Monday, August 31, 2009

Al-Kauthar : Sungai di Syurga

Hari ini saya ingin berkongsi satu info yang saya dapat dari yahoogroup sekolah saya. Saya rasakan bagus untuk dikongsi bersama sempena Ramadhan ini. Kalaupun kita tidak sempat untuk memegang dan membaca al-quran,memadai kita membaca surah-surah lazim yang sememangnya kita hafaz sedari kecil lagi. Surah yang mungkin boleh jadi amalan adalah surah al-kauthar.

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripadabatu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu
dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t.
makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher,
Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air
mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan
Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk
ketika
menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah
s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah
tetapi
dizalimi.


Dengan Ingatan:
Perkara yg baik kita kongsi2kan dan moga2 boleh jadi amalan bersama.

Thursday, August 20, 2009

Salam Ramadhan al-Mubarak

BUAT SEMUA TEMAN-TEMAN BLOGGER...
"Selamat menyambut Bulan Penuh Keberkatan..."
Mari kita rebut peluang melakukan sebaik-baik ibadah dalam bulan yang penuh barakah ini,dan semoga kita akan menjadi muslim yang lebih baik.
Jom Kita..
Bertadarus al-Quran, kalau tak dapat khatam dalam masa sebulan ini pun,sekurang2nya kita memperbanyakkan bacaan semampu kita.
Bersedekah, memperbanyakkan memberi dari menerima.
Bertarawih,menyemarakkan malam2 ramadhan dengan ibadah sunat dengan sebaiknya.
Menghidupkan sepertiga malam, moga-moga apa yang kita impikan akan Allah kabulkan pada bulan mulia ini.
Selamat berpuasa semua...Selamat menahan diri dari perkara-perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa kita.
INGAT!!!
Memang syaitan dirantai...jadi jangan biarkan HAWA NAFSU mengawal diri kita sepanjang ramadahan ini.

Looking For The Right One?

Soalan yang sukar dijawab. Saya rasa mungkin sebetulnya tidak ada jawapan untuk soalan ini. Kerana sukar untuk mengetahui betulkah yang bersama kita itu 'the right one'? no body know.

Apa yang perlu kita lakukan hanyalah menerima seadanya. Menjadikannya betul atau salah adalah keputusan kita. Terletak ditangan kita.

Cara kita membuat penilaian. Cara kita menerima kelebihan dan kekurangan. Dan cara kita mengadaptasi segalanya ke dalam diri mengikut apa yang kita rasakan secocok dengan diri kita.

Mustahil kita akan jumpa sesempurna impian, bayangan idaman dan dambaan kalbu seperti yang kita ilusikan. Tapi yang berada di hadapan kita mungkin yang terbaik dengan caranya yang tersendiri.

Tiba-tiba saya bercerita tentang perkara jodoh. Saya bukan pakar. Sekadar berkongsi sesuatu yang saya baca. Mungkin boleh jadi panduan. Yang baik jadikan panduan,yang buruk buat sempadan. Ada banyak sangat tips...tapi saya pilih yang paling saya suka jer.
  1. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

  2. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

  3. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

  4. Orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.

  5. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.

  6. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

  7. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

Huhuhu..terasa kelakar pulak bercerita tentang jodoh nie. Huh..apa pun jadilah diri sendiri dan yang penting pamerkan sifat-sifat positif. Sebab...rasanya takde orang suka kepada orang yang banyak sikap negative...

Fakta yang bukan auta hasil carian google bertemu di sini.

Last but not least...thanks to Fazemy..i've got this cute little bear named "TY". Thanks alot emy..nanti kita jumpa2 lagik erk..n thans for the treat too...

Friday, August 14, 2009

Ingat..Ingatkan.

"Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan.
Tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup
sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita."




Mungkin kerana pintu itu terlalu indah..sehingga kita mengabaikan pintu-pintu lain yang terbuka luas dan menanti kehadiran kita dengan ikhlas..




"Semoga kamu mendapat cukup kebahagiaan untuk membuat kamu bahagia, cukup cubaan untuk membuat kamu kuat, cukup penderitaan untuk membuat kamu menjadi manusia yang sesungguhnya, dan cukup harapan untuk membuat kamu positif terhadap kehidupan."


Jangan biarkan masa yang berharga berlalu kerana terlalu lama merenung kekurangan dan kesilapan. Lakukan perubahan untuk mengenal kejayaan. Kita adalah apa yang kita fikirkan.
semoga hari ini hari gembira yang bahagia.

Tuesday, August 11, 2009

KALAU BERANI BUATLAH!!

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham(Aba Ishak).Dia berkata: "Wahai Aba Ishak!Selama ini aku gemar bermaksiat.Tolong berikan aku nasihat."

Setelah mendengar perkataan tersebut Aba Ishak berkata: "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya,maka boleh kamu melakukan maksiat."

Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya, "Apakah syarat-syarat itu,wahai Aba Ishak?"
Ibrahim bin Adham berkata:

SYARAT PERTAMA: "Jika kamu bermaksiat kepada Allah,jangan memakan rezeki-Nya." Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata:




"Dari mana aku mahu makan?Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?"


"Ya!"tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya,masih mahukah memakan rezeki-Nya,sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?" "Apakah syarat keduanya?"soal lelaki tersebut. Lantas Aba Ishak menjawab:


SYARAT KEDUA: "Kalau kamu bermaksiat,jangan tinggal di bumi-Nya."


Syarat ini membuat lelaki itu terkejut separuh mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya:


"Wahai hamba Allah,fikirkanlah,apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya,sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya.?"


"Ya!Anda benar"kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga.Ibrahim menjawab:


SYARAT KETIGA: Kalau kamu masih mahu bermaksiat,carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya.


Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata:


"Wahai Ibrahim,ini nasihat macam mana?mana mungkin Allah tidak melihat kita?"


"Ya ,kalau memang yakin demikian,apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?"kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.Ibrahim melanjutkan:


SYARAT KEEMPAT: "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu,katakanlah kepadanya, "Ketepikan kematianku dulu.Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh".


Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan tersedar dan berkata: "Wahai Ibrahim,mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"


"Wahai Abdullah,kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu,lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"


"Baiklah,apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab:


SYARAT KELIMA: "Kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di Hari Kiamat nanti,jangan engkau ikut bersamanya."


Perkataan tersebut membuatkan lelaki itu insaf.Dia berkata: "Wahai Aba Ishak,sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim.Air matanya bercucuran . "Mulai saat ini aku ingin bertaubat kepada Allah"katanya sambil teresak-esak.
Kredit to:
iluvislam.com




Sunday, August 9, 2009

Seronoknya Menjadi Pujaan!!

Si kecil yang choooomeeel...

Gelak tawa dan senyumannya...Wajahnya...Kuapan ngantuknya...
even..

Kaki dia pun comel kan...

Tengok pulak teddy bear yang menawan hati nie...girls measti suka kan..

and an adorable pink..i like it!






Pink Mata Hitamku..hehehe

MyEm0.Com

Friday, August 7, 2009

Hari Ini..

Hari ini hari yang indah,
Hari yang seharusnya menggembirakan hati saya...
Hari yang membahagiakan....
Apa yang saya rasakan?
Saya kurang pasti...
Gembira..sunyi...sedih...sedikit terkilan,
Berbaur rasa,
Sukar untuk ditafsirkan..


Hati yang gundah gulana.
Tapi saya tidak hampa.
Saya tidak kecewa.
Saya tidak derita.
Saya tidak kesalkan apa-apa...
Saya punya harapan..

Saya harapkan sesuatu...
Saya inginkan ianya hadir pada hari ini...
Saya memohon ianya muncul...
Berada di hadapan saya...
Saat-saat saya ingin merasa bahagia...

Saya tamak...?
Mungkin...
Saya terlalu berharap..?
Ya!

Tak salahkan...
Manusia memang penuh dengan pengharapan...
Saya mohon...
Permintaan saya ini Allah kabulkan...




Thursday, August 6, 2009

A Real Love Story

Mungkin kita terlalu biasa dihidangkan dengan kisah-kisah cinta “Romeo n Juliet”, ‘Laila Majnun” “Uda dan Dara” dan macam2 lagi cerita pengorbanan manusia semata-mata kerana cinta yang terlalu mendalam kepada pasangan mereka. Sehingga mengambil tindakan yang tidak rasional akibat mabuk dengan penangan cinta.

Saya bukan ingin mengkritik karya cinta mereka. Sekurang-kurangnya kisah-kisah sebegitu kita jadikan ia sebagai sempadan hidup kita. Jangan sampai kita terjerumus ke sempadan itu.

Sebenarnya banyak juga kisah cinta yang kita boleh jadikan teladan. Seperti kisah cinta Ali bin Abi Talib dengan anakanda kesayangan Rasulullah s.a.w Fatimah az-Zahrah r.a. yang pada pendapat saya kisah cinta yang sangat comel. Kenapa comel?? Kerana permulaan mereka suka sama suka…tapi malu untuk memula bicara. Fatimah pernah disunting oleh ramai di kalangan sahabat2 Rasulullah,sebelum Ali melamar.

Di ceritakan sebab Rasulullah menolak lamaran sahabat2 untuk anakanda kesayangannya adalah semata-mata kerana menunggu pinangan dari Ali. Baginda sememangnya mahu Ali menjadi suami kepada Fatimah. Kedua-dua mereka adalah insan kesayangan baginda. Rasulullah telah membesarkan mereka bersama-sama dan sangat mengenali perwatakan masing-masing.

Akhirnya selepas sekian lama menanti. Rasulullah telah menggesa Abu Bakar as-Siddiq untuk menggerakkan Ali agar meminang Fatimah. Ali dengan rendah hati menemui Rasulullah dan menyatakan hasrat hatinya. Pinangannya diterima dengan senang hati oleh Rasulullah dan mekarlah hati Fatimah kerana jejaka idamannya bakal menjadi suaminya. Dengan mas kahwin sebanyak 400 dirham hasil jualan baju besi Ali,maka perkahwinan antara kedua insan mulia kesayangan Rasulullah ini berlangsung dengan sederhana tetapi meriah.

Jodoh itu kalau Allah telah takdirkan,tak akan kemana. Ali menyintai Fatimah begitu juga sebaliknya. Mereka tidak pernah menyatakan rasa hati. Hanya memendam rasa. Mujur juga,Rasulullah menahami isi hati keduanya. Mereka adalah pasangan yang telah disuratkan oleh Allah untuk hidup bersama. Walaupun pada awalnya sangat sukar Ali untuk menyatakan perasaannya terhadap puteri Rasulullah tetapi kerana takdirnya akhirnya mereka bersatu jua.

Tuesday, August 4, 2009

Hanya Kerana Selembar Bulu Mata




Diceritakan di Hari Pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Ia dituduh bersalah, mensia-siakan umurnya di dunia untuk berbuat maksiat. Tetapi ia berkeras membantah.

"Tidak. Demi langit dan bumi sungguh tidak benar. Saya tidak melakukan semua itu."

"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa," jawab malaikat.
Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu ke segenap penjuru. Tetapi anehnya, ia tidak menjumpai seorang saksi pun yang sedang berdiri. Di situ hanya ada dia sendirian. Makanya ia pun menyanggah,

"Manakah saksi-saksi yang kau maksudkan? Disini tidak ada siapa kecuali aku dan suaramu."

"Inilah saksi-saksi itu," ujar malaikat.

Tiba-tiba mata angkat bicara, "Saya yang memandangi."

Disusuli oleh telinga, "Saya yang mendengarkan. "

Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yang mencium."

Bibir mengaku, "Saya yang merayu."

Lidah menambah, "Saya yang mengisap."

Tangan meneruskan, "Saya yang meraba dan meramas."

Kaki menyusul, "Saya yang dipakai lari ketika ketahuan."

"Nah kalau kubiarkan, seluruh anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu itu", ucap malaikat.

Orang tersebut tidak dapat membuka sanggahannya lagi. Ia putus asa dan amat berduka, sebab sebentar lagi bakal dimasukkan ke dalam jahanam. Padahal rasa-rasanya ia telah terbebas dari tuduhan dosa itu. Tatkala ia sedang dilanda kesedihan itu, sekonyong-konyong terdengar suara yg amat lembut dari selembar bulu matanya:

"Saya pun ingin juga mengangkat sumpah sebagai saksi."

"Silakan", kata malaikat.

"Terus terang saja, menjelang ajalnya, pada suatu tengah malam yg lengang, aku pernah dibasahinya dengan air mata ketika ia sedang menangis menyesali perbuatan buruknya. Bukankah nabinya pernah berjanji, bahawa apabila ada seorang hamba kemudian bertaubat, walaupun selembar bulu matanya saja yang terbasahi air matanya, namun sudah diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka saya, selembar bulu matanya, berani tampil sebagai saksi bahawa ia telah melakukan taubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan."

Dengan kesaksian selembar bulu mata itu, orang tersebut di bebaskan dari neraka dan dihantarkan ke syurga. Sampai terdengar suara bergaung kepada para penghuni syurga:

"Lihatlah, Hamba Tuhan ini masuk syurga karana pertolongan selembar bulu matanya."

Artikel ini di ambil dari iluvislam.com. Semoga dapat manfaat bersama. Pintu taubat Allah sentiasa terbuka.

Sunday, August 2, 2009

Take Your Time..Relax.

Nampak enak lazat dan menarikkan... Memang seronok kalau dapat menikmati makanan yang sedap-sedap. Tapi untuk menjadikan makanan itu extra sedap,jangan makan sorang-sorang...tu namanya buruk lantak. Makanlah bersama kawan-kawan dan keluarga...confirm...makanan akan jadi bertambah-tambah sedap...kerana di nikmati bersama-sama. Makan berjemaah...nikmatnya lebih.

Ambillah masa anda untuk menikmati hidup yang seronok,indah dan sedap ini bersama mereka yang anda sayangi. Jangan sampai anda tidak punya masa untuk melakukannya. Hilang nikmat hidup kalau tiada perkongsian. Sebab tu kalau nak pahala lebih...solat berjemaah. Nak rasa nikmat hidup lebih kena juga berjemaah.


Jangan terus-terusan membiarkan hidup kita di belenggu kebosanan...kesepian...dan sendirian. Jadikan hari-hari anda lebih bermakna dan enak dirasa bersama-sama mereka di sekeliling kita. Just look araoud, mereka pasti akan bersama-sama berkongsi hidup untuk memaknakan sebuah kehidupan.