Thursday, November 17, 2011

L.U.K.A

Saya benci melihat senyuman itu..
kerana saya bukan lagi pencetus senyumannya...
Bukan juga cahaya yang menerbitkan sinar pada senyumannya...

Saya sakit melihat bahagia diwajah itu..
Kerana saya bukan lagi ketenangan buatnya...
Bukan penenag hatinya..
Bukan penyejuk amarahnya..
Bukan juga pemujuk jiwanya...

Saya terluka melihat sinar pada matanya,senyumnya,bahagianya dan tawanya...
Kerana saya tidak lagi menjadi mentari yang menyinari hari-harinya...
Dan saya semakin lelah menghadapinya...

No comments: