Friday, October 29, 2010

Apa seronoknya saya di sini???

Bercinta...!
Tapi tak rasa bagai dilambung-lambung...
Tak juga bagai terjatuh-jatuh...
Jauh sekali dibuai-buai..terbuai-buai..mahupun membuai-buai....

Bercinta....!
Tapi bukan berdua...
Tidak berkongsi apa-apa...
Apakan lagi hendak bertepuk tangan balas berbalas...

Istilahnya...
Bercintanya saya,adalah bercinta dengan kejar-mengejar masa yang berlari...dengan rasa yang tumbuh makin membesar..bagai sukar sekali di usir rasa itu...
Sesekali saya menjengah..mengintai..dan menerjah..tapi jari-jemari masih belum mahu bergerak...kalau pun ada gelodak yang membuak-buak...tapi saya biarkan rasa yang satu itu berlalu begitu saja...sungguh!

Sehinggalah suatu hari,seorang teman bertanya...apa seronoknya berblog???sebab dapat side income bulan2 yer????

Lalu saya sedikit terkesima...ya blog...blog yang telah lama saya tinggalkan sepi..ruginya!!saya memang seronok berblog..seronok saya,kerana saya ada teman-teman alam maya yang hebat...seronoknya kerana saya boleh berbagi rasa yang sejujurnya bersama mereka...seronoknya kerana saya bebas menyatakan apa sahaja sesuka saya...malangnya,saya tinggalkan nikmat seronok itu...alangkah ruginya saya...

Saya tak pernah kisahkan income sampingan itu...saya mula berblog pun bukan kerana duit..tapi kerana hati...kerana saya rasakan perlunya sesuatu yang baru dalam hidup saya...dunia blog dan reality banyak bezanya..sesekali berada dalam dunia yang lain rasa seronoknya berbeza...jadi itulah seronoknya saya bila saya mengenali dunia blog...dan saya lebih seronok bila saya punya teman-teman blog yang hebat..kadang-kadang rasanya teman-teman ini amat-amat memahami saya...seronok bukan????

Sejujurnya,saya seronok berblog kerana saya seronok mengenali teman-teman semua!!jadi..saya sedang berusaha me"warming-up"kan jari-jemari serta idea-idea yang makin berkarat untuk menghidupkan semula lilin dalam hati..untuk terus merasa nikmat seronoknya saya berblog!!!!

7 comments:

Mohd Ariff Yaakub said...

Mengenali dan memahami seseorang hanya melalui baris-baris aksara.. tanpa ucapan walau sepatah pun kata.. hebat!

cun09 said...

salam dik...

ukhuwah yg begitu 'hebat', kadang2 x terpkio pun dpt ramai sahabat dan ilmu 'canteeq' ^_^

**moga sihat**

Abd Razak said...

Salam...

Hebat...setiap yang dibaca semakin merasa diri kurangnya ilmu..

KTS said...

aku tau!!

.
.

ko sbnrnya nak cakap ko suka berblog sebab dpt kawan mcm KTS yg sgt hebat, kaaaaaaaaaaan

hihihi


.
.


.
.


dah!! tggu apa lagi!! jgn malas!! cpt berblog balik :P

Dearie Pearls said...

blog best..
boleh luahkan semua..
boleh dapat kwn....

jom blogging...

Cik Esah said...

keep it up girl!!!
sya truskn berblog kerana anda!
terima ksih!!!

Anonymous said...

Thanks :)
--
http://www.miriadafilms.ru/ купить кино
для сайта shamsakura.blogspot.com