Diceritakan di Hari Pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Ia dituduh bersalah, mensia-siakan umurnya di dunia untuk berbuat maksiat. Tetapi ia berkeras membantah.
"Tidak. Demi langit dan bumi sungguh tidak benar. Saya tidak melakukan semua itu."
"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa," jawab malaikat.
Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu ke segenap penjuru. Tetapi anehnya, ia tidak menjumpai seorang saksi pun yang sedang berdiri. Di situ hanya ada dia sendirian. Makanya ia pun menyanggah,
"Manakah saksi-saksi yang kau maksudkan? Disini tidak ada siapa kecuali aku dan suaramu."
"Inilah saksi-saksi itu," ujar malaikat.
Tiba-tiba mata angkat bicara, "Saya yang memandangi."
Disusuli oleh telinga, "Saya yang mendengarkan. "
Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yang mencium."
Bibir mengaku, "Saya yang merayu."
Lidah menambah, "Saya yang mengisap."
Tangan meneruskan, "Saya yang meraba dan meramas."
Kaki menyusul, "Saya yang dipakai lari ketika ketahuan."
"Nah kalau kubiarkan, seluruh anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu itu", ucap malaikat.
Orang tersebut tidak dapat membuka sanggahannya lagi. Ia putus asa dan amat berduka, sebab sebentar lagi bakal dimasukkan ke dalam jahanam. Padahal rasa-rasanya ia telah terbebas dari tuduhan dosa itu. Tatkala ia sedang dilanda kesedihan itu, sekonyong-konyong terdengar suara yg amat lembut dari selembar bulu matanya:
"Saya pun ingin juga mengangkat sumpah sebagai saksi."
"Silakan", kata malaikat.
"Terus terang saja, menjelang ajalnya, pada suatu tengah malam yg lengang, aku pernah dibasahinya dengan air mata ketika ia sedang menangis menyesali perbuatan buruknya. Bukankah nabinya pernah berjanji, bahawa apabila ada seorang hamba kemudian bertaubat, walaupun selembar bulu matanya saja yang terbasahi air matanya, namun sudah diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka saya, selembar bulu matanya, berani tampil sebagai saksi bahawa ia telah melakukan taubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan."
Dengan kesaksian selembar bulu mata itu, orang tersebut di bebaskan dari neraka dan dihantarkan ke syurga. Sampai terdengar suara bergaung kepada para penghuni syurga:
"Lihatlah, Hamba Tuhan ini masuk syurga karana pertolongan selembar bulu matanya."
Artikel ini di ambil dari iluvislam.com. Semoga dapat manfaat bersama. Pintu taubat Allah sentiasa terbuka.
9 comments:
Tenkiu Izzah unt artikal ni. Kdg kita takleh nilai seseorg tu. Jahat dia di dunia..mungkin dia akn bertaubat sebelum ajal dan mati lbh baik dari kita. Apapun slalu lah berdoa mereka yg dlm kemaksiatan agar berubah.
Salam rindu izzah,
Lama akak tak jengok alam cyber ni, blog akak pun dah penuh sawang dan debu...nice entry izzah kali ni, mata akak juga ada titis-titisnya.
p.s. Cantik gambar izzah, tentu ramai secret admirer nih!
@fazemy
Yup..sebab tu kita dilarang sama sekali untuk menghukum orang..kerana itu urusan mereka dengan Allah..yang penting adalah persedian kita menhadap Allah..
@puspawangi
Salam rindu juga untuk kak puspa syang...
lama betul tak nampak akak..
saya pun sekarang banyak miss post entry...
semoga kita tergolong antara hambaNya yang sentisa bertaubat padaNya.
Thanks 4 the compliment..banyak secret admire?mana ade kak..adik akak nie single mingle lagik tau..
Sebab itu kita tak boleh hina dan kutuk orang walau sejahat mana pun pada pandangan mata kita... kita hanya boleh kesalkan perbuatannya je...
Entahlah...esok2 kita macam mana, ya...
Suka N3 ni..pengisian yg baik
Salam Dear..
Sorry baru bertandang rumah Izzah..
Kisah ni memang menarik..
Tak tahu nak ulas cmner tapi memang menginsafkan..
thanks sharin ok..
you tk care dear..
@kayteeze
betul tu kak tie...yang baik jadikan tauladan..yang buruk jadikan sempadan..
@arryani
thanks kak yan..sama2 kita muhasabah diri..
@LOL
datang jugak jengaok kita..thanks dear..
Post a Comment