Wednesday, March 31, 2010

P.O.N.T.E.N.G ! ! !

Berapa hari saya ponteng berblog??? lama betul...lama sangat... Bukan setakat ponteng berblog, tapi saya juga tidak menjengah ke alam maya ini selama saya memontengkan diri. Not even once.


Bukan sebab saya sibuk...bukan sebab tak ada masa...atau sebab-sebab biasa yang diberi di sini. Alasan saya kali ini adalah...saya memang mahu bercuti. menikmati cuti sekolah dengan sebenar-benarnya, bila dah buka sekolah..penyakit itu berlarutan pula...almaklumlah,walaupun dah mula bersekolah dan bekerja seperti biasa,agenda cuti-cuti masih berlangsung.


Cerita-cerita seterusnya nanti saya story mory lagi yer..nak upload gambar..cuti-cuti melaysia..


da..da... :)

Wednesday, March 3, 2010

Kematu di Hatinya




ada cerita di sebalik gambar...

ada suka di balik tawa...

ada air mata di sebalik bahagia.....


Berkelah dengan kawan-kawan. Memang seronok, sebab dah lama tak menjejakkan kaki ke sungai. Banyak kali merancang,tapi tak pernahnya menjadi. Akhirnya kami sampai juga ke sebatang sungai Kuala Woh,Tapah. Pergi dengan perancangan last minit. Bila rancang last minit,itu pulak yang menjadi.

Kami sebenarnya baru balik dari walimah 'kawan' kepada salah seorang dari kawan kami. Kebetulan dah nak berjalan jauh,makan buat lah perancangan lain...."mandi sungai".
Sebenarnya,tujuan bersuka-suka di sungai tu pun kerana nak mengubat hati orang yang lara...harap-harap dinginnya air sungai boleh menyejukkan hati yang lara.

Bagaimana rasanya bila menghadiri majlis perkahwinan seseorang yang pernah ada 'sesuatu' dengan kita?

hadir pun kerana berkali-kali di suruh untuk muncul...dengan janji manisnya....ada sesuatu yang ingin di berikan....

Tapi bila sampai...alahai dinginnya sambutan...

Saya melihat sekilas wajah sahabat itu...pasti ada luka di hatinya...

"kumbang bukan seekor...yang seekor ini..bukan boleh diharap pun...kalau tak pandai nak hormat dan layan tetamu...lebih baik tak payah di hulur undangan...tak perlu berjanji yang bukan-bukan..."




Monday, March 1, 2010

Stuck in here...adush..dush..dush...

Dah masuk bulan baru..

MAC...

yang dinanti?

yang ditakuti??

yang dibenci???

Apa-apalah...

cepatnya masa berlarian...sikitnya entry yang di buat tahun ini.


Topik paling digemari tika dan saat ini di rumah sewa saya adalah:


PERSIAPAN PERKAHWINAN...

  • "baju macam mana yang cantik..yang macam nie ker yang macam nie?" sambil membelek2 majalah pengantin yang sejak beberapa bulan yang lalu menjadi majalah langganannya...

  • "kalau nak matchkan kaler...kaler apa lagi masuk dengan warna ***** erk....??"

  • "cadar kalau warna terang ke warna lembut?"

  • "kad kawin ko dah tempah? tempah kat mana?bape sen?"

dan....pelbagai persoalan lagi sering berputar-putar di sekeliling mereka...walaupun hari berganti...

Ya,kerja kahwin bukan sikit-sikit punya kerja..perancangan kena teliti...teratur...dan menepati citarasa bakal pengantin serta berpatutan dengan budget yang telah di anggarkan. Banyak kena fikir....sampaikan terpaksa suruh orang lain tolong fikirkan sama.


SAYA???

  • tolong dengar luahan rasa mereka...

  • tolong tengok gambar2 yang mereka tunjukkan...

  • tolong jawab persoalan yang mampu dijawab...kadang2 tak payah jawab..dorang jawab sendiri..

  • tolong fikirkan apa2 yang dorang suruh fikir sama-sama...tapi kadang2 tak berapa nak masuk sangat dalam fikiran saya...

  • tolong temankan jumpa mak andam dan perunding2 perkahwinan....

TOLONG.....

  • jangan suruh saya jadi pengapit lagi...

  • jangan tanya banyak2 sangat..saya pun tak tahu pasal hal2 berkahwin ini....

Aduhai...