Monday, May 14, 2012

Cikgu yang buat Kad Hari Guru :P


Hari rabu nie 16 Mei 2012. Ada sambutan "Hari Guru". Masa nie, kebanyakan anak murid sibuk nak cari hadiah untuk cikgu masing-masing. Tak ketinggalan anak buah saya yang darjah 3 tu. Dia belek-belek hadiah hari guru saya tahun lepas,sambil berfikir "nak bagi apa kat cikgu ika nie, sebab cikgu ika cakap dia tak nak hadiah cawan (mug atau apa-apa yang seumpamanya) dengan bunga plastik yang jual kat kedai buku tu..." 

Hurrrmmm...bukan main demand lagi cikgu dia yer,siap bagitau hadiah apa yang dia tak nak. ##suka hati dia jer##. Kalau dah kata hadiah, mana boleh nak demand2..terima jer la apa pun yang anak murid bagi. Ingat senang ke mak ayah dorang nak keluarkan duit nak beli hadiah,nak fikir nak bagi apa. Bukan seorang dua cikgu...paling kurang 10 orang yang ajar anak-anak dia. Tu baru sekolah kebangsaan,tak kira lagi ustaz-ustazah sekolah agama. Saya pun tak terfikir nak minta hadiah dari budak. Dan tak pernah fikir pun saya layak di beri hadiah. Banyak lagi  kekurangan saya.

Akhirnya, saya pun cakap dekat dia, "tak payah la beli hadiah,cik jah buatkan kad ke penanda buku ke, nanti cik jah print,pastu liminate,kalau ika nak bagi jugak hadiah, kita beli je pen merah...minggu depan nak periksa kan?mesti cikgu ika nak guna pen tu,sekurang-kurangnya hadiah ika tu dia gunakan." Oleh kerana saya pun cikgu,maka dia mendengar kata-kata saya akhirnya. (memula dia taknak ikut jugak...nak jugak beli hadiah). Maka siaplah kad seperti diatas. Bukan nilai hadiah itu yang perlu diukur, tapi keikhlasan orang yang nak memberi dan paling penting adalah doa daripada murid-murid ini buat kita. Sebab doa mereka itu boleh bawa sampai ke alam kubur nanti dan sangat-sangatlah berguna.

To all teachers, yang baca entry ini "SELAMAT HARI GURU". Semoga Allah menjadikan kita orang-orang yang sentiasa ikhlas memberi ilmu dan menjadikan ilmu-ilmu yang disampaikan itu adalah ilmu-ilmu yang bermanfaat yang akan disampaikan kepada generasi yang akan datang pula. Barakallahu fik!

2 comments:

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Hanya terima kasih...
Untuk jasa yang kau taburkan.
Biar jasadmu reput, kau tetap disebut
Semestinya keranamu...
Selama hari Guru..

Moga Allah kurniakan kesabaran, ketenangan serta ketulusan kepadamu yang tidak pernah mengenal penat lelah dalam menjalankan
amanah dan tanggungjawab untuk mendidik anak-anak bangsa.

Izzah said...

@Abd Razak

Waalaikumsalam..
terima kasih atas doanya..
moga Allah limpahkan rahmat dan keberkatan hidup di dunia dan akhirat..