Tuesday, September 25, 2012

Cinta ~dunia&akhirat~

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Selepas mengharungi dua minggu yang ala-ala busy tahap dewa, akhirnya selesai semuanya...alhamdulillah. Rumah dah jadi seperti sediakala, walaupun proses membasuh baju dengan banyaknya baru sahaja berakhir pagi tadi. Giler tak banyak baju nak basuh? tu baru cerita pasal baju,belum lagi tuala yang suka-suki jer dorang tukar ganti, belum lagi telekung yang kat sana-sini, belum lagi kain pelekat yang macam ada 20 orang lelaki jer dalam rumah nie, belum lagi baju yang tersembunyi...hai,mana tak penat mesin basuh tu...orang yang kemas jumpa baju,tuala,seluar dan segala pakaian yang tersembunyi nie pun kekadang macam tension kejap-kejap..huhuhu...

Hidup dengan keluarga yang mula membesar nie, memang la happening. Rumah mak abah kami kecil jer,tapi cukup nak masukkan semua ahli keluarga kami dalam satu rumah. kalau malam,nak tidur...dari depan pintu sampai ke pintu nak masuk dapur panjangnye saf orang yang berbaring. Bila semua duduk dalam satu bumbung,macam-macam pesen ada. Yang kanak-kanak,tak payah cerita lah betapa riang-rianya mereka. Yang dah dewasa, memang kerjanye kulu-kilir buat kerja (kalau takde kerja pun buat-buat macam ada kerja..). Tapi rasa betapa bahagianya.

Hidup dalam keluarga saya yang biasa-biasa,normal-normal sahaja nie,memang sedang-sedang elok je..bak kata orang-orang la..Kalau berjuahan tu kekadang ada la konflik yang nak direka cipta..ala-ala mcam nak buat biskut cornflakes...Tapi bila dok mengadap muka sorang-sorang,takde plak konflik bagai...elok jer,ketawa bersama,buat kerja pun sama-sama, bercerita teladan a.k.a bergossip pun sama-sama. Tetap rasa bahagia. Betullah bak kata pepatah baru "Sebuah rumah itu tak perlu cantik,tak perlu mewah..yang penting kita bahagia di dalamnya". 

Rahsia bahagia kami adalah,menerima segalanya dengan hati terbuka,redha, saling mendoakan, memberi kala perlu, berkongsi kala ada, bercerita kala duka. Kami tidaklah terlalu close,sampai segala perkara nak dikongsi bersama, mak kami adalah mak, abah kami adalah abah. Tegas bila perlu,penyantun bila sampai waktu. Tapi bila menginjak dewasa, kami belajar untuk lebih menghargai,kerana keluarga kita di dunia ini adalah juga keluarga kita di akhirat nanti.

Jom sayangi keluarga, kerana mereka adalah bayangan yang sentiasa ada sejak dunia menerjah mata. Jangan pinta untuk keluarga kita berubah seperti keluarga orang lain,kerana bahagia kita adalah apa yang ada dalam diri kita dan insan-insan yang selalu ada untuk kita. Cari dan binalah bahagia itu bersama-sama.

~majlis bertandang adik bongsu kami yang busyuk 'ged-ged'~

1 comment:

Abd Razak said...

السلم عليكم ورحمة الله

Keluarga yang harmoni membuahkan kebahagiaan..