Saturday, July 16, 2011

Sekuat kerikil

Jumaat lepas seorang kawan saya kehilangan ibu tercinta, ketika dia baru sahaja ditinggalkan oleh sang suami yang berubah hati kepada wanita lain. Di hadapan saya,dia kelihatan sangat tabah,masih tersenyum dan kekadang berjenaka. Dia menzahirkan apa yang bukan dalam hatinya. Cuba berlagak selamba,namun hatinya sangat terluka. Ketika dia perlukan pelukan seorang ibu...Allah menduganya dengan menjemput ibunya kembali. Tentu...peritnya sangat dalam sehingga saya tak mampu untuk terus menduga.

Diakhir pertemuan,saya mengucapkan takziah dan mendoakan dia terus tabah. Saya cuba memberi dorongan dan kekuatan "duhai sahabat,Allah mendugamu dengan dugaanNya,kerana Dia tahu kau mampu menghadapinya..bersabarlah...percaya,kau boleh hadapi semua ini.." dia tersenyum sambil berkata "tolong berikan aku hati yang baru..sesungguhnya aku sangat memerlukan hati yang baru...."

Sayunya ucapan itu ditelinga saya,tergambar dibenak fikiran saya,betapa ketika itu hatinya sangat parah terluka. Saya tak mampu membalas kata-katanya...namun saya tetap mendoakan yang berbaik untuknya... 

"ya Allah berilah kekuatan kepadanya..tabahkanlah dia..dan kau kabulkanlah permintaannya..amin ya rabbal alamin.."

6 comments:

nahmy said...

"tidak di uji seseorang hamba itu melainkan mengikut kemampuannya" al-baqarah 286.

"disetiap kesulitan itu pasti ada kebaikan yg menyusul" ash-asharh 4&5.

apa yg nak dikata...itu semua adalah ketantuan-Nya, Qada & Qadar-Nya. tidak akan Dia jadikan sesuatu selain mempunyai hikmah disebaliknya. walau perit diketika itu tp pastinya elok dikemudian waktu...insyaAllah.

AI said...

- moga sahabat itu tetap tabah...

Dearie Pearls said...

dia pasti boleh menghadapinya. semoga dia akan lebih tabah.

dan dia bertuah kerana adanya kamu sebagai sahabatnya.. saat ini pastinya dia sangat perlukan kawan untuk meluahkan rasa hati.

Tie said...

Salam Izzah,

Berat dugaannya. Tiada orang yang menyokongnya di sisi, hanya Tuhan sahaja yang tahu hatinya. Semoga dia terus tabah, insyaallah...

Shamtidar Boahari said...

akak kenal kan si dia tu??? Apabila kita susah lihatlah org lain yg lebih menderita

Free Sotware said...

keren gan isi blog ente
mampir balik ya gan, ada info terbaru nih klik...Letusan Gunung Api Terdahsyat Dalam Sejarah