Sunday, April 29, 2012

Pesta Buku Datang Lagi

Sabtu lepas,masa Kuala Lumpur tengah sangat bz dengan perhimpunan BERSIH,saya dan adik saya pula menyusup masuk ke PWTC. Pukul 10.15 pagi dah sampai,jalan clear jer pagi tu. Nak masuk ke PWTC pun tak de masalah sangat. Pengunjung ramai jugak,cuma tak crowded sangat mungkin sebab masih pagi lagi. Sebulan sebelum pergi tu saya dah buat list buku-buku yang saya nak beli masa KLIBF. Siap sanggup tak membeli apa-apa novel since bulan Februari lagi. Maka haruslah berpuasa membaca novel dan kumpul duit sikit-sikit tuk budget di pesta buku.

Terujanya nak ke pesta buku tu sejak dari awal tahun lagi. Bila sampai hari jumaat 27.4.2012 (first day of KLIBF) dalam hati tak sabar-sabar nak ke sana. Kalau tak difikirkan malam tu saya wajib ke Majlis Ta'lim kat Masjid Mu'az,Setiawangsa, memang saya dah terjah dah pesta buku tu...sorang-sorang pun saya jadi jer. Tapi saya kena sabar,kalau dah ke pesta buku kompem malamnya saya kepenatan,bila dah penat belajarnya ke mana pulak kan.

Nak tahu betapa teruja nya saya membeli maka lihat sajalah yer gambar-gambar bawah ni (^_^)v
 novel2 dari karyaseni 

 novel2 Jemari Seni

 novel2 Si Manis 17 dan JS Adiwarna

 novel2 Kaki Novel

 Buah tangan baru penulis kegemaran saya ustaz Pahrol - Cinta Kerana Allah 

Free gift dari gerai2 yg saya pergi =)


~~ade lagi tak cukup korum tuh~~
nanti nak pergi lagi dengan kawan2 plak...
suka sangat!!!!
ngeeee....

Tuesday, April 17, 2012

Itu Sunnah

Sunnah adalah apa yang dipindahkan dari Rasulullah setiap perkara yang merangkumi,perbuatan,perkataan dan taqrir (baginda berdiam diri,tidak menunjukkan persetujuan atau bantahan terhadap sesuatu perkara) sebelum nabi diutus menjadi nabi atau selepasnya. 

Mudah nak difahami ialah setiap apa yang Nabi katakan dan setiap apa yang Nabi lakukan sepanjang hayatnya dari sejak kanak-kanak hingga kepada hari kewafatan baginda s.a.w ianya adalah sunnah. Sunnah adalah perkara yang kita harus contohi sedaya dan semampu kita,malah kita digalakkan untuk berusaha sehabis baik untuk mengikuti dan mencontohi sunnah Rasulullah s.a.w.

Seperti yang kita sedia maklum,Nabi Muhammad mempunyai akhlak yang sangat terpuji. Bayangkan akhlak Nabi adalah al-quran. Sebaik-baik manusia yang wujud di muka bumi, semulia-mulia insan yang diciptakan Allah dan sesantun-santun manusia yang tiada tolok bandingnya. Sehingga baginda bukan sahaja dicintai setiap manusia yang menampinginya,yang hidup bersamanya dan selepasnya malahan baginda dihormati dan dikagumi oleh musuh-musuhnya.

Kita sering bermegah-megah dengan sunnah baginda yang hebat-hebat,yang besar-besar,yang kadang kala kita tidak yakin kita mampu melakukannya. Senang contoh, bila masuk bab berpoligami semua lelaki setuju, semua lelaki nak jadikan contoh, ada yang kata kalau tak ikut sunnah yang itu,satu kerugian bagi mereka. Tapi bila bab adilnya,bila bab menyantuni isteri-isterinya, bila bab melayan anak-anaknya ataupun menunaikan nafkahnya selalu sahaja lari jauh dari sunnah baginda. Cuba fikir balik,bila nak ikut contoh nabi dalam sesuatu perkara, perlulah mengambil semua aspek sunnah dalam perkara itu sebaik-baiknya.

Saya bukan mahu prejudis, cuma menjadikan contoh. Banyak sebenarnya amalan-amalan sunnah yang sangat mudah untuk kita contohi tapi kita meremehkannya. Antaranya:-

  1. Mengalihkan halangan di tengah jalan seperti duri,batu,kayu dll yang boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan itu, rasanya jarang sekali kita amalkan. Seboleh-bolehnya kita mengelak daripada benda yang menghalang itu tanpa mengenepikannya. 
  2. Meneggelamkan lalat yang masuk dalam air (sesudah itu dibuang lalat itu) kemudian meminum airnya. Kita kalau nampak lalat dalam jug air,terus buang air satu jug tu,tapi kalau ada semut,kita buang semutnya sahaja,sedangkan nabi melarang kita dari minum air yang ada bangkai semut.
  3. Mengucapkan salam bila berpapasan di perjalanan. Ini amalan utama yang Nabi lakukan. Tapi sekarang amalan inilah yang paling kurang dalam masyarakat kita. kerana itulah ukhuwah kita semakin renggang,nak ucap salam pun kita malu,dengan alasan saling tidak mengenali.
  4. Melemparkan senyuman (yang ikhlas dengan niat menyenangkan hati orang lain) . Sedang nabi telah bersabda mafhumnya senyum itu sedekah,tapi lebih ramai yang rela mempamerkan muka masam bak cuka dari dapat pahala bersedekah.
  5. Menjaga kebersihan. Bukan setakat bersih baju sendiri sahaja, malah kebersihan persekitaran kita. Tidak kiralah walau dimana pun kita berada. Cuba anda lihat,bila kita berjalan ke mana-mana, maka kita akan melihat betapa sampah dibuang merata-rata. Longkang penuh sampah,kaki lima banyak sampah,kedai makan pun ada sampah. Yang paling sadis orang yang buang sampah dari dalam kereta (ketika kereta bergerak). Memang dah jadi masyarakat yang tidak bertimbang rasa. Sedangkan bukan susah pun kalau bunag sampah dalam tong sampah,atau simpan sampah sekejap sebelum jumpa tong sampah. Dapat pahala buang sampah dengan cara yang betul.
Itu antara sunnah-sunnah yang sebenarnya sangat mudah untuk kita buat,tapi kita ambil mudah dengan perkara-perkara itu. Sedangkan sekecil-kecil sunnah yang kita amalkan itu ganjarannya adalah pahala. Berlatihlah untuk amalkan sunnah-sunnah yang kecil-kecil dengan istiqamah, mudah-mudahan Allah mudahkan kita untuk mengamalkan sunnah-sunnah yang lebih besar, insyaAllah. Jangan sibuk mengejar gunung tapi kita lupa nak melihat tanah yang kita sedang berpijak. 

Jangan lupa untuk berselawat ke atas Nabi Muhammad setiap hari,moga-moga kita beroleh syafaat daripadanya. Jom ikut sunnah Rasulullah s.a.w.

(^__^)v

Sunday, April 8, 2012

Belajar mencintai Allah & RasulNya


Orang yang mencari-cari ilmu itu umpama semut yang mencari gula. Dimana ada orang yang berilmu disitu pasti mereka berkumpul. Semoga rahmat Allah sentiasa bersama.

Sesungguhnya dalam setiap majlis ilmu itu pasti akan disertai oleh para malaikat. Mari sama-sama mencari keberkatan ilmu dengan menghadiri majlis-majlis yang boleh menyucikan hati serta menjadikan kita hamba yang sentiasa mencari jalan untuk mengenali dan menghampiri Khaliqnya.

~gambar majlis bersama Habib Ali Zainal Abidin b. Abdul Rahman al-Jufri di Masjid UIAM~

Thursday, April 5, 2012

time is passing away...

Dah bulan April.
Cepat betul masa berlalu.
Tau-tau nanti dah akhir tahun.
Suku tahun pertama berlalu.
Apa agaknya perubahan yang kita dah buat?
Apa yang kita sedang usahakan?
Apa yang kita dah upgrade?
urmm...
kadang-kadang terfikir,terlalu banyak yang kita mahu.
Tapi usaha kita belum sebanyak kemahuan kita.
Tak ada kejayaan yang datang bergolek.
Tidak ada juga yang datang melayang.
Kena tingkatkan usaha biar sampai bergolek-melayang.
Susah sikit tidak mengapa.
Agar bahagia dan kejayaan yang kita cari Allah tunjukkan.

\(^_^)/ Gambate!!

Monday, April 2, 2012

Riak & Ujub: wa na'uzubillahi min zalik.

Dalam kita melakukan kebaikan dan menyebarkan kebaikan. Ada  perkara yang kita wajib hindari iaitu rasa riak dan ujub. Riak adalah perasaan untuk menunjuk-nunjuk kebaikan yang kita lakukan,supaya orang lain boleh melihat kebaikan kita. Ujub pula adalah perasaan berbangga diri dengan kelebihan yang kita ada,sehingga kita rasa kita lebih baik dari orang lain.

Bila kita melakukan perkara baik yang di tuntut oleh Allah s.w.t,sapatutnya perkara itu kita lakukan dengan niat 'liLlahi ta'ala' tetapi sebaliknya kita lakukannya dengan niat supaya orang nampak kebaikan kita dan orang akan recognize kebaikan kita,perkara kebaikan yang kita buat itu tidak akan dinilai oleh Allah dengan nilaian pahala sebaliknya Allah akan menilainya dengan dosa kerana niat riak kita.

Begitu juga,apabila kita buat kebaikan,kita rasa kagum dengan kebaikan kita,melakukan ibadah kita kagum dengan ibadah kita. Bila kita rasa kagum dengan amalan-amalan kita,kita akan menjadi orang yang berbangga diri dan tidak pernah rasa nak perbaiki diri kita. Amal ibadah yang dilakukan dengan niat ujub ini maka dosalah ganjaran bagi mereka.

Sebenarnya,saya sedang mengingatkan diri saya sendiri agar melakukan apa jua perkara semata-mata mengharapkan keredhaan Allah. Mohon untuk dijauhkan dari perasaan-perasaan yang hanya menjadikan kita orang-orang yang rugi. Rugi kerana benda baik yang kita lakukan tetapi dengan niat yang salah,tidak dapat memberi manfaat kepada diri kita di akhirat nanti. Sedangkan itu sahajalah bekalan kitananti.

Saya mendengar orang-orang alim pernah berpesan,bila sahaja perasaan begitu mencul dalam hati,cepat-cepat istighfar dan kembali betulkan niat. Mohon Allah tetapkan hati kita. Sebab sememangnya syaitan itu ada dalam diri kita dan sentiasa membisikkan rasa-rasa jahat itu untuk hadir,maka dengan hanya berzikir dan beristighfar,insyaAllah boleh menetapkan hati kita dan menjaga iman kita daripada rosak dan merugikan diri kita sendiri. Amalkan juga zikir nabi Yunus a.s :
"laillaha illa anta,subahanaka inni kuntu minaz-zolomin"
maksudnya :“Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri”.