Sunday, February 26, 2012

Mari tersenyum dengan tabah!

Saat ketika kita dalam keadaan yang menekan dan tertekan,usah dipamerkan wajah yang sugul tidak bermaya. Jangan di buang senyum walau ianya tidak mungkin akan jadi semanis gula. Jangan juga dilihatkan kerut-kerut wajah yang tentunya masam bak cuka.

Menyelindungkan rasa yang gundah-gulana itu juga adalah terapi untuk memanggil aura positif datang pada diri kita. Biarkan apa jua yang berlaku itu berlaku dan kemudian berlalu. Tidaklah Allah jadikan sesuatu itu dengan sia-sia. Bila Dia menutup satu pintu,segera berpaling melihat sekeliling,banyak lagi pintu-pintu lain yang terbuka untuk dijelajahi,diselusuri dan dijadikan pengalaman dalam kehidupan.

Mengambil iktibar dari kesulitan dan merasa nikmat dari kesenangan itulah yang perlu dilakukan. Mungkin ramai yang tidak menyangka bahawa sesungguhnya, dalam pahitnya rasa ada penawar di dalamnya. Let's look everything in a positive way...maka kita akan jadi seorang pemikir yang hebat. Melihat sesuatu dari sudut lain atau di luar kotak pemikiran biasa,hasilnya tentu luar biasa.

Yang buruk,yang pahit,yang jahat hadir singgah dalam hidup kita supaya kita belajar daripada mereka. Baru kita kenal warna-warni hidup ini. Hitam putih yang kita tidak ketahui. Selalulah tertanam dalam hati dan pemikiran kita "Allah knows best" dan keluar dari masalah dengan usaha,doa dan tawakkal. Jangan duduk diam terlalu lama,kerana Allah tidak akan membantu kita bila kita tidak berusaha untuk bangun dan berjalan.
Selamat memulakan minggu baru semua!!!

(^_^)v

No comments: