Baru lepas tengok citer 'Songlap'. Download 2 minggu lepas,tapi baru sempat nak tengok malam nie. Kawan saya cakap cerita nie tak best, mungkin sebab dia tengok kat wayang jadi dia rasa tak best. Jalan ceritanya agak monotonous. Cerita cereka biasa,kalau tengok kat tv biasa baru rasa macam best sikit lah.
Mungkin pada mereka yang menonton cerita ini dengan akal dan fikiran bersama-sama dengannya tentu ada pengajaran yang kita boleh ambil. Tapi,masih berkisar tentang kehidupan hitam masyarakat Kuala Lumpur, yang hidup bersendikan wang 'haram' kerana kegiatan seludup anak dan wanita. Yang persekitarannya di penuhi oleh orang-orang yang terjebak dengan gejala negatif, dadah, kongsi gelap,judi, pelacuran dan kehidupan di lorong-lorong belakang. Satu hakikat,yang sangat menakutkan.
Orang seperti saya kadang-kala mungkin akan mempertikaikan... "betul-betul ada ke perkara-perkara begini?" nampak macam sengaja di perbesarkan.Bila di fikir-fikir sangat menyeramkan. Hidup bergelumang dosa tapi tidak ada terdetik rasa bersalah melakukannya. Biarpun pepatah "alang-alang menyeluk pekasam,biar sampai ke pangkal lengan" itu bagus,tapi dalam berbuat kemungkaran...jangan sekali ada rasa ingin terus berada di dalamnya. Nauzubillah....
Saya tidak faham mengapa industri hiburan Malaysia pada ketika ini sangat suka melambakkan cerita-cerita yang penuh dengan unsur negatif begini. Walaupun pada hemat pengarah dan penulis skrip adalah untuk memberi kesedaran kepada penonton supaya tidak melakukan perkara yang sama. Tetapi sebenarnya mereka telah membuka ruang yang sangat besar kepada penonton untuk melakukan perkara yang tidak baik itu bersama. Kerana,berapa ramai penonton yang mengambil iktibar ketika menonton?sedangkan pelakon yang melakonkan watak mereka sendiri tidak pernah mengambil iktibar dari apa yang mereka lakonkan.
Kesannya kepada anak-anak kecil sangat merbahaya,kerana mereka tidak melihat lakonan itu sebagai satu sempadan yang perlu mereka jauhi,tetapi mereka melihat lakonan itu sebagai sesuatu yang hebat untuk mereka contohi. Percayalah...mereka sangat mengagumi watak-watak gangster yang pandai membuat aksi pergaduhan kerana mereka rasa si gangster itu hebat dan kuat. Akhirnya perbuatan itu mereka tiru dan menunjukkannya pula di rumah mahupun di sekolah. Itu adalah hakikat. jadi,tidak mustahil ramai remaja dan kanak-kanak hari ini yang terlibat dengan pelbagai jenayah kerana unsur-unsur negatif yang dipertontonkan.
Saya seorang guru,bila murid-murid tanya "cikgu,tengok tak cerita KL gengster?best cikgu..." kemudian mereka meniru aksi percakapan yang pada saya sangat tidak sopan dan kurang ajar seperti "siallah...." ketika bercakap dengan kawan-kawan...Ya Allah..saya rasa..perkara ini bukan perkara yang baik. Walaupun kita akan menegur mereka dan memberi nasihat,itu belum menjamin mereka akan ikut apa yang kita katakan. Kadang-kadang saya sangat marah dengan keadaan ini. Bayangkan bagaimana akhlak mereka terbentuk nanti?bagaimana pula cara mereka berbahasa dengan orang yang lebih tua dan sebagainya,kerana perkara-perkara adab dan sopan sudah tiada dalam cerita-cerita melayu sekarang. Semakin lama,semakin kurang.
Saya mengharapkan...walau sehebat mana pun penangan cerita-cerita begini di layar perak janganlah kita sebagai ibu-bapa memberi ruang kepada anak-anak untuk menontonnya. Jangan bawa anak-anak anda menonton cerita-cerita begini. Sudahlah segala tingkah laku negatif di paparkan,pakaian pun tidak menutup aurat..kadang-kadang macam dah tak berpakaian,pergaulan yang melampaui batas dan tiada nilai-nilai islam di dalamnya. Apa kebaikan yang boleh anak-anak itu perolehi? NOTHING...kita mampu berfikir...yang mana baik,yang mana buruk. Semoga Allah memimpin kita ke arah kebaikan dan mendidik jiwa kita agar terus dalam kebaikan dengan menjauhi dari kemungkaran. Bukankah melentur buluh itu biar dari rebungnya. Anak itu anugerah Allah buat kita,dunia dan akhirat...jagalah sebaik-baiknya.