ASSALAMUALAIKUM WA RAHMATULLAHI WA BARAKATUH
Hendak masuk syurga itu,mesti dengan iman. Bagaimana menjadi orang yang beriman?-maka,tidak beriman seseorang itu sehingga dia saling kasih mengasihi. Menjadi orang islam yang beriman dengan mengasihi setiap orang islam yang beriman. Jadi persoalannya,bagaimana seorang islam sanggup membunuh saudara seislamnya yang lain?
Rasulullah s.a.w telah ajarkan bagaimana cara untuk berkasih sayang? iaitu dengan SALING MENYEBARKAN SALAM- Simple! -
Tapi kita sering melalaikanya. Sedangkan itu adalah apa yang diajarkan baginda buat kita (T_T)
SALAM itu adalah ucapan selamat yang bermakna "kamu selamat dari saya" yakni,dari segala keburukkan atau kecelakaan. Kita memberi keselamatan kepada sesiapa jua dengan ucapan salam yang kita sebutkan. Darinya kita selamat dan kita memberi keselamatan kepada mereka yang berada bersama kita.
Dan,orang yang mendahului salam akan lebih dikasihi Allah dan Rasul-Nya. Tahukah kamu islam mana yang paling baik? terdapat 2 golongan yang islamnya paling baik :
(1) Orang yang memberi makan kepada orang lain.
(2) Orang yang menyebarkan salam dan mendahuluinya (orang yang mengisytiharkan keselamatan kepada orang lain dengan memberi rahmat dan keberkatan)
Apa faedah salam itu?- untuk meraih rasa jatuh hati antara satu sama lain. Kecuali dalam keadaan yang boleh mengundang fitnah (yakni ketika lelaki & perempuan itu dalam keadaan bersendirian)
Habib 'Ali Zainal 'Abidin Al-HamidMajlis Ta'lim Darul Murtadza
(T_T)
Saya mengatakan saya cinta dan sayangkan rasulullah,tapi terlalu sedikit sunnahnya yang saya lakukan =(
1 comment:
Assalamualaikum...
Moga sihat hendaknya..
Semua kebaikan, semua sifat mulia,
dan segala sesuatu yang kita cintai adalah ciptaan~Nya. Atas itu berilah salam ketika bertemu untuk melahirkan rasa cinta dan kasih.
Moga Allah beri kekuatan untuk kita menghidupkan sunnah Nabi.
Post a Comment