Rasa macam dah lama sangat tak naik komuter....dah lama tak bersesak-sesak macam sardin dalam gerabak komuter...bila dapat naik balik,rasa macam best pulak naik komuter ni. Walaupun dalam gerabak tu penuh dengan manusia yang pelbagai jenis bangsa,bau dan ragam..tapi,masih lagi berbaloi-baloi daripada duduk dalam jammed yang sangat memenatkan.
Lebih-lebih lagi bila sekarang dah ada 'Woman Coach'. Rasa lebih selamat. Rasa best jadi perempuan,sebab ada gerabak khusus untuk perempuan SAHAJA. Tapi dalam seronok-seronok melihat gelagat orang perempuan dalam gerabak tu...rupa-rupanya masih ada orang lelaki yang tak tau malu,masuk dalam 'WOMAN COACH' dengan selamba dan tanpa rasa bersalah. Kalaulah yang buat perangai macam tu adik beradik saya atau someone yang saya kenal....memang tak mengaku sedara lah...tak malu betul...balik rumah haruslah kena luku kepala.
Besar kot tulisan kat sepanjang tingkap di dalam dan luar gerabak tu tulis 'Woman/ladies Coach'...ada gambar lagi...lain lah kalo lelaki-lelaki itu budak bawah 12 tahun...boleh lah di maafkan...ini yang dah jadik bapak budak pun nak naik sekali...tak faham sungguh!
5 comments:
perkasakan bahasa kita!
eh.
;) lelaki tu kurang faham bahasa omputehsss kot
@KTS
oh..begitu yer..
(aku rasa ada kot yang tulis bahasa melayu gaks)
kalau tak tau pun,masih ada gambar..
tak kira!nak luku jugak kepala dorg..!!
=)
Sbb kes cmneh la yg aku salute koda.
kes 1. Couple masuk women couch.. koda renung mamat tu dgn muke xpuas hati. tetiber je mmt tu tnjuk awek dy..knon nk bgtau dy temankn awek dy.. koda tunjuk pintu penyambung antra gerabak.. "weh.ko kuar skang!"
kes2. Mamat ni msk dgn kwn dy. Koda jeling maut kat dy..xckp ape pun. mamat : dulu ms mak aku ngandungkan aku..dy nk ank pompuan.
Hahaaa..bongok! "kuar ko skg..ade aku kisah msk ko ngandung ko pompuan ke laki"
Bravo la Koda!!!
@wanina
super koda!
boleh jafi macam anaconda jugak...
memang tak bley bagi muka pun!
Post a Comment