Monday, October 29, 2012

Saya Suka Dia ^_^

Haip!
ini bukan lagu Ainan Tasneem..
ini pengakuan berani mati!
hehehe...

Saya betul-betul suka dia...
sebab dia selalu buat saya ketawa...
dia selalu hilangkan segala stress yang saya ada...
dia sentiasa boleh buat saya tersenyum gembira...
dia selalu buat lawak,tapi masih ada mesejnya...
sebab itu..
Saya suka dia...

kalau kamu suka dia juga..
meh tolong vote kat link sini
boleh buat sepuluh undian sehari...
so..korang tekan jer la sampai sepuluh kali yer..

well..
somehow,saya terkadang melihat dia sebagai seseorang yang menyampaikan ilmu dengan gaya santai,berdakwah dengan cara yang boleh diterima muda-mudi,dan menasihat dengan pendekatan yang menghiburkan. Mungkin ada yang tidak berapa suka dengan cara dia,tapi saya memang sangat tertarik dengan pendekatannya. Dia ada kelebihan,dan dia gunakan kelebihannya dengan sangat baik. Sebab tu boleh dapat hit sampai ratusan ribu. Semoga Allah merahmati dirinya dan bakat yang ada dalam dirinya.

Dia yang saya maksudkan ialah Matluthfi
oley!!
(^__^)

Wednesday, October 24, 2012

Moga diperkenankan...

Bismillahirahmanirrahim...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Saat dan tika ini hati saya rasa sangat sayu dan sangat rindu...
Mohon doakan saya...
Moga-moga Allah akan menjadikan saya tetamuNya...
Memilih saya menjadi hambaNya yang bisa menjejakkan kaki ke rumahNya...
Memilih saya untuk menghampiri makam kekasihNya...
Memilih saya untuk dekat dengan tempat yang terindah di dunia..
Memudahkan jalan untuk saya sampai di tempat yang menjadi tanah tumpah kekasihNya,
Kawasan yang menjadi saksi ketabahan dan kesabaran juara kepada kerakusan dan kezaliman...
Tanah yang menjadi saksi keimanan mampu menghapuskan segala keindahan dan kekayaan dunia...
Daerah yang menjadi permulaan kepada sebuah agama kebenaran yang menyelamatkan sekalian manusia...

Benar...
Saya sangat rindu baitullah...
Saya sangat rindu kota al-Munawwarah...
Saya sangat rindu untuk menatapnya dengan pancaindera saya...
Merasai tiupan angin dan udaranya...

Moga-moga Allah membuka seluas-luasnya jalan untuk sampai ke sana...

**saya juga mendoakan buat anda semua**

Allahumma Amin....


Esok hari Arafah..
Malam ini malam Arafah...
walaupun kita jauh dari Arafah...moga amalan berpuasa kita di hari Arafah akan mendekatkan kita dengannya.

لبيك اللهم لبيك، لبيك لا شريك لك لبيك،إن الحمد و النعمة لك و الملك ،لا شريك لك

Sensorang ???

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Ohayo!!

Sebelum terus menulis dan membaca..meh selawat sama-sama (^__^) 
Allahumma solli 'ala saiyyidina Muhammad...

Hari nie nak sembang-sembang jer. Perihal bersendiri. Seorang diri. Sendirian.

Saya memang tabik spring pada sesiapa pun yang dia boleh selamba badak jer pergi mana-mana sorang-sorang. Pergi shopping ker, pergi makan kat fast-food restorant ke, pergi masjid sekali pun...bila dorang boleh pergi sendiri...saya rasa mereka-mereka itu hebat dan sangat osemmm!!!Kalau ada yang boleh duduk dekat rumah sorang-sorang,lagi lah hebat. 

Macamana erk mereka-mereka ini boleh serasi duduk sorang-sorang, selesa berjalan sendiri-sendiri dan hidup bila tinggal sorang-sorang kat rumah. Sebab saya adalah manusia yang akan mati kutu bila kena tinggal sorang-sorang (bukan setakat mati kutu,gajah pun boleh mati!)

Sebab saya selalu rasa,kalau jalan sorang-sorang tu pelik,kalau makan sorang-sorang serba tak kena,rasa macam semua orang pandang masa tengah makan..(yang sebenarnya :perahsan!) kalau kena tinggal kat rumah sorang-sorang,saya sedih..boleh buat drama air mata sehari suntuk....masa tu setiap 10 minit telepon mak,tanya bila nak balik (memang suka menyusahkan hati mak ngan abah budak nih! huh)

Masa dapat tawaran belajar dulu pun, saya siap ugut-paksa kawan saya terima jugak tawaran belajar kat universiti yang sama, walaupun masa tu kawan saya macam nak-taknak jer sambung study (at least..dia besyukur kerana paksaan saya tu..ngeee). Sebabnya saya taknak rasa terasing kat tempat baru, sedangkan kami dapat pengkhususan yang berbeza. Yang bestnye,Allah campakkan kami posting kat daerah yang sama,jadi sampai ke sudah saya sentisa ada dia untuk teman saya.

Bila kawan saya dah kahwin, oleh kerana saya taknak tinggal sorang-sorang kat rumah sewa tu, saya siap isi borang pindah. Balik rumah mak-abah. Sampai sekarang,saya tak pernah tinggal sendiri atau sorang-sorang. Jadi,saya selalu fikir,orang yang boleh tinggal sorang-sorang tu hebat sesangat. Macam mana erk dorang boleh hidup bila sendirian...???? (sedang cuba membayangkan...huurrmmm)

edisi tambahan:
Nak pergi isi minyak kete pun kena teman, nak keluarkan duit kat ATM pun kena ada peneman. nak pergi mana-mana pun kena ada orang teman. Nasib baik cik jah ada anak-nak buah yang sukaaaaaa sangat teman cik jah pergi mana-mana.
(^__^)


Friday, October 19, 2012

Rahsia...

Assalamualaikum...

Pernah dengar kan frasa ini  "Life is an open secret". Rahsia hidup bukan rahsia lagi. Hidup, perjalanan yang di lalui.

Inilah zaman semua rahsia selalunya tidak lagi menjadi rahsia. Rahsia terdedah dengan sengaja atau tidak sengaja.

Apa itu rahsia : bila hanya kita dan Allah sahaja yang tahu. Meaning : Bila kita share perkara itu dengan orang kedua, itu bukan lagi rahsia, kerana ada possibility untuk orang kedua itu bercerita dengan orang lain, dengan opening "aku nak share satu rahsia, jangan cerita dengan sesiapa pun. Janji!" dan perkara ini akan berputar-berpusing-konar-sana-sini - sehingga akhirnya 'rahsia' itu terdedah dan tidak lagi menjadi rahsia.

YUP! hidup kita, penuh rahsia-misteri nusantara yang pelbagai. Rencahnya berwarna warni. Cara menyimpannya juga ada pelbagai. Jadi bagaimana rasanya untuk kita 'keep it as a secret' bila kita rasa beban rahsia itu begitu besar,maka menceritakan rahsia itu adalah satu cara untuk me'release'kan tekanan dan stress yang terpikul di atas bahu kita. Sehingga akhirnya 'it is open to everyone to know the secret'.

Saya tidak bercerita untuk anda menjadi orang yang tidak akan bercerita tentang 'rahsia' anda itu kepada sesiapapun. Cuma,mungkin kita perlu menjadi lebih selective dalam memilih orang yang akan mendengar rahsia kita. Memilih orang yang boleh kita percaya, kemungkinan 'rahsia' kita itu dia hanya akan ceritakan kepada orang yang kita juga yakin dan percaya 'rahsia' itu tidak akan ditambah rasa gula-garam-asam ataupun ajinomoto yang bakal menjadikan 'rahsia' kita itu hilang 'originality'nya.

Even so, saya percaya antara kita tentu masih ada rahsia yang tersemat dalam lubuk hati,yang hanya Allah sahaja mengetahuinya.

Jumaah barakah buat semua : ini adalah hari yang Allah telah berikan antara waktu-waktu yang mustajab untuk berdoa. Let's pray,and belief that He always listen to your doa....


Monday, October 15, 2012

Yipputta (baca : Comelnyeee)

Assalamualaikum....

Just recieve this lovely owl pillows for my kereta kecil warna merah. Terima kasih untuk tukang jahit merangkap tuan kedai Kaytieze Craft iaitu Kak Tie yang kiut miut tu. Not just recieve this lovely pillows but also a special give and a love letter..hik..hik...


Bantal nie best,sebab Kak Tie tak jahit bantal nie terus dengan kekabu tapi di asingkan bantal dengan sarungnya. Maksudnya,boleh buka sarung dan basuh. Kalau beli bantal yang ready-made biasanya bantal tu sekali dengan sarung,kalo nak basuh kena basuh dengan kekabunya sekali, so..sometimes kekabunya akan berketul-ketul after basuh. This one worthy to by la kiranya.

Untuk tempahan boleh jenguk-jenguk ke FB Kedai Kaytieze Craft atau ke blog Kak Tie.

Ini complete set untuk kereta kita...kiut kan..Yipputta!!!
suka sangatttt..hehe..

Kamsahanmida  Kak Tie (^_^)

Saturday, October 13, 2012

Nak bakar lemak!!

Hujan itu rahmat! 
betul kan...
sebab bila hujan,
cepat lapar...
cepat jer nak makan..
rajin jer masuk dapur...
rajin jer nak main masak-masak...
kan rahmat bila kita dapat makan...
bila kita jumpa makanan...
bila kita boleh masak-masak...

Bila dah rajin bab makan-makan...
maka haruslah rasa badan macam sudah berat..
mana tak nya,kalau ambil nasik...
maunye menggunung tinggi...
dah macam tinggi gunung kinabalu...
(ish!!ngidam nak sampai puncak kinabalu xdapat punya pasal lah nih..)
makan tak beringat!
haiyyaaaa!!!

Dah tu apalagi..
naik jer atas penimbang...
opocot mak hang!!!
biar betik!!
puuuurrrrrfffffffff..
rasa macam nak kempiskan perut time tu gak..
rasa nak tahan nafas lama-lama sket...
kot-kot jarum penimbang tuh boleh turun sikit...
huahuahua...

Masa ni lah terbayang....
saya sedang berjogging dengan gigihnya kat taman layang-layang...
saya sedang gagahnya mendaki bukit broga...
saya dengan rajinnya buat senaman...
tapi dalam bayangan jer lah...
haaiiii lahh...

cepat cuti sekolah...
boleh kerah banyak tenaga...
temankan cikjah dia bersenam..
ahaks!
semua pun nak teman :P
kalau takde orang temankan bukan cikjah ler namanya...
(^___^)v

gemuksss sudaaaa...
da!!!!




Thursday, October 11, 2012

Istisyarah - Istikharah - Istiqamah.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Semoga rahmat Allah bersama kita selalu :)

Istisyarah : bermusyawarah,consultancy, berbincang, bertanya pendapat dan pandangan orang lain.

Istikharah : bertanya kepada Allah serta memohon petunjuk kepada keadaan yang baik buat kita. Perlu diingat,istikharah di buat sebelum kita ada kecenderungan ke atas sesuatu keputusan. Di khuatiri, kecenderungan kita akan merosakkan hasil istikharah kita nanti.

Istiqamah : tetap dengan pilihan yang dibuat dan berusaha menjaga keputusan itu agar terus baik dalam jagaan syariat.

Tiga elemen penting untuk kita dalam menjalani kehidupan. bila perlunya membuat sesuatu keputusan bagi memilih yang terbaik buat kita untuk kehidupan dunia kita, untuk agama kita dan untuk kehidupan akhirat kita,maka perlu untuk kita mencari jalan yang baik dalam menimbang sesuatu keputusan.

Bertanya kepada orang-orang yang ahli dalam pilihan yang kita ada, adalah satu cara pencerahan yang baik. Dalam konteks apa pun, memilih pekerjaan atau tempat tinggal, kenderaan mahupun jodoh. Bertanyalah kepada orang-orang yang mahir dalam bidang-bidang tertentu, arif dengan situasi dan keadaan sesuatu kawasan dan tempat, berkebolehan mengenal sistem sesuatu kenderaan serta bertanya tentang keadaan seseorang melalui rakan taulan,sahabat sekerja, keluarga mahupun saudara mara sebelum menimbang untuk memilih sesuatu keputusan. 

Selepas mengumpul semua maklumat tentang faktor-faktor kelebihan dan kekurangan maka kita serahkan pula kepada Allah s.w.t untuk membantu kita memilih jalan manakah yang terbaik buat diri kita hari ini dan di hari-hari yang bakal mendatang. Melakukan solat istikharah dalam keadaan bersedia dengan segala ketetapan, menyucikan hati, bertenang serta bertawakkal semata-mata kepada Allah. Jawapan kepada persoalan itu boleh jadi muncul dalam mimpi, boleh jadi juga ianya datang dengan gerak hati atau mungkin kebetulan-kebetulan sekeliling yang lebih memihak kepada satu pilihan di antara pilihan-pilihan yang ada. Kerana itu, sangat dicadangkan untuk melakukan istikharah,hanya ketika kita tidak punya kecenderungan kepada sesuatu pilihan. Kerana sungguh syaitan itu akan mengganggu kita dalam keadaan yang sama juga (mimpi,gerak hati & segala kebetulan). Tidak juga hanya perlu di lakukan solat ini sekali sahaja, mungkin perlu diulang beberapa kali cuma jangan sampai timbul rasa ragu-ragu. Ragu-ragu itu juga permainan syaitan.

Andai keputusan telah dibuat,apapun yang di pilih samada berdasarkan jawapan dari istikharah atau tidak, maka haruslah kita tetap istiqamah dengan pilihan yang kita buat. Andai bekerja, buatlah sehabis baik, andai memilih tempat tinggal,bermasyarakatlah kerana Allah dan andai pilihan jodoh,kekallah meletakkan dia ditempat yang sepatutnya dan jangan dizalimi dirinya kerana keputusan yang kita lakukan.

Indah hidup dengan Islam. It's a way of life. Semua gerak hidup kita Allah aturkan secantik-cantiknya, tinggal kita saja yang ingin mengambilnya menjadi cara hidup atau tidak. 

Semoga Allah redha dan pelihara setiap amalan dan pilihan kita...

Wednesday, October 10, 2012

Baitul Muslim


Hari sabtu lepas, saya pergi seminar anjuran OneHeart Creatif Solution di Menara TM. Seminar tentang 'Baitul Muslim'. Cop!cop!cop!sebelum anda berfikir ianya adalah kursus kahwin,anda silap! teeeettttt!!!! Seminar ini pada hemat saya lebih kepada cara bagaimana kita membina diri kita untuk menjadi orang yang baik, punya hati yang baik, dan berusaha untuk mencapai kemampuan diri kita untuk menjadi baik. Baitul Muslim is not discussing about marriage,tapi pembentukan keluarga. Keluarga yang di redhai Allah. Menuju redha Allah dan untuk mendapat syurga Allah.

Yang sangat bestnye adalah,seminar ini mengumpulkan ramai penceramah yang sangat saya suka dan memberi impak dalam hidup saya terutamanya Ustaz Pahrol Mohd Juoi. Giller suka dengan semua hasil penulisan dan buku-buka beliau. Ya tuhan,setiap patah bicara Ustaz Pahrol memang macam mutiara,terkagum yang tidak tergambar dek akal. Selain dari tu ada juga Ustaz Zaharuddin yang pada saya super genius. Ada juga Hilal Asyraf yang sangat mengagumkan (dia baru 23 tahun tau..tapi bila dia buka mulut..he is osem!!!hebatnya ilmu dia..sungguh Allah merahmatinya) .

Setelah berbulan-bulan lamanya tidak join apa-apa program yang ada perisian ilmu kerana alasan sibuk (kononnye!). Rasa sangat-sangat ketandusan ilmu,rasa kosong dan kurang best. Jadi,saya menggali kat FB kalau ada apa-apa program yang boleh di sertai (apa guna FB kalau tak bermanfaat kan??). Kebetulan seminar ini yang terhampir dan membariskan orang-orang yang menerujakan saya, maka tanpa membuang masa saya cuba nak grab tiket early bird yang murah sesangat. Malangnya sebelum closing date untuk early bird lagi,dah 'fullhouse'. HUH! bayangkan..bila sebut jer 'Baitul Muslim',berbondong-bondong manusia nak pergi. Agak frust pada mulanya, sebab memang dah nak pergi ke bank untuk bank-in duit tiket, titibe pendaftaran di tutup. 

Nak di pendekkan cerita, kalau Allah izin untuk kami (saya dan sahabat saya) hadir maka Allah lorongkan peluang buat kami. Pihak penganjur membuka peluang khas kepada kami-kami yang ketinggalan ni(siap dapat e-mail khas tau) untuk mendaftar di saat akhir. Alhamdulillah, sangat-sangat bermanfaat dan saya bersyukur kerana saya antara yang di izinkan Allah untuk berada dalam Dewan Kristal,Menara TM pada hari itu.

Antara ungkapan yang saya sangat suka dari Hilal Asyraf:

"Kita tak confirm akan kahwin,tapi kita confirm akan mati..."

Jadi persiapkan diri bukan untuk menjadi suami/isteri,tapi jadi hamba Allah yang sejati. Matlamat kita syurga abadi...

Untuk lihat gambar boleh klik sini  ^_^

P/s : ada seminar Baitl Muslim 2.0 (sebelum aku bernikah & aku terima nikahnya)
       16 & 17 Februari 2013. Boleh jengah2 FB page OneHeart untuk info.

Thursday, October 4, 2012

Jemput Hadir Bersama Saya ^_^

Buat kawan-kawan yang berada di sekitar Lembah Kelang, Kuala Lumpur dan Selangor, mari sama-sama merasai kemeriahan 'Majlis Maulid Bulanan' anjuran 'Majlis Ta'lim darul Murtadza', di Masjid Muadz bin Jabal, setiawangsa,selepas solat isya'.

Apa yang saya rasa indahnya majlis ini selain di penuhi dengan qasidah yang memuji dan berselawat ke atas junjungan mulia Rasulullah Sallallahu 'alaihi wassalam ialah merasa bagaimana perasaan dan sambutan para sahabat menyambut kehadiran baginda memasuki kota Madinah semasa peristiwa hijrah.  para sahabat berkompang dan menyanyikan qasidah 'Thola'al badru alaina'. Meriah. Bersyukur.Penuh mahabbah.

Sekiranya ingin menambah rasa mahabbah kepada baginda Rasulullah s.a.w, saya mengajak kawan-kawan yang punya kelapangan masa untuk merasa keindahan majlis ini dan sama-sama menyelusuri keindahan akhlak baginda dalam tazkirah yang di beri oleh al-Habib Ali Zaenal Abidin al-Hameed.

Insya Allah,kita akan rasa besarnya rasa mahabbah dalam majlis ini. Bukan sahaja sangat dinantikan oleh kita yang dewasa,bahkan anak-anak kecil sangat-sangat menantikan majlis ini setiap bulan.

Untuk pengetahuan semua,majlis ini berlangsung setiap hari jumaat pertama setiap bulan. Manakala pada hari jumaat minggu-minggu seterusnya akan diadakan kelas ta'lim yang membahaskan tafsir al-Quran, Buku Bidayatul Hidayah (imam al-Ghazali), syarah hadis kitab Riyadhus Solihin dan Buku Peringatan Tentang Umur Insan.

video


Monday, October 1, 2012

Takut...


Saya benar-benar takut...
kalau-kalau saya salah memilih jalan...

Saya takut,
andai saya silap membuat pilihan...

saya sangat-sangat takut,
andai jalan yang saya pilih ini membawa saya kepada kegelapan...

saya takut-takut,
jika ini bukan jalan yang benar untuk mengenal Tuhan...

wahai sahabat...
ingatkan saya kalau saya salah,
kejutkan saya bila saya terlena,
betulkan saya andai saya melakukan kesalahan,
bantu saya mencari pencerahan,
pimpin saya mencari kebenaran,
berjalanlah bersama-sama saya untuk terus mengenal Tuhan...

Wahai Allah kecintaan hati kami,
jangan Kau sesatkan kami selepas Engkau beri hidayah kepada kami...
bantulah kami,sesungguhnya kami adalah hamba-Mu yang lemah serta serba kekurangan...
mohon petunjuk-Mu ya Allah...

Allhumma Amin...
ya Robbal Alamin...