Thursday, August 20, 2009

Looking For The Right One?

Soalan yang sukar dijawab. Saya rasa mungkin sebetulnya tidak ada jawapan untuk soalan ini. Kerana sukar untuk mengetahui betulkah yang bersama kita itu 'the right one'? no body know.

Apa yang perlu kita lakukan hanyalah menerima seadanya. Menjadikannya betul atau salah adalah keputusan kita. Terletak ditangan kita.

Cara kita membuat penilaian. Cara kita menerima kelebihan dan kekurangan. Dan cara kita mengadaptasi segalanya ke dalam diri mengikut apa yang kita rasakan secocok dengan diri kita.

Mustahil kita akan jumpa sesempurna impian, bayangan idaman dan dambaan kalbu seperti yang kita ilusikan. Tapi yang berada di hadapan kita mungkin yang terbaik dengan caranya yang tersendiri.

Tiba-tiba saya bercerita tentang perkara jodoh. Saya bukan pakar. Sekadar berkongsi sesuatu yang saya baca. Mungkin boleh jadi panduan. Yang baik jadikan panduan,yang buruk buat sempadan. Ada banyak sangat tips...tapi saya pilih yang paling saya suka jer.
  1. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

  2. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

  3. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

  4. Orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.

  5. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.

  6. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

  7. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

Huhuhu..terasa kelakar pulak bercerita tentang jodoh nie. Huh..apa pun jadilah diri sendiri dan yang penting pamerkan sifat-sifat positif. Sebab...rasanya takde orang suka kepada orang yang banyak sikap negative...

Fakta yang bukan auta hasil carian google bertemu di sini.

Last but not least...thanks to Fazemy..i've got this cute little bear named "TY". Thanks alot emy..nanti kita jumpa2 lagik erk..n thans for the treat too...

6 comments:

nahmy said...

semoha bahgia & ceria selalu. salam Ramadhan.

fazemy said...

Jodoh kita msg2 dah tentukan Izzah...mungkin jodoh kita awal..mungkin jodoh kita lambah..mungkin kita tiada jodoh lg selepas dijodohkan(bercerai). Apapun dunia hanya smentara..jodoh kita cari..musuh jgn dicari.

Hehe..tq to u too. InsyaAllah kita jumpa nnti lg. Selamat menyambut bulan Ramadhan.

Dearie Pearls said...

Emy,
aku nak jugak...
hehhehe...

soal jodoh LOL no komen..

hehe..

thanks sharing...

KTS said...

errr... aku pun sedang mencari ni.. dah habis sifat positif aku keluarkan, tapi masih tak laku... camane??

hihihi

selamat menyambut ramadhan..
maaf zahir batin

Izzah said...

@nahmy
sama2 kita doakan yang terbaik..
salam ramadhan al-mubarak...

Izzah said...

@fazemy
@KTS

salam ramadhan..semoga ukhuwah makin erat...