Cuti sekolah bermula!!!
Yeah..menghabiskan hari terakhir sekolah dengan membawa bekalan kerja untuk cuti sekolah. Apa tidaknya,kertas peperiksaan subjek yang saya ajar berlangsung pada hari jumaat terakhir sekolah. Tahun ini punya jadual peperiksaan memang lain dari tahun sebelum-sebelumnya. Kalau dulu,subjek Pendidikan Islam mesti hari pertama,sekarang diletakkan pada hari terakhir...hurmmm...agak mengecewakan,sebab masa tu budak-budak dah tak fikir nak baca buku. Dalam fikiran dorang dah rangka macam-macam aktiviti untuk bercuti. Dah tak sabar-sabar nak cuti. Dunia globalisasi sekarang,semuanya nak kejar pencapaian terbaik dalam subjek-subjek peperiksaan besar. Bila Pendidikan Islam tidak termasuk dalam list peperiksaan besar,maka dengan itu ianya dipandang enteng sahaja. Sebelah mata pun kadang-kadang mereka tak pandang. Sedangkan itu ilmu FARDHU AIN....wajib di sisi Allah. Subjek-subjek yang FARDHU KIFAYAH pula yang nak dikejar-kejarkan,yang nak dinaikkan peratusnya. Itulah hakikat dunia. Akhirat selalu dilupa.
OK.stop pasal sekolah dan masalahnya sekejap. Last sunday,adik saya bertunang. Busylah saya menyediakan segala macam perkara,terutama bab-bab barang hantaran. 4 hari before the engagement day,baru saya gubah. Sebab balas 7 dulang jer dan 5 daripadanya adalah makanan. Terima kasih pada sahabat sejati saya, Wan Haninah sebab sudi berkampung 2 hari menolong kami sekeluarga berkenduri. Almaklum,semua buat sendiri dari hantaran,sampai bab masak-memasak. Kakak sulong saya tak dapat bersama kerana tuntutan kerja dia dan suami serta anaknya yang menghadiri perkhemahan sekolah. Bila ada Haninah,dapatlah mengisi ruang kerja yang ada.Thanks darling!! Juga buat sahabat comel,cantik menawan Fadhilah yang berlapang dada nak tolong make-up kan adik saya. Saya memang fail bab make-up ke touch-up ke...memang tak reti,muka sendiri pun tampal bedak baby jer..hehe..love both of u friends!
Lepas settle hal kenduri,saya settlekan kertas-kertas peperiksaan. Alhamdulillah dua hari menanda kertas,maka siaplah semua kerja termasuk key-in markah secara online. Bab key-in markah nie,kalau boleh nak siap cepat jer,sebab saya malas hutang lama-lama dengan orang yang nak menguruskan markah peperiksaan sekolah nie,sesak nafas bila fikir!done everything.
Pastu masa untuk menghilangkan rindu pada kengkawan tempat kerja lama di Tanjung Karang. So, buat reservation awal-awal dengan dorang untuk keluar berbowling dan bertukar-tukar cerita. Kami janji jumpa hari rabu(hari inilah). Bangun pagi tadi,hujan lebat pulak. Tapi sebab dah lama sangat tak jumpa,maka hujan pun saya redah juga. Sampai kat Kuala Selangor lebih kurang pukul 11,main bowling 3 games pastu makan kat KFC. Makan kejap jer,tapi berlepaking lama jugaklah,sebab nak recall macam-macam story yang dah tertinggal hampir 2 bulan. Bila dah jumpa kawan-kawan nie,masa berlalu pun tak terasa. Sebab itu,saya cakap mereka adalah cinta hati saya. Sayang sangat dengan dorang sebab always be by my side. Terima kasih sahabat!
Minggu pertama cuti setakat ini alhamdulillah berjalan dengan sangat lancar. Tak sabar nak tunggu hari jumaat,tak sabar nak pergi Majlis Ta'lim pulak. Rindu sangat-sangat!!!dikelilingi oleh orang-orang yang bercahaya adalah sesuatu yang sangat istimewa :)
Thank you Allah!!!