Thursday, November 11, 2010

Jumaat yang bukan sepatutnya...

Selalunya saya memang tak sabar-sabar tunggu hujung minggu. Tak sabar-sabar tunggu hari Jumaat menjelma. Bila bangun tidur di pagi Jumaat,walaupun hujan ribut melanda,saya tetap tersenyum.

Esok hari Jumaat,hari yang sepatutnya saya gembira menyambutnya. Hari yang ditunggu dengan penuh teruja selama ini menjadi hari yang saya rasa paling tak best nak hadapi...huhuhu...

Kalau esok saya boleh pergi ke sekolah seperti biasa,balik sekolah seperti biasa, solat zohor..kemudian bersedia untuk pulang ke rumah mak dan abah tercinta...alangkah seronoknya....

Andai esok saya bisa memandu kereta kecil warna merah saya untuk berada bersama keluarga tersayang tentu sangat-sangat menggembirakan hati...

Tapi esok,saya tak boleh melakukan rutin mingguan itu...pagi esok,arah tujuan saya bukan sekolah..esok arah tujuan saya telah ditukar. Kereta kecil warna merah itu tak boleh saya pandu untuk pulang ke kampung halaman(kampung lah sangat....). Alangkah sedihnya rasa hati. Alangkah tidak bestnya perasaan di kala ini. Alangkah tidak seronoknya saya menanti hari esok yang bakal menjelma....isk..isk..isk...

Kenapalah saya kena pergi camping tu esok????kalau ada kengkawan se'klik' ok ler jugak..ini kena gi dgn orang yang kureng 'klik' itu yang rawan hati nie...aduhaaaaiiiiiiii...jumaat..sabtu..ahad...harap-harap ada perkara yang boleh menggembirakan hati di sana nanti.

Mungkin Gunung Angsi boleh menjadi penawar rawan di hati...harap-harap dorang nak daki gunung tuh...harap-harap..dan harap..dan harap...

6 comments:

Abd Razak said...

Salam...

Baik-baik pergi tu..

Izzah said...

@Abd Razak

salam..
insyaAllah..semoga Allah mudahkan perjalanan...
selamiat pergi..selamat baliknya nant

KTS said...

woot woot..

.
.

klu dpt daki gunung tu nanti, jgn lupa pacak "KTS was here tau"

;)

Unknown said...

sila jgn wat pesanan kts ituuuuu.. :p

Shamtidar Boahari said...

Gunung tu kat negeri 9 kan...gng datok nama lain dia.. baik2 baca doa byk2. akk penah naik masa kau u dulu

tajnur said...

Assalamualaikum
Ini kira kena bawa budak2 sekiolah pergi `camping` ke? Jgn risau, Gunung Angsi skrg tak macam dulu, skrg ni byk kemudahan dah ada kat Ulu Bendul. Wkt siang hari, penuh sesak dgn mrk yg ingin bersantai tetapi yg lebih dominant bkn `suara org M`sia`. Jgn risau, semuanya selamat InsyaAllah...