Malam ini malam jumaat,so....
Kenapa surah al-Kahfi? kalau baca surah Yaasin tak boleh ke?
Eh...bukannya tak boleh,boleh jer..as long as kita BACA al-Quran...
Cuma,Rasulullah s.a.w. ada menyebut didalam hadis baginda:
“Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada hari Jumaat, maka ALLAH terangi ia dengan cahaya diantara dua Jumaat.”
(HR al-Hakim dan Baihaqi, disahihkan oleh al-Albani)
Juga disebut didalam hadis baginda:
“Barangsiapa membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya dirinya terpelihara hingga lapan hari, daripada segala fitnah yang melanda, dan jika keluar dajjal sekalipun, dia akan terpelihara daripadanya”
(Al-Dhurr al-Manthur oleh al-Suyuti 5:355)
Ini cuma galakkan agar kita mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w. Tidak ada salahnya untuk membaca surah-surah lain dari al-Quran. Tidak juga Rasulullah mewajibkan kita membaca al-kahfi pada malam jumaat,tapi tentu ada kebaikan yang tidak kita ketahui berada didalamnya. Sehingga Rasulullah bersabda seperti yang disabdakan baginda di atas tadi.
Surah ini memang agak panjang berbanding surah Yaasin yang menjadi amalan kita, tapi kita boleh cuba baca sikit-sikit. Lepas maghrib kita baca sikit,lepas isya' sambung sikit lagi. Bangun subuh kita sambung sikit,lepas zohor sikit,lepas asar sikit...insyaAllah kita boleh selesaikan keseluruhan surah. Tapi bila kita dah biasa dan istiqamah melakukannya,insyaAllah tak terasa pun panjangnya surah itu.
Jom..kita usaha untuk amalkan dan jadikan amalan.InsyaAllah kita akan diberi kebaikan.
(^_^)
Pesan dari hati:
jagan lupa juga baca al-quran setiap hari,paling tidak 1 muka surat.
semoga bila kita menyenangi al-Quran,al-Quran juga akan menyenangi kita.
sebab,bila kita melupakan al-Quran,nanti al-Quran juga akan melupakan kita.
nauzubillahi min zalik.
jagan lupa juga baca al-quran setiap hari,paling tidak 1 muka surat.
semoga bila kita menyenangi al-Quran,al-Quran juga akan menyenangi kita.
sebab,bila kita melupakan al-Quran,nanti al-Quran juga akan melupakan kita.
nauzubillahi min zalik.
4 comments:
Assalamualaikum...
Moga sihat hendaknya..
Pasti ada kebaikan dari bacaan surah al-Kahfi pada hari Jumaat yang disunnahkan.
Seorang lelaki sedang membaca Surah Al-Kahfi, di sisinya seekor kuda yang terikat dengan dua tali, maka awanpun datang menyelubungi, mendekat dan menghampiri, sehingga kuda lari terkejut, manakala dipagi hari beliau mendatangi Nabi SAW, dan menceritakan kejadian tersebut, maka bersabda Nabi : Itu adalah ketenangan yang turun disebabkan bacaan Al-Qur`an, (H.R Bukhari, kitab Fadha`il Al-Qur`an, bab Fadhli Al-Kahfi, halaman : 898)
@Abd Razak
waalaikumsalam...
alhamdulillah sihat walfiat...
semoga kita boleh istiqamah dalam sunnah dan amalan..
:)
selalu baca yassin je. minggu depan bleh buat.
Subhanallah...sungguh bermanfaat perkongsian ilmu dari tuan.Saya suka cara tuan menyampaikan sunnah Rasulullah.Syabas!
Post a Comment