Saturday, February 27, 2010

The End of The Story...

Jangan lah suspen sangat. Al kisahnya walaupun telah berterusan dengan agak lama,cerita ini cuma cerita biasa. Bukan cerita luar biasa yang memerlukan dengupan jantung berdegup 8 kali ganda dari biasa. Kisah seperti ini mungkin pernah terjadi pada kamu...kamu...dan kamu. Mungkin juga berkali-kali..berulang-ulang...cuma pada saya,ianya adalah pengalaman pertama. Saya harapkan ianya juga yang terakhir. Tidak terdaya rasanya untuk mengulanginya untuk kali yang kedua,ketiga ataupun kali-kali yang seterusnya. Biarlah ini menjadi kenangan dan
pengalaman terulung...


~pengantin itu memang bukan saya...tukang kipas tu..ye..betul..saya la tuh..~

Penat tuh..kena cover-cover ayu...
(walaupun memang sebenar-benarnya agak ayu dan bersopan santun sedikit...argghhh..tak larat..masuk bakul angkat sendiri...)


Walaupun cuaca panas tak hengat...kena buat-buat macam dok dalam peti sejuk jer...cool gitew..(walaupun hakikatnya peluh dah mencurah-curah..kalau boleh di tadah..penuh la sebaldi..)

buat KTS..don't worry..title kita masih sama.."Cik Adik Manis..."
(...single and available....ahaksss..uhukkkksss..hukks..)



buat yang lain-lain...doa anda semua saya hargai...
(harap-harap cepat sikit lah jodoh tu datang..huhuhu...)



so...end of the story...
and the new chapter begins...



nota beralas kaki:
Sorry lambat post this story..
nak edit gambar tu..lama tuh...
lagipun amukan cuaca panas sekarang nie..tak larat dok depan laptop lelama..


Friday, February 19, 2010

Belum Berakhir Sebuah Cerita

Terima Kasih atas doa dan ucapan dari teman-teman. Secara tiba-tiba dalam hati bermusim bunga (walaupun cuaca sebenarnya tidak menentu...kejap panas terik sangat...kejap kang hujan lebat pulak datang..).

Cerita sebelum ini memang tergantung dan sengaja di gantung. Walaupun ianya seakan digantung tidak bertali,tapi nokhtahnya akan menjelma jua nanti.

Esok masih ada episod yang akan berlaku. Mungkin akan tercetus cerita baru. Hari mendatang jua akan berlaku satu peristiwa baru, jadi belum masanya cerita ini sampai di penghujungnya...

to be continued...

see ya!

Thursday, February 18, 2010

Aku terima....


(hasil amatur menggunakan camera handphone... )
(*v*)
Apa cerita selepas bercuti sempena Tahun Baru Cina....
Ada cerita panas??
sejuk??
atau..
suam-suam kuku jer??
ok..nanti kita sambung citer lagi...
tak boleh lelama..
dah nak masuk maghrib..
(^v^)

Friday, February 12, 2010

Seorang Wanita

"Sesiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, maka janganlah menyakiti jirannya dan hendaklah dia menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana sesungguhnya mereka diciptakan daripada tulang rusuk. Sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok ialah yang paling atas, jika kamu berusaha untuk membetulkannya kamu akan mematahkannya, jika kamu terus biarkan begitu ia akan terus bengkok. Oleh itu terimalah pesanan supaya menjaga wanita-wanita dengan baik." [Hadith riwayat Bukhari]

Wanita adalah insan yang memiliki jiwa yang halus, lemah lembut ,penyayang dan kadangkala sering berubah-ubah dan tidak istiqamah dalam sesuatu perkara. Dalam Islam, wanita sangat dihormati dan diberikan tempat yang tinggi dan mulia, umat Islam diseru untuk melayan kaum wanita dengan baik dan bertimbangsara.. Mereka yang beriman dan memelihara kehormatan diri serta berpegang teguh dengan agama adalah wanita yang disanjung oleh baginda Rasulullah SAW. Hadith diatas cukup sempurna bagi menggambarkan sikap prihatin Rasulullah kepada wanita. Rasulullah berpesan dengan sesungguhnya agar melayani kaum wanita dengan cara yang sesuai dengan individu wanita itu sendiri. Cara menangani hal wanita haruslah penuh dengan kebijaksanaan, hanya lelaki yang bijaksana sahaja yang dapat melaksanakan pesanan Rasulullah ini..

Sumber Pendapatan:
www.iluvislam.com


Wednesday, February 10, 2010

addicted...KETAGIHAN!!!

Tiap-tiap pagi...ada satu perkara yang WAJIB saya lakukan.
(selain dari solat subuh,ini dah wajib yang no excuse...mandi..dan bersiap ke sekolah)
Kalau saya tak buat..saya jadi serba salah...tak senang duduk...tak boleh tidak bercakap..mesti nak bercakap je...
kawan-kawan semua bising...
"tu lah dah addict!!...kan susah...kalau tak dapat..camni lah"

Nak di jadikan cerita,pagi tadi saya tidak buat perkara
WAJIB saya tu...
Bukan lupa,cuma tak sempat...bangun tido..mandi...solat subuh...
iron baju(sebab malam tadi ngantuk awal...tak iron baju)..bersiap...pastu sidai baju.
Bila satu rutin pagi bertambah (yang iron baju tu lah...) jadinya penggunaan masa di waktu pagi bertambah...

Saya pun terus ke sekolah...yang jaraknya hanya 50 langkah dari rumah...depan mata jer..huhuhu...masa keluar rumah dah teringat..
"tak sempat lah...takpe la...boleh tahan kot..."

Bila masuk kelas yang pertama..ok lagi...makan kuih lapis yang dijual oleh kakak kerani...masuk kelas ke dua plak..mata mula rasa tak best..."ish..takpe kot..cuba tak ambil hari nie..tahan rasanya"

Bila masuk kelas ke tiga...."alamak tak tahan lah....!!!tak boleh jadi nie..." tengok jam di tangan 10:20 pagi...saya panggil seorang budak yang dah siap kerja..
"luqman,pergi tempat saya,ambil kunci rumah,dalam beg warna pink yer.."

10:30 pagi...kkkrrrrriiiiiiinnnggggggg...dah rehat...keluar kelas....tempat pertama saya tuju..quarters guru...masuk dapur dan ambil sepeket...

.

.

.


(tapi yang regular kaler merah)


tiap-tiap bulan saya mesti beli bekalan


.




.


.


Bila dah dapat menghirup air nie...

lega nye...
Peringatan:
minum caffeine hari2 boleh memudaratkan kesihatan..
(tau rupanye..ingatkan tak tau..)
bila dah addict macam saya...
macam mana nak tolong ubatkan erk?
huhuhuuhuu...

Tuesday, February 9, 2010

Alasan!

Lama...lama sangat...terlalu lama. Menyepi dan sepi. Dah tenggelam...cuma belum lemas, belum berkubur, belum juga berakhir satu hayat dan belum bernohktah sebuah ceritera.


Sibuk!!!..itulah alasan lapuk yang sentiasa di guna pakai bila lama menyepi dari dunia blogging nie. Tak suka dengan alasan ini..tapi inilah alasan yang sememangnya jujur! betul..saya tidak mencari alasan...itulah yang saya alami tika dan saat itu.


Alasan lapuk ini memang sangat sesuai untuk saya yang senang cerita...belum pandai menguruskan masa. Walaupun belajar pengurusan masa sampai ke menara gading yang condong..masih lagi gagal menguruskan masa dengan baik. Kelemahan yang sangat terserlah... (apalah cikgu nie..dia ajar budak mengurus masa..tapi dia pun fail...aduhai..malu betul!)


Saya tahu..Allah bagi 24 hours..sama jer macam orang lain dapat...sepatutnya memang tak ada alasan sibuk itu timbul atau muncul...tapi itulah...i'm sorry..
Jumpa lagi nanti...dengan harapan..lebih bijak menguruskan masa.. ;)

Sunday, February 7, 2010

Hola!!


to all teschers..
includings mothers,fathers,sisters,friend and those who give a knowledge...
"memberi,menyemai dan membentuk satu pengetahuan,jati diri dan prinsip"
semoga kebaikan yang diberi membuahkan kebaikan yang sejati.