Sunday, August 1, 2010

Sharing is caring ****klise sungguh****

Ok! hari nie nak cerita lain dari yang lain. Jom main masak-masak bersama saya. Tajuk masakan hari ini ialah "udang masak tumis sambal belacan"nyum...nyum siapa yang suka makan udang boleh cuba..yang tak suka makan udang,boleh tukar dengan ikan,ayam,daging atau apa-apa saja..ikut suka anda.

Bahan-bahannya:
Untuk tumis:
Cili api
Belacan (agak2 sukat ikut banyak cili)
Bawang merah
Bawang putih
Udang kering
(semuanya ditumbuk guna 'lesung batu')

Untuk enterframe:
Bawang besar (potong dadu)
Daun bawang. 
Tomato (potong dadu)

Bahan perasa tambahan:
Kicap tiram.

Bahan utama:
Udang (ikut suka nak banyak mana pun)

*Sukatan bahan2 adalah mengikut citarasa anda..sebab tukang masak nie suka pakai campak2 jer..tak pernah sukat2...ekekeke...

Cara masak:
Tumiskan bahan yang ditumbuk guna lesung batu (kena guna lesung batu tau..guna blender nanti cair sangat...)sehingga pecah minyak. Campurkan sedikit kicap tiram dan sedikit air,tunggu sedikit menggelegak,masukkan udang yang telah dikupas bersih,bila dah hampir masak masukkan bawang besar yang dipotong dadu. Matikan api dan masukkan daun bawang dan tomato (masa tengah panas2) gaul rata. Angkat untuk dihidang dan sedia untuk di makan.

~~ Resepi nie resepi sajer suka2 test..kawan saya cakap sedap..(kawan saya cakap yer...hehehe). Boleh lah try untuk buka puasa nanti..ramadhan pun dah dekat kan...lalalala..~~

4 comments:

Tie said...

Ooo... dah lama kak tie tak masak sambal tumis udang ni. Nampak izzah punya berselera pulak. :)

Izzah said...

@Tie

akekeke..
leh cuba masak hari nie yer kak..
;)

Kotak Hati said...

cam bez jer nii...mau try jugak...hoho0~ ^_^

Mohd Ariff Yaakub said...

saya suka! (dgn mengangkat kedua belah tangan)

*sgt sedap bila masakan di masak dgn penuh kasih sayang