kesiannye....Harap2 hati mereka akan terbuka untuk belajar bersungguh2 sebelum mereka benar2 telah terlewat untuk menyedarinya.






Friday, September 4, 2009

Bila Dah Dekat Raya

Agenda wajib di akhir2 bulan ramadhan al-mubarak oleh kebanyakkan masyarakat di Malaysia adalah berpusu-pusu ke shopping mall mahupun pasaraya terkemuka di bandar2 dan di pekan2 untu....-



1. membeli dan membelah untuk keperluan hari raya seperti barang-barang masakan untuk membuat kuih raya.



2. memasuki gedung-gedung pakaian memilih baju baru yang bakal di pakai di hari raya.



3. pastu menjengok pula ke kedai kasut untuk mendapatkan at least sepasang kasut raya.



4. tidak dilupakan kedai2 yang menjual pelbagai jenis kerongsang dan butang baju melayu. Kalau tak beli tak melaram la pulak raya nanti.....



5. orang perempuan mula memilih tudung yang bersesuaian dengan baju baru yang dibelinya walaupun sebenarnya tudung kaler tu dah ada dalam simpanan. Tudung raya mesti kena ada gak...



6. Kepada yang tak sempat buat kuih raya atau sebenarnya tak tahu buat kuih raya maka wajib jugalah menyinggah ke kedai yang menjual kuih raya. Kalau takde kuih raya macam tak raya la pulak. Meja kosong takde kuih, tak meriah lah raya kita kan...



7. Jangan lupa langsir baru. Rumahpun nak kena make-up jugak...takkan tuan rumah jer nak melaram..rumah pun nak nampak cantik dan bergaya. Ye tak?



8. Kalau ada rezeki lebih skit tahun nie...apa lagi...tukar perabot baru atau sekadar tambah 1-2 perabot baru buat tambah2 aksoseri dalam umah. Baru mantooppp...



9. Lapik meja...mesti nak yang pattern baru, tak kelas la kalau pakai yang lama. Ketinggalan zaman.



10. Benda nih pon ada orang anggap penting gak...bekas kuih..tiap2 tahun ada jer fesyen yang terbaru..yang berbaju lah..yang bercorak baru lah...nampak cantik2..last2 beli jugak...



Aduh..pengsan kalau betul2 lah tukar segala-galanya setiap tahun. Tapi jangan tak tahu, memang ada hamba Allah yang begitu teruja nak sambut raya sampai segala2 benda dia nak tukar baru...penings

Thursday, September 3, 2009

TAK SUKA!!!

Rasa macam dunia nie berpusing-pusing...(adeh..peningnye..)tapi hakikatnya memang pun dunia nie berpusing...tapi bila merasakan pusingannya..aku juga terasa diriku berpusing....jadi...
:
:
:
TAK SUKA!!!
:
:
:
Sekejap-sekejap..errrrkkkkkk.......angin keluar..dah macam orang tua pun ada...pastu bulan2 puase pulak...berbunyi2...mula la org kiri kanan depan belakang cakap... "uiks...kenyang ker???tak puase yer....?"....adeh..deh..deh...jangan sebarang tuduh saudara saudari...hari ini saya puasa okey...Allah belum bagi MC lagi...
:
:
:
Tak bermayanya....dah macam budak2 puasa la pulak..lembik semacam...member plak tegur.."pucat jer muka..kenapa?sakit ker?" alalalalalalala...tidak sahabat...saya cuma kurang rehat dan kurang tidur..
:
:
:
Macam dahsyat sangat jer penangan kurang tidur nie...mungkin sebab semalam sampai 5.30 kena stay kat sekolah..bulan2 puasa ada Ko-Kurikulum...hari ini dalam sejarah betul...Malam pulak kena settlekan kerja2 untuk keesokakn harinya...Tiba-tiba tepat pukul 10:07 minit malam...terdengar suara halus memberi salam..."assalamualaikum....."
:
:
:
Uiks...siapa plak tu..saya dan kawan serumah saling berpandangan...senyap seketika....suara tu bergema lagi "assalamualaikum..." eh..betul la ada orang bagi salam...kawan saya membuka pintu..(sikit jer..pastu mengintai dari celah pintu) suspen....
:
:
:
"ayah suruh bagi dekat Ustazah Izzah...." rupa2nya anak cikgu sebelah. Datang bersama tugasan yang nak disiapkan on the spot...siap ada pesanan penaja lagi...
:
:
:
"TOLONG KEY-IN DATA INI,SAVE DALAM SOFTCOPY...ESOK PAGI SAYA NAK HANTAR-CIKGU ....-"
:
:
:
Adedededehhhhh....kenapa memalam buta datang dengan pesanan yang kejam itu??????data 5 helai penuh sekajang...terpaksalah bercekang mata...jam 2 pagi..baru siap...pagi tadi..4.45 bagun..kokonon mengharapkan org lain bangun..malangnya..semua tak mahu mengalah...tak pe lah..jangan lepaskan barakah sahur...bagun jugak!
:
:
:
Adeh...sakit tulang belikat belakang..menaip lama sangat...
Pagi di sekolah:
"cikgu..nie data semalam.." sambil menghulurkan disket kepada cikgu itu.
"wah...baguslah ustazah...cepat betul boleh siapkan yer..terima kasih ye.."
Saya hanya menghulur senyuman dan berlalu pergi...
Lain kali..tolong yer..jangan bagi kerja awak last minit!!!!
.
.
.
.
TAK SUKA!!!
:(