Sunday, September 2, 2012

cerita lapuk raya

السلام عليكم و رحمة الله 

Orang lain berkurun dah cerita pasal raya. Kita baru nak cerita pasal raya..sebab raya kami sangat meriah tahun nie. Semuaaaaa ahli keluarga saya berkumpul kat rumah mak. Anak, menantu dan cucu-cucu semua ada dalam satu rumah. Meriah dengan kebahagiaan. Alhamdulillah,terima kasih Allah...

Dan paling best, saya dah pandai anyam ketupat!!!
bhahahaha... mood exited-teruja-macam tak percaya pun ada-ntah apa2.
orang lain dah berkurun menganyam ketupat,saya baru nak lompat-lompat katak sebab setelah berabad hidup kat dunia nie,raya tahun nie barulah berjaya menganyam ketupat. KELAKAU!

Saya belajar buat ketupat nie,dari zaman sekolah2 dulu..
(sekarang pun masih di zaman sekolah2 jugaksss..ahaks!)
tapi tak pernah berjaya. Rasa tangan keras macam batu belah batu bertakup
Bila adik dan adik ipar saya buat ketupat,saya tengok jer...
alasan: korang anyam ketupat,akak masak rendang dan segala bagai lauk pauk raya..perrfff..
Dorang punya eksen sebab dorang tau anyam ketupat tak boleh cakap lah...eleh! tak heran!
sambil dorang eksen,adik saya tunjuk gak step menganyam ketupat. Saya dengar dan pandang pakai hujung mata jer. 

Bila adik saya keluar kerja (dia tak cuti,kena berkhidmat di lebuh raya,sebab dia bomba datang berlumba-luma) saya pun ambil daun ketupat, pastu try buat ikut step yang dia bagitau tup-tup..menjadi ketupat yang saya buat..miahahaha..exited tau! padahal sebelum nie belajar dengan mak n kawan-kawan,siap sambil pegang daun,sambil anyam...tak pernah nak jadi. Bila pakai jeling-jeling jer..boleh jadik..mana tak exited..pastu terus suruh anak buah saya ambil gambar ketupat pertama dalam sejarah!
(terasa hebat!)


harap maaf ketupat nie memang kurang cantik..yang pasti rutin raya akan bertambah,lepas ni confirm kena jadi tukang anyam ketupat jugak! Err..terasa seperti perempuan melayu terakhir saat ketupat ini berjaya dihasilkan!


Entry mengada-ngada naik kuda dan poyo terlebih.
selamat hari raya...maaf zahir & batin!!

(^_^)v



3 comments:

Abd Razak said...

السلم عليكم ورحمة الله

Saya pernah juga cuba anyam ketupat, dan berjaya tapi tak pernah buat pastu.

Tapi setiap kali raya saya ditugaskan untuk memotong ketupat dan tempatkan dalam mangkok bertutup agar senang para tetamu nak makan.

Shamtidar Boahari said...

memang sesuatu yang agak pelik.. tapi ini membuktikan bahawa ilmu itu mutlaknya milik Allah. Bila kita pasrah dan redha...tanpa disangka kita akan mendapat rezeki (dapat ilmu)
Pengalaman boleh pandai buat ketupat tu pun selepas bersungguh2..tak dapat...belajar lagi...tak boleh...lepas tu..Ya Allah mcm mana nak boleh pandai ni( bila tanya Allah..Allah pun beri)

Shamtidar Boahari said...

****ralat: Ya (tanya) Allah