Monday, June 27, 2011

Kerana saya seorang manusia....

Serasa hebatnya menjadi lautan...
dilanda taufan,ribut dan badai...
masih kental ia menghadapinya...

Serasa kentalnya menjadi pantai...
menderu ombak bergulung-gulung...
masih dia di situ tegar menerimanya...

Seakan indahnya jika menjadi laut dan pantainya...
dihujani tsunami sedahsyat-dahsyatnya...
ia masih lagi laut dan pantai..
masih lagi tegar dan kuat menghadapi segala kesakitan...

Ada ketikanya ia bergelora...
meruntun rasa takutnya makhluk...
ada ketika dia menerima taufan,badai ,mahupun tsunami...
menelan segala kesakitan...
namun akhirnya..
ia bisa tenang...setenang-tenangnya..
menggamit hati melihat luasnya keindahan...
bagaimana indahnya laut yang tenang...
walaupun sejurus badai melanda....

Sunday, June 12, 2011

Lemau

Dah macam biskut pun ada kot...bayangkan kalau biskut lemau..mesti dah tak best nak makan..cicah ngan air pun tak sedap jugak kan?? ahahaha..macam tulah gak rasanya saya sekarang nie...penangan cuti skolah la nie..kan dah jadik malas tahap dewa dah nak gi skolah esok..siap kira-kira dalam hati (betul ke esok skolah???) macam budak-budak jer...rasanya sama macam dah cuti lama kat umah pastu nak kena balik hostel..adoooiiii..

Dalam malas-malas tuh..baju tuk pakai seminggu dah siap iron~ahaks~ada rajin nye jugak kan (^__^)
Gambate!!!

Saturday, June 11, 2011

Jom beramal!!!

Kepada rakan-rakan yang ada kelapangan boleh join showcase malam nie. Berhibur sambil beramal sambil juga mendidik hati sambil juga mengingatkan diri,dalam kita bergembira,berbahagia, ada insan-insan lain yang memerlukan bantuan kita. Semoga dengan bantuan kita yang sedikit,akan menjadi penyelamat kita di akhirat sana, insya-Allah. Masuk adalah percuma!! (^__^)

Friday, June 10, 2011

Bila Allah Menduga

Selalu kita merasakan,apabila ditimpa musibah,kita adalah manusia yang paling malang ketika itu. Sering kita memandang ringan semua pendapat dan pandangan orang sekeliling. Kerana kita tidak mampu untuk berfikir dengan rasional dan sukar untuk bertenang. Kadang-kala kita rasa bangun duduk kita pun tak selesa, semuanya serba tak kena.

Orang sekeliling selalunya hanya mampu menyuruh kita bersabar atau paling tidak memberi pandangan yang kadang-kala kita rasa langsung tidak membina. Mulalah kita berfikir, "bolehlah dorang cakap begitu-begini sebab dorang tak berada ditempat aku...."
Sepatutnya bukan itu yang kita fikirkan, pandanglah kepada mereka-mereka yang punya musibah,masalah dan dugaan yang lebih besar dari kita. Jangan bandingkan masalah kita dengan masalah yang lebih ringan,tapi lihatlah masalah orang lain yang lebih besar dari kita. Betapa ramai orang yang diduga Allah dengan dugaan yang mungkin bila kita menghadapinya kita tak mampu untuk bertahan lagi.

Setiap masalah dan musibah yang menimpa adalah dugaan Allah buat kita. Setiap dugaan itu kita akan rasa berat yang teramat, sedangkan kita perlu ingat "sesungguhnya Allah tidak akan mendatangkan kesusahan dan dugaan yang tidak mampu dipikul oleh hamba-Nya". Sehebat manapun dugaan yang kita hadapi,yakinlah kita mampu menghadapinya.

Allah menduga kerana Allah menunjukkan kasih sayang-Nya. Allah memberi ujian kerana Allah memilih kita. Bila Allah memilih kita,bermakna Allah INGAT pada kita...beruntunglah bagi insan-insan yang diduga Allah..bersyukurlah kerana menjadi hamba-Nya yang terpilih untuk diduga,mudah-mudahan dugaan itu akan mematangkan kita,menjadikan kita lebih dewasa, memberi pengajaran yyang cukup bermakan dan yang lebih penting moga-moga dugaan itu akan menjadi tanda Allah memberi kita masa untuk mengingati-Nya dan satu jalan untuk kita mendekati-Nya.

Fitrah manusia..hanya mengingati Allah apabila mereka berada dalam kesusahan.